You are on page 1of 4

CONTOH MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT
SAMBUTAN HARI
KEMERDEKAAN
SK PRECINT 11 (2) PUTRAJAYA
KOD SEKOLAH : WJA 4276
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2012
BIL 02 / TAHUN 2012
Tarikh

: 28 Jun 2012 / Khamis

Masa

: 2.00-3.30 petang

Tempat

: Bilik Seminar 2 SKP11(2)

Pengerusi

: En.Mohd Farihin bin Hassan.

Kehadiran (Bilangan) : 21/21


Turut Hadir : Kolonel Prof Dato Dr Hj Syed Danial Zainulbiden Al Kudsi (Bersara) (YDP PIBG).

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al Fatihah.
Terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa.
Menerangkan bahawa tujuan jawatankuasa ini dibentuk adalah bagi melaksanakan Majlis
Sambutan Kemerdekaan Peringkat SKP11(2) dengan jayanya bagi tahun 2012 sebagaimana
persetujuan mesyuarat yang lalu.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. Dibentang oleh Pn.Noraniza Zaaba
Dicadang untuk disahkan oleh Pn.Nur Azlin Bt. Jawahir
Disokong untuk pengesahan oleh Ustaz Haji Azri bin Fakeh

PERKARA BERBANGKIT :
3.1 Semua guru yang telah dilantik harus melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna di
mana sebarang kemusykilan hendaklah dirujuk kepada penyelaras.
Tindakan : Penyelaras Program.
3.2 Pada 25 Jun 2012 yang lepas, pihak penyelaras telah mendapat persetujuan pihak
Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpengkalan di Kem Sungai Besi yang bersedia untuk
berkerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan sambutan ini di sekolah kita.
Tindakan : Penyelaras Program.
3.3 Pihak jawatankuasa juga telah mengesahkan semasa sambutan itu pihak sekolah bakal
menerima tetamu undangan teristimewa iaitu seorang tokoh yang menerima pingat tertinggi
negara iaitu Pingat Gagah Berani (PGB), beliau ialah Temenggong Datuk Kanang anak
Langkau seorang wira negara.
Tindakan : Penyelaras
Program.

PERBINCANGAN BERKAITAN SAMBUTAN :


4.1. Pn. Noraniza selaku penyelaras membentangkan senarai jawatankuasa pelaksana
sebagaimana lampiran dan meminta semua guru memahami skop tugasan yang bakal
dilaksanakan dan mengenal pasti permasalahan atau halangan yang mungkin dihadapi.

Tindakan:
Pn.Noraniza
4.2 Turut dibacakan pengenalan, matlamat dan objektif pihak sekolah mengadakan sambutan
ini.
4.3 Semua ahli jawatan kuasa juga ditaklimatkan tentang tentatif program tersebut.
Tindakan : Semua ahli jawatankuasa.
4.4. Terdapat dua acara besar yang perlu diberi lebih tumpuan iaitu persembahan kawad kaki
oleh pasukan tentera dan Ceramah Pengkisahan Sejarah Melawan Pengganas Komunis oleh
tetamu jemputan.
Tindakan : Semua ahli jawatankuasa.
4.5. Jawatankuasa keselamatan diingatkan agar melengkapkan peti kecemasan dan
menetapkan dua buah kenderaan bagi tujuan memastikan tindakan kecemasan dapat diambil
serta merta jika menghadapi sebarang situasi tidak diingini.
Tindakan : ahli jawatankuasa keselamatan.

HAL-HAL LAIN
5.1. Semua jawatankuasa ditanya tentang pandangan dan cadangan lain berkaitan pengisian
aturcara.
5.2 Disebabkan tiada cadangan lain maka perancangan ini diterima sebulat suara untuk
dilaksanakan dan jawatankuasa disarankan agar segera menyenaraikan barang keperluan di
dalam nota minta.
5.3 Untuk rekod, mesyuarat selanjutnya kali ketiga bakal dilaksanakan untuk menilai
perkembangan semasa gerak kerja jawatankuasa yang ditubuh di mana tarikh, masa dan
tempatnya akan diberitahu kelak secara rasmi dan bersurat.
Tindakan: Setiausaha Program.

PENUTUP

a)
b)
c)

Ucapan ringkas disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan peringatan mesyuarat yang berikutnya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

..........................................
(DALYANA BINTI MD DAHAR )
Setiausaha
Tarikh : 28 Jun 2012.

Disemak Oleh,

................................
(MOHD FARIHIN BIN HASSAN)
Pengerusi
Tarikh : 28 Jun 2012

You might also like