You are on page 1of 7

SUBJEK QAC3043 SEMINAR KEJURULATIHAN (A)

NAMA PENSYARAH DR SITI HARTINI BINTI AZMI

KUMPULAN KUMPULAN 5

TUGASAN LAPORAN WEBINAR “ADAKAH KHIDMAT


JURULATIH LUAR NEGARA DIPERLUKAN
DALAM SUKAN DI MALAYSIA?”
1,0 Sebelum Webinar berlangsung

Assalammualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata releksi tugasan


melaksanakan satu program pertandingan bagi kerja kursus seminar kejurulatihan
(QAC3043). Kami sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya
kami sempurnakan. Program ini tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya rakan-
rakan, pensyarah dan paraibu bapa tidak memberikan galakan serta dorongan kepada
kami untuk menyelesaikann tugasan ini.

Sebelum program berlangsung, kumpulan kami telah mengadakan


perbincangan secara atas talian kerana pada waktu kini pihak KPM mengarahkan
untuk melakukan pembelajaran secara atas talian disebabkan pandemik covid-19.
Kami menggunakan aplikasi video call whatsapp bersama ahli kumpulan kami pada
16 April 2021. Ketika dalam perbincangan tersebut, kami membahagikan tugas
kepada setiap ahli kumpulan bagi program seminar ini. Ahli kumpulan kami terdiri
daripada 4 orang iaitu Amirul bin Maludin, Franz Franco Musa, James Wong dan
Faqhrul Aqim bin Nor Azme. Selepas pembahagian tugas selesai kepada setiap orang,
maka tamatlah perbincangan mengikut tentatif program pertandingan supaya
pertandingan tesrsebut berjalan dengan lancar.

Pada 22 April 2021 kami satu kumpulan berbincang tentang kertas kerja dan
proposal program ini untuk disemak oleh Dr Siti Hartini iaitu pensyarah bagi subjek
ini. Salah seorang daripada ahli kumpulan akan menghantar poster dan kertas kerja
kepada Dr Siti Hartini untuk melakukan semakan. Pada masa yang sama, kami saling
bertanya antara satu sama lain supaya tidak ada perkara yang terlepas pandang semasa
program seminar berlangsung. Misalnya, perkara yang amat dititikberatkan semasa
perbincangan bersama ahli kumpulan ialah platform yang sesuai digunakan bagi
seminar ini agar semua peserta boleh menyertai program ini dan seminar ini boleh
direkod oleh pihak penganjur.

Akhir sekali, kami akan membuat raptai penuh pada malam 3 Mei 2021 dan
hebahan poster telah disebarkan kepada pelajar kelas dan orang awam seminggu
sebelum seminar ini dilaksanakan melalui aplikasi Whatsapp dan Instagram.
Penyertaan orang awam dan pelajar yang mengambil kursus ini adalah sangat
digalakkan untuk mengikuti program pertandingan ini.

2.0 Semasa program berlangsung

2.1 Jumlah penyertaan

Pada 4 Mei 2021, program kami telah mendapat sambutan yang ramai
daripada pelbagai fakulti yang terdiri daripada mahasiswa/mahasiswi Universti
pendidikan Sultan Idris iaitu sebanyak 119 orang yang membuat pendaftaran dan
terdapat juga orang awam yang menyertai program tersebut.
Gambar 1: Bukti Peserta yang mendafatar
2.2 Bukti promosi

Sebelum kami menjalankan program ini, salah seorang daripada ahli


kumpulan kami iaitu Amirul bin Maludin telah mengehebahkan poster ini melalui
aplikasi Whatsapp. Kumpulan kami menghebahkan poster seminggu sebelum seminat
dilakukan agar peserta boleh ingat dan mereka boleh melapangkan waktu mereka
supaya boleh menyertai program seminar itu. Admin kelas kami juga telah
menyebarkan poster tersebut ke aplikasi Instagram agar boleh menarik lebih ramai
lagi peserta untuk menyertai program tersebut. Berikut merupakan bukti kumpulan
kami melakukan promosi.
Gambar 2: Bukti Promosi Poster
3.0 Selepas tamat program

Kumpulan kami telah memberikan kerjasama yang amat baik dan saling
membantu antara satu sama lain apabila salah satu ahli memerlukan pertolongan
ketika seminar berlangsung. Setelah tamatnya program seminar, kumpulan kami telah
membuat post-mortem bagi program ini dan menilai kelebihan dan kekurangan ketika
program berlangsung. Program ini banyak membantu kami untuk melakukan
pekerjaan dengan menepati waktu dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Terdapat juga sebilangan peserta mengalami gangguan rangkaian internet yang telah
menyebabkan mereka terpaksa keluar dan masuk ketika program sedang berlangsung,
Walaubagaimanapun, program seminar telah berjalan dengan lancar walaupun ada
sedikit masalah yang dihadapi oleh pihak penganjur. Antara salah satu objektif
program ini dilakukan ialah seseorang yang ingin menceburi bidang jurulatih boleh
mengambil kesempatan untuk menuntut ilmu yang kurang ada pada diri jurulatih di
Malaysia berbanding jurulatih luar negara.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan segala masalah
serta halangan yang dihadapi oleh pihak penganjur telah berjaya diatasi pada ketika
permulaan awal program berlangsung. Kerjasama yang diberikan oleh pihak AJK dan
peserta amatlah dihargai dalam melaksanakan program ini.

Disediakan oleh

FRANCO

(FRANZ FRANCO MUSA)

Pengarah Program,

Seminar “Adakah khidmat jurulatih luar negara diperlukan dalam sukan di Malaysia?”

You might also like