You are on page 1of 16

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

PENILAIAN SUMATIF (MORFOLOGI / SINTAKSIS)

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN LIMA - JUN 2021

PBD: SOALAN MORFOLOGI / SINTAKSIS Bahagian A

DSKP: SK: (Tatabahasa - 5.1 / 5.2 / 5.3) (Membaca - 2.1 / 2.2 / 2.3) [20 markah]

Soalan 1 hingga 9
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “________ akan menyertai program senam seni itu,” kata Farah dan Alia kepada gurunya.
A Dia C Kami
B Kita D Mereka

2 Suasana pada malam itu sangat indah apabila dihiasi oleh bintang yang ________ di langit.
A berkilau-kilauan
B berkelip-kelipan
C bersahut-sahutan
D berkicau-kicauan

3 Syarikat Seri Megah memerlukan belia yang berkelayakan untuk bekerja ________ mereka.
A pada C dengan
B demi D sehingga

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Puan Azida sedang menumbuk cabai burung menggunakan lesung batu di ________ ruang
dapur rumahnya.
A sudut C hujung
B antara D belakang

5 “Rasa pisang rastali yang belum cukup masak agak ________ sedikit,” kata emak kepada
anak-anaknya.
A kelat C tawar
B pahit D masam

6 “Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,”
pesan Cikgu Faiz kepada anak didiknya.
A tutur kata C tutur bicara
B tutur nista D tutur bahasa

1
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Puan Joanne Lim terpaksa ________ air menggunakan dapur gas kerana cerek elektriknya
baru sahaja rosak.
A merebus C mengukus
B menanak D menjerang

8 Pasukan ragbi sekolah kami berjaya ________ pasukan sekolah lawan dalam pertandingan
akhir peringkat Daerah Bagan Datuk.
A melalaikan C meninggalkan
B mengecilkan D menundukkan

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Se ________ lanun berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa di perairan Selat Melaka hasil
maklumat daripada para nelayan.
A kawan C pasukan
B pasang D gerombolan

10 Perajurit sanggup berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kedaulatan tanah air

tercinta. Pengorbanan mereka amat besar kepada bangsa, agama, dan negara.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A biar lambat, asal selamat
B biar mati anak, jangan mati adat
C biar putih tulang, jangan putih mata
D biar pecah di perut, jangan pecah di mulut

11 Pemandu kenderaan diingatkan supaya senantiasa berwaspada ketika berada di jalan raya
semasa musim perayaan.
Pilih perkataan antonim bagi berwaspada.
A lalai C cermat
B tegas D prihatin

12 Pilih kata tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

2
“Ya, Shafiq Rizky murid yang cerdik. Dia selalu sahaja mendapat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan.
A Mengapakah Shafiq Rizky cerdik dan cemerlang?
B Bagaimanakah keputusan peperiksaan Shafiq Rizky?
C Benarkah Shafiq Rizky murid cerdik yang cemerlang?
D Siapakah murid cerdik yang mendapat keputusan cemerlang?

Soalan 13
Pilih penggunaan kata penguat bergaris dalam ayat dengan betul.
13 A Selepas hujan lebat, keadaan jalan raya terlalu licin sekali.
B Nur Fadhilah sungguh gemar sekali minum air kelapa muda.
C Kasut yang dipakai oleh adik perempuannya itu terlalu besar benar.
D Sungai Kinta adalah antara sungai yang paling terpanjang di negeri Perak.

Soalan 14
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
14 I Pagi itu air Laut Cina Selatan kelihatan tenang sahaja.
II Bot yang dinaiki Hamidi dan Pak Kassim kelihatan tenang.
III Abang memperoleh tenang semasa bercuti di Pulau Tioman.
IV Berjoging dan bersenam dapat membuatkan fikiran kita tenang.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.
15 A Semua anggota-anggota persatuan pengakap dikehendaki hadir pada petang ini.
B Suka dan duka sudah menjadi lumrah dalam kehidupan yang mesti kita harungi.
C Kerusi dan meja di dalam dewan petang semalam kami telah susun dengan kemas.
D Pak Din amat meminati koleksi lagu-lagu allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad.

