You are on page 1of 124

Naskhah belum semak

DEWAN NEGARA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL PERTAMA
MESYUARAT KEDUA

Bil. 14 Rabu 5 Disember 2018

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN
BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

USUL:
Kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Kesebelas (2018 – 2020) (Halaman 30)
Waktu Mesyuarat dan Urusan
Dibebaskan Daripada peraturan Mesyuarat (Halaman 64)
DN 5.12.2018 1

MALAYSIA
DEWAN NEGARA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL PERTAMA
MESYUARAT KEDUA
Rabu, 5 Disember 2018
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Salam sejahtera dan selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat,
sebelum kita memulakan Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, sukacita dimaklumkan bahawa
hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi daripada Dewan Perwakilan
Daerah, Republik Indonesia yang diketuai oleh Yang Terhormat Dr. Haji Oesman Sapta...
[Tepuk]
Kepada Yang Terhormat Dr. Haji Oesman Sapta dan delegasi, Dewan ini mengalu-
alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Yang
Terhormat Dr. Haji Oesman Sapta dan delegasinya akan mengukuhkan lagi tali persahabatan
dan hubungan Malaysia dan Indonesia. Terima kasih.

1. Tuan Manolan bin Mohamad minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah keluasan
tanah yang diusahakan di bawah Skim Tanam Semula Komersial (TSK) di atas kawasan
tanah Orang Asli.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md
Rafik]: Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah rabbil 'alamin. Wassalatuwassalamu ala
asrafil ambiya iwal mursalin. Wa'alaalihi wasahbihi ajma'in. Robbisyrohli shodri wayasirli amri
wahlul ‘uddatan milisani yafkahul qauli. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan
salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat
yang bertanya. Saya berdiri di sini untuk mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi
memberikan jawapan berkenaan dengan Skim Tanam Semula Komersial yang dijalankan di
kawasan-kawasan Orang Asli di bawah JAKOA dan juga RISDA.
DN 5.12.2018 2

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited dalam usaha untuk memperkasakan
masyarakat Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang mana kita ingin
pastikan bahawa mereka tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan negara dan dalam
masa yang sama, kebajikan mereka sentiasa terjaga. Usaha ini dilakukan dengan pelbagai
aspek termasuklah daripada segi pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli di
Semenanjung.
Spesifik kepada soalan yang ditanyakan, antara program yang telah kita laksanakan
ialah Skim Tanam Semula Komersial (TSK) yang mana ia dijalankan di atas tanah-tanah yang
diwartakan bagi Orang Asli yang mana program ini dimulakan dalam Rancangan Malaysia
Ketujuh melalui memorandum persefahaman antara JAKOA dan juga RISDA pada tahun
1997.
Skim ini telah memberi manfaat dalam bentuk peluang pekerjaan di ladang-ladang
yang mana kita galakkan Orang-orang Asli mengambil bahagian dalam kerja-kerja penuaian
buah-buahan tandan segar, menjaga ladang-ladang dengan meracun, membaja dan juga
menjadi mandur di kawasan ladang tersebut dengan iltizam pada satu hari nanti mereka
mempunyai kemahiran sendiri untuk menguruskan tanaman dan ladang-ladang ini sendiri.
Selain peluang pekerjaan, setiap peserta juga menerima dividen bulanan yang mana kadar
minimum dibayarkan ialah RM250 sehingga maksimum RM1,000.
Sehingga kini, berbalik kepada soalan Yang Berhormat tadi, JAKOA dengan
kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) telah
melaksanakan 154 projek tanaman semula komersial yang melibatkan keluasan sebanyak
21,192.92 hektar yang mana ia memberikan manfaat kepada 9,010 peserta Orang Asli.
Daripada kawasan tersebut, 14 peratus ladang adalah melibatkan penanaman getah ataupun
22 projek dan 86 peratus bersamaan 132 projek melibatkan penanaman sawit. Sekian, terima
kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Soalan tambahan saya ialah apakah langkah-langkah segera yang wajib diambil oleh
kementerian memandangkan saya dapat aduan ramai, banyak juga dapat aduan mereka tidak
dapat dividen dan tunggakan sehingga tiga, empat bulan. Seterusnya, apakah status ladang-
ladang TSK ini apabila JAKOA dipindahkan daripada Kementerian Pembangunan Luar
Bandar kepada Jabatan Perdana Menteri? Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan
tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, urusan pembayaran dividen ini semestinya
diuruskan oleh pihak RISDA. Sehingga Oktober 2018, RISDA telah membayar sejumlah
RM21,696,431 kepada peserta. Apa yang berlaku adalah daripada segi pembayaran dividen
DN 5.12.2018 3

ini, kita amat prihatin dan kita tahu ada kalanya pembayaran ini terlewat ataupun RISDA
menghadapi masalah untuk membayar disebabkan oleh keadaan harga komoditi yang
menjunam, yang jatuh pada masa ini.
■1010
Akan tetapi kita mengambil maklum dan kita ingin pastikan bahawa di mana jika
dividen itu dapat dibayarkan- bila kita lihat ditolak dengan proses pengeluaran dan
sebagainya, ini akan disalurkan dengan secepat mungkin kepada masyarakat Orang Asli
yang terlibat di dalam program TSK ini.
Selain daripada itu, kita telah memindahkan JAKOA Yang Berhormat di bawah
Jabatan Perdana Menteri dengan hasrat bahawa kaum-kaum minoriti ini diletakkan di bawah
satu bumbung yang mana kebajikan dan juga urusan mereka dapat diuruskan dengan lebih
baik. Kita ingin jelaskan di sini bahawa program-program ini berdasarkan kepada
memorandum persefahaman yang telah kita tandatangani bersama RISDA tetap akan
diteruskan walaupun JAKOA ini telah pun dipindahkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kita sentiasa bekerjasama dengan erat dan berhubung rapat dengan agensi-agensi yang
terlibat dalam memastikan kebajikan Orang Asli melalui JAKOA ini dapat kita jaga dengan
sebaiknya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Walaupun tukar kementerian tetapi sama operasinya.
Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Sama.
Dato' Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas
jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah berkaitan dengan
penghasilan. Penghasilan ladang TSK oleh RPSB secara puratanya 15 ke 19 tan per hektar.
Kalau kita melihat ini terlalu rendah daripada standard KPI pengeluaran kelapa sawit peringkat
kebangsaan. Kalau kita tengok IOI, boleh pergi 25 hingga 30, SimeDarby dan sebagainya.
Begitu juga dengan Tabung Haji.
Adakah JAKOA dan juga kerajaan boleh melihat ruang persaingan kepada
pengendali-pengendali industri sawit ini dengan memberi ruang kepada swasta yang boleh
memberi impak dan pendapatan yang lebih baik dan akhirnya membayar dividen yang lebih
tinggi? Sekian, terima kasih.
Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Salah
satu daripada kekangan yang kita hadapi apabila kita bangunkan ladang di kawasan-kawasan
Orang Asli ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ia banyak dibangunkan di kawasan-
kawasan yang berbukit. Secara logistiknya pengurusan ladang-ladang tersebut adalah
melibatkan kos pengeluaran yang mungkin lebih tinggi daripada kawasan-kawasan lain.
DN 5.12.2018 4

Jadi kita sentiasa prihatin untuk memastikan bahawa the output, dengan izin Tuan
Yang di-Pertua, daripada ladang-ladang ini kita dapat memaksimumkan dengan sebaik
mungkin. Kita sentiasa terbuka untuk melihat bagaimana cara untuk memastikan bahawa
program yang kita khususkan untuk masyarakat Orang Asli ini dapat mencapai matlamat yang
sebenar iaitu untuk membantu mereka menjana pendapatan dan juga menjaga kebajikan
ekonomi mereka.
Banyak lagi perkara-perkara yang mana bila kita ber-dealing dengan masyarakat
Orang Asli, kita perlu menyantuni mereka dengan sebaik yang mungkin. Mungkin ada
sesetengah tempat yang agak very motivated, ada setengah tempat yang perlu lagi ditunjuk.
Program ini telah dijalankan sejak tahun 1997 Tuan Yang di-Pertua, dan kita masih lagi
memberikan bimbingan yang cukup baik kepada masyarakat Orang Asli supaya mereka dapat
menguruskan ladang mereka dengan sebaik yang mungkin. Ada tempat yang dapat
mengeluarkan pengeluaran yang tinggi dan ada tempat yang tidak mencapai. Akan tetapi ini
sentiasa dipantau dan kita sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa yang penting, yang
pertama ialah untuk kebajikan ekonomi mereka.
Kita juga melihat bagaimana dalam keadaan pasaran komoditi yang tidak menentu
pada masa ini terutamanya dari hasil sawit, getah dan sebagainya untuk melihat tanaman-
tanaman lain yang mempunyai higher yield dengan izin, untuk diusahakan jika boleh di
kalangan masyarakat Orang Asli. Sekian, terima kasih.

2. Tuan Alan Ling Sie Kiong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, bilangan terkini
penjual senjata api berlesen, butiran nama dan alamat serta berapa ramai pemilik/rakan
kongsi telah diberikan lesen untuk memegang senjata api. Apakah kriteria dalam meluluskan
permohonan penjual senjata api serta kawal selia yang dikenakan untuk memastikan kegiatan
penjual terkawal demi keselamatan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Mohd Azis bin Jamman]: Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya mengucapkan terima kasih
kepada Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan soalan. Izinkan saya menjawab soalan ini
bersekali dengan soalan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Ng Chiang Chin bertarikh 6
Disember 2018 mengenai isu yang berkaitan senjata api juga.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah penjual senjata api berlesen adalah
seramai 169 pelesen. Daripada jumlah tersebut, 15 pemegang lesen telah diberikan lesen
untuk memegang senjata api. Senarai butiran nama dan alamat penjual berlesen ini boleh
disemak melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Polis Diraja Malaysia sentiasa
melaksanakan tapisan yang rapi ke atas setiap permohonan untuk mendapatkan lesen
berniaga bagi memastikan pemohon adalah bersih dari rekod jenayah, aktiviti gangsterism,
DN 5.12.2018 5

tidak bankrap dan sihat fizikal serta mental. Pertimbangan permohonan juga turut mengambil
kira nisbah pelesen senjata api di daerah di mana perniagaan dijalankan dan mempunyai
syarikat perniagaan yang sah serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Selain itu, tapisan PDRM juga dilakukan ke atas kedudukan kewangan syarikat,
pengalaman pemohon dalam pengendalian senjata dan peluru dan kesesuaian tempat
perniagaan yang dicadangkan dengan mengambil kira keselamatan awam. Penyediaan bilik
kebal atau tempat simpanan senjata api dan peluru juga adalah kriteria yang amat penting
selain daripada inisiatif pihak syarikat untuk mengadakan langkah-langkah keselamatan yang
bakal diwujudkan setelah lesen perniagaan diluluskan seperti pengambilan khidmat pengawal
keselamatan, pemasangan sistem kamera litar tertutup ataupun CCTV dan sistem amaran
keselamatan.
Di samping itu, sokongan daripada agensi-agensi pihak berkuasa tempatan berkaitan
aktiviti perniagaan senjata api dan peluru juga turut diambil kira. Dalam memastikan peniaga
yang berlesen mematuhi peraturan yang ditetapkan, PDRM juga telah melaksanakan
pelbagai langkah kawal selia kepada pemilik lesen berniaga senjata api dan peluru bagi
memantau dan mengawal kegiatan dan aktiviti perniagaan yang dijalankan.
Antara inisiatif kawal selia yang dilakukan adalah mewujudkan garis panduan atau
SOP bagi urusan perniagaan berkaitan dengan pengimportan senjata api dan peluru dengan
menyatakan maklumat yang terperinci mengenai jenis dan jumlah senjata api yang dibawa
masuk selaras dengan kelulusan yang dibenarkan, negara mana senjata api dan peluru akan
dibawa masuk dan cara dan kaedah pengangkutan yang digunakan sama ada melalui jalan
laut atau udara dan penempatan tempoh sah laku permit dalam tempoh masa 60 hari.
Selain itu, syarikat yang berlesen juga perlu menyediakan rekod penjualan senjata api
dan peluru serta baki penjualan dan memastikan setiap pembeli menunjukkan salinan surat
kelulusan asal pemilikan lesen senjata api. PDRM juga sentiasa melaksanakan pemeriksaan
dari semasa ke semasa terutamanya kepada permohonan penambahan stok senjata dan
peluru bagi memastikan syarikat yang diberikan lesen perniagaan tersebut mematuhi setiap
garis panduan yang telah ditetapkan. Arahan semasa juga dikeluarkan kepada syarikat yang
berlesen mengenai perkara-perkara yang berkaitan kawalan keselamatan senjata dan peluru
supaya ia dapat dikawal selia dengan lebih baik dengan mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pemilik senjata api pula, saya turut ingin memaklumkan
kepada Dewan yang mulia ini bahawa peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 39, Akta
Senjata Api 1960 jelas menyatakan bahawa sebarang senjata tidak boleh dilepaskan
tembakan kecuali di padang tembak atau di satu tempat yang dibenarkan secara bertulis
DN 5.12.2018 6

untuk digunakan sebagai padang tembak oleh Ketua Polis Negeri ataupun Pesuruhjaya Polis
Negeri.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seksyen 39B, ‘C’ dan ‘D’, Akta Senjata Api
1960 menjelaskan keadaan di mana tembakan boleh dilepaskan bagi maksud untuk
perlindungan nyawa atau harta pemilik senjata dan keluarga selain pemilik senjata yang
diberikan masa di bawah undang-undang berkaitan dengan perlindungan kehidupan liar untuk
menembak, membunuh atau memburu binatang-binatang atau burung-burung liar dan
bertugas di bawah pemberian kuasa itu.
Selain itu, seorang anggota pasukan bersenjata atau seorang pegawai polis atau lain-
lain orang yang bertugas dalam melaksanakan tugas-tugas polis mengikut mana-mana
undang-undang bertulis dan ketika itu sedang menjalankan urusan tugasnya juga boleh
melepaskan tembakan sekiranya menerima ancaman yang mengancam nyawa mereka dan
juga untuk perlindungan diri.
Kementerian tidak menyediakan standard operating procedure (SOP), dengan izin,
yang membenarkan seseorang pemilik senjata api untuk menembak memandangkan
keadaan untuk melepaskan tembakan telah pun dijelaskan di bawah Akta Senjata 1960
seperti mana yang saya nyatakan sebentar tadi. Hak untuk melepaskan tembakan bagi tujuan
perlindungan nyawa dan harta sememangnya ada, namun hak tersebut hendaklah mengambil
kira keadaan semasa dan ancaman yang ada mestilah ancaman yang memang tidak dapat
dielakkan dan boleh membahayakan nyawa serta harta pemilik lesen bersenjata. Kesalahan
melepaskan tembakan bagi maksud selain untuk tujuan perlindungan nyawa dan harta akan
diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan dan kes akan ditentukan melalui proses
perbicaraan di mahkamah. Sekian, terima kasih.
◼1020
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat.
Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang
Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya difahamkan ada keraguan
munasabah di kalangan masyarakat bahawa penjual senjata api ataupun peluru, rakan
kongsinya melalui cara sebegini, dia mendapat lesen guna pakai senjata api. Ini dianggap
sebagai shortcut untuk memiliki lesen.
Oleh kerana bagi individu untuk memohon lesen mengguna pakai senjata api agak
sukar, sangat susah, ketat. Akan tetapi dengan cara sebegini, sebagai rakan kongsi syarikat
menjual senjata api, dia dapat memohon atau mengguna pakai senjata api. Adakah
kementerian sedar dan adakah syarat di tetapkan supaya tidak ada hak tukar milik berlaku?
DN 5.12.2018 7

Oleh kerana mungkin saya dapatkan lesen hari ini, saya jualkan share syarikat saya
kepada orang yang baharu, maka pemilik yang baharu dapat lesen mengguna pakai senjata
api. Ini yang soalan yang saya hendak kemukakan dan sama ada kementerian ada syarat
menetapkan bahawa tidak dibenarkan sama sekali berlakunya tukar hak milik syarikat. Terima
kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih dengan soalan tambahan sebentar tadi.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita lihat dari segi pemberian lesen ini,
di negara kita ini pemberian lesen senjata api cukup ketat. Kalau kita tengok daripada apa
yang saya sebutkan tadi, 169 pelesen yang ada di negara kita, hanya 15 sahaja yang kita
benarkan, yang kita telah luluskan lesen untuk memegang senjata api.
Bermakna, even penjual pun tidak mudah. Sebagaimana kita sebutkan, permohonan
untuk membuat lesen ini, permohonan untuk memegang lesen senjata api ini, walaupun dia
rakan kongsi kepada pemilik ini, dia perlu memohon sebagaimana permohonan baharu. Dia
kena mengisi borang hantar, kepada IPD di tempat dia, kemudian ia akan diangkat ke
peringkat IPD di peringkat negeri, kemudian akan dimajukan ke IGP.
Most of the time, ini akan ditolak dan of course, rayuan akan boleh dibuat ke peringkat
kementerian. Di kementerian lah yang akan menentukan sama ada permohonan itu lulus atau
tidak. Jadi, yang mengatakan bahawa ia shortcut itu saya rasa tidak benar. Apa yang berlaku
sebenarnya hanyalah khabar angin yang mengatakan bahawa ia merupakan shortcut. Akan
tetapi realitinya, sebagaimana saya sebut, buktinya 169 pelesen. Akan tetapi daripada 169
pelesen yang ada, hanya 15 yang memegang- yang mempunyai lesen untuk memegang
senjata api. Jadi, itulah jawapan kepada soalan tersebut. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan Yang
Berhormat.
Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru
ini kita dikejutkan dengan berita penyeludupan senjata berbahaya AK47 buatan Rusia di
Kelantan, terdapat tiga laras kesemuanya. Jadi, saya ingin tahu setakat ini apakah
perkembangan siasatan itu? Sama ada di bawa oleh orang-orang tempatan ataupun di
seludup oleh penduduk luar negara? Saya juga ingin tahu setakat tahun ini, berapakah kes
penyeludupan senjata yang telah dapat dikesan oleh kerajaan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan ini khusus kepada
penjual senjata, kalau ada maklumat boleh jawab.
Dato' Mohd Azis bin Jamman: Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan
ini sebenarnya keluar daripada topik sebenar. Akan tetapi pun begitu ingin saya nyatakan di
DN 5.12.2018 8

sini bahawa kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri sekarang ini dalam proses
memastikan kawalan keselamatan, khususnya di sepadan kita ini diperketat.
Saya sendiri sebenarnya telah pun melawat sempadan kita ini dan ada beberapa
langkah-langkah yang kita telah cadangkan untuk diperketat bagi memastikan tiada senjata
daripada luar yang bolos ke negara kita. Apa pun, kita ingin nyatakan di sini bahawa selaku
kementerian yang mengawal selia, khususnya persempadanan kita, kita memandang serius
akan kemasukan senjata-senjata yang di seludup ini. Insya-Allah kita akan pastikan bahawa
kita akan peretakan kawalan keselamatan, khususnya di sempadan negeri. Terima kasih.

