You are on page 1of 6

Pengurusan kurikulum 2020

VISI KURIKULUM
“MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN BERTERASKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN NEGARA”

MISI KURIKULUM
“MELAHIRKAN GENERASI BERINOVATIF, BERAKHLAK MULIA DAN
BERDAYA SAING DENGAN BIMBINGAN GURU YANG BERASPIRASI TINGGI
DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG MENYERONOKKAN DAN
KEPIMPINAN BERWAWASAN”

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1. LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah “core business” bagi setiap guru dan murid-murid yang
belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan
negara bagi melahirkan modal insan unggul selari dengan hasrat PPPM. Dasar yang
ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan pengurusan akademik
sekolah dalam peningkatan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti.

2. OBJEKTIF

Penetapan dasar ini bertujuan untuk :


2.1 Menjadi garis panduan yang jelas bagi setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik JPN.

3. DASAR

3.1 Dasar Kurikulum Sekolah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.


3.2 Kurikulum yang dilaksanakan terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
3.3 Semua guru akur dengan Program Transformasi Sekolah TS25 dan mematuhi
matlamat dan teras TS25.
3.4 Program akademik menjurus kepada penglibatan pembelajaran murid yang
aktif dan memaksimumkan potensi guru.
3.5 Pengurusan Kurikulum diurus mengikut ketetapan dalam Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

4. MESYUARAT

4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 3 kali setahun mengikut


SKPMg2 dan Jaminan Kualiti.
4.2 Agenda mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.

72
4.3 Mesyuarat Panitia dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan minit
disediakan.
4.4 Surat panggilan mesyuarat diedarkan seminggu lebih awal sebelum tarikh
mesyuarat dan hebahan melalui media sosial rasmi sekolah (aplikasi WhatsApp)
dibenarkan.

5. SISTEM FAIL

5.1 Fail di bawah Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha .
5.2 Semua fail diletakkan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran.
5.3 Semua Unit dalam kurikulum menyediakan fail sebagaimana ketetapan dalam
Sistem Fail Sekolah.

5.4 Fail Panitia diselenggarakan sebagaimana berikut:m


5.4.1 Fail Induk
Surat-surat keluar dan masuk.
Pekeliling iktisas yang berkaitan kurikulum/panitia.

5.4.2 Fail Mesyuarat Panitia


Surat Panggilan Mesyuarat Panitia peringkat sekolah.
Laporan Minit Mesyuarat Panitia.

5.4.3 Fail Peperiksaan


Jadual Peperiksaan Dalaman.
Analisis Subjek.
Jadual Pentaksiran Pengisian Templet Offline.
Jadual Tahap Penguasaan PBD
Tafsiran Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah mengikut subjek.
Analisis data dan maklumat pentaksiran.

5.4.4.Fail Penyeliaan/Pencerapan
Pencerapan mengikut ketetapan dalam Standard 4 SKPMg2.
Jadual Pencerapan.
Laporan Pencerapan.

5.4.5 Fail Semakan Buku Latihan Murid


Penyelarasan tugasan murid melalui panitia.
Semakan Buku Latihan Murid mengikut ketetapan dalam Standard 4 SKPMg2.
Rekod penyeliaan semakan.

5.4.6 Fail Maklumat Guru


Jadual Persendirian ahli panitia.
Maklumat peribadi guru.
Jawatankuasa Panitia.
Carta Organisasi Panitia.

5.4.7 Sukatan Pelajaran/DSKP


DSKP Semakan untuk Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4
DSKP untuk Tahun 5 dan 6.

5.4.8 Intervensi Berfokus/CPD (Continuing Professional Development)


/PBB(Pembangunan Profesionalisme Berterusan)
Aktiviti PLC yang membincangkan dapatan perolehan melalui Learning Walk.
Aktiviti Bimbingan dan Pementoran.
Program Pembangunan Profesionalisme yang berkaitan dengan subjek.
Perancangan program dan pelaporan.

73
5.4.9 Aktiviti Ko Akademik
Program menjurus ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran murid.
Pelaporan aktiviti ko-kurikulum.
Pelaporan aktiviti kemenjadian murid.

5.4.10 Kewangan
PCG yang dikeluarkan oleh sekolah.
Merancang perbelanjaan panitia.
Merekodkan perbelanjaan.
Membentangkan laporan kewangan pada mesyuarat akhir tahun.
Menjadi agenda bagi setiap peruntukan waran TS25 untuk aktiviti panitia.

6. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN PENGAJARAN


HARIAN(RPH)

6.1 Setiap guru hendaklah menyediakan RPT dan merujuk DSKP/DSKP Semakan
mengikut subjek yang diajar.
6.2 Rancangan Pengajaran Tahunan selama 39 minggu sebagaimana
diputuskan dalam Mesyuarat Guru kali ke-3 tahun 2019.
6.3 RPT dibincangkan dalam panitia dan satu salinan dikembarkan bersama fail
rekod PdPc.
6.4 RPH ditulis mengikut item yang diterima melalui taklimat dan kursus.
6.5 F ail Guru dibawa bersama guru semasa PdPc dilaksanakan dan dikembarkan
bersama RPT dan PBD.
6.6 Pembelajaran Abad Ke21 (PAK21) menjadi amalan dan pelaksanaan di
sekolah yang bercirikan 6C. ( Communication, Critical Thinking, Collaboration,
Creativity, Citizenship, Character)

7. JADUAL WAKTU

7.1 Jumlah minggu PdPc bagi setiap mata pelajaran setahun ialah 39 minggu.
7.2 Dasar pengagihan mata pelajaran mengikut keutamaan opsyen dan
kepakaran guru.
7.3 Jadual Waktu dirancang mengikut ketetapan dan keselarasan pelaksanaan
kurikulum kebangsaan.
7.4 Aktiviti PLC dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan mengikut
kesesuaian masa. Setiap hari dijalankan oleh panitia yang berbeza.

8. GURU GANTI

8.1 Setiap guru CRK, bertugas di luar sekolah, berkursus dan cuti sakit hendaklah
memaklumkan kepada GB/PKP bagi menyelaraskan jadual waktu ganti dan
keberadaan guru melalui media sosial rasmi sekolah (aplikasi WhatsApp).
8.2 Guru yang CRK dan berkursus perlu menyediakan bahan untuk PdPc gantian.
8.3 Guru berkenaan juga boleh mencari guru pengganti terlebih dahulu.
8.4 Slip guru ganti akan dikeluarkan oleh PKP dan salinan dimasukkan dalam fail
Jadual Guru Ganti.
8.5 Penggantian PdPc yang tertinggal dilakukan untuk mencukupkan kiraan jam
minimum bagi setiap subjek.

74
9. PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (PPSR)

9.1 Peperiksaan Pusat (PeP) dilaksanakan untuk menentukan tahap pencapaian


murid sekolah rendah. Jawatankuasa Peningkatan UPSR bertanggungjawab
merancang aktiviti untuk memastikan tiada murid tahun 6 yang Belum Melepasi
Tahap Minimum (Gred E).
9.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah penentuan tahap penguasaan yang
memerlukan pertimbangan profesional guru dengan merujuk DSKP, kepelbagaian
kaedah pentaksiran dan penumpuan kepada perkembangan holistik dari segi
perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Menjadi
tanggungjawab panitia untuk menentukan satu tahap penguasaan murid.
9.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang mengukur
purata pencapaian markah dua bidang terbaik kokurikulum dan dicampur dengan
markah ekstra kokurikulum. Jawatankuasa Kokurikulum bertindak mengumpul data
pencapaian murid.
9.4 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK) yang mengukur pencapaian murid berdasarkan tahap kecergasan fizikal
dan Indeks Jisim Badan. Pentaksiran ini akan dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan
Jasmani.
9.5 Pentaksiran Psikometrik (PPsi) yang dikendalikan oleh JK Bimbingan dan
Kaunseling dengan menggunakan kaedah sistematik untuk mengumpul maklumat
yang menggambarkan ciri, attribut atau tret psikologi seseorang. Ianya juga
mengenalpasti kecerdasan, potensi dan kecenderungan murid berdasarkan
sembilan konstruk.

10. WAKTU PERSEKOLAHAN

10.1 Tahap 1 – 7.45 am hingga 12.45 am kecuali 1, 2 dan 3 Abu Bakar waktu pulang
1.15 pm. Tahap 2 – 7.45 am hingga 1.15 pm.
10.2 Aktiviti Kokurikulum bermula pukul 1.30 pm hingga 3.30 pm pada setiap hari
Rabu.
10.3 Kelas KAFA bermula jam 1.30 pm hingga 5.00 pm setiap Ahad, Isnin dan Selasa.

11. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

11.1 Semua guru perlu mematuhi jadual pengisian Templet Offline yang dijalankan
3 kali setahun.
11.2 Semua guru hendaklah mengisi secara manual Pentaksiran Bilik Darjah pada
pertengahan dan hujung tahun. Guru hendaklah melakukan pertimbangan
professional semasa membuat penilaian.
11.3 Pengurusan PBD memastikan pelaksanaan PBD berjalan sepanjang tahun.
11.4 Pentaksiran diselaraskan mengikut panitia dan data pentaksiran dibuat
analisis.
11.5 Sekiranya ada murid yang berpindah, maklumat PBD hendaklah
dikembarkan bersama.

