You are on page 1of 8

LAPORAN PELAKSANAAN

PROGRAM SHAPING TOMORROW’S LEADER 2023

TARIKH
10 APRIL 2023
ISNIN

TEMPAT
DEWAN KULIAH
KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA

ANJURAN
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA

BERSAMA
UNIT PSIKOLOGI
KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
1. Nama Program:
Program Shaping Tomorrow’s Leader 2023

2. Pengenalan:

Program Shaping Tomorrow’s Leader 2023 yang telah dianjurkan oleh Unit
Peperiksaan Dan Penilaian Kolej Komuniti Seberang Jaya adalah untuk membantu
pelajar-pelajar kolej yang daripada bidang elektrik supaya dapat memperbaiki
prestasi kecemerlangan mereka di semester berikutnya.Program ni adalah ekoran
daripada perkara berbangkit dalam Bengkel Penyediaan Laporan Analisa Hasil
Pembelajaran Program pelajar Kolej Komuniti Seberang Jaya yang mana keputusan
analisa Hasil Pembelajaran Program (HPP) tidak begitu memberangsangkan dan
seramai 20 orang pelajar mendapat purata HPP kurang dari 2.00 bagi Sesi
I:2022/2023.Program ini juga bertujuan untuk memberikan idea , pendedahan serta
teknik dan kaedah baru dalam menguasai sesuatu subjek. Program ini juga
diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar yang kurang berprestasi untuk
meningkatkan pencapaian mereka. Selain itu program ini turut memfokuskan
pelajar-pelajar yang bermasalah kehadiran sehingga pertengahan semester bagi
Sesi II: 2022/2023. Di samping itu program ini turut digariskan sebagai
pembangunan sahsiah pelajar dan Continous Quality Improvement (CQI) bagi
program akademik yang dijalankan di Kolej Komuniti Seberang Jaya. Program ini
menyasarkan seramai 20 orang peserta. Program ini akan diadakan di Dewan
Kuliah Kolej Komunti Seberang Jaya dan mengambil peserta yang mempunyai
tahap motivasi yang rendah dan memerlukan bimbingan kaunseling yang lebih
tinggi. Program ini dikendalikan oleh Penyelaras Psikologi Kolej Komuniti Seberang
Jaya iaitu En. Nik Mohd Noor Faizal Bin Md Saad.

3. Objektif Program:

3.1 Mendedahkan kaedah dalam menangani masalah pembelajaran. (HPP 4)


3.2 Membangunkan potensi diri untuk cemerlang dalam bidang akademik. (HPP 8)

2
4. Maklumat Program
4.1 Tarikh : 10 April 2023 (Isnin)
4.2 Tempat : Dewan Kuliah, KKSJ
4.3 Peserta : 38 orang pelajar KKSJ

5. Pelaksanaan Program
5.1 Tentatif Program

TARIKH MASA AKTIVITI

10.00 pagi Pendaftaran peserta di KKSBJ


10 APRIL
2023 10.15 pagi Ice Breaking
(ISNIN) 10.30 pagi Slot Sentuhan Hati

11.30 pagi Slot Empower Yourself

12.30 thari Bersurai

5.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Ts.Husaini Aza bin Mohd Adam


Naib Pengerusi I : Pn. Zurilawati Binti Md Zawawi
Naib Pengerusi II : En. Ahmad Ikhwan Bin Zakaria
Pengarah Program : Pn. B.Chitthra
Setiausaha : Pn. Noradilah Binti Saad
Bendahari : Mohd Hasrul Bin Hamzah
AJK Sijil & Cenderahati : Pn. Nurul Zaliza Binti Md Isa
: Cik. Busmina Balkis Binti Abd Hadi
AJK Teknikal & Persiapan Tempat: : En. Saiful Anuar Bin Mohamad
: En. Mohd Azan Bin Harith

5.3 Kos

3
(Kos yang telah dibelanjakan sepanjang aktiviti melibatkan peruntukan dari ABM)
Tidak melibatkan sebarang perbelanjaan.

5.4 Perjalanan Program

Sebelum program berlangsung, beberapa persiapan telah dijalankan. Persiapan


tersebut telah dilakukan oleh jawatankuasa penganjuran program yang terdiri
daripada staf Kolej Komuniti Seberang Jaya. Pelajar berkumpul di Dewan Kolej
Komuniti Seberang Jaya pada jam 10.00 pagi. Sesi pendaftaran telah
dilaksanakan pada jam 10.05 pagi. Program telah dimulakan pada jam 10.15
pagi dengan slot yang pertama iaitu Ice Breaking dan telah dikendalikan oleh En.
Nik Mohd Noor Faizal bin Md Saad. Peserta telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk memudahkan kelancaran aktiviti-aktiviti sepanjang program ini.
Seterusnya Slot Sentuhan Hati telah berlangsung. Sesi ini memberi tumpuan
kepada pelajar-pelajar kolej yang mencatat peratus kehadiran kurang daripada
80% jam pertemuan kuliah sehingga pertengahan semester. Data kehadiran yang
diambilkira untuk peratus kehadiran pertengahan semester ini adalah dari minggu
pertama sehingga minggu kelapan minggu PDP Sesi II:2022/2023. Pelbagai
nasihat, motivasi serta dorongan telah diberikan kepada pelajar yang masalah
kehadiran ini oleh En. Nik Mohd Noor Faizal bin Md Saad. Pada jam 11.30 pagi,
Slot Empower Yourself telah diadakan. Aktiviti ini bertujuan untuk membina
keyakinan diri dalam diri pelajar untuk terus maju dan mengetengahkan bakat-
bakat yang sedia ada dalam diri. Peserta bersurai pada jam 12.30 tengahari.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan lancar.

6. Penilaian Program

6.1 Kekuatan

4
Program Shaping Tomorrow’s Leader 2023 telah berjaya dilaksanakan atas
komitmen yang diberikan oleh pelajar dan AJK yang terlibat. Program ini telah
menepati dan mencapai objektif program yang telah dirangka di mana kesemua
pelajar sangat bermotivasi memberi kerjasama dan respon sepanjang
berlangsungnya program.

6.2 Kelemahan/Masalah
Walaupun Program Shaping Tomorrow’s Leader 2023 berlangsung dengan
jayanya, tetapi terdapat juga masalah yang telah dihadapi sepanjang
berlangsungnya program ini. Terdapat beberapa orang pelajar yang terpilih tidak
menghadiri program ini walaupun telah dimaklumkan beberapa hari sebelum
program.

6.3 Cadangan Penambahbaikan


Sekiranya program seperti ini dilaksanakan lagi, antara penambahbaikan yang
dilaksanakan ialah untuk meminta bantuan pensyarah kelas bagi memastikan
kehadiran penuh pelajar- pelajar yang terpilih ke program.

7. Penutup

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dengan


kerjasama yang tinggi daripada ahli Unit Peperiksaan dan Penilaian serta Unit
Psikologi Kolej Komuniti Seberang Jaya.

Disediakan oleh:

……………………………............
(Pengarah Program)
Penyelaras Unit Peperiksaan dan Penilaian
Kolej Komuniti Seberang Jaya

5
Disemak Oleh:

…………………………………..
Pegawai Peperiksaan
Kolej Komuniti Seberang Jaya

Disahkan Oleh:

……………………………………
Zurilawati binti Zawawi
Timbalan Pengarah Akademik
Kolej Komuniti Seberang Jaya
Kementerian Pendidikan Tinggi

6
Lampiran

Gambar Program

7
8

You might also like