You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA PROGRAM ZOOM@BATU RAKIT

Sidang hadirin dengan segala hormatnya dimohon mengambil tempat masing-


masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi.

Hadirin,

Sebentar lagi tetamu kehormat akan tiba, diminta sidang hadirin berdiri sebaik
sahaja mendengar pengumuman ketibaan Yang Berhormat.

KETIBAAN YANG BERHORMAT

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Haji Bazlan bin Abdul Rahman,
Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Kuala
Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU TTB DAN LAGU SEKOLAH


Majlis dimulakan dengan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu
Transformasi Terengganu Baharu(TTB) dan lagu Sekolah. Hadirin diminta
berdiri.

Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt…

Yang berhormat Tn Hj Bazlan bin Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Tindakan


Membanteras Dadah(MTMD) daerah Kuala Terengganu merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri Batu Rakit,

Yang Berbahagia Tuan Haji Jelani bin Sulong, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala
Terengganu,

Yang Berusaha Tn Hj Razali bin Sulong, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Batu
Rakit Mengabang Lekor,
Yang Berbahagia Encik Ahmad Zulkarnain bin Abdul Manaf, Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Unit Pencegahan Dadah

Yang Dihormati En Hafiz bin Hasan, Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah
Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu.

Pegawai- pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan,


Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit
Pegawai IPD Kuala Terengganu Polis Diraja Malaysia(PDRM),
Pegawai AngkatanTentera Batalion18 RAMD Kem Seri Pantai,
Pegawai Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus,
Pegawai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Kuala Nerus
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus,
Pegawai Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu,
Pegawai Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Terengganu,
Pegawai Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu,
Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu,
Pegawai Pejabat KEMAS Daerah Kuala Terengganu,
Pejabat RELA Daerah Kuala Terengganu
Pegawai Pejabat Felda Wilayah Timur,
Pegawai Agensi Pertahanan Awam Terengganu,
Pegawai PEMADAM,

Guru- guru Kanan Mata Pelajaran SMK Batu Rakit Mengabang Lekor,
sahabat- sahabat guru,
Dan anak- anak pelajar yang dimuliakan Allah.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya


dapatlah sama-sama kita berkumpul bagi menyaksikan penutupan program
ZOOM@BATU RAKIT. Program ZOOM@BATU RAKIT merupakan antara salah
satu aktiviti yang menunjukkan usaha dan kecaknaan Yang Berhormat, Agensi
Anti Dadah Kebangsaan dan pelbagai NGO di negeri ini terhadap ancaman
bahaya dadah kepada masyarakat khususnya kepada golongan remaja dan
belia. Semoga pelancaran program ini akan memberikan kesedaran dan info
berguna kepada masyarakat khususnya semua warga sekolah dan masyarakat
DUN Batu Rakit.
BACAAN DOA
Tuan- tuan dan puan- puan, sebelum majlis kita mulakan, doa yang tulus kita
dahulukan. Untuk itu majlis menjemput Encik Mohd Nawawi bin Husin/ Saudara
Mohd Irfan bin Hasan, Ketua Pemimpin Pelajar SMK Batu Rakit Mengabang
Lekor untuk membacakan doa. Dipersilakan.
Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN
Sidang hadirin,
Sebagai pembuka tirai, majlis mempersilakan Tn Hj Razali bin Sulong, Penolong
Kanan Pentadbiran mewakili Pengetua SMK Batu Rakit Mengabang Lekor untuk
menyampaikan ucapan aluan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Razali bin Sulong atas ucapan sebentar
tadi.

UCAPAN PENUTUPAN

Rama- rama terbang sepasang,


Hinggap mari di kuntum tujuh,
Tuan laksana pohon nan rendang,
Tempat kami tumpang berteduh.

Dipersilakan Yang Berhormat Tn Hj Bazlan bin Abdul Rahman, Pengerusi Majlis


Tindakan Membanteras Dadah(MTMD) daerah Kuala Terengganu merangkap
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan penutupan program Zoom@Batu Rakit. Dipersilakan.

Majlis merakamkan kalungan terima kasih kepada Yang Berhormat Tn Hj Bazlan


bin Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah(MTMD)
daerah Kuala Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit
atas ucapan dan kesudian merasmikan penutupan program ZOOM@BATU
RAKIT.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Sebagai penghargaan kepada tuan rumah bagi program ZOOM@BATU RAKIT,
majlis menjemput En Hafiz bin Hasan, Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah
Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu merangkap setiausaha Majlis Tindakan
Membanteras Dadah(MTMD) daerah Kuala Terengganu bagi mengiringi Yang
Berhormat Tn Hj Bazlan bin Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Tindakan
Membanteras Dadah(MTMD) daerah Kuala Terengganu merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri Batu Rakit menyampaikan cenderahati kepada tuan rumah
bagi program ZOOM@BATU RAKIT diwakili oleh Tn Hj Razali bin Sulong,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Batu Rakit Mengabang Lekor.
Dipersilakan..

Terima kasih.

PENUTUP
Tanjung Jati Tanjung impian,
Pohon selasih kami tanamkan,
Sekalung budi sejuta ingatan,
Terima kasih kami ucapkan.

Sekian sahaja majlis yang penuh bermakna ini, sebelum melangkah pulang,
sudikanlah menikmati hidangan yang disediakan. Untuk itu majlis menjemput
pihak pengurusan bagi mengiringi Yang Berhormat dan tetamu jemputan ke bilik
jamuan. Turut dijemput para guru SEBAR untuk jamuan makan tengahari.
Dipersilakan. Sekian, WBTFWH

Para pelajar diminta tunggu sebentar di dewan.


Sekian. WBTFWHWSL.

You might also like