12. PEPERIKSAAN/PENILAIAN

12.1 Latihan Kecemerlangan dilaksanakan 4 kali setahun yang menguji


penguasaan murid yang diselaraskan mengikut PPD untuk Tahun 4, 5 dan 6.
12.2 Jadual pengawasan latihan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

75
12.3 Markah Latihan Kecemerlangan dimasukkan ke dalam Headcount (Hc3) PPD
dan SAPS.
12.4 Guru pastikan semua murid Melepasi Tahap Minimum.

13. PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN

13.1 Pencerapan PdPc dijalankan oleh Guru Besar/Penolong-Penolong Kanan


sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
13.2 Item pencerapan hendaklah mengikut aspek dalam SKPMg2.
13.3 Ketua Panitia juga boleh membantu dalam melaksanakan pencerapan bagi
membimbing rakan sepasukan.
13.4 Guru Besar melantik penolong-penolong kanan sebagai JK Pencerapan.

14. PENGURUSAN PANITIA

14.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua


Panitia.
14.2 PKP akan menyelia fail panitia sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
14.3 Semua fail panitia dan Unit JK Kurikulum diletakkan di dalam bilik PKP.
14.3 Setiap Program Panitia yang berbentuk PLC hendaklah diisi berkumpulan
secara online dalam SPLKPM oleh Setiausaha panitia.
14.5 Aktiviti panitia hendaklah berfokuskan perkembangan pembelajaran murid
yang aktif dan bermakna dan aktiviti profesionalisme yang memaksimumkan potensi
guru.
14.6 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program perkembangan murid
yang bertunjangkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
14.6 PKP hendaklah memastikan bantuan geran per kapita mata pelajaran
dimanfaatkan secara sistematik dan terancang.
14.7 Aktiviti PLC diberikan keutamaan seperti sesi perkongsian guru dan
“Peer Coaching”.
14.8 Aktiviti Learning Walk secara berjadual turut dilaksanakan bagi membantu
guru melaksanakan PdPc PAK21 dan amalan terbaik Program TS25.

15. BUKU LATIHAN MURID

15.1 Guru menggunakan buku latihan murid untuk diberikan tugasan sebagai
salah satu kaedah pentaksiran.
15.2 Guru memberikan latihan secara berterusan dan menyemak latihan untuk
dijadikan refleksi.
15.3 Guru Besar/Penolong-Penolong Kanan akan menyemak buku latihan dan
disimpan perekodan.
15.4 Guru memberikan penghargaan terhadap hasil kerja murid.

16. PENGGUNAAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN

16.1 Buku Teks dijadikan bahan rujukan sepenuhnya oleh semua murid. Murid
haruslah menjaga buku teks sebaik mungkin.
16.2 Jadual penggunaan Perpustakaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris digunakan sepenuhnya oleh guru.
16.3 Program NILAM hendaklah diberikan keutamaan dan guru menggalakkan
murid membaca buku.
16.4 Program Google Classroom dijadikan salah satu aktiviti PdPc guru seperti
memberikan tugasan dan latihan pengukuhan bagi membangunkan modal insan

76
dalam penggunaan internet. Ianya juga boleh dilaksanakan di makmal komputer
sekolah.

17. PROGRAM PERKEMBANGAN STAFF

17.1 Semua guru dan pemimpin sekolah yang hadir kursus atau taklimat
hendaklah menyampaikan maklumat kepada guru dalam bentuk kursus dalaman.
17.2 Aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) adalah amalan
terbaik yang menyumbang kepada kompetensi guru seperti PLC, Lawatan Penanda
Aras, Bimbingan dan Pementoran dan penyelidikan boleh dijalankan dalam panitia
dan direkodkan sebagai kursus dalaman.
17.3 Aktiviti secara kumpulan besar yang melibatkan semua guru dijalankan
sebagai perkongsian ilmu, kursus, taklimat dan bengkel.
17.4 Aktiviti PPB secara individu juga digalakkan penyertaan guru seperti
pembacaan buku, e-pembelajaran, peningkatan akademik dan sumbangan lain
yang berbentuk profesional dan bukan profesional.
17.5 Dasar Kurikulum mewajibkan guru menghadiri kursus dalaman 5 hari setahun.
17.6 Setiap guru juga perlu memenuhi sistem mata kredit iaitu minima 42 mata
setahun. Mata dikutip melalui aktiviti PLC, Kursus Dalaman dan Sumbangan.
17.7 Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara sistematik dan
terancang berfokuskan keperluan guru dan perkembangan pendidikan semasa.
17.8 Program pembangunan sumber manusia dirancang mengikut keutamaan
dan dilaksanakan serta dibuat penilaian.

77

You might also like