16 I Fadil sedang melintas jalan sambil menonton tangan neneknya.

II Bau minyak wangi yang dicalitkan ibu ke bajuku sungguh harum.
III Di bahagian timur pulau itu tanahnya subur dan sesuai untuk pertanian.
IV Harga kain sutera import dari Korea lebih mahal dari kain sutera tempatan.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

Soalan 17
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
17 Encik Krim amat gembira kerana ramai tetamu menghadiri majlis persaraannya.
A Gembira amat Encik Karim kerana tetamu majlis ramai menghadiri persaraannya.
B Encik Karim amat gembira kerana majlis persaraannya dihadiri oleh ramai tetamu.
C Majlis persaraannya dihadiri dengan amat gembira oleh ramai tetamu Encik Karim.
D Ramai tetamu amat gembira kerana dapat menghadiri majlis persaraan Encik Karim.
Soalan 18 hingga 20

3
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ilmu pengetahuan merupakan faktor utama yang akan menentukan kemajuan dan pembangunan
sebuah masyarakat. Tanpa ilmu pengetahuan nescaya kehidupan, kemajuan dan pembangunan
masyarakat tidak akan tercapai. Melalui ilmu, maka lahirlah kemahiran dan teknologi. Manakala
darjah dan tahap penguasaan sesuatu ilmu dan kemahiran teknologi dalam kalangan masyarakat
pula menjadi pengukur kepada kemajuan sesebuah negara. Kekayaan hasil bumi semata-mata
tidak dapat menjamin kemajuan dan pembangunan sesebuah negara tanpa adanya kepandaian
atau ilmu yang dimiliki oleh masyarakat marhaen negara tersebut.
Perpaduan kaum merupakan matlamat penting dan agenda utama dalam Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Persefahaman adalah kunci kejayaan. Persefahaman pula timbul jika masyarakat
berilmu dan mengamalkannya. Ilmu juga boleh menjadikan anggota masyarakat yang berbilang
bangsa mengenali dengan lebih dekat antara satu dengan yang lain. Persefahaman yang terjalin
mewujudkan negara yang damai dan sejahtera.

Pada masa kini, kerajaan sedang berusaha untuk melahirkan generasi yang berfikir secara
saintifik. Perkara ini merupakan satu usaha yang berterusan untuk mencapai kecemerlangan
satu-satu bangsa. Berfikir dan mengkaji adalah asas dalam budaya ilmu yang dapat menjadikan
bangsa tersebut lebih cemerlang.
Selaku ketua pentadbir di sekolah ini, saya amat mengharapkan agar guru-guru dan ibu
bapa sentiasa berusaha memupuk budaya membaca sekali gus mengenal pasti minat anak-anak
atau murid-murid. Membudayakan minat membaca dalam kalangan anak didik juga merupakan
asas utama dalam mencari ilmu seterusnya, menekankan konsep pendidikan seumur hidup.
Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat kekasaran serta keterlanjuran bicara
dalam ucapan saya sebentar tadi. Sekian, terima kasih.

18 Merujuk petikan di atas, siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut?

A Guru besar C Guru kaunseling
B Penolong kanan D Yang Dipertua PIBG

19 Antara tujuan seseorang itu menuntut ilmu adalah seperti berikut, kecuali
A kemajuan dan pembangunan
B perpaduan dan persefahaman
C kedamaian dan kesejahteraan
D keangkuhan dan kemasyhuran

20 Ungkapan konsep pendidikan seumur hidup membawa maksud

A Belajar untuk kehidupan yang ceria
B Belajar sejak kecil sehinggga dewasa
C Belajar dengan tekun sepanjang hayat
D Belajar selagi nyawa dikandung badan

BAHAGIAN A TAMAT

PBD: MORFOLOGI / SINTAKSIS (STRUKTUR AYAT)

4
Bahagian B
DSKP: SK: (Tatabahasa - 5.1 / 5.2 / 5.3) (Membaca - 2.1 / 2.2 / 2.3)
[30 markah]

Soalan 21

(a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya.