3. Tuan Kamarudin bin Abdun minta Menteri Kerja Raya menyatakan, status
pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (West-Coast Highway) dari Banting, Selangor hingga ke
Taiping, Perak.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir]:
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat pagi dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat
Senator Tuan Kamarudin bin Abdun ini secara bersekali dengan dua soalan yang berikut.
Oleh kerana menyentuh isu yang sama iaitu berkaitan dengan Lebuhraya Pantai Barat atau
West-Cost Highway.
Pertama daripada Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Yusop yang dijadualkan
pada 17 Disember 2018 dan Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen yang juga
dijadualkan pada 17 Disember 2018. Jadi, saya menjawab secara bersekali, Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator,
kerja-kerja pembinaan keseluruhan Projek Lebuh Raya WCE sepanjang 313 kilometer ini
telah dibahagikan kepada dua kaedah iaitu seperti berikut:
(i) penswastaan bertol - di mana kerja-kerja pembinaan dilaksanakan oleh
pihak konsesi (WCE Sdn. Bhd.) melibatkan jajaran baharu sepanjang
233 kilometer, bermula dari jalan B18 Banting ke KLIA dan berakhir di
persimpangan bertingkat Tanjong Karang Selangor. Manakala di negeri
Perak pula ia bermula dari Jambatan Sungai Bernam, di Hutan
Melintang dan berakhir berhampiran di Plaza Tol Changkat Jering
Lebuhraya Utara-Selatan Plus; dan
(ii) Konvensional Jabatan Kerja Raya (JKR) - melibatkan skop
menaiktarafkan Jalan Persekutuan 5 atau FR5 yang sedia ada
DN 5.12.2018 9

sepanjang 81.5 kilometer, bermula dari Tanjong Karang Selangor ke


Hutan Melintang Perak, 50 kilometer semuanya. Dari Telok Intan ke
Kampung Lekir, Perak, sejauh 31.5 kilometer.
Kos pembinaan keseluruhan Projek Lebuh Raya WCE Yang Berhormat ialah
sebanyak RM6.542 bilion. Meliputi pakej penswastaan dengan nilai RM5.044 bilion dan
RM1.498 bilion untuk pakej konvensional yang dilaksanakan oleh JKR.
Kaedah kutipan tol yang akan digunakan adalah sistem kutipan tol tertutup, closed
system tol, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, di mana tol dikenakan jajaran baharu yang
dibina oleh WCE Sdn. Bhd. Sahaja. Manakala, untuk laluan Jalan Persekutuan FR05 sedia
ada yang dinaiktarafkan oleh JKR, ia tidak akan dikenakan sebarang kutipan tol dengan kata
lain, tol free, dengan izin.
■1030
Tuan Yang di-Pertua, memang lebuh raya ini sangat penting dan ia akan
mempercepatkan, ia akan membantu banyak sekali perjalanan kita. Pada masa kini,
kemajuan Lebuh Raya WCE ini telah mencapai progress keseluruhannya sebanyak 60
peratus. Ia akan dibuka secara berperingkat kepada pengguna mulai tahun depan. Tahun
depan itu beberapa hari sahaja lagi, pada tahun 2019, Tuan Yang di-Pertua. Keseluruhan
Projek Lebuh Raya WCE dijangka akan disiapkan pada tahun 2022 iaitu lewat dua tahun
berbanding tarikh jangka siap asal yang sepatutnya pada bulan April 2020. Sepatutnya pada
April 2020 sempurna semua sudah.
Akan tetapi kelewatan ini, tidak dapat dielakkan kerana ia disumbangkan oleh faktor
proses pengambilan balik tanah dan juga faktor penentuan atau pemilihan jajaran bagi
seksyen 7 di Tanjong Karang, Selangor. Akan tetapi, alhamdulillah, hal ini telah diselesaikan,
insya-Allah lebuh raya ini akan dapat dipakai mulai tahun depan dan akan sempurna nanti
pada tahun 2022. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, soalan
tambahan.
Tuan Kamarudin bin Abdun: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih
Yang Berhormat Menteri. Saya rasa jawapan Yang Berhormat Menteri, terlalu menyeluruh
dan lengkap membuatkan saya susah untuk bertanya soalan tambahan. Terima kasih, Yang
Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Tuan Yang di-Pertua, saya pun sedang nak
berkejar selepas ini ke Dewan Rakyat ada soalan daripada Sarawak sedang menunggu.
Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang
Berhormat Menteri. Saya ingin bangkitkan soalan berkaitan dengan Lebuhraya Pantai Barat
DN 5.12.2018 10

ini kerana saya juga untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri,
merupakan laluan saya berulang-alik ke Taiping. Ada beberapa isu yang berbangkit,
especially khususnya kawasan di mana- sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebutkan
tadi, ada isu berkaitan dengan penentuan jajaran dan isu tanah yang menyebabkan kelewatan
itu.
Akan tetapi, dalam waktu yang sama ia menimbulkan kesulitan kepada penduduk-
penduduk setempat di kawasan berkenaan khususnya isu keselamatan. Cuma, soalan saya
adalah apakah langkah-langkah khususnya pihak Kementerian Kerja Raya untuk memastikan
hal ini dilihat sebagai prioriti, keutamaan khususnya demi kepentingan mereka yang tinggal di
kawasan yang terlibat?
Oleh sebab, sering kali berlaku khususnya di sebelah malam kemalangan-
kemalangan kerana tidak ada blinkers, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga difahamkan oleh
sahabat jurutera yang terlibat di sebelah sana, kehilangan blinkers ini kerana dicuri dan itu
menimbulkan masalah kepada penduduk setempat. So, apakah langkah-langkah- soalan
saya ialah untuk JKR memastikan perkara ini dapat diperbaiki. Terima kasih, Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih, kepada
Yang Berhormat Tuan Ismail. Kita sangat memberikan perhatian kepada isu-isu yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator tadi. Malah, saya secara peribadi telah berkunjung
ke sana pada bulan yang lalu untuk melihat sendiri kompelin yang diberikan oleh orang ramai
di mana ada satu tempat yang berlaku dua kemalangan dalam tempoh satu hari. Kematian
orang yang mahu menunaikan solat subuh, meninggal dan juga seorang pelajar yang pergi
ke sekolah.
Saya pergi dan saya berdepan dengan pihak yang berkenaan, saya menziarahi
keluarga yang kematian dan menerima kompelin daripada mereka. Saya turun dengan Ketua
Pengarah JKR dan kita telah memberikan nasihat dan arahan kepada pihak yang
menjalankan tender itu supaya memperketat lagi, memperbanyakkan lagi apa yang diminta
supaya ia tersusun betul-betul soal pengurusan trafik jalan yang sedang dibina itu.
Namun, kadang-kadang, bila sampai soal vandalisme, soal kecurian, banyak
sebenarnya aset negara di jalan raya itu dicuri. Bukan sahaja blinkers-nya dan lain-lain malah,
besi-besi pengadang dan sebagainya selalu di curi. Rupanya ia berharga pada orang-orang
yang memerlukannya. Jadi, walau bagaimanapun Yang Berhormat, kita akan berikan
perhatian dan Yang Berhormat teruskanlah memberikan arahan kepada kami, nasihat kepada
kami, kalau sekiranya masih berlaku keadaan ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
DN 5.12.2018 11

Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Tuan Yang di-Pertua? Boleh dapatkan satu
soalan?... Dibenarkan?
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Satu sahaja soalan. Terima kasih, Tuan Yang
di-Pertua. Saya pun juga daripada Perak dan berasal daripada Taiping. Soalan kepada
sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, ada ataupun tidak rancangan
Kementerian Kerja Raya untuk menyelesaikan masalah kesesakan kereta-kereta pada setiap
hujung minggu, antara Kuala Kangsar sehinggalah Slim River?
Mutakhir ini, memang boleh dikatakan, kalau balik ke Perak, hari Jumaat, Sabtu dan
Ahad kesesakan jalan rayanya adalah luar biasa. Ada ataupun tidak perancangan untuk
mengadakan tiga jalur instead of dua jalur? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Tuan Yang di-Pertua, apa yang ditanya oleh
Yang Berhormat Senator itu yang berkaitan dengan PLUS ya, laluan PLUS? Memang saya
sendiri pun macam Yang Berhormat Senator juga, kena lalu juga jalan itu dan merasa sendiri
tentang kesesakan. Memang ia sentiasa diberikan perhatian Lebuh Raya Malaysia (LLM),
terus berbincang dengan pemegang konsesi kaedah-kaedah untuk memperbaiki keadaan ini.
Memang kita sentiasa memberi perhatian dan kalau diperhatikan daripada semasa ke semasa
ada perubahan-perubahan yang kita lakukan untuk mengurangkan kesesakan. Insya-Allah,
kita berikan perhatian yang sewajarnya kepada ingatan Yang Berhormat Senator itu. Terima
kasih.

4. Datuk Ng Chiang Chin minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan,
bilangan agropreneur atau usahawan muda yang berdaftar menerusi MyAgrosis di bawah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sehingga kini, berapakah jumlah
pinjaman yang diberikan kepada mereka serta langkah-langkah untuk memastikan mereka
berjaya dalam sektor pertanian moden bagi menyokong industri pasar tani di negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Tuan Sim Tze Tzin]: Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin
atas soalan untuk anak-anak muda.
Kementerian telah memperkenalkan program kelab MyAgrosis bagi melahirkan
kelompok usahawan tani dalam kelompok mahasiswa yang berdaya saing dan berkaliber
dalam bidang pengeluaran serta pemasaran produk berasaskan pertanian. Program ini
memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian di
samping dijangka mampu melahirkan siswazah yang dapat mencipta peluang kerjaya bagi
masyarakat setempat, creating job opportunities.
DN 5.12.2018 12

Sejak penubuhan kelab MyAgrosis pada tahun 2011, program ini telah berjaya
menghasilkan seramai 952 usahawan muda sehingga Oktober 2018 daripada seramai 18,250
ahli di institut pengajian tinggi (IPT) di bawah seliaan FAMA. Secara keseluruhan, sejumlah
RM40.5 juta peruntukan telah disalurkan kepada 39 buah kelab MyAgrosis di bawah
bimbingan pelbagai agensi MOA bagi membiayai modal projek usahawan yang dijalankan
oleh ahli kelab dengan jumlah keseluruhan seramai 42,594 orang ahli.
Selain itu, ahli kelab yang telah tamat pengajian ditawarkan kemudahan pinjaman
tanpa faedah melalui program pembiayaan MyAgrosis Agropreneur Muda. Pembiayaan ini
bernilai di antara RM10,000 hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga lima
tahun.
■1040
Seramai 71 orang usahawan myAgrosis telah diluluskan pinjaman tersebut dengan
jumlah pinjaman sebanyak RM2.5 juta. Beberapa langkah telah diambil bagi memastikan
usahawan muda ini berjaya dalam bidang pertanian seperti memberi pengalaman sebenar
berniaga produk mereka dengan menawarkan tapak-tapak di pasar tani. Dengan pengalaman
ini mereka akan dapat memahami kehendak dan keperluan pengguna dan bagaimana
menangani kerenah pengguna.
Kedua, program attachment usahawan muda kepada usahawan yang telah berjaya
dan bertindak sebagai mentor mereka dan ketiga memberi peluang kepada usahawan muda,
my agrosis menyertai program-program jualan dalam karnival dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian menyedari bahawa youth unemployment rate iaitu
pekerja yang berumur antara 15 tahun sehingga 24 tahun yang menganggur adalah agak
tinggi iaitu setinggi 10.8% pada tahun 2017. Kementerian juga mengambil maklum bahawa
ada seramai 204,000 graduan daripada IPTA yang menganggur walaupun selepas keluar
daripada universiti.
Walau bagaimanapun, apabila kementerian membuat engagement dengan usahawan
atau pengusaha sektor pertanian atau industri asas tani, kita mendapati bahawa ramai
pengusaha yang mengadu kepada kami bahawa sebenarnya mereka tidak dapat cari pekerja.
Maka kita tahu bahawa ada miss match antara yang mahu mencari kerja dan juga yang mahu
mencari pekerja. Maka miss match ini harus di atasi.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ingin menawarkan kepada golongan
pekerja, golongan orang muda terutamanya, khususnya graduan-graduan yang graduate
daripada IPTA. I want to give them a message. Give pertanian a chance and they can make
it to a millionaire. Itu sebab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam proses
DN 5.12.2018 13

menyusun, memperbaiki program-program daripada myAgrosis di mana mereka mendapat


exposure kepada sektor pertanian dalam IPTA atau IPTS.
Selepas itu apabila mereka graduate kita akan ada program supaya mereka boleh
menceburi sektor pertanian, sama ada menjadi agroprenuer muda, membuka bussiness
sendiri. Kerajaan dan kementerian akan memberi grant dan juga bantuan pinjaman mudah
atau low interest rate loan atau mereka boleh bekerja dengan sektor-sektor - syarikat-syarikat
daripada syarikat SME sampai ke syarikat internasional dalam sektor pertanian.
Maka mereka mempunyai peluang untuk menceburi sektor pertanian yang dibuktikan
bahawa mereka mempunyai peluang yang banyak untuk make it big in future. Jadi kita harap
bahawa orang-orang muda di luar, mereka harus memandang kepada sektor pertanian untuk
mendapatkan peluang-peluang pekerjaan dan juga peluang menjadi agroprenuer muda.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang
Berhormat.
Datuk Ng Chiang Chin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Yang
Berhormat Menteri telah memberi jawapan yang begitu jelas. Maka itu saya tiada soalan
tambahan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Dr. Zaiedi bin Haji Suhaili: Kita ketahui bahawa di dalam bidang pertanian,
penternakan ataupun mahupun perikanan, salah satu daripada komponen yang penting ialah
kita harus memiliki satu bidang tanah dan sebagainya.
Jadi soalan saya ialah bagi menjayakan program myAgrosis ini ataupun kita katakan
peserta-peserta yang telah lulus di bawah program ini, adakah FAMA mempunyai satu
rancangan untuk menubuhkan apa yang kita sebut sebagai bank tanah, the land banks.
Dengan adanya bank tanah ini maka peserta-peserta ini bukan sahaja kita beri pembiayaan
dari segi kewangan ataupun dari segi latihan dan sebagainya, tapi kita sediakan tapak untuk
mereka berkebun, membuat pertanian, aquaculture dan sebagainya.
Jadi, adakah FAMA mempunyai rancangan untuk menubuhkan land banks untuk
peserta-peserta ini. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat
Senator. Sektor pertanian amat luas untuk Yang Berhormat Senator. Ia mempunyai pelbagai,
daripada pertanian sehingga kepada aquaculture, sehingga kepada penternakan dan
sebagainya.
Saya tidak menafikan bahawa kita memerlukan tanah dan sebagainya. Akan tetapi
juga ada lower hanging fruit seperti industri asas tani di mana mereka boleh menceburi dan
DN 5.12.2018 14

develop their own products dan sebagainya. Saya nampak bahawa buat masa sekarang
orang muda lebih suka menceburi industri asas tani daripada menggunakan produk-produk
pertanian dan create value add, downstream industries dan ini mereka boleh berjaya.
Bagi menjawab soalan tentang land banks dan sebagainya, kementerian mempunyai-
isu tanah adalah isu kerajaan negeri dan di mana kementerian mempunyai, walaupun
kementerian mempunyai tanah-tanah seperti taman kekal, pengeluar makanan TKPM dan
sebagainya, kita tidak dapat- mereka harus melalui proses yang sama dengan lain. Buat masa
sekarang kita tidak mempunyai satu program khusus untuk agroprenuer muda atau petani-
petani muda untuk mendapatkan tanah dan sebagainya.
Akan tetapi, walau bagaimanapun mereka akan diberi, kalau mereka betul-betul - yang
saya tahu bahawa ada ramai petani-petani muda, mereka dapat cari tanah dan mereka ada
menanam seperti ubi, ubi manis- sweet potatoes, ada yang menceburi aquaculture, mereka
ada yang menceburi durian, nanas dan apa pula yang menjadi penternak. Yang berjaya, yang
saya tahu.
Maka saya harap bahawa- saya menyeru supaya kerajaan-kerajaan negeri
bekerjasama dengan MOA untuk menyediakan tapak-tapak tanah terutamanya tanah-tanah
terbiar. Kita tahu bahawa tanah-tanah terbiar ini adalah tanah-tanah terbiar pertanian. Ada
banyak di seluruh negara dan kita harus membangun semula tanah-tanah terbiar ini untuk
orang-orang muda kerana tanah-tanah terbiar ini biasanya mereka adalah kerana petani-
petani mereka telah bersara dan tiada anak, yang berminat untuk meneruskan usaha tanah
tersebut dan tanah itu dibiarkan sebegitu sahaja.
Saya rasa kerajaan negeri perlu adakan program-program untuk menghidupkan
semula tanah-tanah terbiar menggunakan agensi-agensi kerajaan, membeli semula tanah
tersebut dan dijual kepada pengusaha-pengusaha yang berminat, orang baru yang berminat.
Kedua, adalah adakan agensi untuk mix matching supaya tanah itu boleh disewa kepada
orang muda. Jadi itu adalah satu cara.
Kedua adalah cara menyediakan tapak baru kerana land matters is under the state
dan kita mahu kerajaan negeri untuk memberi tumpuan kepada pertanian. Jangan hanya jual
tanah kepada kilang-kilang atau lombong-lombong dan sebagainya. Gives due attention
kepada pertanian supaya tanah, kerana kita tahu bahawa potensi untuk tanah itu banyak.
Potensi untuk pertanian itu cukup luas dan banyak menguntungkan dan kita menyeru supaya
kerajaan negeri memberi peluang kepada usahawan-usahawan orang muda dalam pertanian.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, ada soalan lagi kah Yang Berhormat Datuk
Razali.
DN 5.12.2018 15

Datuk Razali bin Idris: Ya.


Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sentuh
berkenaan dengan FAMA insya-Allah. Kita difahamkan bahawa harga pembelian FAMA
daripada petani kurang membantu mereka di musim lambakan buah. Kebiasaannya apabila
pengeluaran banyak, petani akan mendapat hasil yang banyak. Namun begitu, perkara
sebaliknya berlaku.
■1050
Jadi, justeru itu soalan saya, apakah langkah kerajaan, kementerian untuk mengawal
selia harga siling FAMA dengan petani? Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih Yang Berhormat Senator kerana memberi soalan
ini. Buat masa kini, FAMA adalah pembeli kepada petani. Petani mempunyai banyak pilihan,
mereka boleh menjual kepada FAMA, mereka pun boleh jual kepada pemborong dan
sebagainya. Maka, mempunyai pilihan untuk menjualkan produk-produk. Isu sekarang adalah
lambakan masa musim menuai dan sebagainya. Apabila buah banyak atau hasil produk
banyak. Saya boleh look into this matter yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Senator.
Pada masa yang sama, saya pun ingin menyeru kepada petani-petani supaya mereka
menceburi industri asas tani. Daripada buah-buah tersebut, mereka boleh proses sedikit
supaya mendapatkan nilai yang lebih tinggi. Contohnya, lambakan sayur-sayuran. Kalau
petani-petani, mereka selepas dapat hasil sayur-sayuran tersebut, mereka boleh cuci dan
mereka cut into smaller pieces, packet it. Dia boleh jual kepada premium market supaya
mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi.
Do a little bit more work, mereka boleh dapat keuntungan yang tinggi. Itu adalah
industri asas tani or downstream process, downstream product yang kita menyeru petani itu
menceburi. Itu akan menyelesaikan masalah tentang lambakan dan mereka akan
mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Menteri akan selidik
perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Dato’ Dr.
Ananthan a/l Somasundaram.

5. Dato' Dr. Ananthan a/l Somasundaram minta Menteri Sumber Manusia menyatakan,
adakah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) menawarkan sebarang latihan kemahiran
berbentuk program berkembar (twinning programme) di antara Malaysia dan Jepun.
DN 5.12.2018 16

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Mahfuz bin Haji Omar]: Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Pertama, ingin saya menjawab soalan
ini.
Pada asasnya kita tidak mempunyai sebarang twinning programme antara JMTI
dengan mana-mana institut pengajian di Jepun. Akan tetapi oleh kerana penubuhan JMTI ini
sendiri merupakan hasil kerjasama antara Kerajaan Malaysia pada tahun 1998 melalui
Kementerian Sumber Manusia dengan Kerajaan Jepun di bawah Ministry of Health, Labour
and Welfare (MHLW).
Jadi, kerjasama itu memang berlaku daripada dulu sehinggalah sekarang iaitu semua
pembangunan latihan teknikal dan juga kemahiran ini diambil daripada politeknik universiti,
politeknik centre yang di bawah kementerian di negara Jepun iaitu di bawah MHLW ini. Jadi,
kita ambil terus dan kita adaptasikan yang bersesuaian dengan teknologi terkini yang
merupakan keperluan kepada untuk melahirkan tenaga pekerja yang diperlukan oleh industri
semasa.
Dalam masa yang sama, semasa kewujudan dalam tempoh lima tahun itu, kewujudan
awal dalam tempoh lima tahun JMTI ini, melalui Japan International Cooperation Agency telah
berjaya menempatkan tenaga pakar dan juga senior volunteer daripada Jepun untuk
memastikan supaya berlaku pemindahan teknologi dan juga meningkatkan kemahiran tenaga
pengajar kepada pengajar-pengajar kita. Selepas daripada lima tahun itu, kita masih lagi ada
kekal sehingga sekarang ini.
Semasa ini kita ada 10 orang tenaga pakar ataupun senior volunteer di bawah Jabatan
Tenaga Manusia. Seperti di JMTI sendiri masih ada empat orang tenaga pakar daripada
Jepun, kemudian di Hi-Tech Kulim, ILP Miri, ILP Kota Kinabalu dan ILP Kepala Batas
mengikut courses yang tertentu yang menjadi main course di setiap institut itu.
Jadi, untuk melakukan program berkembar seperti mana yang dipersoalkan oleh Yang
Berhormat, kementerian tidak ada masalah. Namun, kemungkinan untuk mengadakan
kerjasama atau kolaborasi antara JMTI dengan mana-mana institut latihan ataupun universiti
di Jepun, masih terbuka. Ini selaras dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
untuk menjalinkan semula kerjasama Malaysia-Jepun dalam program pembangunan modal
insan. Terima kasih.
Dato' Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih juga penjelasan yang begitu baik daripada Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan
pada 25 Oktober yang lalu, Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran
telah membuat lawatan kerja ke JMTI untuk meninjau operasi organisasi tersebut. Soalan
tambahan saya, adakah kerajaan pernah melaksanakan kajian terhadap pelajar-pelajar
DN 5.12.2018 17

lepasan JMTI ini? Sama ada mereka benar-benar memenuhi pasaran kerja dalam bidang
yang dipelajari di JMTI ini? Sekian, terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Ya, kita sentiasa dari semasa ke semasa membuat
kajian untuk memastikan kebolehan pasaran pekerjaan sesuai dengan kursus-kursus yang
dibuat di JMTI. Bukan saja di JMTI tetapi di semua institut latihan teknikal dan kemahiran di
bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Sememangnya bagi saya bahawa mereka-mereka
yang lahir daripada institut-institut ini memang mendapat tempat yang sangat baik di peringkat
industri.
Ada setengah-setengah di JMTI dan juga di Institut Latihan Perindustrian (ILP) belum
habis lagi belajar, pihak industri telah mengenal pasti mana-mana pelajar-pelajar yang akan
diambil bekerja dengan mereka. Ini menunjukkan satu pencapaian yang sangat baik bagi kita
setakat ini. Terima kasih.

6. Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta Menteri Pertahanan menyatakan, jumlah
pegawai dan anggota Askar Wataniah di seluruh negara mengikut kaum, dan apakah
pendekatan holistik kerajaan agar pasukan Wataniah ini secara seimbang disertai oleh
pelbagai kaum di Malaysia.

Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Liew Chin Tong]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih Yang Berhormat Datin Rahimah binti Haji Mahamad.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memperkasa dan membangunkan Askar Wataniah,
Kementerian Pertahanan telah menggariskan Program Tindakan Penyusunan Askar
Wataniah yang merangkumi promosi Askar Wataniah, pengambilan anggota baru,
meningkatkan mutu latihan serta menarik minat di kalangan bukan Bumiputera untuk
menyertai Askar Wataniah.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pasukan simpanan sukarela angkatan tentera
terdiri daripada Pasukan Askar Wataniah di bawah Tentera Darat, Pasukan Simpanan
Sukarela Tentera Laut (PSSTL) di bawah Tentera Laut dan Pasukan Simpanan Sukarela
Tentera Udara (PSSTU) di bawah Tentera Udara. Bagi pertanyaan Yang Berhormat Senator,
jumlah anggota Askar Wataniah di seluruh negara adalah seramai 50,000. Anggota di
kalangan bumiputera bagi kaum Melayu adalah sebanyak 81 peratus dan lain-lain kaum
bumiputera bukan Melayu adalah sebanyak 16.5 peratus.
Manakala bilangan anggota bukan bumiputera pula, ada kaum Cina sebanyak 1.27
peratus, India sebanyak 1.2 peratus dan Punjabi sebanyak 003 peratus. Antara pendekatan
holistik kementerian bagi menggiatkan penyertaan pelbagai kaum di dalam pasukan ini adalah
seperti berikut:
DN 5.12.2018 18

(i) mengadakan promosi kemasukan atau pengambilan di setiap daerah


dan kawasan serta penempatan estet perladangan,
(ii) mengadakan laman sesawang di perkhidmatan Tentera Darat untuk
pengambilan secara terbuka,
(iii) menggunakan aplikasi yang terdapat dalam telefon mudah alih untuk
memuat naik iklan atau sebarang maklumat berkaitan kempen atau
acara pasukan sukarela yang berlaku,
(iv) bekerjasama dengan Program Gap Year yang dianjurkan oleh pihak
universiti tempatan agar pelajar-pelajar universiti dapat terlibat dalam
program kesukarelawan khidmat negara yang disediakan, dan
(v) memberi penerangan dan penjelasan kepada majikan atau ketua-ketua
jabatan tentang kebaikan dan faedah yang boleh diperoleh oleh pekerja
mereka yang menyertai Askar Wataniah.
■1100
(vi) mempertingkatkan aktiviti serta penglibatan pasukan ini bersama
masyarakat awam agar peranan yang mereka lakukan lebih menyerlah
dan diketahui umum; dan
(vii) langkah-langkah untuk mengambil anggota baru di kalangan bukan
bumiputera untuk menyertai pasukan ini ialah seperti berikut:
(a) menggunakan saluran media pelbagai bahasa dalam
memberi maklumat tentang pengambilan dan kelebihan
menyertai askar wataniah;
(b) berhubung rapat dengan persatuan dan badan bukan
kerajaan (NGO) pelbagai bangsa dalam memberi
kemudahan dan kefahaman tentang Askar Wataniah;
dan
(c) program khusus di sekolah menengah jenis kebangsaan,
institusi-institusi awam dan swasta yang mempunyai
ramai pelajar bukan bumiputera sewaktu hari terbuka
atau acara setempat yang diadakan.
Pihak kementerian mengalu-alukan cadangan dari Yang Berhormat Senator untuk
menambahbaikkan program Askar Wataniah dan juga program-program lain di bawah
perkhidmatan-perkhidmatan lain. Terima kasih.
DN 5.12.2018 19

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima
kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab dengan begitu
terperinci.
Soalan tambahan saya, kepentingan perkhidmatan askar ini penting dalam semua
sektor seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tenaga bebas (IPP), telekomunikasi,
bekalan air, perkhidmatan rel dan lebuh raya dan semua entiti ini merupakan majikan swasta.
Kekangan yang dihadapi adalah majikan tidak sokong apabila staf memohon pelepasan bagi
menghadiri latihan kerana mengganggu operasi syarikat sedangkan kepakaran staf ini dalam
Askar Wataniah amat penting.
Soalan saya, bagaimana kerajaan menangani kekangan ini dan mengkaji semula
peruntukan seksyen 201C Akta Angkatan Tentera 1972 bilamana majikan boleh didenda
sehingga RM6,000 jika tidak memberi pelepasan kepada pekerja Askar Wataniah ini. MinDef
juga perlu meliberalisasikan kaedah latihan agar lebih ramai majikan menyokong penyertaan
pekerja mereka dalam pasukan Askar Wataniah. Sekian, terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Untuk kor-kor seperti
yang dibincangkan tadi, saya harap dalam proses kita menggubal Kertas Putih Pertahanan,
kita boleh memberikan satu gambaran kepada umum bahawa adalah penting kita
memperkasakan idea bahawa kita perlukan pertahanan menyeluruh atau ‘hanruh’ dan dalam
konteks pertahanan menyeluruh atau ‘hanruh’ ini kita memerlukan pelbagai sektor
terutamanya sektor-sektor yang disebut tadi supaya mereka memahami peranan mereka
dalam pertahanan negara.
So, itu untuk kor-kor yang spesifik, kor-kor teknikal dan ini adalah cadangan yang baik.
Akan tetapi untuk Askar Wataniah biasa, kita akan kekalkan apa yang sedia ada dan akan
menambah baik mengikut cadangan-cadangan yang diberikan oleh semua. Terima kasih.
Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang
Berhormat Timbalan Menteri.
Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa satu pangkat kehormat iaitu
Mejar Jeneral Kehormat telah dianugerahkan kepada Bekas Ketua Setiausaha
Perbendaharaan iaitu Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar yang terlibat dan didakwa di mahkamah
pada 25 Oktober kerana pecah amanah wang milik kerajaan berjumlah RM6.6 bilion. Kes ini
akan disebut semula pada Jumaat ini. Adakah kementerian dengan serta-merta memutuskan
untuk, dengan izin, strip off- pangkah kehormat tersebut kerana beliau memang sudah tidak
layak dan untuk menjaga imej baik, nama baik integriti Rejimen Askar Wataniah negara kita.
Terima kasih.
DN 5.12.2018 20

Tuan Liew Chin Tong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang
Berhormat Senator. Saya tidak sedar beliau diberikan gelaran kehormat ini dan pihak
kementerian akan rujuk kepada Majlis Angkatan Tentera yang membuat keputusan untuk
semua gelaran ataupun semua pangkat yang diberikan. Terima kasih.
Dato’ Sri Ti Lian Ker: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya sama ada kita akan
bertindak ke atas semua yang dituduh ataupun secara selective sahaja?
Tuan Liew Chin Tong: Saya tidak beri keputusan. Apa yang saya jelaskan tadi ialah
semua ini ada aduan, akan dirujuk kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT). Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Belum didapati bersalah, terpulang kepada Majlis Angkatan
Tentera.

7. Puan Hajah Rahemah binti Idris minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna menyatakan, statistik terkini jumlah peniaga yang telah diambil tindakan
akibat menaikkan harga barangan setelah pelaksanaan SST.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan
Chong Chieng Jen]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Puan
Hajah Rahemah binti Idris ini bersekali dengan tiga soalan yang lain dari Yang Berhormat
Senator Puan Hajah Rahemah binti Idris bertarikh 6 Disember 2018; Yang Berhormat Senator
Datuk Haji Ismail bin Ibrahim bertarikh 17 Disember 2018; dan juga Yang Berhormat Senator
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin bertarikh 18 Disember 2018 kerana menyinggung
perkara yang sama iaitu berkenaan jumlah aduan, tindakan dan langkah-langkah
penguatkuasaan pasca pelaksanaan SST.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
Tuan Chong Chieng Jen: Tuan Yang di-Pertua, sejak pelaksanaan SST pada 1
September 2018 hingga 30 November 2018, kementerian telah menerima sebanyak 823
aduan khususnya berkaitan dengan kenaikan harga barangan. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak 785 aduan telah disiasat dan diselesaikan iaitu 95.4 peratus aduan telah
diselesaikan manakala baki sebanyak 38 aduan iaitu 4.6 peratus aduan masih dalam tindakan
dan siasatan.
Selain itu, sebanyak 205 notis di bawah seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan
Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan di bawah seksyen 21(2), Akta Kawalan Harga dan
Antipencatutan 2011 bagi menganalisis dan melihat pematuhan peniaga terhadap
perundangan manakala 2,618 notis telah dikeluarkan di bawah seksyen 53A Akta Kawalan
Harga dan Antipencatutan 2011, bagi mewajibkan peniaga menyelenggarakan dan
DN 5.12.2018 21

menyimpan rekod perniagaan. Daripada jumlah notis seksyen 21(2) yang dikeluarkan, 95
notis tersebut telah dianalisis dan didapati tidak melalukan kesalahan mencatut sementara
baki masih dalam tindakan, siasatan dan analisis. Sehingga kini masih belum ada lagi kes
pencatutan dikesan dalam tempoh pelaksanaan SST.
■1110
Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa mengambil langkah menjalankan
pengawalan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga tidak mencatut
dengan sewenang-wenangnya susulan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
mulai 1 September 2018. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan kementerian adalah
seperti berikut:
(i) melaksanakan tindakan penguatkuasaan pencatutan di bawah Operasi
Catut 5.0 bermula 8 Ogos 2018 meliputi seluruh rantaian pengedaran
barangan dan perkhidmatan di seluruh negara.
(ii) menjalankan pemantauan harga barangan keperluan asas di seluruh
negara di bawah Program Pemantauan Harga oleh pegawai pemantau
harga kementerian.
(iii) mengaktifkan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara yang terbahagi
kepada beberapa kluster penting yang bertindak sebagai platform
membincangkan isu berkaitan kos sara hidup secara holistik.
(iv) meningkatkan keberadaan- omnipresence, pegawai-pegawai penguat
kuasa kementerian di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang
ramai; dan
(v) menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan
rakyat mengemukakan aduan antaranya seperti talian WhatsApp aduan
ke nombor 019-2794317 dan juga hotline, sistem e-aduan aplikasi pintar
Easy Adu KPDNHEP serta media sosial Facebook dan Twitter.
Sekian, terima kasih.
Puan Hajah Rahemah binti Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa
jawapan saya telah dijawab dengan sepenuh-penuh. Cuma saya hendak tanya kepada
Menteri, kenapa 4.6 peratus itu tidak diambil tindakan lagi? Apakah masalahnya? Sekian,
terima kasih.
Tuan Chong Chieng Jen: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Ia kerana angka
aduan yang saya sebut tadi adalah aduan yang dibuat dari 1 September hingga ke 30
November. Kalau kita lihat hari ini hanya 5 Disember dan untuk menganalisis sama ada
seseorang peniaga itu ada melakukan pencatutan, kita perlu menjalankan analisis akaun dan
DN 5.12.2018 22

semua harga beli dan jual yang dilakukan berbanding dengan harga beli dan jual sebelum
pelaksanaan SST. Oleh itu ia memakan sedikit masa. Akan tetapi saya rasa pegawai
kementerian yang setakat ini telah menyelesaikan 95.4 peratus, ia merupakan satu kejayaan
yang amat dibanggakan. Sekian, terima kasih.

8. Tuan Haji Husam bin Musa minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar
dan Perubahan Iklim menyatakan, adakah kementerian sedar wujudnya teknologi baru seperti
Kinetic Generator dan Plasma Magnetic Generator yang boleh menjimatkan kos penjanaan
elektrik dan seterusnya boleh mengurangkan tarif elektrik dan apakah langkah-langkah yang
telah diambil untuk mengguna pakai teknologi ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
[Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sedar akan kewujudan teknologi baru
seperti kinetic generator dan plasma magnetic generator bagi tujuan penjanaan elektrik.
Kinetic generator merujuk kepada penjanaan tenaga elektrik melalui tenaga kinetik,
jisim dan had laju sesuatu objek yang bergerak. Teknologi-teknologi penjanaan tenaga yang
sedang diguna pakai pada masa kini di Malaysia seperti turbin gas, turbin hidro dan turbin
stim adalah berasaskan teknologi turbin tenaga kinetik ini ataupun dikategorikan sebagai
kinetic generator. Tenaga kinetik ini juga boleh dihasilkan oleh getaran ataupun dengan izin
vibration.
Namun demikian, teknologi ini hanya menghasilkan tenaga dalam jumlah yang amat
kecil. Buat masa ini, aplikasi teknologi ini digunakan sebagai pembekal elektrik kepada alat-
alat peranti elektronik ataupun sensors dan masih di peringkat penyelidikan demonstrasi oleh
universiti-universiti di Malaysia bagi menambah baik kapasiti penjanaan tenaga dan
kecekapan sistem.
Teknologi plasma magnetic generator pula buat masa ini masih dalam peringkat kajian
oleh negara-negara di Eropah. Teknologi ini digunakan dalam proses nuclear fusion bagi
menghasilkan tenaga. Di antara kekangan yang ada buat masa ini adalah jumlah tenaga
diperlukan untuk mewujudkan keadaan plasma tersebut adalah lebih tinggi berbanding jumlah
tenaga yang dihasilkan oleh teknologi plasma tersebut.
Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga dan syarikat utiliti sentiasa mengikuti
perkembangan semasa teknologi terkini dalam bidang penjanaan tenaga. Kerajaan akan
mempertimbangkan penggunaan sebarang bentuk teknologi baru ataupun alternatif yang
matang, berdaya maju dan berupaya membekalkan tenaga bukan sahaja murah, malah
menepati ciri sustainability, dengan izin, tenaga untuk diaplikasikan di Malaysia. Terima kasih.
DN 5.12.2018 23

Tuan Haji Husam bin Musa: Terima kasih. Pertanyaan saya ialah jika sekiranya ada
pihak yang mempunyai teknologi-teknologi ini, adakah kerajaan bersedia untuk
mempertimbangkan, dengan izin, feed-in tariff, sama seperti yang digunakan untuk hidro dan
lain-lain, solar sistem dan lain-lain. Feed-in tariff ini, dengan izin, adakah akan dibenarkan
untuk digunakan kepada mana-mana pihak yang boleh membekalkan teknologi ini kerana dari
jawapan Yang Berhormat tadi, kerajaan seakan-akan masih menganggap bahawa teknologi-
teknologi yang saya sebutkan dalam soalan asal saya masih belum matang.
Sehubungan dengan itu juga, saya kira ada lagi teknologi lain yang tidak dimasukkan
dalam soalan saya tetapi saya telah menulis surat kepada Yang Berhormat Menteri. Saya
berharap kesemua teknologi ini dapat ditimbangkan dan Malaysia boleh keluar sebagai
pemain dalam pembekalan tenaga dan kuasa elektrik pada masa akan datang. Terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih atas soalan
tambahan Yang Berhormat. Buat masa ini, kuota untuk feed-in tariff telah pun habis. Walau
bagaimanapun, tadi soalan Yang Berhormat tentang kalau ada apa-apa cadangan untuk
sebarang tenaga alternatif, kita sentiasa mengalu-alukan sebarang alternatif ataupun
cadangan kepada teknologi baru. Cumanya atas apa sahaja cadangan baru dan juga
alternatif yang dicadangkan, ada beberapa kriteria yang perlu kita ambil kira sebelum kita
laksanakan.
Contohnya dari segi kos. Biasanya kalau suatu teknologi yang baharu diperkenalkan
ini biasanya kosnya masih mahal. Jadi kita kena memikirkan tentang kos itu kalau boleh kita
mahu melibatkan biarlah kos itu murah. Contoh lagi satu, efficiency, kita kena libatkan juga
kriteria-kriteria ini, availability, dengan izin, kesan juga kepada carbon footprint, penggunaan
land use dan juga sosial impak kepada seluruh masyarakat. Jadi sebab itu kita, disebabkan
teknologi-teknologi ini juga adalah teknologi yang masih baru diperkenalkan dan masih dalam
peringkat demonstration, dengan izin yang saya sebut tadi di universiti-universiti di Malaysia.
Maka kita mengalu-alukan juga sebarang cadangan untuk diperkenalkan kepada
kementerian. Terima kasih.

9. Datuk Theodore Douglas Lind minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan


Industri menyatakan, langkah-langkah kementerian dalam menarik pelaburan asing ke
Malaysia sejak pertukaran kerajaan serta cabaran-cabaran yang dihadapi.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dr. Ong Kian Ming]:
Terima kasih kepada Datuk Theodore Douglas Lind atas soalan yang baik ini.
DN 5.12.2018 24

