You are on page 1of 10

KELAB KEJURUTERAAN AWAM

2018
POLITEKNIK UNGKU OMAR
POLITEKNIK PREMIER

KERTAS KERJA

“CIVIL SPORT DAY”


SESI JUN 2018
“Fun with Sports”

Tarikh/ Hari: 4 Ogos 2018 (Sabtu)


Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Kampus, Politeknik Ungku Omar
1.0 PENDAHULUAN

Kelab Kejuruteraan Awam akan menganjurkan Civil Sport Day bagi semua pelajar
Diploma Kejuruteraan Awam yang bertemakan “Fun With Sports”. Civil Sport Day
ini merupakan satu hari yang dikhususkan untuk mengadakan aktiviti sukan bagi
pelajar diploma kejuruteraan awam sebagai satu medan untuk pelajar lebih
mengenali sesama pelajar dan bagi menggalakkan pelajar mengamalkan gaya hidup
sihat.

Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan supaya dapat memberi pendedahan


mengenai serba sedikit tentang kepentingan bersukan dan untuk mengeratkan
hubungan silaturahim antara pelajar diploma kejuruteraan awam. Civil Sport Day ini
terbuka kepada semua pelajar Diploma Kejuruteraan Awam iaitu seramai 90 pelajar.

Rasional Civil Sport Day pelajar kejuruteraan awam kali ini adalah untuk
menyemarakkan semangat kesukanan dalam diri pelajar untuk melahirkan pelajar
yang sihat dari segi fizikal dam mental. Di samping itu juga ia adalah untuk
mengeratkan hubungan ukhwah sesama pelajar diploma kejuruteraan awam.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Mendedahkan murid tentang kepentingan bersukan dalam kehidupan seharian.


2.2 Mengukuhkan potensi murid-murid dalam semua aspek terutama mental,
rohani, emosi dan intelek agar menjadi insan yang cemerlang.
2.3 Menambahbaik kemahiran kejuruteraan dan keupayaan menyelesaikan tugasan
yang diberi agar dapat dimanfaatkan semasa belajar mahupun bekerja kelak.
2.4 Memberi peluang kepada murid untuk menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan secara positif.
2.5 Menerapkan nilai-nilai kerjasama, tanggungjawab dan semangat berpasukan
dalam kalangan pelajar.
3.0 CERNAAN PROGRAM
Nama Program : Civil Sport Day
Tarikh /Hari : 4 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang.
Tempat : Kampus Politeknik Ungku Omar
Anjuran : Kelab Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar.

4.0 SASARAN PESERTA


Seksyen Bilangan Pelajar
DKA 1 25
DKA 2 10
DKA 3 25
DKA 4 10
DKA 5 20
Jumlah 90

5.0 CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


Sila rujuk Lampiran 1.

6.0 JUSTIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


Sila rujuk Lampiran 2.

7.0 CADANGAN TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk Lampiran 3.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


Sila rujuk Lampiran 4.

9.0 PENUTUP
Program ini diharapkan dapat memberi kesan yang baik serta kenangan yang manis
dikalangan pelajar yang telah terlibat. Program ini dianjur dan dicadangkan oleh ahli
– ahli jawatankuasa kelab Kejuruteraan Awam dan berharap agar dapat memberi
pengalaman baharu kepada semua peserta yang terlibat. Selain itu, program ini
diharapkan akan berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancangkan dan
tujuan program ini dapat dicapai. Diharapkan kertas kerja untuk Civil Sport ini akan
mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan dan seterusnya
meluluskan program ini.

10.0 PENGESAHAN DAN KELULUSAN PROGRAM

Disediakan Oleh, Tarikh:


Disaran Oleh,

ASMIDA BINTI ARSHAD


Pengarah Program NORLIZA BINTI MOHD NOOR
Civil Sport Day Penasihat Program
Kelab Kejuruteraan Awam Civil Sport Day
Politeknik Ungku Omar Kelab Kejurteraan Awam
Tarikh: Politeknik Ungku Omar
Tarikh:

Disemak Oleh,
Disokong Oleh,

MOHD AZMI BIN ZULKIFLI


Ketua Program CHE NORAZMAN BIN CHE’ WAN
Program Diploma Kejuruteraan Awam Ketua Jabatan
Politeknik Ungku Omar Jabatan Kejuruteraan Awam
Tarikh: Politeknik Ungku Omar
Tarikh:

Diluluskan Oleh,

JUHAIDIE ZAMANI BIN JAMALUDIN


Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)
Politeknik Ungku Omar

LAMPIRAN 1
CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
Penaung : Encik Juhaidie Zamani bin Jamaludin
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

