You are on page 1of 31

Laporan Post Mortem:

PROGRAM PENDIDIKAN KESELAMATAN


KOMUNITI KEJIRANAN PERANAN
BERSAMA
TEMA PROGRAM: “KELUARGA MALAYSIA”
VKMB2041 PEMBANGUNAN KEMASYARAKATAN IV
SEMESTER APRIL 2022/2023 (JA221)
KUMPULAN G1 (JOHOR BAHRU)
Pengenalan

Program yang bertemakan Keluarga Malaysia yang dilaksanakan ini adalah program
pendidikan yang memberikan maklumat, panduan dan peringatan kesedaran
tentang keselamatan dan peranan komuniti kejiranan untuk membendung
kegiatan-kegiatan jenayah di persekitaran kejiranan
Objektif Program

1 2
Memupuk semangat kerjasama antara Mendedahkan ahli kumpulan dan
ahli kumpulan dalam merancang dan komuniti tentang kepentingan pendidkan
mengendalikan program. keselamatan dan peranan bersama dalam
kejiranan.

3 4
Memperolehi pengalaman dalam Membentuk sikap bersatupadu dalam
mengendalikan program atas talian kalangan komuniti kejiranan dan
masyarakat.
Tujuan Post Mortem

1 2

Mengenal pasti kekuatan & Mengenal pasti cabaran yang


kebaikan program supaya timbul sepanjang program
menjadi panduan dan untuk dijalankan bagi mengurangkan
melihat pencapaian program. masalah dalam penganjuran
program.
Latar Belakang Program

Tarikh, Masa dan Tempat


18 Jun 2022 (Sabtu),
10 pagi -12 tengah hari Johor
Bahru

Bilangan peserta yang hadir


Peserta yang hadir seramai 21
orang

Kaedah perlaksanaan
Melalui Aplikasi Zoom
ANJURAN
Program ini dianjurkan oleh Kumpulan G1 Pelajar Pra Siswazah dari Pusat
Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) UUM Semester April 2022/2023
cawangan Johor Bahru dengan kerjasama pihak PDRM dan Jawatankuasa Komuniti
Taman Teratai, Johor.
PROSES SEBELUM
PERLAKSANAAN
PROGRAM
1. Pembentukan struktur j/kuasa, perbincangan dan pembahagian tugas

Penasihat Program
Prof. Madya Dr. Mardzelah Binti Makhsin

Pengarah Program
Mohd Rizwan Bin Arsad
268767

Setiausaha Program
Nur Hazirah Binti Mohd Sharif
268572

Pengurus Jaringan Kolaborasi Pengurus Program dan Pengurus Teknikal dan Video Pengurus Kewangan
Pengurus Publisiti dan Promosi Protokol
Muhammad Afiq Bin Mohd Noh Puvaneswari A/P Jagapalan Muhammad Akashah Bin Ishak Zuliana Binti Abd Karim
Santhi A/P Muthusamy
268502 268614 282356 268708
259675
2. Menyediakan dan membentangkan Kertas Kerja Program
3. Menyediakan serta menghantar surat dan permohonan kepada pihak yang
berkaitan
4. Membuat kutipan dana bagi memenuhi belanjawan program
Bil. Perkara Jumlah

1. Cenderahati penghargaan kepada panel jemputan RM300

2. Cenderahati kepada perasmi RM100

3. Cenderahati kepada wakil KRT Taman Teratai RM100

4. Hadiah untuk pemenang kuiz RM100

  Jumlah keseluruhan RM600


 
5. Menyediakan poster

Poster awal

Poster final
6. Menyediakan teks-teks ucapan
6. Menyediakan pautan program melalui platform aplikasi Zoom

Topic: Program Pendidikan Keselamatan Komuniti


Kejiranan Peranan Bersama - Anjuran UUM PACE
Time: Jun 18, 2022 09:45 AM Kuala Lumpur

Join Zoom Meeting


https://us02web.zoom.us/j/93575226424?pwd=U0M4dF
lvaEdweTlBQkJ2OFpudnBrdz09

Meeting ID: 935 7522 6424


Passcode: k3cnw7
7. Membuat hebahan program terutama melalui aplikasi Whatsapp
8. Menyediakan borang maklum balas dan sijil penyertaan serta sijil penghargaan
Kekuatan dan Kebaikan Sebelum
Perlaksanaan Program