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, dasar serta strategi pelaburan yang telah
digubal oleh kerajaan adalah sentiasa pro perniagaan ataupun, dengan izin, pro-business dan
ini telah ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam banyak forum yang telah dihadiri oleh beliau.
◼1120
Ini kerana pelaburan berkualiti yang dibawa masuk, terutamanya pelaburan asing
akan menyediakan pekerjaan bernilaian tinggi serta limpahan ekonomi langsung dan tidak
langsung ataupun spillover effect kepada rakyat. Sebagai kerajaan yang mengamalkan
ekonomi terbuka, pelbagai usaha telah dan sedang diambil oleh kerajaan melalui kementerian
ini dalam terus memastikan pengaliran masuk pelaburan asing berkualiti tinggi ke dalam
negara. Antaranya termasuklah sentiasa berusaha untuk menambahbaikkan dasar-dasar
semasa yang mesra perniagaan. Termasuk meliberalisasikan dasar-dasar yang baik bagi
menggalakkan pelaburan, terutamanya pelaburan yang berkualiti di seluruh negara serta
memudah carakan kemasukan pelaksanaan projek-projek pelaburan dan melalui agensi-
agensi ataupun investment promotion agency.
Kedua, memperkenalkan pelbagai strategi dan intensif pemangkin dalam usaha
menggalakkan usaha pelaburan bernilai tinggi. Termasuk yang berasaskan trend mega
industry terkini seperti Industry 4.0 dan juga digital ekonomi. Saya rasa ini memang sesuatu
yang penting kerana kita tidak mahu menggalakkan pelaburan dalam sektor yang saya rasa
adalah mencemarkan udara ataupun yang low quality.
Ketiga, mengenal pasti pelabur asing yang dapat menawarkan perkongsian pintar
dalam industri terpilih, di samping meneruskan usaha penggalakan sedia ada menerusi
penganjuran misi-misi pelaburan ke luar negara secara lebih berfokus bagi menggalakkan
dan menarik pelaburan baharu. Saya hendak memberitahu Yang Berhormat bahawa ada
beberapa trade and investment mission yang telah dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri-
Datuk Dorell Leiking dan juga KSU ke Eropah, ke Jepun, ke Korea baru-baru ini. Saya rasa
begitu ketara bahawa minat terhadap melabur di Malaysia telah meningkat di bawah kerajaan
yang baharu.
Keempat, memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas yang sedia ada atau dalam
proses rundingan untuk menjana pelaburan melalui peruntukan pelaburan dalam perjanjian
tersebut. Sebagai contoh, Perjanjian Komprehensif ASEAN akan menggalakkan lagi
pembangunan pelaburan intra-ASEAN, terutamanya di kalangan syarikat multi nasional yang
berpangkalan di ASEAN melalui pembesaran kerjasama dengan pengkhususan industri.
Kelima, meningkatkan, dengan izin, engangement dan penyertaan pihak industri
dalam sesi konsultasi kementerian dengan komuniti perniagaan secara lebih konstruktif dan
bagi mendapatkan maklum balas langsung berhubung langkah-langkah yang boleh
DN 5.12.2018 25

ditambahbaikkan dan diambil oleh kerajaan bagi memperkukuhkan iklim pelaburan di


Malaysia ataupun, dengan izin, investment climate in Malaysia.
Walaupun ketika negara lain terpaksa bergelut dengan tekanan ketidaktentuan
ekonomi global ataupun global economic uncertainties, usaha-usaha berterusan kerajaan ini
dalam memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang diyakini dan mempunyai
persekitaran perniagaan yang kondusif turut di terap di peringkat antarabangsa.
Akhirnya, saya hendak melaporkan kepada Yang Berhormat, bahawa menurut
Laporan Bank Dunia 2009, kedudukan Malaysia telah meningkat ke tempat ke-15, berbanding
dengan tempat ke-24 pada tahun yang lepas dalam Index Ease of Doing Business, sebagai
negara yang paling berdaya saing di kalangan 190 buah negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan
tambahan Yang Berhormat.
Datuk Theodore Douglas Lind: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga
kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, telah memberikan jawapan yang jelas. Soalan
tambahan saya ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri, baru-baru ini Yang Berhormat
Menteri Kewangan telah mengatakan jumlah pelaburan sebanyak RM49 bilion. Soalan saya
hendak tanyakan, berapakah peratusan daripada pelaburan ini berkaitan dengan teknologi
baharu yang berkaitan dengan Revolusi Perindustrian Ke-4 seperti robotik dan kecerdasan
buatan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, artificial intelligence?
Dr. Ong Kian Ming: Angka yang disebut tadi oleh Yang Berhormat, merujuk kepada
angka yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Approved FDI
ataupun FDI yang telah diluluskan oleh pihak MIDA dalam sektor pembuatan ataupun
manufucturing industry adalah RM48.8 bilion dari bulan Januari hingga ke bulan September
2018, berbanding dengan RM14 bilion pada masa yang sama pada tahun 2017.
Pada masa yang sama, angka yang terkini ialah dari Mei hingga ke September iaitu di
bawah kerajaan yang baharu, FDI approval ataupun FDI yang telah diluluskan adalah RM35
bilion, berbanding dengan RM7 bilion pada masa yang sama pada tahun 2017. Saya rasa ini
memang menunjukkan bahawa pelabur asing terus memberi sokongan atau meningkatkan
sokongan mereka terhadap dasar dan yang diperkenalkan oleh kerajaan baharu. Oleh kerana
mereka telah mempertingkatkan ataupun telah menambahkan FDI mereka dari segi approval.
Untuk soalan khusus yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat tadi, saya tidak ada
angka spesifik. Akan tetapi apa yang saya boleh kata adalah kementerian saya memang
berhasrat untuk menambahkan high quality FDI dari luar negara. Termasuk apa yang
dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, daripada segi Industry 4.0, termasuk artificial intelligence
dan sebagainya.
DN 5.12.2018 26

Akan tetapi mungkin apa yang saya hendak tegaskan ialah dalam manufacturing
sector itu, Industry 4.0 ada banyak ciri-ciri, ada banyak karakteristik seperti big data, internet
of things, advance manufacturing, augmented reality, dengan izin, dan sebagainya. Jadi,
apabila satu industri masuk dari segi pelaburan di Malaysia, mungkin sukar untuk
mengklasifikasikan sebagai augmented reality ataupun salah satu ciri daripada Industry 4.0.
Oleh kerana mungkin mereka menggunakan lebih daripada satu karakteristik dalam Industry
4.0. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi
kita telah dengar keterangan berkenaan dengan niat kerajaan dan juga langkah-langkah
kerajaan untuk menarik FDI inflow. Soalan saya lebih berfokus kepada FDI outflow. Soalan
saya, betapa serius FDI outflow? Apa yang I tahu, the latest announcement adalah lebih
kurang RM16 million setakat Jun. I cuma hendak tahu berapa serius dan langkah-langkah
untuk cegah atau prevent FDI outflow? Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming: Saya hendak gunakan kesempatan ini untuk memberi sedikit
penjelasan. Saya rasa FDI outflow ini bukan sesuatu yang kita perlu sekat. Oleh kerana
apabila kita rujuk kepada FDI outflow, ini menunjukkan rancangan-rancangan ataupun
program yang diamalkan ataupun rancangan syarikat di Malaysia untuk melabur di luar
negara supaya mereka boleh mendapatkan akses kepada pasaran yang baharu.
Saya hendak beri satu contoh, misalnya ada banyak syarikat di palm oil sector yang
telah melabur kilang-kilang besar di negara China. Mereka memang menggunakan peluang
ini untuk melabur daripada segi downstream supaya mereka boleh menembus pasaran yang
baharu di negara China.
Jadi, saya rasa apabila kita lihat FDI inflow, FDI outflow, walaupun FDI outflow
meningkat, ini tidak bermaksud bahawa pelabur asing tidak ada confidence ataupun
keyakinan dalam negara Malaysia. Akan tetapi ia menunjukkan bahawa syarikat-syarikat di
Malaysia juga berwibawa untuk pergi ke luar negara melabur dan juga mendapatkan hasil
yang lebih tinggi. Terima kasih.
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, minta izin satu.
Tuan Yang di-Pertua: Banyak hendak minta ini?
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Satu sahaja, saya hendak sambung sedikit Yang
Berhormat Senator Chandra Mohan.
Tuan Yang di-Pertua: Saya bagi yang itu dahulu, selepas itu yang muda.
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih, janji dapat, thank you.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Senator Dato Suhaimi.
DN 5.12.2018 27

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
tertarik dengan soalan outflow tadi. Akan tetapi yang kita bimbang juga ini inflow juga, Yang
Berhormat Timbalan Menteri. Oleh sebab baru-baru ini saya menghadiri satu conference on
IOG, di mana ada rakan-rakan di luar negara yang bertanya berhubung dengan keamanan
negara kita. Bila soalan itu bertanya kepada saya, terlintas di hati saya mungkin ada manusia-
manusia lain yang telah keluar ke negara-negara ini telah memburukkan negara kita dari segi
ekonominya, dari segi keamanannya.
■1130
Apakah kita ada ‘Akta Sabotaj Ekonomi’ ini Yang Berhormat Menteri ataupun apakah
tindakan yang diambil oleh kementerian Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua.
Dr. Ong Kian Ming: Saya rasa dari segi akta untuk menguasai apa yang orang
hendak cakap di luar negara ataupun di dalam negara bukan dalam kuasa kementerian saya
tetapi apa yang saya hendak tegaskan kepada Yang Berhormat ialah memang ketara bahawa
FDI approval telah naik selepas Mei 2018 ini dan saya rasa jikalau dasar kita adalah baik dan
kukuh, tidak kira apa yang orang kata pelabur asing akan dapat menilai dengan mereka
sendiri melihat apa keadaan yang sebenar di Malaysia dan jikalau kita terus meningkatkan
ease of doing business di negara kita ini saya rasa pelabur asing memang akan terus
meningkatkan keyakinan mereka dalam pelaburan di Malaysia. Terima kasih.
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana
mengizinkan saya. Saya hendak bertanyalah dan minta pencerahan daripada sahabat saya
Yang Berhormat Dr. Ong Kian Ming iaitu berdasarkan pada statistik Bank Negara, saya minta
penjelasan iaitu laporan oleh data Bank Negara mengatakan net FDI bermakna outflow dan
inflow seperti Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan bangkitkan tadi iaitu pada suku
kedua 2018, net FDI sebenarnya berjumlah RM2.84 bilion versus dengan suku kedua tahun
lalu iaitu berjumlah RM8.66 bilion.
Suku ketiga pada 2018 Tuan Yang di-Pertua, berjumlah RM3.95 bilion versus suku
ketiga tahun 2017 berjumlah RM11.7 bilion net FDI. Saya minta pencerahan daripada Yang
Berhormat Menteri apakah penurunan ataupun seperti yang dimaksudkan tadi kenaikan.
Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming: Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan yang perlu
dijelaskan. Saya rasa saya hendak memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan juga Dewan yang
mulia ini, angka yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan
tadi merujuk kepada balance of payment figures yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara
bersama dengan DOSM dan balance of payment ini merujuk kepada realized investment.
DN 5.12.2018 28

Realized FDI yang keluar dan juga masuk angka yang telah diberikan tadi dari segi approved
investment itu adalah approved investment yang telah diluluskan oleh MIDA tetapi belum
direalisasikan.
Jadi jikalau ada apa-apa angka yang telah dikatakan tadi mungkin naik dan ada yang
turun ia adalah reflection realized investment yang telah direalisasikan akibat daripada
langkah-langkah yang diambil sebelum ini. Jadi mungkin FDI yang telah dilaburkan di
Malaysia ini mungkin memerlukan satu, dua tahun untuk direalisasikan dan saya rasa apabila
kita merujuk kepada balance of payment figure ini untuk suku ketiga ataupun suku kedua ini,
ini bukan satu gambaran yang relevan untuk kerajaan yang ini. Ini adalah sesuatu yang
menunjukkan prestasi kerajaan yang dulu.
Jadi saya rasa apa-apa perbandingan yang telah dibuat menggunakan angka ini
adalah based on performance of the past performance, bukan kerajaan yang baharu. Saya
harap kita boleh ambil maklum terima kasih.

10. Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff minta Menteri Kesihatan menyatakan,
apakah langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh pihak kementerian terhadap
pengusaha kedai makan yang tidak mematuhi garis panduan kebersihan bagi mengelakkan
kejadian keracunan makanan yang begitu kerap berlaku kini.

Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua memberi peluang kepada saya untuk menjawab soalan yang berkenaan dengan
pengusaha kedai makan dan kebersihan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa
Kamal bin Mohd Yusoff, walaupun sudah 11.30.
Kementerian Kesihatan telah menguatkuasakan Peraturan-peraturan Kebersihan
Makanan 2009 di bawah Akta Makanan 1983. Melalui perundangan ini semua pengusaha dan
pengendali makanan di kedai makan telah diwajibkan untuk menghadiri latihan pengendali
makanan bagi mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan sebelum bekerja di premis
makanan. Selain itu, mereka juga turut diwajibkan untuk mendapatkan vaksin bagi mencegah
penyakit bawaan makanan yang boleh menyebabkan keracunan makanan khususnya typhoid
vaksin.
Sehingga kini juga Kementerian Kesihatan telah menjalankan tindakan
penguatkuasaan dengan mengeluarkan arahan penutupan di bawah seksyen 11, Akta
Makanan 1983 bagi premis makanan yang tidak bersih dan mengeluarkan Notis bagi
kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, berkaitan aspek
kebersihan premis dan pengendali makanan serta pengendalian makanan. Dari tahun 2016
sehingga September 2018 sebanyak 369,298 premis makanan telah diperiksa dan 6,562 iaitu
DN 5.12.2018 29

1.8 peratus daripadanya telah ditutup kerana didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang
ditetapkan.
Dalam tempoh yang sama sebanyak 51,921 notis bagi kesalahan di bawah Peraturan-
peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah dikeluarkan terhadap pengendali makanan atau
pengusaha premis makanan yang tidak mematuhi mana-mana Peraturan-peraturan
Kebersihan Makanan 2009.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah proaktif Kementerian Kesihatan telah
melaksanakan pengiktirafan bersih, selamat dan sihat- BeSS, mulai tahun 2013 bagi memberi
galakan kepada pengusaha premis makanan untuk menyediakan makanan yang bersih,
selamat dan lebih sihat kepada pelanggan.
Pengiktirafan BeSS melibatkan dua komponen utama iaitu keselamatan makanan dan
makanan yang sihat dan sijil ini diberikan secara percuma kepada pemilik premis makanan
yang layak. Bermula tahun 2013 sehingga Oktober 2018 sebanyak 5,571 premis makanan
telah mendapat Sijil BeSS ini. Selain itu, Kementerian Kesihatan juga turut menjalankan
promosi berkaitan keselamatan makanan dan juga berkaitan dengan kebersihan premis
makanan secara berterusan kepada pengendali makanan dan pengusaha kedai makan.
Sekian.
Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang
telah memberikan jawapan yang begitu jelas tapi soalan tambahan saya adakah keracunan
makanan yang kerap kali berlaku hanya disebabkan oleh kerana kegagalan untuk mematuhi
garis panduan kebersihan atau disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti racun makhluk
perosak yang tidak berdaftar yang begitu berleluasa digunakan oleh petani-petani yang
memilih jalan untuk penjimatan. Mohon penjelasan, terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Yang Berhormat Senator, yang pertama berkenaan
dengan racun perosak yang digunakan untuk petani-petani itu di luar bidang Kementerian
Kesihatan, itu di bidang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Akan tetapi sekiranya ada makanan yang mengandungi racun-racun yang melebihi
ataupun racun perosak yang melebihi tahap yang di served sebagai makanan, jadi ini dikawal
di bawah Akta Makanan juga. Jadi kementerian selalu memantau keadaan dari segi
keselamatan makanan yang diberikan di pasaran sama ada di premis makanan ataupun
makanan yang tersedia seperti canned food dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, soalan itu saya ingat berkenaan
dengan hasil dari kajian dari keracunan makanan ini, ada tidak ia datang daripada pesticide
yang digunakan dalam pertanian.
DN 5.12.2018 30

Dr. Lee Boon Chye: Kalau kita lihat kepada kes-kes keracunan makanan, memang
kebanyakan keracunan makanan akibat daripada kebersihan premis, pengendali dan proses
pengendalian makanan tetapi ada juga sebahagian kecil masalah keracunan makanan
disebabkan oleh pesticide atau racun perosak, misalannya organic phosphorus poisoning.
■1140
Ini sebagai contoh apabila pestide ataupun perosak racun serangga itu digunakan
dengan tahap yang terlalu tinggi ataupun tidak mengikut SOP yang akan akhirnya masuk
dalam rantaian pemakanan tersebut. Jadi ini antara perkara-perkara yang kita pantau.
Memang ada sebahagian kecil keracunan makanan akibat perosak serangga. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan
bagi jawab lisan selesai.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

KAJIAN SEPARUH PENGGAL


RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2018 – 2020)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang


ditangguhkan atas masalah:
’Bahawa Dewan ini
menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan
mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan
trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua
tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas;

merestui usaha kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah


baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip
pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif
selaras dengan aspirasi Wawasan 2020;

meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi


tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas
dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi
mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah
meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD.22 Tahun
2018; dan

bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia


Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding
bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta
pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama.” [4 Disember
2018]
DN 5.12.2018 31

Tuan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Dato’ Sri Ti Lian Ker.

11.41 pagi.
Dato’ Sri Ti Lian Ker: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang
kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal, Rancangan
Malaysia Ke-11 yang merupakan satu dokumen penting dalam mencartakan hala tuju negara
Malaysia. Tahniah kepada kerajaan Pakatan kerana telah mengekalkan rancangan dan pelan
induk yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sebentar.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Saya teruskan. Ini telah menunjukkan bukan sahaja pihak
kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf kebaikan yang ada dalam RMK-11, malahan ia juga
menjadi dorongan kepada kami di sebelah sini untuk terus dalam Dewan memberi cadangan
yang wajar dan baik kepada kerajaan.
Saya juga mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi
yang telah bekerja tanpa terlalu bermain politik dendaman dan membuat keputusan sasaran
yang selektif yang telah dilakukan oleh Kementerian Kewangan yang telah membawa kepada
kehilangan keyakinan pada pentadbiran apabila saham pasaran, nilai mata wang dan
pelaburan jatuh merudum oleh kerana pemutaran fakta dan angka.
Tuan Yang di-Pertua, isu-isu ekonomi. Secara keseluruhannya, dokumen ini
menunjukkan kerajaan mempunyai pemahaman yang jelas tentang keadaan ekonomi.
Namun ia tidak memberi penerangan yang mendalam tentang tindakan yang akan diambil
untuk memperkukuhkan ekonomi negara, memajukan industri-industri sasaran dan
bagaimana kerajaan akan meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhannya.
Dengan sasaran yang lebih rendah seperti KDNK dikurangkan daripada 6 peratus
kepada 5 peratus, dan kepada 5.5 peratus kepada 4 peratus untuk tahun 2018 hingga 2020.
Jangkaan untuk mencapai negara berpendapatan tinggi telah pun ditunda dari 2020 kepada
tahun 2024 dan imbangan belanjawan yang patut dicapai pun telah ditunda tanpa mempunyai
tarikh sasaran.
Menjadikan sentimen di negara ini cukup negatif dan kurang stabil. Pada masa yang
sama kerajaan juga disarankan untuk memperkukuhkan strategi dan inisiatif jangkaan pendek
untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti, dengan izin, stagnation of income dan kos sara
hidup yang masih membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
DN 5.12.2018 32

Tuan Yang di-Pertua, saya sedar bahawa keadaan ekonomi memang dipengaruhi
oleh pelbagai faktor. Akan tetapi ia bukan menjadi alasan bagi kerajaan untuk tidak mengambil
langkah berani untuk memperbaiki keadaan hidup dan ekonomi mikro negara. Contohnya,
kelemahan harga pasaran komoditi seperti minyak sawit dan getah juga kelemahan Ringgit
dan peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat telah menyebabkan pendapatan para
pengusaha kelapa sawit terjejas.
Namun tiada inisiatif jangka pendek yang diusahakan demi membantu mereka
ataupun usaha untuk memperbaiki permintaan minyak sawit di pasaran tempatan mahupun
di dunia. Yang ada ialah cadangan Yang Berhormat Menteri Industri Utama mencadangkan
penoreh getah menoreh musim tengkujuh untuk menambahkan pendapatan.
Kerajaan baharu dijangka akan mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak
RM40 bilion atau 15% sehingga tahun 2020 untuk mencapai konsolidasi fiskal. Apa lagi
apabila banyak projek mega ditunda dan dikaji semula terutamanya ECRL dan HSR. Masa
hadapan industri berkaitan dan pekerja-pekerja berkaitan sekarang sudah tidak menentu.
Akan tetapi pada masa yang sama, kerajaan sedang merancang projek kereta
nasional ketiga dan juga jambatan bengkok di antara Johor dan Singapura. Mengapakah
kedua-dua projek nasional ini tidak disenaraikan dalam dokumen ini? Yang Mulia Tunku
Mahkota Johor merasa bimbang dan khuatir sehingga terpanggil untuk bertitah bahawa
adalah lebih baik untuk kerajaan menumpukan ataupun meneruskan dengan pembinaan
hospital yang telah ditunda dari menaruh usaha dalam pembinaan jambatan.
Industri minyak sawit. Tuan Yang di-Pertua, harga minyak sawit yang sudah jatuh
berterusan semakin menjunam ke paras harga RM2000 bulan lepas, menjejaskan
pendapatan untuk 650 ribu pekebun kecil dalam negara. Sebagai rujukan kepada kerajaan
baharu, kerajaan Thailand dan Indonesia telah mengambil tindakan pro aktif untuk membantu
pekebun-pekebun dalam mengatasi masalah kegawatan ini dengan memberi insentif, subsidi
serta pengecualian cukai eksport.
Akan tetapi masalah yang paling besar ialah kementerian tidak sedar mengenai faktor
utama dalam masalah minyak sawit iaitu tentangan terhadap penggunaan minyak sawit oleh
kumpulan-kumpulan global seperti Green Peace. Penentangan terbesar terhadap minyak
sawit adalah kerana penebangan hutan ini bukan penebangan hutan biasa, tetapi
penebangan hutan tropika dara yang merupakan tempat flora dan fauna unik dalam rantau
Asia Tenggara.
Sejak 16 tahun yang lalu, sebanyak 100 ribu orang utan telah pupus akibat
penebangan hutan tropika dan akibat perladangan kelapa sawit. Sehingga kini hanya tinggal
120 ribu orang hutan. Akan tetapi bukan sahaja mereka yang menghadapi kepupusan, malah
DN 5.12.2018 33