Tulis perkataan yang betul dalam ruangan yang disediakan,

(i) Kakak berasa sangat seram sekali apabila dia terdengar bunyi salakan anjing di waktu
tengah malam.
_________________________

(ii) Nur Azwar Azamuddin bermain helikopter kawalan jauh tetapi tersenyum gembira
pada petang itu.
_________________________

(iii) Mahaguru Jepun dan pemaisurinya akan mengadakan lawatan rasmi ke beberapa buah
negara di rantau Asia Tenggara.
_________________________

[3 markah]

(b) Tandakan ( √ ) di dalam petak yang disediakan bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah ini.

(i) “Saya baru sahaja menerima se __________ kad ucapan selamat hari lahir daripada
Mia Arisya,” kata Adella.

helai keping bidang

(ii) Puan Kamazura menjamu tetamunnya dengan tiga __________ anggur dan beberapa
__________ cempedak goreng.

ikat gugus tangkai

biji ulas ketul
[2 markah]

(c) Garis jawapan kata kerja yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Pelari maraton itu sempat (menuang, meneguk, menyuap) air mineral yang disediakan
untuk menghilangkan dahaga.

(ii) Pak Din (menakik, mengerat, menggaris) batang pokok kelapa itu bagi memudahkan
dia memanjat pokok tersebut.
[2 markah]
(d) Lengkapkan frasa berikut supaya menjadi peribahasa yang betul.

5
(i) Kek pandan yang dibelinya itu gebu seperti ____________________________________

(ii) Tulisan adik tidak dapat dibaca kerana halus seperti ____________________________
[2 markah]

Soalan 22

(a) Tandakan ( √ ) pada ayat yang betul dan ( X ) bagi ayat yang salah.

(i) Beliau merupakan salah seorang penjenayah yang amat dikehendaki oleh
pihak polis.

(ii) Para pelanggan sanggup beratur panjang untuk membeli goreng pisang
rangup di gerai itu.

(iii) Roslan dan kawan-kawan-kawannya sedang menelaah pelajaran di pusat

sumber sekolah mereka.

(iv) Enam orang pekerja buruh memperdalam parit bagi mengelakkan banjir
kilat berlaku di kawasan itu.

(v) Kumpulan pemikir itu sedang membincangkan tentang masalah disiplin

dan gejala buli dalam kalangan pelajar.

[5 markah]

Soalan 23

(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat di bawah.

model bertanda disediakan membakar

modul mendarat dikemukan membasmi

(i) Kebanyakan soalan Matematik yang ________________ dalam peperiksaan pada kali
ini agak mencabar.

(ii) Alia sedang menyiapkan ________________ kincir angin untuk menyertai pertandingan
reka cipta di sekolahnya.

(iii) Penduduk kampung itu berusaha ________________ tempat pembiakan nyamuk aedes
di sekeliling rumah mereka.

6
(iv) Cikgu Muhammad Hafis menggunakan beberapa timbun pasir untuk membuat kawasan
________________ bagi acara lompat jauh.

[4 markah]
Soalan 24

Teliti dan baca carta di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

kupas basuh hiris

Proses Penghasilan Kerepek Pisang Tanduk

pemasaran bungkus goreng

(a) Selepas dihiris, apakah proses yang dilakukan sebelum kerepek pisang tanduk dipasarkan?

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Mengapakah pisang tanduk perlu dibasuh sebelum dihiris atau sebelum dipotong nipis?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pengusaha kerepek pisang tanduk
untuk memajukan perusahaan mereka?
Jawapan kamu hendaklah menggunakan ayat yang lengkap.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
[3 markah]
Soalan 25

Baca maklumat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.
7
WAU HIASAN DAN REPLIKA

Wau boleh dijadikan hiasan atau replika bagi menambah seri ruang kosong di pejabat,
hotel mahupun rumah kita sendiri. Wau juga sesuai dijadikan cenderamata sebagai hadiah
untuk saudara mara ataupun sahabat handai. Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu
sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan.