Tn. Hj. Che Norazman bin Che Wan


Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam

Encik Mohd Azmi bin Zulkifli


Ketua Program Diploma Kejuruteraan
Awam

Encik Azman bin Baharom


Penyelaras Kelab Jabatan Kej. Awam

Penasihat Program : Cik Norliza binti Mohd Noor


Penasihat Kelab Kejuruteraan Awam

Pengarah Program : Asmida binti Arshad


Timbalan Pengarah Program : Ahmad Hamidi bin Mat Rani
Setiausaha Program : Kirthana A/P Gunasekaran
Bendahari Program : Muhamad Helmi Bin Abdul Hamid
AJK:
Pendaftaran : Muhammad Aiman Hanif Bin Muhammad
Zakaria@Zakari
Modul & Aktiviti : Kirthana A/P Gunasekaran
: Muhammad Adib Bin Ishak
: Ajk kecil Kelab Kejuruteraan Awam
Logistik dan Persiapan Tempat : Ahmad Hamidi bin Mat Rani
: Nur Amirah Binti Azhar
Multimedia & PA Sistem : Ahmad Alparisi Bin Mudofin
Hadiah & Sijil : Muhammad Aidil Izzrey Bin Abd Hamid
Makanan & Minuman : Natasha Binti Shiral
Pengacara Majlis : Muhamad Helmi Bin Abdul Hamid
LAMPIRAN 2
JUSTIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
Jawatan: Tugas:
Penasihat 1. Memberi khidmat nasihat dan sumbangan idea untuk
memastikan pengisian program sesuai dan berkualiti.
2. Memastikan program tidak bercanggah dengan peraturan
politeknik.
Pengarah Program 1. Menyediakan kertas kerja program
2. Memastikan kesinambungan kerja dan interaksi setiap ahli
jawatankuasa.
3. Menyediakan justifikasi tugas untuk setiap jawatankuasa.
Timb. Pengarah Program 1. Membantu Pengarah Program terhadap kesinambungan kerja
dan interaksi setiap ahli jawatankuasa.
Setiausaha Program 1. Menyediakan minit mesyuarat.
2. Membuat surat berkaitan dengan kertas kerja program dan
surat jemputan.
3. Menyediakan laporan aktiviti program setelah selesai
program.
Bendahari Program 1. Menyediakan laporan kewangan program.
2. Bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan sebelum dan
semasa program.
AJK Pendaftaran 1. Menyediakan senarai kehadiran dan memastikan proses
pendaftaran berjalan lancar.
2. Memastikan senarai nama pelajar yang hadir sama dengan
kehadiran pelajar.
AJK Modul & Aktiviti 1. Merangka aktiviti yang bersesuaian dengan objektif program
2. Menyediakan panduan modul untuk aktiviti yang dirangka
3. Mengendalikan aktiviti yang dirangka dan memastikan ianya
berjalan lancar
4. Menyediakan semua keperluan untuk aktiviti yang dirangka

Jawatan: Tugas:
AJK Logistik dan Persiapan 1. Menguruskan tempahan dewan/tempat
Tempat 2. Memastikan segala kelengkapan yang dipinjam dijaga dan
dipulangkan semula dalam keadaan baik.
3. Membuat senarai semak peralatan dan pihak
bertanggungjawab mengendalikannya.
4. Memastikan dewan/tempat program siap dan tersedia untuk
digunakan.
5. Memastikan kebersihan sebelum, semasa dan selepas
program berlangsung.
AJK Multimedia & Siaraya 1. Merancang dan bertindak dalam segala perkara berkaitan
dengan penediaan multimedia
2. Menyediakan tempahan untuk alat siaraya dan memastikan
alat siaraya berfungsi.
3. Menangkap gambar aktiviti yang berlangsung
4. Menyediakan video program.
AJK Hadiah 1. Membuat tempahan hadiah
2. Menguruskan sesi penyampaian hadiah
3. Menyediakan pengiring/petugas semasa penyampaian hadiah
AJK Makanan dan 1. Membuat tempahan makanan dan minuman.
Minuman 2. Mengagihkan makanan dan minuman kepada peserta.
Pengacara Majlis 1. Mengacarakan majlis pembukaan dan penutup program
2. Menyediakan skrip pengacara majlis

LAMPIRAN 3
CADANGAN TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI


8.00 pagi Pendaftaran pelajar / peserta
Sarapan pagi
8.30 pagi Taklimat Aktiviti
9.00 pagi Aktiviti bermula:
- Ice Breaking (Senamrobik)
- Aktiviti 1: Are you a Surveyor?
- Aktiviti 2: Stability Check
- Aktiviti 3: Building time
- Aktiviti 4: Shooting challenge

04/08/2018 - Aktiviti 5: Paper cross


- Aktiviti 6: Sequence move
12.00 tengahari Para peserta berkumpul

Ketibaan Ketua Jabatan dan Tetamu

Kata-kata aluan pengacara majlis

Bacaan doa

Ucapan perasmian

Penyampaian Hadiah

1.00 petang Bersurai


LAMPIRAN 4
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

Peruntukan VOT JHEP

BI PERKARA KUANTITI KOS/UNIT JUMLAH


L (RM) (RM)
1. Makanan & Minuman:

Sarapan Pagi 110 paket 2.00 220.00

2. Hadiah/Hamper:
- Johan 1 50.00 50.00
- Naib Johan 1 35.00 35.00
- Tempat Ketiga 1 25.00 25.00
- Saguhati 12 15.00 180.00

3. Keperluan Aktiviti/Modul:
- Air Mineral 5 kotak 17.00 85.00
- Kertas A4 2 Rim 15.00 30.00
- Belon 3 Paket 2.00 6.00
- Cawan Polistrin 3 Paket 2.00 6.00
- Kertas Mahjong 6 1.50 9.00
- Klip Kertas Keping 1.20 6.00
- Sarung Tangan 5 2.00 18.00
- Gelang Getah Kotak 2.00 4.00
- Bola Ping-pong 9 Paket 2.00 6.00
- Span 2 Paket 3.00 6.00
- Straw 3 Paket 2.00 4.00
2 Paket
2 Paket

JUMLAH KESELURUHAN RM 690.00

You might also like