You are on page 1of 7

TEKS UCAPAN PERASMIAN

Y.B. PUAN ELIZABETH WONG


PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PELANCONGAN,
HAL EHWAL PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR
NEGERI SELANGOR

SEMPENA

“MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI


SYARIKAT FAVELL FAVCO BERHAD DAN ANAK-ANAK
SYARIKAT DENGAN KERJASAMA MAJLIS DAERAH KUALA
LANGAT”

TARIKH: 17 JULAI 2010 (AHAD)

MASA: 9.00 PAGI

TEMPAT: PANTAI BARU MORIB, KUALA LANGAT


Terima kasih Yang Berusaha Pengerusi Majlis.

Yang dihormati Tuan Abdul Razak bin Jaafar


Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Langat

Yang Berbahagia Dato’ Asmawi bin Kasbi


Pegawai Daerah Kuala Langat

YB. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid


Ahli Parlimen Kuala Langat

Y.A.D. Dato’ Raja Hj. Uzair b. Tg. Zainon Rashid Shah


Orang Besar Daerah Kuala Langat

Y.B. Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi


ADUN Kawasan Sijangkang

YB. Tuan Philip Tan Choon Swee


ADUN Kawasan Telok Datok

Yang Dihormati Ir. Ooi San Kooi


Senior General Manager Favell Favco Sdn. Bhd.
Yang Berusaha En. Muhammad Hafiz bin Shaari
Setiausaha Majlis Daerah Kuala Langat

Yang DiHormati Tuan Hj. Hasnul bin Baharuddin


Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Langat
Merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksanaan

Yang DiHormati Tuan Hj. Ahmad Apandi bin Hj. Samsudin


Ketua Kumpulan Sumber Manusia Dan Pentadbiran
Muhibbah Engineering (M) Bhd.
Merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksanaan

Ahli Majlis - Ahli Majlis


Majlis Daerah Kuala Langat

Ketua-Ketua Jabatan Negeri

Ketua-Ketua Jabatan Daerah

Wakil-Wakil Jabatan, Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian MDKL

Penghulu Mukim Morib / Kelanang


Tuan Hj. Hamdani bin Hj. Mohd. Siraj
Ketua Kampung Morib / Tali Air

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Salam sejahtera,

Syukur kita, kerana dapat bersama-sama berkumpul dalam


Program Pembersihan Pantai Syarikat Favell Favco Sdn. Bhd.
Dan Anak-Anak dengan kerjamasa Majlis Daerah Kuala Langat.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Daerah Kuala
Langat (MDKL) kerana sudi menjemput saya untuk menghadiri
program yang amat bermakna ini. Penganjuran Program
Pembersihan Pantai Dan Gotong royong seperti ini
sememangnya dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara
Syarikat Favell Favco Sdn. Bhd. dan Anak-Anak Syarikat dengan
Majlis Daerah Kuala Langat khususnya pihak Kerajaan Negeri.
 
Di kesempatan ini juga, saya merakamkan setinggi penghargaan
kepada tuan-tuan/ puan-puan dan sekalung tahniah saya
ucapkan kepada Syarikat Favell Favco Sdn. Bhd. dan Anak-Anak
Syarikat serta tidak ketinggalan juga kepada Majlis Daerah Kuala
Langat yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis pada
pagi ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian....

Sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Exco Kerajaan


Negeri telah banyak saya dengar dan lihat berkaitan Majlis
Daerah Kuala Langat. Banyak program-program yang dirancang
dan dilaksanakan telah dapat mengharumkan nama negeri
Selangor di dalam mahu pun di luar negera.

Antara kejayaan yang terkini yang diperolehi oleh pihak MDKL


adalah menjuarai Kategori Majlis Daerah di Pertandingan Zon
Bersih Peringkat Negeri Selangor serta Naib Johan bagi Kategori
Penyelenggaraan Infrastuktur.

Walau bagaimanapun, program pagi ini jelas menunjukkan


bahawa bukan Pihak Berkuasa Tempatan sahaja yang
memainkan peranan dalam memastikan alam sekitar tidak
tercemar, malah pihak swasta juga memainkan peranan yang
tidak kurang pentingnya.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian....

Apabila bercakap mengenai penjagaan alam sekitar, ada


sesetengah pihak berpendapat bahawa kemusnahannya sudah
tidak dapat dielakkan lagi sekiranya kita mahu mengejar
pembangunan dan kemajuan ekonomi.

Justeru mereka merasakan bahawa usaha-usaha untuk


meningkatkan kesedaran alam sekitar hanya membuang masa
dan wang. Ini adalah suatu pandangan peribadi yang amat sempit
kerana hanya dengan kerjasama semua pihak barulah kita dapat
memastikan kebersihan dan pemuliharaan alam sekitar dan anak
cucu kita juga yang akan mengecapi kualiti alam sekitar yang baik
suatu hari nanti.
 
Para hadirin yang saya hormati sekalian

Saya maklum bahawa usaha menyedarkan masyarakat


mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar
adalah suatu tugas berat. Walau bagaimanapun usaha ini mesti
diteruskan walaupun pelbagai rintangan dan cabaran dihadapi.
Oleh demikian, saya ingin mengajak seluruh warga MDKL, Favell
Favco Sdn. Bhd. dan khususnya warga Daerah Kuala Langat
bersama-sama menggarap satu harapan dan komitmen bagi
memastikan Pantai Morib ini terus kekal bersih dan selamat serta
selesa untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong dalam mahu
pun luar negara.

Saya pasti memang ada cabaran dari tangan-tangan mereka


yang tidak menghormati alam sekitar bakal mendatang, Walau
bagaimanapun jika adanya sikap bekerjasama dan bersatu padu,
maka segala rintangan dan onak duri akan pasti dapat di atasi.

Saya berharap semua pihak dapat tampil memberikan bantuan


dan sokongan padu tanpa berbelah bagi dalam setiap program
kebersihan dan pemuliharaan alam sekitar tidak kira siapa juga
penganjurnya.

Dengan itu, saya berbangga untuk merasmikan

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI SYARIKAT FAVELL


FAVCO SDN. BERHAD DAN ANAK-ANAK SYARIKAT DENGAN
KERJASAMA MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT.

You might also like