You are on page 1of 4

SYARAT-SYARAT UNTUK PENGIKTIRAFAN DAN PERSIJILAN

MESSENGERS OF PEACE (MoP) MALAYSIA


1. Mana-mana ahli pengakap yang berminat untuk menjalankan projek MoP dan
mendapat pengiktirafan, dinasihatkan supaya membaca dan memahami terlebih
dahulu Buku Panduan Messengers of Peace yang diterbitkan oleh World
Organization of Scout Movement (WOSM)
2.

Penglibatan pengakap dalam program MoP ini boleh dijalankan melalui dua cara
iaitu:
a. Kursus Induksi atau Koordinator MoP
Program ini dijalankan sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam di mana-mana pusat
latihan. Peserta akan didedahkan dengan maklumat dan tatacara pelaksanaan
MoP. Disamping itu kursus ini juga boleh dijalankan secara berkolaborasi dengan
mana-mana badan yang berkaitan.
b. Projek-projek MoP
Calon menjalankan projek-projek MoP secara terancang dan berkumpulan.
Projek yang dijalankan hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan. Program
ini boleh dijalankan berdasarkan kepada unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap
Muda dan Remaja, Pengakap Kelana. Pemimpin dan Pesuruhjaya

3. Cetusan idea untuk menjalankan program MoP mestilah datang daripada perancang
dan pelaksana program itu sendiri, bukannya orang lain yang mencadangkan dan
dilaksanakan oleh orang lain.
4. Penyertaan minima untuk melaksanakan program MoP ialah 2 orang, manakala
jumlah maksima tiada had. Konsep penyertaan dalam program MoP tiada unsur
paksaaan dan dilakukan secara sukarela. Penglibatan ahli mestilah kekal dan tidak
berubah-ubah sesuka hati.

SYARAT PENGIKTIRAFAN MESEENGERS OF PEACE

5. Semua perbelanjaan program ditanggung sendiri oleh individu atau kumpulan


pelaksana. Namun begitu bantuan kewangan boleh dipohon daripada WOSM
dengan menggunakan boring berformat yang disediakan oleh WOSM. Kelulusan
permohonan akan dimaklumkan oleh pihak WOSM. Namun begitu, bantuan
kewangan juga boleh dipohon daripada mana-mana pihak yang difikirkan sesuai dari
segi kewangan, kepakaran dan khidmat nasihat.
6. Ruang lingkup bagi menjalankan program MoP:
a. Jaringan Sosial (facebook, google dan seumpamanya)
Contoh: program Klik dengan bijak SKMM
b. Pembangunan Insan (Latihan dan Program Berkualiti)
Contoh: Kursus, khemah kerja, latihan, jambori dan lain-lain yang berakitan
dengan kepengakapan
c. Diskusi Pengakap (Seminar, Konferen dan sebagainya)
Contoh: Program BIcara Tokoh
d. Projek Keamanan (Pembangunan Masyarakat Setempat)
Contoh: Penyediaan pusat sumber di perkampungan orang asli, pendidikan alam
sekitar, penerokaan alam dan sebagainya
e. Konflik Kemanusiaan
Contoh: membantu mangsa bencana alam, banjir, tanah runtuh, peperangan dan
sebaginya
7. Peserta mestilah ahli yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia
(mempunyai kad keahlian yang sah dalam tahun semasa)
8. Peserta mestilah mendaftarkan diri dalam World Organization of Scouts Movement
(WOSM) dan mempunyai nombor pendaftaran rasmi (contoh: 11879)

Kumpulan

Ramlan bin Kassim


Jegathesan a/l Rajan

No. WOSM

1
2

No. Keahlian

Nama

Contoh Senarai Nama Peserta

KLM 01-2241
PK-98780

209888
763738

KLM 01
14 Kerian

SYARAT PENGIKTIRAFAN MESEENGERS OF PEACE

3
4
5

Lau Yee Thing


Paramjit Kaur
Kanang anak Jikai

SL-77161
PP- 32327
KH- 11888

1109
11987
82726

02 Petaling
07 Butterworth
18 endang

9. Peserta mestilah mendaftarkan diri dalam Facebook MoP Malaysia. Pengesahan


pendaftaran akan dibuat oleh Jawatankuasa MoP Kebangsaan.
10. Mengemukakan kertas kerja/ cadangan tentang projek yang akan dijalankan. Semua
kertas kerja/ cadangan mestilah menjurus kepada kejayaan pelaksanaan program
yang berterusan. Contoh:
a. Nama Program:
b. Objektif Khusus:
c. Bilangan Peserta Terlibat: i. ahli pengakap
ii. agensi luar (Koloborasi)
iii. masyarakat setempat
d. Modus Operandi i. Aktiviti 1
ii. Aktiviti 2
iii. Aktiviti 3
e. Tempoh Masa:
Menyatakan tempoh masa keseluruhan program berkenaan (cth: 1/2/6 bulan)
Menyatakan tempoh masa berdasarkan aktiviti : i. Aktiviti 1 : 2 minggu
ii. Aktiviti 2: 1 bulan
iii. Aktiviti 3: 1 minggu
f. Impak program i. kepada peserta
ii. kepada pengakap
iii. kepada masyarakat setempat
11. Memuat naik (upload) semua maklumat dan perkembangan program yang
dijalankan dalam WOSM sebagai rekod dan bukti program berkenaan sedang/telah
dijalakan. Pengesahan boleh dilakukan secara online oleh Koordionator MoP pada
bila-bila masa.
12. Setelah memuat naik maklumat tersebut. Para peserta program akan mempunyai
jumlah jam yang tertentu berdasarkan penyertaan dalam program masing-masing.
Bagi Malaysia, minimum 100 jam diperlukan untuk mendapat pengiktiragan MoP.
13. Menghantar laporan lengkap program yang telah sempurna dijalankan kepada
Koordinator MoP negeri masing-masing untuk dipanjangkan bagi pengiktirafan
program berkenaan kepada Jawatankuasa MOP Kebangsaan.

SYARAT PENGIKTIRAFAN MESEENGERS OF PEACE

14. Bagi tujuan dokumentasi berkala, setiap calon mestilah mengemukakan log
pelaksanaan program sepenuhnya secara individu dalam buku log yang
mengandungi semua maklumat, catatan, gambarajah, carta, gambar dan sebagainya.
15. Projek MoP yang dijalankan boleh juga mendapat pengiktirafan sebagai projek
Messengers of Peace (dua dalam satu) sekiranya program berkenaan memenuhi
ktiteria yang ditetapkan dalam kerangka pelaksanaan MOP.
16. Mana-mana program yang GAGAL ATAU TIDAK MEMENUHI SYARAT DAN
PERATURAN yang ditetapkan, Jawatankuasa MoP Kebangsaan mempunyai kuasa
untuk tidak menilai dan mengiktiraf program yang dijalankan sebagai program MoP.
17. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Koordinator Kebangsaan, World
Scout Environment Program, Persekutuan Pengakap Malaysia

Disediakan oleh:

Messengers of Peace Committee


Persekutuan Pengakap Malaysia

SYARAT PENGIKTIRAFAN MESEENGERS OF PEACE

You might also like