You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANTIKAN AHLI MAJLIS PESURUHJAYA

PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI JOHOR

ACARA TEKS
PENGUMUMAN Assalammualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera. Majlis ingin
AWAL mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada pagi ini
dan menjemput semua tetamu mengambil tempat duduk kerana
majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.

Para hadirin yang dihormati, di sini terdapat beberapa pengumuman


penting yang perlu dibuat bagi memastikan majlis pada pagi ini
berjalan dengan lancar.

Pertama, tuan-tuan dan puan-puan diminta untuk meletakkan telefon


bimbit ke mod senyap atau dimatikan bagi mengelakkan sebarang
gangguan sewaktu majlis berjalan.

Kedua, mohon tuan-tuan dan puan-puan terus berada di majlis ini


sehinggalah majlis berakhir bagi menghormati majlis pada pagi ini.

Ketiga, tuan-tuan dan puan-puan dimohon untuk berdiri sewaktu


pengumuman perarakan masuk tetamu VIP dan terus berdiri bagi
menyanyikan lagu rasmi.

Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan majlis ini kami


dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

PERARAKAN Mengumumkan perarakan masuk:


MASUK PERASMI
Yang Berbahagia,

Tn. Hj. Yaacob Bin A. Karim


Ketua Pesuruhjaya Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

Dengan Diiringi

dif-dif kerhomat.
NYANYIAN LAGU
RASMI ********************

& Yang Berbahagia Tuan, dan hadirin sekalian dipersilakan duduk.

PERSETIAAN
PENGAKAP
BACAAN DOA Yang Berbahagia Tuan, hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan


Alfadil Ustaz Firdaus bin Maskam

untuk memimpin bacaan doa agar majlis kita pada hari ini dapat
berjalan dengan jayanya. Dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

SALUTASI MAJLIS Assalammualaikum W.B.T, Selamat Sejahtera dan Salam Pengakap.

Yang Berbahagia,
Tn. Hj. Yaacob Bin A. Karim
Ketua Pesuruhjaya Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

Yang Berusaha,
…………………………………………………………

 Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa, Majlis Pengakap Negeri


Johor

 Yang Dihormati Ketua-Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,

 Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah Dan Penolong-Penolong


Pesuruhjaya Daerah

 Dhif-Dhif Jemputan

 Serta Sidang Hadirin Yang Dihormati Sekalian.


UCAPAN ALUAN Sirih berlipat siri pinang,
PENGERUSI Sirih dari Pulau Mutiara,
MAJLIS Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Mencari umbut dipohon rumbia,


Buat bekalan dagang petani,
Salam diberi penuh ceria,
Buat hadirin yang dihormati.

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin dan limpah


kurnianya dapat kita berkumpul beramai-ramai pada pg ini bagi
menjayakan:

MAJLIS PELANTIKAN AHLI MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP


MALAYSIA NEGERI JOHOR
Selamat datang kami ucapkan.

Majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:

Yang Berbahagia,

Tn. Hj. Yaacob Bin A. Karim


Ketua Pesuruhjaya Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

Kerana sudi menghadiri dan merasmikan majlis pada petang ini.


Terima kasih tuan.

PENGZAHIRAN Warga Cemerlang Tersenyum Manis,


MAJLIS Hadir Bersama Insan Wibawa,
LANTIKAN Tn dan Pn Penyeri Majlis
Sematkan Gagah Di Dalam Jiwa

Hadirin sekalian, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan

Yang Dihormati,
En Megad Mohd Nizar bin A Rahman,
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

Bagi menzahirkan upacara PELANTIKAN AHLI MAJLIS


PESURUHJAYA PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR..
PENYAMPAIAN Bagi menyampaikan watikah PELANTIKAN AHLI MAJLIS
WATIKAH PESURUHJAYA PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR majlis
PELANTIKAN dengan segala hormatnya menjemput

Yang Berbahagia,
Tn. Haji Yaacob Bin A. Karim,
Ketua Pesuruhjaya Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

Dengan diiringi

Yang Berusaha,
………………………………………………………………

Dengan hormat takzimnya, dipersilakan.

Mendahului senarai sebagai penerima pertama watikah pelantikan


ialah:

*Rujuk lampiran senarai nama …………….

***

Terima kasih diucapkan kepada:

Yang Berbahagia,
Tn. Haji Yaacob Bin A. Karim,
Ketua Pesuruhjaya Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

Atas kesudian tuan menyampaikan watikah pelantikan sebentar tadi.

Seterusnya, dijemput ..
AKU JANJI Yg Dihormati ,
En Bardin bin Uteh
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

Untuk mengetuai Aku Janji Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap


Malaysia Negeri Johor.
Dipersilakan.
***********************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan aku janji itu tadi.

PENGISYTIHARAN
MENUTUP Hadirin sekalian, majlis seterusnya menjemput
ISTIADAT
Yang Dihormati,
En Megad Mohd Nizar bin A Rahman,
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

bagi upacara penzahiran penutup PELANTIKAN AHLI MAJLIS


PESURUHJAYA PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR..

UCAPAN Yang Berbahagia Tuan, tuan-tuan dan puan-puan,


ALUAN /
PERASMIAN Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Untuk itu, majlis seterusnya mempersilakan,

Yang Berusaha,
Tn. Haji Yaacob Bin A. Karim,
Ketua Pesuruhjaya Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

Untuk menyampaikan ucapan dan amanat seterusnya merasmikan


majlis pada hari ini. Dipersilakan tuan.

***
Terima kasih diucapkan kepada
Yang Berusaha,
Tn. Haji Yaacob Bin A. Karim,
Ketua Pesuruhjaya Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
atas ucapan sebentar tadi.

PENUTUP Yang Berbahagia Tuan, dan hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya ucapan perasmian sebentar tadi, maka


berakhirlah sudah majlis kita pada petang ini.

Majlis ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua


penerima anugerah tahun ini dan semoga pencapaian hari ini akan
dijadikan semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Kami di meja pengacara majlis ingin memohon maaf atas segala


kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

Untuk mengakhiri majlis pada hari ini, Yang Berbahagia Tuan, dan
hadirin sekalian dapat bersedia bagi menyanyikan lagu Negaraku.
***
Sekian sahaja,
Wabillahitaufikwalhidayah W.B.T

You might also like