You are on page 1of 10

Rujukan Kami : CICT/DHIM/2022-02

Rujukan Tuan :
Tarikh : 09 November 2022

Encik Armein bin Zahari


Head Department Of Student Affairs,
Cybernetics International College of Technology,
154-4-11 Kompleks Maluri, Jalan Jejaka,
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.

Melalui,

Cik Umaimah bt Salam, Umaimah bt Salam


Diploma Halal Industry Management
Cybernetics International College of Technology, 697
154-3-7 Kompleks Maluri, Jalan Jejaka,
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur

Encik,

MEMOHON KELULUSAN PROGRAM AKADEMIK: REALISASI INDUSTRI PENYEMBELIHAN


HALAL

Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal, KTAC ingin
memohon kelulusan daripada pihak tuan untuk mengadakan aktiviti “Realisasi Industri Penyembelihan Halal” di
Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

2. Program praktikal penyembelihan ini diharap dapat memberi pendedahan secara lebih jelas kepada
pelajar mengenai teknik penyembelihan yang tepat mengikut syariah dan dapat melengkapkan silibus
pembelajaran dalam subjek DHIM 2413 Halal Slaughtering.

3. Berikut merupakan maklumat program tersebut:


Program : Realisasi Industri Penyembelihan Halal
Tarikh : 07 Disember 2022 (Rabu)
Masa : 8.00 pg hingga 2.00 ptg
Bilangan : 9 orang beserta 4 orang pengiring
Kos Perbelanjaan : RM 411.00

4. Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan.


Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..................................................................
(NUR SYAZAIZATI BT JUHARI)
Pengarah Program
Realisasi Industri Penyembelihan Halal
KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS

KERTAS CADANGAN
REALISASI INDUSTRI PENYEMBELIHAN HALAL

TEMPAT
MASJID BANDAR TUN HUSSEIN ONN, CHERAS
TARIKH
07 DISEMBER 2022

ANJURAN
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics
(KTAC)
1.0 PENGENALAN

1.1 Program ini merupakan projek kesinambungan bagi menyempurnakan silibus subjek DHM 2413
HALAL SLAUGHTERING yang mewajibkan pelajar DHIM di Kolej Teknologi Antarabangsa
Cybernetics untuk melakukan aktiviti praktikal penyembelihan halal.
1.2 Manifestasi hasil program ini, pelajar akan mendapat pengetahuan tentang penyembelihan secara
menyeluruh dari segi islamik dan teknikal.
1.3 Melalui program penyembelihan ini, pelajar akan dapat mempraktiskan teknik penyembelihan
yang sebenar berdasarkan pemahaman dan pemerhatian yang mereka dapati daripada sesi
pembelajaran di dalam kelas. Pendedahan melalui sesi praktikal, pembelajaran, pemerhatian serta
laporan dapat memberi impak holistik terhadap sikap, tingkah laku, pemikiran dan pengalaman
serta menguasai kemahiran kerja berkumpulan disamping memupuk nilai profesionalisme
pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.

2.0 OBJEKTIF DAN REKA BENTUK PROGRAM

2.1 Mendedahkan kepada pelajar berkenaan proses penyembelihan halal dalam islam
2.2 Mengetahui info dan maklumat tentang teknologi penyembelihan yang dibangunkan seiring
pematuhan syariah.
2.3 Menerapkan kemahiran yang diperlukan seperti professionalism dan kemahiran bersosial terhadap
para pelajar Cybernetics.
2.4 Membentuk kemahiran bekerjasama dan sifat kepimpinan melalui pengurusan berkumpulan.
(Maklumat lanjut seperti dalam Lampiran 1)

3.0 HARI, TARIKH, MASA DAN TEMPAT PROGRAM

3.1 Hari : Rabu


3.2 Tarikh : 07 Disember 2022
3.3 Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
3.4 Tempat : Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
4.0 BILANGAN PESERTA DAN MAKLUMAT PESERTA

4.1 Bilangan peserta : 9 orang pelajar


4.2 Senarai Nama, No.Matrik, dan Semester
(Maklumat lanjut seperti dalam Lampiran 2)

5.0 STRUKTUR ORGANISASI


5.1 Rujuk Lampiran 3

6.0 TENTATIF PROGRAM


6.1 Rujuk Lampiran 4

7.0 BELANJAWAN
7.1 Rujuk Lampiran 5

8.0 PENUTUP

8.1 Adalah diharapkan agar program ini mendapat penilaian sewajarnya. Tujuan utama adalah bagi
mencapai objektif yang telah digariskan dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang
berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan profesional di dalam bidang penyembelihan halal di
Malaysia.