harimau Sumatera, badak, tapir dan gajah juga sekarang mengalami kepupusan bersama.
Isu minyak sawit mempunyai isu kesihatan di mana kandungan lemak yang membahayakan
kesihatan terutamanya lemak untuk pemakanan berbanding minyak-minyak sayuran lain-lain.
Kementerian Industri Utama patut berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut
bukan melobi di Eropah ataupun berada dalam mentaliti berasingan dan terlibat dalam
perbahasan politik. Sebaliknya kementerian patut mencipta dan menambah nilai ke atas
minyak kelapa sawit serta industri kita supaya `+produk minyak sawit kita lebih berkualiti dan
diterima oleh pengguna.
Jika kerajaan ini mampu membuat perubahan, maka ia harus lebih berani dan kreatif
dalam menyelesaikan masalah dan bukannya terus menuding jari terhadap pihak lain.
Contohnya kerajaan boleh memperuntukkan 1 peratus atau 3 peratus jumlah pendapatan
kerajaan terutamanya cukai dari industri sawit untuk aktiviti pemeliharaan hutan serta
pembiakan semula spesies-spesies yang menghadapi kepupusan dengan keputusan yang
lebih konkrit.
Dua, kerajaan juga boleh memberi insentif dari peruntukan ini untuk pekebun-pekebun
untuk melindungi habitat-habitat serta haiwan yang menceroboh. Malahan kerajaan boleh
juga memberi ganjaran untuk sesiapa yang membuat laporan pencerobohan ataupun
penebangan hutan secara haram.
■1150
Kerajaan juga boleh mengambil peruntukan ini untuk menaikkan taraf hidup pekerja-
pekerja dalam kebun-kebun dan membolehkan pendidikan untuk kanak-kanak mereka.
Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Roundtable on Sustainable Palm Oil
(RSPO) dalam memakai dasar tiada penebangan hutan lebih meluas.
Akan tetapi lebih banyak yang boleh dilakukan dan saya tidak setuju dengan cadangan
mengembalikan kuasa pemeliharaan alam sekitar kepada kerajaan negeri. Ini kerana ia akan
mengakibatkan tiada piawaian umum yang setara di antara negeri-negeri serta tiada strategi
yang teratur dan tersusun untuk menyelesaikan masalah.
Industri getah. Komoditi yang kedua yang membimbangkan negara kita ialah harga
getah yang rendah serta peluang harga getah untuk pulih pada masa yang terdekat adalah
amat nipis. Saya di sini ingin menarik perhatian kerajaan baharu bahawa Kerajaan Thailand
telah mengatakan bahawa industri ini sedang mengalami penyusutan dan telah diberikan
insentif untuk pekebun-pekebun menceburi penanam lain.
Industri getah negara kita adalah bergantung sepenuhnya kepada industri sarung
tangan getah dalam negara yang semakin berkembang tetapi harga masih tertakluk kepada
DN 5.12.2018 34

harga pasaran global yang dipengaruhi oleh industri automobil, terutamanya di negara China
yang akan mempertahankan pertumbuhan ekonomi mereka.
Kerajaan patut membantu pekebun-pekebun getah, menganjak diri daripada
perladangan getah untuk menceburi tanaman-tanaman lain atau mengubah penanaman
tanah untuk getah kepada kawasan tanaman bijirin jagung serta komoditi untuk penjanaan
tenaga boleh diperbaharui. Kewangan politik. Kerajaan baharu mengatakan bahawa akan
memperkenalkan undang-undang pembiayaan politik kewangan.
Akan tetapi parti politik kerajaan sendiri telah melancarkan crypto-currency untuk
membolehkan mereka sendiri tidak tertakluk kepada undang-undang seperti yang tertera
dalam kertas putih mereka sendiri.
Akan tetapi masalah yang lebih ketara ialah, apakah crypto-currency ini satu lagi
bentuk crowd funding ataupun skim pendanaan awam yang ingin dimonopoli oleh kerajaan
baharu untuk mendapatkan derma seperti terdahulu? Jika crypto-currency ini adalah jenis
pelaburan, apakah nilai yang terikat? Adakah ia terikat dengan nilai emas, nilai mata wang
yang disimpan dalam Bank Negara? Adakah ia terikat dengan nilai pengeluaran ekonomi?
Atau adakah ia terikat dengan kuasa pegangan pada parti-parti politik tertentu?
Masalah yang lebih besar ialah jikalau orang ramai melabur dalam crypto-currency, ini
berdasarkan salah faham bahawa ia adalah satu pelaburan yang disahkan oleh kerajaan dan
membawa keuntungan yang lumayan. Apakah bezanya skim ini berbanding dengan kes-kes
money game?
Secara moralnya, kerajaan baharu seharusnya mencadangkan sesuatu dasar yang
lebih konkrit, melindungi rakyat daripada terjerat dalam pelaburan yang abstrak seperti crypto-
currency ini. Kini kerajaan baharu iaitu Menteri Wilayah Persekutuan dilihat menyokong
crypto-currency secara berprofil yang tinggi tanpa mendapatkan nasihat daripada pihak Bank
Negara mengenai risiko atau kelemahannya.
Walaupun tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia dan penyumbang Bank
Negara terdahulu bahawa crypto-currency tidak diiktiraf di Malaysia. Parti politik dan promoter
Harapan Coin telah memulakan kempen untuk menjana minat terhadap skim tersebut.
Bukankah ini satu perbuatan yang tidak bermoral dan tidak menghormati undang-undang
negara? Kini pula, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia terpaksa
mengubah undang-undang bagi memenuhi kehendak Parti Amanah?
Perumahan. Dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-11, telah dinyatakan 200,000
buah rumah harga berpatutan akan dibina pada tahun 2018 sehingga tahun 2020. Perdana
Menteri pun melancarkan pinjaman terbuka antara rakan setara atau P2P Property
DN 5.12.2018 35

Crowdfunding yang mana ia akan membantu dalam membina satu juta buah rumah harga
berpatutan.
Akan tetapi saya ingin tanya, adakah P2P ini betul membantu pembeli rumah,
terutamanya pembeli rumah pertama dalam memiliki rumah dengan harga yang berpatutan?
P2P ini tidak membantu menambahkan lebih pembinaan rumah harga berpatutan. Walaupun
pembeli rumah tidak payah membuat pinjaman penuh untuk memiliki rumah tetapi mereka
hanya memiliki 20 peratus daripada rumah tersebut dan 80 peratus lagi adalah kepunyaan
ataupun dimiliki pelabur.
Walaupun harga naik atau turun, keutamaan adalah diberikan kepada pelabur-pelabur
terdahulu sebelum pemilik rumah ataupun pemilik rumah terpaksa membuat keputusan untuk
membuat pinjaman yang lebih mahal jika harga rumah naik atau kehilangan 20 peratus
deposit jika harga rumah mereka turun. Semua ini adalah tambahan kepada kos-kos
dokumentasi dan kos pemilikan rumah seperti cukai pintu, kos penyelenggaraan ditanggung
oleh pembeli rumah. Maka, adakah P2P ini membantu pembeli rumah ataupun pembangun-
pembangun hartanah dan spekulasi pelaburan?
Had tempoh perkhidmatan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar.
Reformasi politik ini amatlah dialu-alukan. Akan tetapi persoalan saya adalah, adakah ia perlu
lebih masa untuk dijalankan ataupun ia memerlukan kehendak politik? Had tempoh
perkhidmatan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar adalah tidak jelas.
Pengehadan tempoh perkhidmatan tersebut tidak menetapkan secara jelas sama ada tempoh
itu tempoh berturut-turut ataupun tempoh sepanjang hayat?
Jikalau berdasarkan kepada keadaan semasa, dengan kepulangan Yang Amat
Berhormat Langkawi sebagai Perdana Menteri, precedent telah pun dicapai bahawa
pengehadan ini boleh diabaikan asalkan tempoh perkhidmatan tidak melebihi dua penggal.
Ia juga adalah dilihat pada Presiden Rusia, Putin, di mana beliau menjadi Presiden dan
Perdana Menteri secara dua kali dan mengabaikan pengehadan yang terletak pada
perundangan persekutuan negara tersebut.
Akan tetapi jika pengehadan ini adalah untuk sepanjang hayat, maka Perdana Menteri
perlu meletakkan jawatan sekarang. Jikalau, tempoh permulaan untuk pengehadan ini
ditetapkan hanya bermula sekarang, ia akan mensia-siakan tujuan pengehadan. Ini di mana
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Pagoh boleh kembali ke
negeri masing-masing untuk dilantik sebagai Menteri Besar buat penggal kedua.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya terpanggil untuk memberikan peringatan kepada
kerajaan kita bahawa rakyat telah mengundi Pakatan Harapan, berpegang dengan harapan
tinggi bahawa kewibawaan yang dituntut oleh mereka ini boleh membawa kepada perubahan
DN 5.12.2018 36

positif kepada negara. Cukuplah memberikan alasan dan menuding jari dan menyalahkan
kerajaan lama.
Ini adalah masanya, khususnya beberapa kementerian yang selama ini amat sunyi
untuk menunjukkan prestasi dan inisiatif yang konstruktif dalam menyelesaikan isu semasa
seperti penambahan infrastruktur, penjanaan perniagaan dan industri, khususnya industri tani
dan industri pelancongan, perkembangan industri kecil dan sederhana, peluang pekerjaan,
ketidakseimbangan dan tahap pendapatan pembangunan kawasan luar bandar dan, dengan
izin, semi-urban, isu keselamatan negara dan kawasan tempatan dan sebagainya. Jika dulu,
setiap kementerian dinilai dengan KPI.
Apakah KPI yang telah ditetapkan oleh setiap kementerian sekarang? Tuan Yang di-
Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang untuk saya
berucap, membahaskan dalam perbahasan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian
Ker, yang berbahas dengan baik.
Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan a/l
Somasundaram, dipersilakan.

11.59 pg.
Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam
sejahtera dan salam hormat.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan
terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan laluan kepada saya untuk
mengambil bahagian di dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia
Ke-11. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan Rancangan Malaysia
Ke-11 ini akan berada dalam landasan yang betul bagi menyaksikan negara Malaysia sebagai
sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 nanti.
■1200
Seperti mana yang kita sedia maklum, Rancangan Malaysia Kesebelas ini adalah
perancangan yang berpaksikan rakyat di mana semua rakyat akan menikmati kemajuan
negara menjelang 2020. Senario ini jelas menunjukkan bahawa rakyat diibaratkan sebagai
elemen yang penting dalam memastikan kejayaan dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan
sebagainya. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat bahawa perpaduan rakyat dan
kestabilan politik merupakan dua elemen yang sangat penting bagi memastikan objektif
Rancangan Malaysia Kesebelas berada dalam landasan yang betul.
DN 5.12.2018 37

Tuan Yang di-Pertua, perpaduan dan keharmonian sesama kaum yang dipelihara
sebelum ini nampaknya menghadapi sedikit cabaran apabila tercetusnya keganasan di antara
orang Melayu dan orang India di perkarangan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, Subang
Jaya baru-baru ini. Walaupun terdapat pelbagai komen dan kenyataan terhadap PDRM
berkaitan insiden ini, akan tetapi saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini
untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak PDRM dan Kementerian Dalam Negeri
kerana telah bertindak untuk mengawal keadaan dengan bijak dan mengelakkan insiden ini
menjadi bertambah buruk lagi.
Justeru, saya percaya kita harus memandang serius terhadap perkara ini kerana
pergaduhan yang berlaku di antara kedua-dua kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa motif
ataupun permusuhan sesama mereka akan tetapi ia merupakan sesuatu yang dirancang oleh
sekumpulan pihak yang sengaja untuk mendatangkan perbalahan di antara kaum. Walaupun
pihak PDRM telah mengenal pasti dalangnya yang merupakan peguam pemaju tetapi siapa
sebenarnya yang menghasut dan berada di belakang dalang tersebut?
Perkara ini harus kita teliti dengan lebih halus kerana ia boleh mendatangkan musibah
besar yang boleh mengancam keselamatan negara tercinta ini. Di sini, saya ingin bertanya
kepada Kementerian Dalam Negeri, adakah siasatan terhadap ladang ini selesai
sepenuhnya? Apakah status Kertas Siasatan terhadap kedua-dua orang peguam yang
menjadi dalang bagi mencetuskan insiden ini?
Dalam pada itu, bagi mengeruhkan keadaan lagi ada beberapa orang politik yang
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab dengan niat untuk
menghancurkan keharmonian negara. Saya ingin menyeru kepada mereka supaya hentikan
perbuatan hasut-menghasut. Zaman sudah berlalu. Masyarakat sudah berfikiran lebih
matang. Biarkan pihak-pihak yang berwajib melaksanakan tanggungjawab mereka.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perpaduan dan keharmonian, saya ingin
berkongsi mengenai senario di negeri Kelantan. Saya amat kagum melihat perpaduan dan
keharmonian yang wujud selama ini di antara masyarakat Melayu, Cina dan India masih segar
dan terpelihara. Sebagai satu contoh. Saya telah menjamu selera di dua buah restoran di
Kota Bharu iaitu Restoran Daun Pisang milik seorang India dan Restoran Kopitiam Kita.
Namanya Kopitiam Kita milik seorang berbangsa Tionghoa di mana saya mendapati majoriti
pelanggan kedua-dua restoran adalah orang Melayu. Ini merupakan sesuatu yang luar biasa
jika kita bandingkan keadaan ini di Pantai Barat.
Untuk itu, saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri
Kelantan Walaupun saya pernah pergi ke Tumpat. Di Tumpat ada satu kuil juga bernama Kuil
DN 5.12.2018 38

Sri Maha Mariamman. Saya pernah pergi ke kuil tersebut, tidak ada masalah di Kelantan.
Tidak pernah wujud masalah tanah di negeri Kelantan.
Jadi saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang melaksanakan
dasar-dasar yang mengutamakan keharmonian kaum di negeri tersebut.
Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan kenapa perkara
ini tidak berlaku di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia? Saya rasa seperti ada
sesuatu yang tidak betul dan perlu dipandang serius. Ada yang menyatakan bahawa
kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menjadi
cabaran untuk memupuk perpaduan di antara kaum. Kalau itu alasannya, di negeri Kelantan
terdapat juga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang
melaksanakan dasar pendidikan yang sama. Marilah kita sama-sama meneliti perkara ini
tanpa menyalahkan sistem pendidikan yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha mengurangkan jurang perbezaan sosioekonomi
dalam kalangan masyarakat, apakah komitmen yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi
membantu masyarakat kaum India di negara ini mencapai sasaran pemilikan ekuiti sebanyak
tiga peratus? Saya pohon penjelasan terperinci mengenai perkara ini daripada Yang
Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Akhir sekali, saya yakin dan percaya bahawa kerajaan perlu memastikan sepenuhnya
bahawa kejayaan Rancangan Malaysia Kesebelas ini akan membawa perubahan yang nyata
dalam kalangan semua masyarakat yang menjadi tonggak selama ini, bukan sahaja di
Semenanjung Malaysia malah di Sabah dan Sarawak untuk terus menikmati kemajuan
negara secara inklusif. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan
a/l Somasundaram. Terima kasih banyak.
Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji
Monutty. Dipersilakan.

12.07 tgh.
Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani
Rahim.
Terima kasih di atas peluang dan ruang yang diberikan dalam memberikan respons
terhadap ucapan Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengenai
pembentangan Usul Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas pada 18
Oktober 2018 yang lalu.
DN 5.12.2018 39

Saya nak mulakan ucapan ini dengan menyatakan bahawa kita mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas satu
ucapan yang sangat mustahak, penting dan bersejarah selepas kerajaan baharu, Pakatan
Harapan menggantikan kerajaan lama, Barisan Nasional pada 9 Mei yang lalu dan telah pun
ditetapkan bahawa ia merupakan satu dokumen dasar pertama Kerajaan Pakatan Harapan.
Banyak orang bertanya apabila kita menyatakan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan ini
berada dalam era Malaysia baharu. Pertanyaannya ialah apa yang baharu itu?
Ramai rakan-rakan di kalangan intelektual, profesional dan sebagainya ingin
mengetahui apa yang baru dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan ini. Ini satu persoalan
yang penting yang perlu digarap oleh semua pihak di mana kita melihat bahawa sudah ada
beberapa jawapan di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu.
Umpamanya apabila menyatakan bahawa tonggak enam yang dipersembahkan itu
mementingkan kepada keadilan sebagai paksi utama untuk melihat agihan ekonomi yang
sebelumnya memang sudah pun dinyatakan dalam RMK yang lalu tanpa kita memperkecilkan
dan mengucapkan terima kasih di atas komitmen kerajaan yang lalu.
Akan tetapi kali ini nak diberikan satu pendekatan yang lebih berfokus supaya Malaysia
baharu ini adil sifatnya kepada semua bangsa dan kepada yang majoriti dan minoriti.
Kemudian hendak menyeimbangkan pembangunan wilayah khususnya antara Semenanjung
dengan Sabah dan Sarawak dan juga beberapa buah negeri seperti Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis.
■1210
Saya ingin menyatakan bahawa ucapan tersebut memang penting untuk menjadi asas
kepada kerajaan baharu untuk lima tahun ini walaupun Yang Berhormat Senator sebelum
saya tadi menyatakan tidak ada satu kerangka yang konkrit. Akan tetapi saya telah melihat,
mengkaji dan membaca keseluruhan pada umumnya dalam buku yang telah pun diedarkan
ini, kita melihat bahawa kali ini fokus yang lebih khusus diberikan untuk pembangunan
Malaysia pada masa hadapan.
Antara yang menarik yang saya ingin nyatakan di sini dalam Kerajaan Malaysia Baharu
ini ialah berbelanja tidak boros dan tidak berhemah. Memang saya melihat bahawa
pembaziran telah berlaku dalam negara kita dengan begitu berleluasa sekali. Saya ingin
mengalu-alukan satu cadangan baik daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana
Menteri dua hari yang lalu bahawa satu rang undang-undang akan dibentangkan di Parlimen
tidak berapa lama lagi untuk mengawal supaya tidak berlaku pembaziran makanan.
Umpamanya kita ke hotel-hotel terutama pada bulan Ramadan, kita makan tak banyak tetapi
DN 5.12.2018 40

yang dikenakan dalam jamuan bufet itu yang harganya hampir RM100 ataupun lebih terlalu
mahal dan makanan tak dimakan seberapa banyak yang kita dapat makan.
Ini nak mengambil teladan daripada tiga buah negara dalam dunia yang telah
mengemukakan akta kawalan makanan supaya tidak boros dan membazir dan ini sesuai
dengan ajaran Islam di mana negara-negara seperti Turki yang telah menyelamatkan
berbilion Lira roti yang terlampau banyak dihidangkan. Kemudian negara Denmark dan juga
negara Perancis. Negara-negara ini telah pun mengemukakan undang-undang untuk
mengawal supaya tidak berlaku boros.
Jadi dalam Malaysia Baharu ini disebutkan bahawa perlu berbelanja dengan hemah
dan amalan tidak telus akan dihentikan dan ketirisan pada semua peringkat akan ditangani.
Memang ini isu kita dan kita harap kali ini dengan political will yang kuat dalam Kerajaan
Pakatan Harapan bersama dengan rakan-rakan pembangkang yang telah pun nampaknya
kita mempunyai satu muafakat pada kali ini untuk membina negara ini tak kira apa pun parti
politik yang menang. Maka kerana itu ianya adalah merupakan satu perubahan yang baru
yang saya lihat sedang berlaku dalam negara kita ini. Syabas dan tahniah kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri dan lain-lain kepimpinan yang sedang melayarkan bahtera ke
arah Malaysia Baharu.
Dalam Malaysia Baharu ini juga ialah reformasi tadbir urus ke arah meningkatkan
ketelusan, kecekapan perkhidmatan awam. Kita mempunyai banyak agensi. Saya juga ingin
bertanya kepada pihak pemerintah, bagaimana agaknya daripada laporan-laporan yang kita
terima daripada rakan-rakan dalam pegawai-pegawai kanan pentadbiran awam, beberapa
institusi pentadbiran ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana keperluan. Kita akui
tetapi bukankah umpamanya MAMPU mempunyai satu fungsi yang terlalu besar untuk
mengawal supaya amalan tidak telus dapat dihentikan dan ketirisan pada semua peringkat
dapat ditangani dengan baik dalam agensi-agensi kerajaan supaya tidak berlaku pemborosan
di dalam bajet-bajet yang telah pun diluluskan oleh Parlimen.
Satu isu besar yang juga dikemukakan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini
ialah untuk memperkukuhkan pembangunan secara inklusif dan menjamin kesejahteraan
rakyat selain daripada memperkasakan modal insan. Ini adalah merupakan ciri-ciri yang saya
boleh sebut dalam Malaysia Baharu yang kita harap salah satu di antara masalah besar yang
kita sedang hadapi pada saat ini ialah rasuah. Bolehkah negara Malaysia dengan segala
komitmen di mana adanya political will di kalangan pucuk pimpinan tertinggi kita dapat
mengurangkan amalan rasuah yang membarah dalam negara kita pada hari ini daripada
pucuk pimpinan yang teratas hinggalah ke peringkat akar umbi.
DN 5.12.2018 41