● Mendapat bimbingan dan panduan daripada penasihat


program.
● Mendapat kata sepakat dalam perbincangan yang dibuat
dalam ahli kumpulan.
● Semua ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik.
● Mendapat pengalaman yang baru iaitu menjadi pihak
penganjur buat pertama kali.
● Mendapat ilmu dan kemahiran yang baru.
Cabaran dan Penambahbaikan Sebelum
Perlaksanaan Program
● Tiada pengalaman dalam menganjurkan program yang sebenar, tetapi ambil sebagai
pengalaman dan dapat mempelajari ilmu yang baru.
● Sesi dalam program dilihat kurang dalam tentatif. Perlu membuat penambahan sesi dalam
tentatif program supaya program jadi lebih menarik. (Video selingan atau sesi rehat, sesi
kuiz)
● Peruntukan hadiah bagi sesi kuiz juga perlu ditambah.
● Ahli panel yang asal tarik diri di saat akhir. Mencari ahli panel lain yang layak dan sesuai.
Kemudian membuat surat jemputan & permohonan yang baru kepada ahli panel tersebut
dan ianya mendapat persetujuan beliau.
● Terdapat penukaran komuniti. (Daripada Taman Perdana kepada Taman Teratai). Membuat
surat jemputan yang baru kepada komuniti Taman Teratai.
● Poster yang dibentang untuk pertama kali perlu diubah atas nasihat dan panduan yang
diberikan oleh Penasihat Program. Mengubah poster yang baru dan mendapatkan
persetujuan Penasihat Program.
● Gambar ahli panel di dalam poster juga perlu diubah atas sebab penukaran ahli panel di
saat akhir.
● Terdapat permasalahan teknikal sebelum program dimulakan dan ianya dapat diselesaikan
dalam masa 5 minit sebelum program dimulakan.
PROSES SEMASA
PERLAKSANAAN
PROGRAM
● Proses semasa perlaksanaan program adalah mengikut tentatif program.
● Disebabkan terdapat penukaran ahli panel pada saat akhir, tiada slaid
yang dapat dipaparkan oleh ahli panel dan kami maklum akan hal
tersebut. Namun sesi temu bual tetap berjalan dengan lancar.
● Sesi kuiz juga berjalan dengan lancar dan semua soalan dapat dijawab.
Pemenang kuiz diumumkan oleh moderator sejurus mereka menjawab di
ruangan chatting. Pihak setiausaha penganjur terus berhubung dengan
pemenang bagi menyampaikan hadiah kuiz tersebut.
● Pihak penganjur tidak meletakkan ucapan penutup bagi pihak perasmi
dan panel di bahagian tentatif program.
● Namun, Moderator secara spontan mempersilakan panel dan perasmi
program untuk membuat ucapan penutup.
● Pautan borang maklum balas pula disediakan di bahagian ruangan
chatting.
● Program tamat lebih awal daripada masa yang diberikan dalam tentatif
program.
1. Program dimulakan oleh Tuan Moderator, Encik Mohd Rizwan 2. Ucapan daripada Encik Khairul Faiz bin Fawazul Khair, AJK
Bin Arsad dengan ucapan alu-aluan. Kawalan dan Keselamatan KRT Taman Teratai, Johor Bahru.

4. Sesi temu bual bersama Insp Wan Nasrul Fariq Bin Wan
3. Ucapan daripada Prof. Madya Dr. Mardzelah Binti Makhsin,
Ismail, Ketua Cawangan Bahagian Pencegahan Jenayah Dan
selaku tetamu kehormat dan perasmi program.
Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kota Tinggi
5. Sesi kuiz yang diadakan selepas sesi temu bual. 6. Program diakhiri dengan sesi bergambar dan mengambil maklum balas
daripada peserta yang hadir.
PROSES SELEPAS
PERLAKSANAAN
PROGRAM
1. Pemberian sijil penghargaan dan cenderahati kepada tetamu kehormat, panel
jemputan dan wakil KRT Taman Teratai
2. Menyemak dan menganalisis maklum balas daripada peserta.
Samb.
Kekuatan dan Kebaikan Selepas
Perlaksanaan Program
● Dapat mengetahui cara mengurus program.
● Mendapat respon yang baik daripada perasmi program.
● Pemilihan panel jemputan yang sesuai kerana cara
penyampaian beliau berada pada tahap yang sangat
memuaskan.
● Objektif program dapat dicapai iaitu, menyampaikan ilmu
pendidikan keselamatan kepada peserta-peserta program.
● Program webinar (atas talian) ini juga dapat
menghubungkan semua pihak dari pelbagai tempat.
● Dapat memberi panduan kepada pelajar-pelajar lain yang
membuat program seumpama program ini
Cabaran/Kelemahan Selepas Perlaksanaan
Program
● Sasaran seramai 30 orang peserta tidak dapat dicapai mungkin
disebabkan hebahan hanya dilakukan melalui medium
Whatsapp.
● Terdapat peserta-peserta tidak dapat mengikuti program
sehingga akhir kerana masalah teknikal seperti sambungan
internet dan ada juga yang mempunyai hal peribadi.
Disebabkan itu, mereka juga tidak mengisi borang maklum
balas.
● Ramai target-target peserta yang tidak dapat menyertai
program kerana sudah mempunyai agenda lain. Ini mungkin
disebabkan hebahan yang dilakukan adalah pada saat-saat
akhir.
Cadangan Penyelesaian

● Hebahan program boleh dilakukakan dengan menggunakan


pelbagai platform media sosial.
● Masalah teknikal seperti sambungan pada rangkaian internet
adalah masalah yang sukar ditangani oleh pihak lain
melainkan individu tersebut kerana kita tidak berada di
tempatnya.
● Program webinar atau atas talian adalah program bukan
bersemuka dan peserta boleh meninggalkan program dengan
lebih mudah.
● Pihak penganjur perlu membuat hebahan program dengan
lebih awal agar target-target peserta dapat melapangkan masa
mereka untuk program yang dijemput.
Rumusan
● Program pendidikan keselamatan komuniti sebegini dilihat amat
penting bagi menjadi asas keamanan dan keharmonian sesebuah
negara.
● Program ini juga dilihat perlu dilakukan lebih kerap agar mampu
memberi peringatan kepada masyarakat yang mungkin sering
lalai akan hal keselamatan.
● Akhir sekali, penglibatan setiap individu dalam aktiviti komuniti
adalah penting bagi memupuk semangat kejiranan dan perpaduan
di kalangan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Prof.
Madya Dr. Mardzelah Binti Makhsin selaku Penasihat Program
di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

You might also like