You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

TAKLIMAT TAULIAH PEMIMPIN


PEMIMPIN PENGAKAP DAERAH PONTIAN

ANJURAN:

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH PONTIAN

Tarikh : 09 OGOS 2021

Masa : 9.15 MALAM

Hari : Isnin

Tempat : KEDIAMAN PEMIMPIN (GOOGLE MEET)


1.0 PENDAHULUAN

Tauliah dikeluarkan oleh ibu Pejabat Persekutuan kepada pemimpin kumpulan,


pemimpin dan penolong pemimpin. Dengan adanya tauliah, pemimpin diperaku sebagai
seorang individuu yang terlatih dan boleh melatih ahli kumpulan secara sah kerana telah
melalui proses melengkapkan skim kepimpinan Manikayu.

Tauliah terbahagi kepada dua iaitu tauliah tetap dan tauliah sementara. Hanya
pemimpin atau penolong pemimpin yang telah menyertai dan lulus Kursus Kepimpinan
Manikayu Peringkat 1 sahaja layak diberikan tauliah tetap sebagai Pemimpin atau Penolong
Pemimpin di kumpulan dan layak mengendalikan kumpulannya. Manakala pemimpin yang
tidak mempunyai Manikayuakan diberikan tauliah sementara olehibu Pejabat PPM Negeri
dengan tempoh sah laku selama 6 bulan sahaja. Dalam tempoh 2 tahun Pemimpin tersebut
mesti menghabiskan siri kursus Manikayu sehingga dikalungkan.

2.0 OBJEKTIF

1. Memastikan pemimpin kumpulan mendapat perakuan sah untuk memimpin kumpulan


kerana telah melalui proses melengkapkan skim kepimpinan Manikayu.

2. Menjadi tanda aras kualiti professional kepengakapan.

3. Meninggikan imej dan moral pemimpin sebaris dengan badan uniform GO/NGO lain
yang wajib melalui kursus asas pegawai / ahli sebagai anggota mengikut syarat
peraturan/perintah organisasi masing-masing.

3.0 SUMBER KEWANGAN -

4.0 SASARAN PESERTA

PEMIMPIN PENGAKAP SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH


5.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI
En Mohd Zaki bin Azman - Pesuruhjaya Daerah Pontian

NAIB PENGERUSI
En Mohd Helmy bin Abdul Majid - Penolong Pesuruhjaya PPM Pontian

SETIAUSAHA
Pn Noor Akmar bt Mohd Tarmidi - Penolong Pesuruhjaya PPM Pontian

PENOLONG SETIAUSAHA
En Anuar bin Salleh - Penolong Pesuruhjaya PPM Pontian

BENDAHARI
Pn Syairatul Nadiah bt Abd Rahman - Penolong Pesuruhjaya PPM Pontian

KOORDINATOR
Pn Maria bt Jantan - Penolong Pesuruhjaya PPM Pontian

6.0 TENTATIF PROGRAM

9.15 malam : - Kata aluan Pesuruhjaya Daerah Pontian ( En Mohd Zaki b Azman )

-Taklimat oleh Koordinator Daerah


i. Persediaan sebelum mengisi borang
ii. Panduan penggunaan sistem tauliah
iii. Perkara perlu dilakukan selepas mengisi borang.
7.0 PENUTUP

Pihak PPM Daerah Pontian sangat berharap semua pemimpin pengakap sekolah
rendah dan menengah dapat membuat permohonan untuk tauliah sama ada tauliah tetap atau
sementara.. Walau bagaimanapun, pihak PPM Daerah Pontian sangat memerlukan segala
sokongan dari semua pihak untuk membantu pihak PPM menjayakan pendaftaran tauliah
pemimpin di peringkat negeri seterusnya persekutuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh
semua pihak kami sangat hargai dan ucapkan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

(MARIA BINTI JANTAN)


Koordinator Daerah,
PPM Pontian.

Disahkan oleh,

(MOHD ZAKI BIN AZMAN)


Pesuruhjaya PPM Daerah Pontian

You might also like