Jenis-jenis Wau

Terdapat pelbagai jenis wau di negara kita. Antaranya ialah wau bulan. Badan wau bulan
ini berbentuk seakan-akan bulat, manakala ekornya pula berbentuk seperti bulan sabit.
Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) pada bahagian pinggang wau. Wau bulan ini sangat
popular di negeri Kelantan. Selain itu, wau kucing, wau merak, dan wau helang juga
terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Alat dan Bahan untuk Membuat Wau

1. Buluh duri sangat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula
sesuai dijadikan tulang belakang wau.
2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh manakala, pisau dan pisau
raut pula digunakan untuk meraut buluh.
3. Tali nylon digunakan untuk mengikat rangka wau manakala, tali tangsi pula digunakan
untuk menerbangkan wau di udara.
4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut cita rasa pembuat wau.

Proses Penghasilan Wau

1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju
8. Menyediakan tali tangsi

(a) Bagi menaikkan serta menerbangkan wau tinggi di udara, bahan utama yang diperlukan oleh
seseorang pemain wau itu ialah ________________________________________________

[1 markah]

(b) Nyatakan tempat yang sesuai bagi seseorang itu bermain wau atau untuk menaikkan waunya
di udara?

8
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Wau telah dipilih sebagai logo rasmi oleh sebuah syarikat korporat terkenal di negara kita,
apakah nama syarikat yang menggunakan wau sebagai logo mereka?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

[2 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

PBD: SINTAKSIS / MENULIS (PENULISAN KREATIF)

9
Bahagian A
DSKP: SK: (Membaca - 2.1 / 2.2 / 2.3) (Menulis - 3.1 / 3.2 / 3.3)
[10 markah]

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan rumah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara menjaga kebersihan dan keceriaan tersebut.
Tulis lima ayat yang lengkap bagi setiap gambar.

PBD: SINTAKSIS / MENULIS (PENULISAN KREATIF)

10
Bahagian A
DSKP: SK: (Membaca - 2.1 / 2.2 / 2.3) (Menulis - 3.1 / 3.2 / 3.3)
[10 markah]

1 _______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

2 _______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

3 _______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

4 _______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

5 _______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

10

PBD: SINTAKSIS / MENULIS (PENULISAN KREATIF)

11
Bahagian B
DSKP: SK: (Membaca - 2.1 / 2.2 / 2.3) (Menulis - 3.1 / 3.2 / 3.3)
[15 markah]

Rakan sebaya berperanan serta bertanggungjawab untuk membentuk sahsiah yang mulia.

Berdasarkan gambar dan maklumat yang disediakan, tulis rumusan tentang berperanan serta
bertanggungjawab rakan sebaya dalam bentuk perenggan.
Panjangnya rumusan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

12
PBD: SINTAKSIS / MENULIS (PENULISAN KREATIF) Bahagian B
DSKP: SK: (Membaca - 2.1 / 2.2 / 2.3) (Menulis - 3.1 / 3.2 / 3.3) [15 markah]

____________________________________________________________________________________________________________________

15

PBD: SINTAKSIS / MENULIS (PENULISAN KREATIF)

13
Bahagian C
DSKP: SK: (Membaca - 2.1 / 2.2 / 2.3) (Menulis - 3.1 / 3.2 / 3.3)
[25 markah]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Kamu berpeluang mengikut ibu bapa kamu ke pasar malam untuk membeli barang keperluan
harian. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengunjungi pasar malam ketika itu.
Tulis cerita kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Kamu menerima undangan untuk menyertai acara lari berganti-ganti sempena temasya sukan
tahunan di sebuah sekolah. Selaku setiausaha sukan, kamu diminta membalas surat tersebut dan
menyatakan persetujuan pasukan sekolah kamu untuk menyertai acara berkenaan.
Tulis surat kamu itu selengkapnya.

PBD: SINTAKSIS / MENULIS (PENULISAN KREATIF)

14

PBD: SINTAKSIS / MENULIS (PENULISAN KREATIF) Bahagian C

25

16

You might also like