Rasuah di kalangan ahli politik, di kalangan sebahagian daripada pentadbir, pengurus


sama ada dalam pengurusan awam ataupun juga di kalangan swasta. Saya terkejut apabila
satu minggu yang lalu kita lihat gambar seorang tokoh pendidik, seorang pemimpin sebuah
universiti tempatan yang bertaraf Naib Canselor telah digari tangannya oleh SPRM, seorang
tokoh akademik. Maknanya barah rasuah ini amat parah bukan sahaja dalam dunia politik,
dalam pentadbiran tetapi telah berpindah dalam pucuk kepimpinan akademik dalam negara
kita.
Ini menandakan bahawa satu keadaan yang tidak sihat yang perlu diambil dan
komitmen kerajaan menyatakan bahawa nak reform SPRM secara total. Kita alu-alukan.
Dengan memberikan kuasa yang lebih kepada SPRM. Independent salah satu ciri dalam
sebuah negara yang disebutkan dalam Malaysia Baharu ini iaitu orang tidak mempersoalkan
integriti SPRM kerana SPRM itu dilihat mempunyai integrasi yang cukup-cukup hebat. Walau
bagaimanapun kita harus insaf bahawa perkara ini adalah merupakan satu perkara yang patut
diberikan keutamaan. Kalau kita nak melihat pembangunan kita ini betul-betul, maknanya
sampai kepada rakyat...
Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: [Bangun]
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Hendak mencelah?
Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Mencelah sedikit.
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Ya, silakan.
Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya
ingin mencelah mengenai rasuah tadi. Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat
Senator, apakah sebenarnya punca berlakunya rasuah ini? Sebelum kita mengubati, mesti
kita tahu sebab-sebab yang menyebabkan manusia mengamalkan rasuah, sedangkan
mereka mempunyai kedudukan dan sebagainya.
Keduanya, apakah gejala rasuah ini dapat diselesaikan dan diubati dengan SPRM
atau undang-undang semata-mata ataupun di sana ada satu kaedah, ubat yang mujarab yang
diturunkan oleh Allah SWT untuk menyelesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih.
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat
Senator Haji Muhammad Mustafa. Jawapan saya ialah isu rasuah ini telah kita kaji dengan
mendalam dan kita renung semua masalah-masalahnya. Saya rasa salah satu punca besar
ialah seseorang manusia itu termasuk seorang penganut agama Islam umpamanya tidak
dapat mengawal hawa nafsu dalam dirinya. Nafsu untuk hidup mewah, nafsu untuk menjadi
orang kaya yang cepat, tidak melalui jalan yang halal, nafsu untuk mempertahankan status
keegoannya sebagai orang yang ternama dalam masyarakat.
DN 5.12.2018 42

Akan tetapi pokoknya saya rasa bahawa seperti mana yang telah pun dibicarakan di
dalam Al-Quran; manusia ini kalau dia tidak kawal nafsunya, dia akan menjadi tara...
[Menyebut sepotong ayat Al-Quran] Bahawa manusia ini betullah dia tidak akan puas-puas
dan dia akan akhirnya sampai menjadi seorang yang ekstrem, pelampau bila dia tengok ada
saja ruang untuk jadi kaya. Quran dah ingatkan kita dan Quran juga mengingatkan kita
bahawa hidup di dunia ini seharusnya kita dapat menjadikannya sebagai suatu transit, bukan
tempat yang abadi permanent... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, tidaklah
kehidupan di dunia ini melainkan suatu perkara yang kita anggap sebagai perhiasan, iaitu
benda yang kita suka sangat dunia ini, seolah-olah kita dah tak ada lagi dunia yang selepas
dunia ini. Sedangkan Al-Quran menyatakan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bahawa
akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
Jadi masalah nafsu. Saya tidak kata bahawa ini adalah masalah orang Islam, hatta
penganut Hindu, penganut Buddha pun yang kuat berpegang agama masing-masing tidak
boleh rasuah ini, bukan agama Islam semata.
◼1220
Jadi, persoalan akhlak persoalan moral, persoalan takutkan kepada Allah itu tidak
menjadi satu yang resilience iaitu ada benteng pertahanan dalam diri seseorang. Saya setuju,
tidak cukup dengan SPRM tangkap, dipenjarakan, dengan undang-undang sahaja, tidak
cukup. Melainkan negara juga kena melakukan satu proses mendidik rakyat supaya jangan
rasuah.
Di negara China, tindakannya begitu keras sekali. Vietnam keras, tembak tetapi tidak
selesai juga. Jadi akhirnya, kita pergi kepada pokok pangkalnya, kalau orang Islam itu iman,
takut kepada Allah, mempunyai ciri-ciri untuk hidup qanaah, hidup dalam keadaan yang serba
cukup. Kita tidak mahu melakukan ini kerana rasuah ini begitu jijik sekali dan telah pun
dibicarakan oleh ulama-ulama besar seperi Ibnu Khaldun dan sebagainya.
Jadi, saya hendak teruskan Tuan Yang di-Pertua, untuk bertanya kepada pihak
pemerintah, pihak berkuasa. Sejauh mana peranan Suruhanjaya Integriti Agensi
Penguatkuasaan mempunyai keberkesanan di dalam membanteras amaran rasuah dalam
kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam di negara ini?
Saya kebetulan dapat menyemak sedikit Laporan Suruhanjaya Integriti Agensi
Penguatkuasaan sebentar tadi. Memang cantik dan lengkap semua tetapi kita hendak dengar
dalam keadaan riuh-rendah tentang rasuah. Surat khabar hari-hari, bawa orang ini masuk ke
dalam mahkamah, dengan ditangkap, dengan pakai baju kuning. Kita rasa rimas dan lemas.
Semuanya cantik tetapi apakah modus operandi institusi ini? Setakat ini berkesan ataupun
tidak? Itu soalan saya.
DN 5.12.2018 43

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bercakap tentang satu lagi perkara
yang diberikan perhatian oleh Rancangan Malaysia Kesebelas ini dengan menyatakan
perkara pembangunan modal insan yang komprehensif dan lebih dinamik, progresif dan lebih
komprehensif.
Saya mengucapkan syabas kerana ini kerana adalah penerusan daripada kerajaan-
kerajaan yang lalu iaitu dengan memberikan peruntukan RM1.65 bilion kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia. Jumlah yang tertinggi dan terbesar antara semua kementerian.
Menunjukkan bagaimana komitmen kerajaan kepada pembangunan modal insan ini begitu
besar sekali, dengan harapan bahawa Malaysia akan menerjah ke hadapan dengan negara-
negara maju di Asia seperti Jepun, Korea dan sebagainya dan dengan negara-negara dunia
yang lain.
Saya juga menumpang gembira kerana dalam buku besar yang berkaitan dengan
Rancangan Malaysia Kesebelas ini tidak menolak tentang satu prinsip penting. Walaupun kita
akan menekankan tentang rekayasa sains dan teknologi, termasuk dengan penekanan
kepada Matematik. Di mana dilihat bahawa pencapaian Matematik di kalangan pelajar-pelajar
di sekolah kita agak ketinggalan kalau bandingkan dengan negara-negara lain.
Ini patut kita pacu dengan lebih cepat lagi. Di mana saya ingin menyatakan terima
kasih kepada kerajaan kerana Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang telah pun dilakarkan
dalam dekad 90an itu terus dikekalkan. Walaupun Yang Berhormat Menteri Pendidikan
sebelumnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang dengan program Pelan Pendidikan Malaysia
yang begitu tebal, 500 muka. Tetap menyatakan bahawa dalam apa keadaan pun, falsafah
pendidikan yang berteraskan kepada pencapaian akal, pencapaian kerohanian, pencapaian
jasmaniah akan terus diperkasakan.
Jadi, saya ingin menyatakan bahawa perkara yang tersebut adalah merupakan satu
perjalanan di mana kita berada di atas rel yang sebenarnya. Walaupun tadi telah pun
disebutkan bahawa pencapaian dalam sains dan teknologi itu akan dihambat dengan lebih
deras lagi dalam masa lima tahun ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan satu
lagi isu yang sangat menarik perhatian saya ialah soal kesepaduan rakyat dengan usaha
untuk menjamin bahawa perpaduan nasional dan keharmonian antara agama-agama akan
terus diberikan penekanan.
Kebetulan dalam negara kita sekarang, peristiwa yang berlaku di kuil di Seafield baru-
baru ini dan juga tentang adanya fenomena kelompok yang ekstrem agama di kalangan
masyarakat Islam. Mudah-mudahan juga tidak berleluasa di kalangan bukan Islam, di
kalangan penganut-penganut agama yang lain.
DN 5.12.2018 44

Cadangan untuk menubuhkan Majlis Perunding Keharmonian Rakyat seperti mana


yang diucapkan oleh Perdana Menteri adalah satu perkara yang sangat dialu-alukan. Cuma
harapan kita bahawa sebelum ini pun kita sudah ada Majlis Perunding, Majlis Muhibah, majlis
itu dan majlis ini. Harapnya pada kali ini, Majlis Perunding Keharmonian Rakyat ini akan
benar-benar dianggotai oleh anggota-anggota yang berwibawa, tokoh-tokoh masyarakat,
politik, agama yang mempunyai penghormatan di sisi masyarakat.
Majlis ini tidak berorientasi politik, ia hendaklah bersifat non-politik. Kita tidak mahu
lagi majlis-majlis yang seumpama ini, bila berlaku satu peristiwa, ditubuhkan. Kita mahu
kementerian- Menteri yang menjaga perpaduan negara ini mempunyai salah satu agensi yang
terpenting ialah menjamin bahawa Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat ini akan betul-
betul berfungsi dan berkesan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan
konflik keagamaan dan juga konflik ras dalam negara kita ini.
Jadi, isunya ialah satu, isu pokok yang berkaitan dengan penumbuhan majlis ini.
Apakah kita sudah berpuas hati? Ini soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Perpaduan
Negara. Apakah kita sudah berpuas hati bahawa satu rupa bangsa Malaysia selepas kita
merdeka 62 tahun sudah pun berlaku di negara kita ini? Itu isunya.
Atau pun kita masih lagi gagal untuk melihat satu rupa bangsa Malaysia yang dapat
diwujudkan dalam semua aspek penghidupan rakyat Malaysia pada hari ini tanpa menafikan
setiap bangsa mempunyai fitrah untuk mempertahankan agama, nilai-nilai dan budaya
masing-masing. Ini isunya. Apakah kokurikulum pendidikan kita ke arah yang sedemikian?
Kebetulan pada Menteri dalam beberapa ketika mutakhir ini bercakap tentang
keperluan untuk merombak semula kokurikulum pendidikan negara. Ini satu perkara yang
besar. Ia menyatakan bahawa kokurikulum yang diubah ini ialah untuk menjamin integriti
nasional. Saya tidak tahu macam mana pihak yang berwajib Yang Berhormat Menteri
Pendidikan, hendak laksanakan kehendak Perdana Menteri ini.
Akan tetapi sekurang-kurangnya saya rasa kali ini muafakat besar di kalangan para
pendidik yang mempunyai pengalaman dan mempunyai ilmu patut digerakkan sekarang
tanpa di tangguh-tangguhkan lagi. Oleh sebab Perdana Menteri ada menyatakan dia hendak
melihat model Jepun pada kali ini. Menteri pula menyatakan dia hendak mengambil model
Finland.
Jadi, saya lihat bahawa model kemalaysiaan ini tanpa menafikan ada nilai-nilai yang
baik daripada Jepun dan juga daripada Finland, harus kita utamakan dahulu daripada model
Finland ataupun model Jepun yang kita tidak nafikan yang model Jepun ada kebaikannya dan
ada kerelevanannya di Malaysia.
DN 5.12.2018 45

Jadi, dalam konteks inilah saya melihat bahawa sistem pendidikan yang merupakan
satu instrumen penting kepada perpaduan negara patutlah di maksimumkan manfaatnya.
Anak-anak kita tidak menjadi mangsa, sebaliknya kita akan dapat melihat satu muafakat
nasional. Kita panggil, berbulan masa, enam bulan tidak apa, asalkan kita dapat satu rumusan
yang terbaik ataupun muafakat nasional. Supaya perpaduan dalam negara kita ini akan
terjamin dan sistem pendidikan kita juga akan lebih baik dan lebih berkesan.
■1230
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengatakan bahawa antara perkara yang
disentuh tentang kesejahteraan masyarakat, saya ingin menyatakan bahawa negara kita akan
mengalami satu proses penuaan penduduknya atau aging society, dan ini telah diakui oleh
pemerintah. Jadi, keprihatinan kerajaan terhadap cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh
aging society, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, itu sudah dilakarkan sekarang.
Cuma, satu soalan saya, yang mudah sahaja, apakah Kementerian Sumber Manusia
bercadang untuk memberikan ruang kepada warga tua, mungkin yang berusia 65 tahun ke
atas, untuk dapat bekerja dua sehingga empat jam sehari seperti mana yang dilakukan oleh
Kerajaan Singapura. Mereka bagi kepada orang tua-tua supaya jangan duduk di rumah
ataupun bersembang di kedai kopi.
Sekarang ini, orang tua-tua kita dan negara kita juga dalam buku Kajian Separuh
Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini juga mengakui bahawa ada masalah besar dari
segi kesihatan iaitu masalah kemurungan daya berfikir di kalangan orang tua-tua, mental
problem, dengan izin.
Jadi di Singapura diberikan keizinan tiga hingga empat jam bekerja pada satu hari dan
diberikan galakan kepada swasta, contoh di restoran-restoran untuk menyapu sampah,
membersihkan bilik air dan sebagainya. Adakah Kementerian Sumber Manusia mempunyai
perancangan yang sedemikian? Bagi ruang dahulu kepada orang tua-tua di bandar untuk
bekerja, tidaklah mereka duduk di rumah sepanjang masa tetapi boleh keluar dapat fresh air,
dapat berjumpa kawan-kawan lama, dapat satu keharmonian minda dan tidak memberikan
tekanan atau pressure dalam kehidupan mereka.
Jumlah yang dibayar itu, token tetapi adalah sedikit bayaran kepada pekerja-pekerja
yang sudah berumur 65 tahun ke atas. Satu perkara lagi yang saya mahu sentuh di sini ialah
tentang pembangunan belia. Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan
yang berucap baru-baru ini untuk memperkasakan semula program Kementerian Belia dan
Sukan yang dibawa oleh Menteri yang lama. Saya ingat lagi Menteri kalau tidak silap saya
sewaktu Menteri- saya sudah lupa nama Menteri Belia dan Sukan yang telah membawa
DN 5.12.2018 46

Program Rakan Muda. Tiba-tiba bila satu Menteri baharu naik, sudah ditinggalkan Program
Rakan Muda. Inilah masalah di Malaysia ini!
Kalau bolehlah, selepas ini Rakan Muda hendak direkayasa semula oleh Menteri
baharu yang muda ini, dapat kekal. Ditakdirkan Menteri baharu naik selepas pilihan raya yang
akan datang, kekalkan. Katakanlah, pembangkang yang ada hari ini dapat naik balik semula,
katakanlah [Ketawa] Kekal! Kita tidak mahu di Malaysia ini sesuatu projek yang baik sama
ada Menteri Pendidikan, Menteri Belia, sentiasa berubah dalam masa lima tahun. Sedangkan
negara-negara maju, jarang sekali Menteri, orang politik naik, turun orang ini, berubah
program nasional. Kekalkan seadanya. Kecuali kalau ada betul keperluannya.
Jadi, kita alu-alukan insya-Allah Rakan Muda ini dapat dihidupkan balik supaya ia
bermanfaat terutama kepada belia-belia di kawasan luar bandar.
Soalan saya kepada Kementerian Belia dan Sukan ialah bagaimana kedudukan PLKN
atau dahulunya disebut Biro Tatanegara? Adakah sekarang ini di bawah seliaan Kementerian
Belia dan Sukan ataupun di bawah Jabatan Perdana Menteri? Apakah modulnya? Tentulah
dengan perubahan yang berlaku dan dengan kritikan yang telah dibuatkan ke atas modul
PLKN yang lalu, di mana ada beberapa ketempangan yang perlu diperbaiki tanpa kita
menafikan ada keberkesanannya dalam beberapa hal.
Maka, kita mahu lihat bahawa Program PLKN ini- sebab apa-apa bentuk, corak
kepimpinan latihan bagi saya adalah sangat wajar diajarkan untuk memanfaatkan masa
hadapan belia. Terutamanya kita tahu belia-belia kita di luar bandar setakat ini saya rasa di
antara masalahnya ialah masalah dadah. Mereka tidak mempunyai resilience, mereka tidak
mempunyai motivasi.
Justeru, peranan Kementerian Belia dan Sukan ini sangat penting untuk menjamin
masa hadapan generasi muda Malaysia yang berkualiti bagi menyelamatkan negara daripada
dipimpin oleh mereka-mereka yang lemah.
Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja yang ingin saya sampaikan, saya dengan ini
menyokong penuh Kajian Separuh Penggal untuk mengulang kaji semula Rancangan
Malaysia Kesebelas ini dapat diterima dan diluluskan. Sekian, assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Terima kasih. Yang Berhormat Senator
Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty.
Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah binti Hj
Md Nordin, dipersilakan.
DN 5.12.2018 47

12.35 tgh.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang
kepada saya untuk turut sama membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Kesebelas
pada hari ini.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Hal
Ehwal Ekonomi, Yang Berhormat Senator, Timbalan Menteri dan para pegawai yang
mengikuti sidang Mesyuarat Kedua, Dewan Negara, Parlimen Ke-14 yang mana semua
perancangan yang digariskan untuk dilaksanakan menjelang tahun 2019 dan tahun 2020 ini
diberikan penekanan dan keutamaan baru bersesuaian dengan janji pilihan raya Kerajaan
Pakatan Harapan.
Dalam perbahasan ini, saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara sahaja kerana
ada yang saya akan sentuh dalam ucapan ataupun perbahasan Bajet 2019.
Perkara pertama yang ingin saya sentuh dalam Kajian Separuh Penggal ini adalah
dalam perkara mereformasi sistem politik. Ini kerana, pada Ogos 2018 yang lalu, kerajaan
telah menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya yakni Electoral
Reform Committee (ERC) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ab. Rashid bin Ab.
Rahman iaitu bekas pegawai SPR bagi mencari kaedah terbaik bagi melakukan electoral
reform di Malaysia ini agar ia bersesuaian dengan sistem pemerintahan Raja
Berperlembagaan dan pertumbuhan demografi, serta teknologi terkini sistem electoral
antarabangsa yang lebih berintegriti.
Penubuhan ERC ini bersesuaian dengan janji Pakatan Harapan bagi sistem pilihan
raya yang lebih adil, bebas unsur tipu muslihat dan rasuah pilihan raya. Dalam konteks
Malaysia sebagai satu sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen pula,
pastinya penubuhan jawatankuasa ini amat penting dalam memastikan hak rakyat untuk
memilih kepimpinan bagi menentukan masa hadapan negara melalui proses pilihan raya yang
adil dan telus.
Hasil kajian dan cadangan oleh Jawatankuasa ERC ini, bakal memberikan kesan
kepada siri perundangan negara dan beberapa perkara lain yang terdapat di dalam
perlembagaan negara. Namun sehingga kini, orang ramai dan juga Ahli-ahli Parlimen tidak
mempunyai akses kepada Jawatankuasa ERC kerana kewujudan ERC ini tidak diinstitusikan
secara rasmi. Malahan, tidak ada akses portal untuk orang ramai ataupun orang awam
melakukan komunikasi secara rasmi dengan ERC ini.
Maka, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Perdana Menteri, pertama adalah
berhubung dengan lantikan keanggotaan Jawatankuasa ERC. Mengapakah penubuhan ERC
DN 5.12.2018 48

ini dan lantikan keanggotaannya tidak dibuat mengikut terma Perlembagaan Malaysia dan
memasukkan penubuhan ERC ini dalam Jawatankuasa Pemilih Parlimen yakni Select
Committee di Dewan rakyat serta keterlibatan keanggotaan Ahli Dewan Negara. Ini kerana
sebarang kajian dan cadangan penambahbaikan sistem pilihan raya sudah semestinya akan
melibatkan pindaan Perlembagaan Malaysia.
Saya difahamkan ketika ini keanggotaan jawatankuasa induk ERC seramai 11 orang
yang kebanyakannya di kalangan ahli-ahli parti politik kerajaan dan hanya baru-baru ini
terdapat cadangan untuk menambahkan keanggotaan kepada parti politik pembangkang,
NGO dan kluster yang lain.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan berapakah bilangan lantikan ahli
Jawatankuasa ERC ini? Bagaimanakah ketetapan statutory yang diguna pakai dalam
memastikan keanggotaan ahli ERC ini mencerminkan penyertaan semua wakil-wakil parti
politik di Malaysia dan kepentingan kaum-kaum sama ada kaum majoriti ataupun kumpulan
etnik minoriti di Malaysia ini?
Perlu diberikan perhatian juga kepada keanggotaan kaum wanita dalam
Jawatankuasa ERC ini amat significant memandangkan daftar wanita sebagai pengundi
berdaftar melebihi 50 peratus dalam daftar SPR. Selain daripada perkara keanggotaan
Jawatankuasa ERC, saya juga ingin memohon penjelasan daripada pihak kerajaan
mengapakah kerajaan masih lagi belum mewujudkan platform sesawang, aplikasi media
sosial, aplikasi pengumpulan maklumat atau saranan orang awam secara digital?
■1240
Ini penting agar segala cadangan, engagement dan kajian boleh dihubungkan terus
dengan orang ramai dan bagaimanakah pula perundangan dan langkah yang boleh
direformasikan dalam Akta Pilihan Raya bagi membendung perlakuan parti-parti politik yang
mencipta manifesto dan janji palsu dasar yang akan dilaksanakan apabila menang pilihan
raya agar diambil tindakan sewajarnya melalui ketetapan perundangan pilihan raya dapat
dibuat demi keadilan rakyat yang mengundi parti-parti yang menawarkan sebarang agenda
dalam manifesto mereka.
Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang keutamaan mereformasi sistem politik ini juga ada
mencadangkan...
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Yang Berhormat Senator, minta penjelasan
sikit boleh.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Bagi saya habiskan dulu dalam reformasi
politik.
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Okey, boleh.
DN 5.12.2018 49

Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua,
dalam bidang keutamaan mereformasi sistem politik ini juga ada mencadangkan untuk
memperkenalkan undang-undang yang mengawal pembiayaan politik.
Saya menyokong penuh cadangan ini. Malahan cadangan ini juga pernah
dikemukakan oleh kerajaan terdahulu bagi menangani isu pembiayaan aktiviti politik dan
sumber untuk kempen pilihan raya. Di samping itu saya ingin juga memohon penjelasan
daripada pihak kerajaan tentang bagaimanakah agenda reformasi sistem politik Malaysia ini,
electoral reform akan menitik beratkan keutamaan dan penekanan baru dalam
memperkasakan agenda pengurangan jurang gender dan mengiktiraf penglibatan wanita
dalam sistem pentadbiran dan politik negara khususnya dalam legislatif sistem.
Sasaran minimum 30 peratus wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam telah
dicapai dalam tempoh 2016 hingga 2017. Namun penyertaan wanita dalam institusi
perundangan seperti Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan
Negeri belum lagi mencapai. Malaysia mempunyai populasi seramai 32.4 juta orang dan
daripada itu seramai 15.7 juta yakni 48.5 peratus adalah kaum wanita. Jumlah pengundi
wanita berdaftar pula sebanyak 50.6 peratus dari peratusan pengundi berdaftar Malaysia
pada PRU14 adalah kaum wanita.
Ingin saya berkongsi sedikit statistik berkenaan dengan penglibatan wanita dalam
legislative system in our country, dengan izin. Dewan Rakyat ketika ini mempunyai hanya 14.4
peratus iaitu 32 orang wanita daripada 222 jumlah di Dewan Rakyat. Manakala di Dewan yang
mulia ini, di Dewan Negara, kita hanya mempunyai 19 peratus iaitu 13 daripada 67 orang dan
di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri seluruh negara hanya 68 daripada 587 ADUN iaitu
11.6 peratus.
Manakala ahli Kabinet wanita pula adalah seramai 9 orang daripada 27 kementerian
iaitu 16 peratus. Dalam PRU yang lalu, hanya 251 orang calon wanita diletakkan daripada
pelbagai parti iaitu 10.7 peratus berbanding dengan 2,333 Kerusi Parlimen dan ADUN yang
dipertandingkan pada PRU yang lepas.
Maka Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, melihat
daripada cerapan data ini, kaum wanita seolah-olahnya seperti under represented, dengan
izin, dan saya merasakan bahawa it is time for the government untuk mengiktiraf ataupun to
recognize the political gender gap di negara ini.
Saya hendak bertanya sama ada dalam siri ataupun dalam Kajian Separuh Penggal
ini, sama ada kerajaan bercadang untuk meletakkan agenda mengurangkan jurang gender di
dalam politik khususnya institusi perundangan iaitu legislative system sebagai salah satu
agenda electoral reform atau dasar demokrasi dan agenda kesaksamaan gender. Saya
DN 5.12.2018 50

mengharapkan satu jawapan yang affarmative daripada Yang Berhormat Perdana Menteri
dan juga Yang Berhormat Menteri Wanita dalam menangani ataupun mengatasi masalah ini.
Yang Berhormat, sudah habis sudah.
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Yang Berhormat Senator,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya setuju dengan arah perbahasan Yang Berhormat Senator. Cuma Yang
Berhormat Senator, setuju ataupun tidak ada perkara yang lebih mencabar lagi, contohnya
macam kita kan Wakil Rakyat muda. Kadang-kadang dia kata memang kita boleh masuk
dalam proses tersebut tapi harga untuk masuk dalam proses tersebut sebenarnya mahal. Duit
kena banyak, kadang-kadang bayangkan kalau pelajar baru graduan. Ini saya cakap ini
melangkaui aspek gender.
Saya pun suka kalau ramai anak muda wanita mengambil bahagian. Sebab itu Parti
Keadilan pun kita, Angkatan Muda Keadilan itu campur dua-dua. Yang saya hendak tanya
Yang Berhormat memandangkan Yang Berhormat ahli Yang Berhormat yang muda, setuju
tidak saya katakan bahawa antara perkara yang sangat penting iaitu political finance tersebut,
perbelanjaan pilihan raya tersebut. Kita boleh tengok ada model di Jerman contohnya.
Jerman dia, kita masuk ke pilihan raya menggunakan duit cukai rakyat. Bukan kita buang
masa kita buat fund raising, nanti timbul isu lobi dan sebagainya.
Jadi dalam menggalakkan penyertaan wanita, saya rasa agak berpatutan juga kita cari
jalan agar kita dalam menggalakkan, betul-betul kita menyediakan akses iaitu terutama sekali
dalam aspek kewangan pilihan raya tersebut yang saya rasa agak mengekang kalau kita tidak
beri perhatian.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Terima kasih Yang Berhormat Senator.
Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Sebab itulah saya kira Electrol Reform
Committee ini harus melihat pelbagai aspek untuk menyediakan satu environment yang
kondusif, bukan sahaja kepada gender dan juga kepada pelbagai peringkat yang masih lagi
belum, yang masih lagi kekurangan dalam kita punya sistem pilihan raya ini. Saya
bersetujulah dan Yang Berhormat Senator, saya tidak ada lah muda sangat, saya sudah tua
sudah Tuan Yang di-Pertua, sudah melebihi umur belia. Sudah tidak belia lagi.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyambung sedikit perbahasan saya ini dengan
seterusnya menyentuh tentang penambahbaikan pengurusan pekerja asing di dalam bidang
keutamaan, mereformasi pasaran buruh. Langkah mengurangkan kebergantungan terhadap
pekerja asing berkemahiran rendah adalah amat baik. Namun terdapat masalah lambakan
pendatang asing tanpa izin, masih belum dapat ditangani dengan berkesan oleh Kementerian
Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia.
DN 5.12.2018 51

Justeru kerajaan mesti melakukan tindakan pembanterasan PATI secara bersepadu


agar bilangan sifar PATI mencapai sasaran. Justeru soalan saya kepada Yang Berhormat
Menteri KDN dan Imigresen, sehingga November 2018.
Bolehkah kerajaan memperincikan operasi membanteras PATI di seluruh negara oleh
agensi penguat kuasa di bawah KDN? Berapakah statistik PATI yang ditangkap dan ditahan
di depot tahanan PATI serta bilangan yang telah diusir keluar sehingga November 2018?
Berapakah bilangan pemegang kad UNHCR sehingga kini? Bagaimanakah kawalan yang
lebih tegas dan ketat ke atas pergerakan mereka dalam negara dan kerajaan menangani
masalah sosial yang ditimbulkan oleh kelompok pemegang UNHCR ini seperti meminta
sedekah, gelandangan dan sebagainya? Apakah status pemuktamadan dan kerjasama
serantau bagi memuktamadkan status pemegang UNHCR yang masih berada dalam negara
menjelang 2019?
Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan kos sara hidup rakyat....
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Yang Berhormat Senator.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Ya, lagi sekali.
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Saya bila tengok Yang Berhormat Datuk
Megat jadi semangat. Saya hendak tanya soalan. Yang Berhormat Senator, kebetulan tadi
kita terima kunjungan daripada rakan-rakan daripada Indonesia. Topik yang ditimbulkan juga
mengenai isu Tenaga Kerja Indonesia (TKI ) ataupun Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI). Setuju
tidak kalau saya katakan di dalam tadi Yang Berhormat Senator mahu satu tindakan tegas
dan sebagainya, saya mencadangkan agar hubungan dua hala ini melangkaui kepada satu
tahap yang lebih lain Tuan Yang di-Pertua, lebih manusiawi.
Ini kerana dapatan saya antara perkara yang menjadi merengkam apabila isu kita
cambuh, kita sebat pekerja PATI atau TKI ini. Kadang isunya, saya juga peguam di lapangan.
Kadang isu ini isu agen. Adalah agen ini tipu sana, tipu sini. Ini orang kampung datang
daripada sana jual lembu dan sebagainya. Balik empat tahun ada birat di belakang.
Kalau Yang Berhormat Senator ke Sungai Buloh, sekali dia sebat itu, kalau empat
sebatan, kadang tidak sampai habis, pengsan. Dalam kita hendak merencanakan, saya setuju
keselamatan negara, saya hendak mohon pandangan Yang Berhormat Fahariyah, kita
sepatutnya merencanakan satu agenda pekerja yang lebih manusiawi dan adil.
Apa yang saya maksudkan, setuju tidak saya kata kita janganlah panggil dia orang ini
PATI kah, TKI kah, kita panggil dia pekerja tamu. Ini tetamu yang datang bangunkan negara
kita. Dulu kita tidak ada cikgu Matematik, dia datang jadi cikgu Matematik. Kita tidak ada
doktor, dia datang doktor. Ini tetamu kita. Setuju tidak kalau saya katakan rumah kongsinya,
DN 5.12.2018 52

bagi rumah kongsi sudah, bunyi sangat diskriminasi, berbeza. Kita panggillah rumah tamu.
Sebab dalam Islam pun kata cara kita menjaga tetamu.
Bayangkan kalau ini yang kita gagaskan dalam hubungan dua hala yang kita
bincangkan tadi, saya yakin kekuatan Indo Pasifik iaitu kekuatan Nusantara ini akan menjadi
satu tarikan kuat untuk sosioekonomi, budaya dan sebagainya.
■1250
Jadi, yang saya katakan, mari kita gagas kan satu muafakat yang lebih manusiawi,
kita mulakan dengan satu aspek pekerja tadi. Saya rasa ia akan membawa kepada satu tahap
kerjasama yang lebih saya kata harmonis. Jadi, cadangan saya itu dalam kita tegas, pirana,
criminal tetapi kita kena tengok ini ialah manusiawi yang perlu kita sama-sama fikirkan. Saya
rasa itu harapan rakan-rakan Senator dari Indonesia tadi, itu mengambil kesempatan saya,
terima kasih.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Terima kasih Yang Berhormat Yusmadi,
suka betul dia tanya soalan. Saya berpendapat, saya bersetujulah kalau kita tengok dari segi
aspek manusiawi. Apabila mengenakan hukuman-hukuman dan mungkin dalam persoalan ini
Menteri KDN boleh menjawab. Oleh sebab apa, ia melibatkan hukuman sebatan di penjara
dan sebagainya.
Akan tetapi pada pendapat saya, PATI dan juga pekerja asing adalah dua perkara
yang berbeza. Pekerja asing, maknanya mereka datang with a legal working permit, mungkin
itu bolehlah kita perkatakan tentang rumah kontang, kebajikan pekerja asing dan sebagainya,
because they legally come. Maknanya, dia datang dengan cara yang sah, maknanya ada
working permit.
Akan tetapi yang ini kita bicarakan sekarang ini adalah berkenaan dengan PATI,
maknanya pendatang tanpa izin. Dia datang dekat negara kita, contohnya ada yang datang
melalui pintu depan, tidak melalui satu jalan ataupun cara yang betul ataupun mungkin banyak
kes-kes, contohnya macam pembantu-pembantu rumah yang lari. Datang ke sini konon-
kononnya hendak bekerja tetapi sebenarnya hendak melancong. Akan tetapi bila ditempatkan
di rumah majikan, akhirnya lari, kita tidak tahu ke mana.
Maka, saya rasa isu PATI dan juga pekerja asing adalah dua perkara yang berbeza
dan PATI ini juga adalah juga melibatkan tentang keselamatan dan juga sovereignty of the
country. Mungkin Menteri KDN boleh menjawab dengan lebih lanjut.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang kos sara hidup
rakyat. Dalam memastikan kos sara hidup rakyat dipastikan lebih rendah, saya cadangkan
kerajaan memberikan tumpuan lebih bermakna ke atas inisiatif yang meningkatkan
keupayaan national food security.
DN 5.12.2018 53

Justeru, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu menggembleng usaha bagi
memastikan kebergantungan Malaysia terhadap import lifestock, dengan izin, bijirin, beras,
sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung keperluan rakyat semua. Oleh itu, saya
ingin mendapat penjelasan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Pertama, apakah strategi yang perlu dilakukan oleh MARDI, Jabatan Pertanian dan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memastikan import bekalan makanan dikurangkan
secara signifikan menjelang tahun 2020? Bagaimanakah keutamaan dan penumpuan khusus
diberikan terhadap pembangunan kapasiti ternakan penanaman tanaman makanan dan
disesuaikan dengan pola kependudukan dan perumahan di Malaysia agar bekalan makanan
tidak dieksploitasi oleh orang tengah atau pemborong yang semestinya menjejaskan kuasa
beli rakyat B40.
Bagaimanakah usaha yang perlu dimainkan kerajaan agar warisan kemahiran
menternak, bercucuk tanam dan perikanan dapat diterap kepada belia dengan menggunakan
pendekatan teknologi moden? Ini akan membuka lebih peluang pekerjaan dan menjana
pengeluaran hasil tani dan makanan negara.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia
Kesebelas ini juga ada menyentuh berkenaan dengan penyertaan wanita di dalam tenaga
buruh. Maknanya, ia akan memberi penekanan.
Saya mengalu-alukan langkah kerajaan untuk melaksanakan aturan kerja fleksibel
dan meluaskan kadar minimum cuti bersalin serta meningkatkan peranan wanita dalam
kepimpinan. Ini merupakan satu insentif dan penghargaan sumbangan wanita dalam sektor
ekonomi negara.
Namun, kita lihat penyertaan kaum wanita dalam pasaran kerja negara ini hanya
berjumlah 2/5 daripada keseluruhan tenaga buruh. Walaupun separuh daripada penduduk
dalam kelompok usia bekerja di Malaysia ini adalah terdiri daripada kaum wanita. Menurut
laporan daripada Khazanah Research Institute, dalam laporan jurang Gender Global 2017
oleh The World Economic Forum (WEF), Malaysia menduduki tempat ke-87 daripada 144
negara dari segi penyertaan dan peluang pekerjaan kaum wanita. Di kalangan anggota
ASEAN, kebanyakan negara di rantau ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada
Malaysia.
Contohnya, seperti Laos menduduki kedudukan ke-22, Singapura ke-27, Vietnam ke-
33, Brunei ke-61 dan Malaysia ke tempat 87 daripada 144. Sebagai mana yang disebut oleh
Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini dalam pembentangan bajet, ada menyebut
bahawa meningkatkan penyertaan wanita di dalam tenaga buruh sebanyak 30 peratus akan
DN 5.12.2018 54

meningkatkan GDP negara sebanyak 70 peratus. Begitulah signifikannya kepentingan


penyertaan wanita terhadap sektor pekerjaan.
Maka, penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan adalah sangat diperlukan. Jika
dilihat di antara punca utama kekangan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan adalah
kerana terdapat cabaran untuk mengimbangi antara kerja dan keluarga. Sebenarnya cabaran
ini Tuan Yang di-Pertua, berlaku kerana ketidakseimbangan dalam mengagihkan semula
tanggungjawab keluarga antara lelaki dan perempuan.
Oleh kerana terdapat research, baru-baru ini saya ke UK dan berjumpa dengan satu
organisasi yang menjaga business in the community dan telah menjalankan kajian bahawa
salah satu daripada punca ataupun sebab utama dan juga turut dinyatakan di dalam laporan
Khazanah Institute Research ini, salah satu daripada punca utama kurangnya penglibatan
wanita di dalam kerjaya adalah kerana ketidakseimbangan mengagihkan semula
tanggungjawab keluarga antara lelaki dan wanita.
Maknanya, dengan izin, wujudnya gender inequality pattern for unpaid care work.
Maknanya, kerja-kerja keluarga ini kebanyakannya diletakkan, di tanggungjawab kepada
wanita berbanding dengan sepatutnya digalas oleh lelaki dan juga perempuan, suami dan
isteri ataupun ibu dan bapa.
Justeru itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan untuk melihat semula polisi-
polisi yang mesra keluarga dan memberi kesedaran pendidikan kepada komuniti yang
tanggungjawab keluarga ataupun kerja-kerja unpaid care work harus digalas bersama. Ia
penting bukan saja bagi meningkatkan kemampuan dan peluang wanita dan lelaki supaya
mereka dapat sama-sama menyumbang dalam bidang profesional dan domestik, di samping
memastikan institusi keluarga harus diperkukuhkan.
Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan untuk memperkenalkan Shared
Parental Leave Policy iaitu polisi seperti ini yang meletakkan tanggungjawab keluarga harus
dikongsi bersama suami dan isteri. Ibu dan bapa bukan hanya diletakkan kepada ibu atau
isteri dan kaum perempuan, kaum wanita.
Selain daripada itu juga, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan sama ada adakah
kerajaan bercadang untuk menjadikan flexible working ini sebagai satu rangka perundangan
statutory yang boleh diguna pakai oleh syarikat-syarikat swasta dan juga diguna pakai flexible
working ini bukan saja kepada kaum wanita tetapi juga kepada kaum lelaki. Maknanya,
pekerja-pekerja lelaki juga boleh menikmati flexible working hours ini.
Soalan saya seterusnya adalah berkenaan dengan Akta Kerja 1955. Bilakah kerajaan
bercadang untuk membawa dan membentangkannya kepada Parlimen, khususnya dalam
meminda cuti maternity leave ini?
DN 5.12.2018 55

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang kerjasama antara kerajaan negeri dengan
PBT dalam membasmi kejadian banjir kilat di seluruh negara kerana perlu dilakukan segera
pada tahun 2019 dan 2020...
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya bagi 1 minit lagi untuk digulung,
kalau tidak kita sambut petang karang, yang mana satu?.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Ada lagi dua, tiga isu, Tuan Yang di-
Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua: Sambung petang karang.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Lagi tiga isu.
Timbalan Yang di-Pertua: Sila.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Bentang.
Timbalan Yang di-Pertua: Gulung.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Sambung?
Timbalan Yang di-Pertua: Sambung petang karang.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Ya?
Timbalan Yang di-Pertua: Hendak sambung petang karang?
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Sambung petanglah, ada lagi dua, tiga
perkara, boleh Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua: Hari ini hendak sambung saja, biar dia. Banyak ikut point-
point dia nak terangkan. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Polisi Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua: Sambung.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Sambung petang ya, baik.
Jadi, empat orang hari ini telah bersuarakan pemimpin negara depan saya. Semua
mimpikan hendak sebuah negara ini tidak ada kecoh. Jadi negara yang maju, tidak ada
masalah perkauman, itu dia. Supaya tidak berlaku seperti baru ini. Oleh sebab apa, itu tidak
menolong kita menjayakan negara kita.
Jadi, saya berpendapat apa yang kata Allahyarham Tun Razak, dia kata kalau kita
hendak berjaya, jangan pandai sangat menyalahkan orang lain atas kelemahan kita sendiri.
Atas kita, betulkan dia kata, laksanakan. Insya-Allah bangsa kita akan maju, itu dia... [Dewan
tepuk] Teringat saya apa kata orang tua-tua Melayu.
DN 5.12.2018 56

Yang kurik kundi;


Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi;
Yang indah itu bahasa... [Tepuk]

Jadi itu dia Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.

Bawa padi dari seberang;


Nasi diisi dalam raga;
Dilarang sekali-kali mengata orang;
Diri sendiri baiklah dijaga... [Tepuk]

Itu dia, dengan izin Jadi jam kita tepat pukul 1.


Dengan itu, sekarang saya tangguhkan persidangan hingga jam 2.30 petang. Sekian.
Wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01petang]


[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
■1430
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Sambung perbahasan. Ahli Yang Berhormat tadi ada? Silakan
Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariyah.