Disediakan oleh,

..........................................
(WAN AHMAD HAIQAL BIN WAN AHMAD ZURAN)
Setiausaha Program
Realisasi Industri Penyembelihan Halal

Disahkan oleh,

....................................
(NUR SYAZAIZATI BT JUHARI)
Pengarah Program
Realisasi Industri Penyembelihan Halal
Disahkan oleh,

....................................
(UMAIMAH BT SALAM)
Penasihat Aktiviti
Pensyarah DHIM
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics

Disokong oleh,

...................................
( NIK ROSATIQAH AZEEREEN BT NIK MOHD ROSLI)
Ketua Program
Diploma Pengurusan Industri Halal
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics
LAMPIRAN 1

REKABENTUK PROGRAM

Objektif am Objektif program khusus


PO1 : Pengetahuan & Kefahaman Pengetahuan berkaitan teknik penyembelihan halal
dalam islam
PO2 : Kemahiran Kognitif Menjalankan aktiviti pembelajaran di luar kelas dan
menjalinkan hubungan dengan industri.
PO3 : Kemahiran Praktikal Memahami konsep aplikasi dan praktikal dalam
penyembelihan halal

Hubungan antara Aktiviti dan Subjek


Aktiviti Markah Subjek
(%) DHM 2413 Halal Slaughtering
Praktikal 15% Pelajar dikehendaki membuat praktikal sembelihan
Laporan Praktikal 15% Pelajar dikehendaki menyiapkan laporan dan membuat pembentangan di
kelas dalam tempoh 2 minggu selepas program

Hubungan antara aktiviti, Cara Penilaian dan Objektif


PO
Aktiviti Cara Penilaian
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Laporan Proposal dan dokumentasi 
Video Kematangan Retorik 
Praktikal Pelaksanaan praktikal 

*Selepas program, setiap pelajar dikehendaki menyediakan refleksi pengalaman pembelajaran sepanjang
penglibatan dalam program ini sebanyak satu hingga dua mukasurat. Penulisan ini dihantar bersama laporan
projek keseluruhan pelajar. Nyatakan apa yang telah dipelajari dan bagaimana ianya dapat membantu anda
dalam kecemerlangan kerjaya dan kehidupan kelak.
LAMPIRAN 2

BIL MATRIK NAMA PELAJAR SEMESTER

1 21070065 WAN AHMAD HAIQAL BIN WAN AHMAD ZURAN 4


2 21070144 MUHAMMAD AMIRUL FAIZ BIN JAILANI 4
3 21070145 MUHAMMAD AIDIL BIN KHAMARUL ARIFFIN 4
4 21070179 NUR SYAZAIZATI BINTI JUHARI 4
5 21070192 ZARIF SYAHMI BIN MOHD KHAIRUL NIZAL 4
6 21070211 HASIBAH AQILAH BINTI HASBULLAH 4
7 21070232 QISTINA NUR DINI BINTI ZURAIDY 4
8 21090023 NURUL SUHAILAH BINTI MOHD ROSLI 3
9 21080027 SITI SYARIFAH BINTI MOHD RAMLAN 3
LAMPIRAN 3

STRUKTUR ORGANISASI

BIL JAWATAN MATRIK NAMA PELAJAR


1 Penasihat Aktiviti N/A UMAIMAH BINTI SALAM
2 Pengarah Program 21070179 NUR SYAZAIZATI BINTI JUHARI
3 Setiausaha 21070065 WAN AHMAD HAIQAL BINWAN AHMAD ZURAN
4 Bendahari
21070144 MUHAMMAD AMIRUL FAIZ BIN JAILANI
5 AJK Makanan 21070145 MUHAMMAD AIDIL BIN KHAMARUL ARIFFIN
6 AJK Peralatan 21070232 QISTINA NUR DINI BINTI ZURAIDY
7 AJK Operasi 21070192 ZARIF SYAHMI BIN MOHD KHAIRUL NIZAL
8 AJK Keselamatan 21070211 HASIBAH AQILAH BINTI HASBULLAH
LAMPIRAN 4

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI 07 DISEMBER 2022

8.00 am Berkumpul di kolej

8.15 am Taklimat program

8:30 am Makan Pagi

9.00 am Bertolak ke Masjid

9.30 am Tiba di Masjid

10.00 am Mendengar taklimat dan melihat demo

10.30 am Penyembelihan ayam oleh pelajar

12.00 pm Proses pembersihan ayam

2.00 pm Bertolak pulang ke kolej


LAMPIRAN 5

BELANJAWAN PROGRAM

Perkara Harga Seunit (RM) Bil unit Jumlah (RM)


PERBELANJAAN

Pengangkutan (petrol & tol) RM50.00 3 buah RM150.00

Makanan RM5.00 13 orang RM65.00

Cenderahati & Bil Utiliti RM50.00 RM50.00

Ayam Hidup RM8.00 12 ekor RM96.00

Penghantaran Ayam Hidup RM50.00 RM50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM411.00

You might also like