2.32 ptg.
Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
mohon untuk menyambung perbahasan. Tinggal tiga perkara sahaja lagi yang ingin
dikemukakan. Isu seterusnya ialah berkenaan dengan isu banjir kilat. Ini kerana sepanjang
tahun ini, kita lihat kekerapan bilangan kes-kes kejadian banjir kilat di bandar-bandar utama
dan kawasan-kawasan PBT menunjukkan trend kenaikannya. Bencana ini menyebabkan
rakyat kerugian harga benda, kereta tenggelam dan malapetaka seperti mati lemas dan
kecederaan. Maka satu kajian secara holistik dengan kerjasama erat kerajaan negeri dan PBT
dalam membasmi kejadian banjir kilat di seluruh negara perlu dilakukan segera.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, pertama
apakah persediaan dan perancangan JPS dengan kerjasama holistik PBT dalam menangani
isu banjir kilat yang disebabkan oleh peningkatan, dengan izin, average annual rainwater
yield, serta impak perubahan mendadak cerapan terbaru, nilai highest astronomical type
DN 5.12.2018 57

akibat perubahan iklim dunia bagi kawasan perbandaran utama dalam tahun 2019, 2020 dan
agenda 2030.
Keduanya, bagaimanakah JPS dapat membuat semakan semula terhadap manual
pengurusan storm water yang perlu dipatuhi oleh pemaju perumahan dan PBT agar projek-
projek pembangunan diseiringkan dengan keupayaan sebenar sistem saliran menangani
limpahan air hujan yang berisiko berlakunya banjir kilat. Apakah projek terkini yang dijalankan
oleh JPS dalam merangka Projek Tebatan Banjir Kebangsaan agar kesan kerugian harta dan
malapetaka kepada orang awam dapat diminimumkan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang sistem pengangkutan
bersepadu. Sejak tempoh lima tahun ini, kes-kes kemalangan melibatkan kapal terbang
komersial terhempas terus menunjukkan peningkatan bilangan kes yang amat significant dan
kejadian kegagalan operasi akibat kes-kes teknikal merisaukan penumpang udara orang
awam. Justeru, satu langkah komprehensif perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, pengawal
selia agar penyelenggaraan dan ancaman terhadap perkhidmatan penerbangan udara
ditangani dengan baik.
Soalan saya kepada pihak kerajaan, berapakah statistik kemalangan dan laporan
kerosakan teknikal yang direkodkan berlaku ke atas kapal-kapal terbang yang dilesenkan
beroperasi di Malaysia atau milik syarikat Malaysia? Bagaimanakah langkah kawalan dan
pematuhan CAM Jabatan Penerbangan Awam Malaysia ke atas operasi selenggaraan,
kompetensi personel dan jurutera selenggaraan, kompetensi juruterbang dan pembantu
juruterbang serta anak-anak kapal?
Apakah status dan perkembangan terkini tindakan siasatan dan tatatertib terhadap
kecuaian yang dilakukan oleh pegawai dan kakitangan Menara Kawalan Udara Kuala Lumpur
semasa kejadian kehilangan MH370 pada Mac 2014?
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pengukuhan
penyampaian perkhidmatan awam. Langkah kerajaan dalam mereformasi integriti
perkhidmatan awam dan institusi awam memerlukan sokongan dan respons cekap semua
institusi dan jabatan, badan berkanun, GLC dan GLIC. Soalan saya, bagaimanakah kerajaan
memastikan pelantikan baru keanggotaan ahli lembaga pengarah dan jawatan berkanun di
sesebuah institusi kerajaan dihadkan tempoh masanya?
Ini kerana terdapat individu di beberapa institusi kerajaan memegang jawatan yang
hampir lebih 20 tahun sebagai pengerusi atau ahli lembaga. Oleh itu saya mohon kerajaan
memberikan penjelasan dan cadangan agar kajian semula disemak ke atas keanggotaan ahli
lembaga pengarah agar tempoh perkhidmatan ini dihadkan bagi mencerminkan ketelusan
kerajaan baharu.
DN 5.12.2018 58

Bagaimanakah kerajaan memantau semua agensi dan jabatan yang menerbitkan


open data, mempamerkan data terkini yang boleh dikongsi semua rakyat. Ini kerana
kebanyakan semakan terhadap open data yang dipamerkan dalam laman sesawang atau
portal kementerian, jabatan dan agensi jauh ketinggalan. Sepatutnya data yang ada di semua
laman sesawang ini adalah statistik atau rekod data 2017. Tahun ini sudah tahun 2018 tetapi
malang sekali terdapat sesawang kerajaan masih mempamerkan data-data pada tahun 2015.
Justeru, ini memberikan gambaran yang tidak jelas mengenai hala tuju hakikat
sebenar inisiatif open data Kerajaan Malaysia. Saya harapkan semua kementerian mengambil
maklum mengenai perkara ini dan memastikan kemas kini ini dilakukan segera menjelang
akhir bulan ini. Sekian Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.
Silakan Yang Berhormat Datuk Theodore Douglas Lind.

2.38 ptg.
Datuk Theodore Douglas Lind: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana
memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian
Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 18 Oktober dan oleh Yang Berhormat
Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Dewan yang mulia ini pada 3 Disember. Salam sejahtera,
salam mesra dan salam Malaysia Baharu.
Pada 9 Mei 2018, majoriti rakyat negara telah mengundi untuk menukarkan Kerajaan
Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Rakyat berbuat demikian kerana
percaya dengan janji Pakatan Harapan dalam manifestonya bahawa mereka akan
menubuhkan dan mengadakan satu kerajaan yang cekap, bersih tanpa rasuah, beramanah,
bertanggungjawab, berwibawa, berintegriti dan akauntabiliti.
■1440
Maka dengan keyakinan tinggi rakyat, Kerajaan Pakatan Harapan telah mewujudkan
dasar-dasar, rancangan-rancangan dan tindakan-tindakan yang akan menukarkan landskap
politik, sosial dan ekonomi negara untuk kepentingan rakyat.
Saya percaya dengan Kerajaan Pakatan Harapan memberi keutamaan dan
penekanan baru terhadap RMKe-11, maka matlamat-matlamat itu dapat dicapai. Maka saya
bersetuju seperti diutarakan oleh beberapa Yang Berhormat Senator pada hari Isnin dan
kelmarin bahawa dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas adalah
sangat penting kerana ianya adalah satu pelan tindakan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua,
roadmap untuk masa depan rakyat dan negara.
DN 5.12.2018 59

Di sini saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Pakatan Harapan
kerana dalam masa yang singkat, saya ingat hanya hampir enam bulan telah mengambil alih
Kerajaan Persekutuan, maka Kerajaan Pakatan Harapan telah berjaya menstabilkan
keselamatan, pentadbiran dan kewangan negara. Kita memang bangga kerana negara pada
tahun 2016 hingga 2017 telah mencapai perkembangan ekonomi sebanyak 5.1 KDNK biarpun
kita dalam mengharungi keadaan ekonomi dunia yang lembap. Perkembangan ini adalah
kerana sumbangan dari sektor pembinaan khususnya projek-projek infrastruktur mega seperti
MRT, Pan Borneo, HSR dan ECRL.
Untuk tempoh terdekat, pencapaian ini memang nampak seperti baik tetapi oleh
kerana kerajaan dahulu telah meminjam begitu banyak dari negara China untuk pelbagai
projek ini, maka ini pada akhirnya akan menjadi satu bebanan besar kepada negara dan
generasi yang akan datang bila mana pinjaman-pinjaman ini harus dibayar balik bersama
faedah yang dikenakan. Maka tindakan Kerajaan Pakatan Harapan menangguhkan dua
projek mega iaitu HSR dan ECRL adalah tepat dan akan menjimatkan negara berbilion ringgit.
Seperti mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah umumkan bahawa jumlah hutang
negara telah mencecah RM1 trilion dan ini adalah satu bebanan yang besar yang diwariskan
oleh Kerajaan BN kepada Kerajaan Pakatan dan rakyat jelata.
Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa punca masalah hutang begitu
tinggi kerana negara dulu melakukan salah tadbir, dengan izin, wrong mismanage. Kita juga
dapati beberapa pemimpin dahulu telah dituduh salah laku dan menyalahgunakan kewangan
di beberapa syarikat kerajaan seperti 1MDB, FELDA dan Tabung Haji untuk kepentingan diri.
Malah lebih dahsyat lagi pemimpin itu dengan sengaja manipulasikan institusi-institusi negara
seperti PDRM, SPRM, Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara untuk menutup kesalahan
ataupun perbuatan-perbuatan mereka yang salah dan telah melanggar undang-undang
negara.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dalam ucapannya di perenggan tujuh
telah mengatakan institusi dan pentadbiran awam negara juga telah rosak. Maka saya tidak
hairan apabila Kerajaan Pakatan Harapan simpan sebagai tonggak pertama untuk
mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam
sebagai peranan baru dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Ini
adalah dari ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di perenggan 20. Maka reformasi
tadbir urus menjadi keutamaan.
Kita telah melakukannya dengan menukar pemimpin institusi kritikal seperti institusi
kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan
DN 5.12.2018 60

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Tadbir urus kerajaan perlu diperbaiki, ketelusan akan
ditingkatkan bagi mencegah rasuah dan membasmi salah guna kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang singkat selepas Pakatan Harapan mengambil
alih pentadbiran negara, kita sudah melihat institusi negara seperti PDRM, SPRM dan Pejabat
Peguam Negara sudah mula berfungsi dan berkesan sekali lagi mengikut peranannya untuk
mempertahankan dan meneruskan kedaulatan undang-undang. Ini telah dibuktikan di mana
beberapa pemimpin BN telah diheret oleh SPRM ke mahkamah atas tuduhan rasuah, pecah
amanah dan penyelewengan wang kerajaan terutama yang berkaitan dengan skandal 1MDB,
FELDA dan Tabung Haji.
Sebagai tulang belakang negara, maka institusi-institusi negara mestilah ditambah
baik agar lebih efisien dan efektif dalam pengurusan masing-masing. Satu cadangan yang
saya rasa penting adalah supaya SPRM akan direformasi sebagai sebuah badan bebas yang
akan bertanggungjawab kepada Parlimen. Dengan demikian, saya percaya negara akan
ditadbir lebih baik dan dengan integriti. Maka ini akan menjamin masa depan negara, rakyat
jelata khususnya mereka yang masih di bawah paras garisan kemiskinan. Kehidupan rakyat
juga lebih cerah dan bertambah baik.
Dalam tonggak ketiga, kerajaan telah menyeimbangkan kepada semua wilayah, ini
menuju kepada arah pembangunan wilayah yang seimbang. Dengan ini, saya sangat tertarik
dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di perenggan 53 di bawah kata-kata
yang diletakkan pada tajuk, “Mempercepatkan pembangunan Sabah dan Sarawak.” Sabah
dan Sarawak berpotensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi dengan
mengoptimumkan sumber asli yang ada.
■1450
Untuk itu kerajaan akan mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama
mengikut perundangan sedia ada. Satu Jawatankuasa Khas Kabinet telah ditubuhkan dan
memantau pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963. Hasrat Kerajaan
Persekutuan adalah tepat kerana pembangunan di Sabah dan Sarawak tidak seimbang dan
ketinggalan lebih jauh dengan negeri-negeri di Semenanjung.
Ini adalah penting supaya satu proses membina negara dengan izin Tuan Yang di-
Pertua nation building untuk aman dan maju. Satu berita baik untuk Sabah, mungkin juga
untuk negeri Sarawak adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini di satu
siaran akhbar telah mengumumkan bahawa Sabah akan diagihkan 20 peratus hasil minyak
dan gas yang dikeluarkan dari Sabah. Ini bermakna bayaran untuk Sabah akan tambah 15
percent daripada 5 percent yang ada sekarang. Saya percaya pembayaran 20 percent ini
senang dilakukan dengan adakan satu tindakan pentadbiran. Ini perlu hanya satu tindakan
DN 5.12.2018 61

administrative sahaja di mana kerajaan pusat hanya mengarah PETRONAS membayarkan


dahulu 20 peratus itu.
Bagaimanapun, keputusan 20 percent hasil minyak dan gas kepada Sabah, maka ini
akan juga memenuhi hasrat Kerajaan Persekutuan yang ingin mewujudkan masyarakat yang
saksama. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di perenggan 38, ucapannya mengatakan
seperti berikut; “Sebagai kerajaan yang prihatin ke arah mewujudkan masyarakat yang
saksama, usaha akan di pertingkat untuk memperkasakan kumpulan minoriti. Program
khusus akan dilaksanakan bagi suku-suku kaum Sabah dan Sarawak dan juga Orang Asli.”
Bagaimanapun minyak dan gas yang dikeluarkan daripada kawasan laut negeri
Sabah sepatutnya milik 100 peratus oleh negeri Sabah. Saya mengatakan demikian kerana
Akta-akta Persekutuan yang memberi kuasa Kerajaan Persekutuan di perairan di mana
minyak dan gas didapati seperti Continental Shelf Act 1966, dan Petroleum Mining Act 1966,
yang diwujudkan pada darurat telah dimansuhkan automatif bila pengumuman darurat oleh
Duli yang Maha Mulia pada 15 Mei 1969 telah dibatalkan oleh Dewan Rakyat pada 24
November 2011 dan Dewan Negara pada 20 Disember 2011 juga.
Manakala, Petroleum Act 1974 dan Territorial Sea Act 2012, kedua-duanya adalah
tidak sah kerana melanggar atau bercanggah dengan peruntukan 1(3) Perlembagaan
Persekutuan yang mengatakan seperti berikut, “Tertakluk kepada fasal (4), Wilayah-wilayah
bagi setiap negeri yang disebutkan pada fasal dua” Ini yang penting, “...ialah wilayah-wilayah
di dalam negeri-negeri itu sebelum Hari Malaysia”.
Ini jelas bahawa kawasan perairan atau offshore di mana minyak dan gas didapati
adalah dalam wilayah negeri Sabah dan adalah hak milik negeri Sabah. Ini bermakna negeri
Sabah berhak untuk mengambil balik dan menguasai semula telaga-telaga minyak dan gas
yang didapati di perairan Sabah. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua, kedudukan ini sama
untuk Sarawak juga. Saya ingat mungkin negeri Terengganu dan Kelantan sama macam
kedudukan negeri Sabah.
Oleh yang demikian, saya harap Jawatankuasa Kabinet akan berbincang
menyelesaikan soal milik dan kuasa minyak dan gas yang didapati di kawasan perairan Sabah
mengikut peruntukan 1(3) Perlembagaan Persekutuan, dan Peruntukan 4(1), 4(2) dan 4(3),
Perlembagaan Negeri Sabah.
Ini bukan kita cadang ceraikan dengan PETRONAS atau dengan Kerajaan
Persekutuan, tidak. Kita perlu bekerjasama dengan PETRONAS juga kerana PETRONAS kita
sebagai rakyat Malaysia, PETRONAS ini juga hak orang Sabah.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator, tiga minit lagi Yang Berhormat
Senator.
DN 5.12.2018 62

Datuk Theodore Douglas Lind: Terima kasih.


Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk perbahasan, seseorang Ahli
Yang Berhormat diberi masa 20 minit.
Datuk Theodore Douglas Lind: Masa 20 minit, okey.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat ini tiga minit.
Datuk Theodore Douglas Lind: Boleh tambah sedikit? Panjang lagi ini.
Tuan Yang di-Pertua: Minta maaflah Yang Berhormat, sebab dua hari ini kita tiada
orang langsung saya sudah merayu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pun tiada orang.
Datuk Theodore Douglas Lind: ...Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.
Datuk Theodore Douglas Lind: Dalam sidang akhbar itu juga yang Amat Berhormat
Perdana Menteri telah mengakui bahawa menurut Perjanjian 63, Sabah adalah satu daripada
tiga wilayah termasuk Singapura yang tidak dengan kita sekarang ini. Akan tetapi mereka
adalah satu daripada empat pada waktu itu, dan bukan satu daripada 13 buah negeri. Dengan
pendirian kerajaan pusat seperti ini maka status negeri Sabah sebagai rakan kongsi- equal
partner, akan dikembalikan dan peruntukan 1(2), Perlembagaan Persekutuan harus dipinda
kembali kepada perkataan asal seperti berikut, iaitu negeri-negeri Persekutuan terdiri
daripada:
(a) Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka,
Negeri Sembilan, Pahang, Perak Perlis, Selangor, dan Terengganu; dan
(b) Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Dengan pindaan ini, maka Ketua Wilayah Sabah akan dikenali sebagai Tuan Yang di-
Pertua Negara seperti gelaran asalnya. Saya yakin bahawa dengan pertukaran pendirian
Kerajaan Persekutuan dalam kedua-dua perkara yang disebutkan sebelum ini, maka
perasaan tidak puas hati orang Sabah memang ada dikurangkan dan negara lagi akan
bersatu.
Bagaimanapun satu masalah mungkin tajuk terakhir Tuan Yang di-Pertua, yang belum
diselesaikan, berkaitan dengan 2/5 atau 40 peratus hasil yang dikutip oleh Persekutuan dari
Sabah menurut fasal 2(1), Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan.
Fasal 2(2), Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan adalah seperti
berikut, dalam hal Sabah, pemberian yang sama banyak dalam setiap tahun dengan 2/5
daripada amaunnya hasil bersih yang didapati oleh Persekutuan dari Sabah ini melebihi hasil
bersih yang akan didapati sedemikian oleh Persekutuan dalam tahun 1963. Ini syarat khas
untuk negeri Sabah. Sarawak pun tiada syarat ini Tuan Yang di-Pertua.
DN 5.12.2018 63

Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengatakan di
Kota Kinabalu pada 25 November bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin akan kembalikan
40 peratus hasil yang dikutip dari Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah tetapi hanya bila
kedudukan kewangan baik.
■1500
Pendirian ini bertentangan dengan peruntukan 112(c), Fasal 1(1)(a), Perlembagaan
Persekutuan yang mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan mesti membuat bayaran ini
dalam masa tiap-tiap tahun.
Lagipun Tuan Yang di-Pertua, Sabah ini perlu banyak peruntukan atau dana kerana
jauh ketinggalan daripada segi pembangunan seperti jalan raya, kemudahan-kemudahan air
terawat, elektrik dan juga kerana masih banyak penduduk Sabah di luar bandar yang masih
dalam kemiskinan. Masih terdapat banyak penduduk di pedalaman dan juga nelayan dalam
keadaan daif, di mana mereka masih dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang dan kadang-kadang hendak kais pun tidak ada apa yang hendak di kais. Inilah
Tuan Yang di-Pertua, gambaran yang sebenarnya di negeri Sabah.
Baru-baru ini juga, Pengerusi Institute for Development Studies, Sabah telah
mengatakan 50 peratus orang miskin di seluruh negara adalah berasal dari Sabah. Kita sudah
ada 11 Rancangan Malaysia dan tidak sepatutnya masih ada begitu ramai orang miskin di
Sabah. Punca daripada permasalahan ini antaranya adalah kelemahan dan kegagalan
pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat Pusat dan juga di peringkat
negeri. Ini bukan kesalahan Kerajaan Persekutuan, ini juga pemimpin di Sabah, mungkin yang
lama pada masa dahulu. Mungkin dengan kerajaan yang baharu, kita boleh mengatasi
masalah ini.
Walau bagaimanapun, saya percaya dengan adanya kerajaan baharu di peringkat
Pusat dan negeri yang telah berjanji akan memastikan sebuah pentadbiran yang prihatin,
bertanggungjawab, cekap, beramanah, lut sinar- transparent, tanpa rasuah, maka, keadaan
merosot ini akan dapat diatasi. Biarpun di atas usaha Kerajaan Persekutuan melalui Kajian
Separuh Penggal RMKe11, kita mengatakan bahawa kualiti hidup penduduk di luar negeri
Sabah telah meningkat.
Akan tetapi oleh sebab Sabah adalah wilayah yang begitu besar dan keadaan
kemiskinan begitu teruk, maka, kerajaan negeri memiliki rancangan-rancangan tersendiri
untuk mempercepatkan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan seperti jalan, air bersih
dan elektrik dan lain-lain projek bagi mempertingkatkan pendapatan penduduk di luar bandar
di seluruh negeri.
DN 5.12.2018 64

Sehubungan dengan itu, Sabah memerlukan dana dan peruntukan yang banyak untuk
tujuan tersebut. Maka, Kerajaan Persekutuan haruslah membayar Kerajaan Sabah, 40
peratus hasil yang telah dikutip dari Sabah menurut Perlembagaan Persekutuan. Hasil ini
adalah milik negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan tidak patut tidak membayarkannya.
Oleh sebab Kerajaan Persekutuan gagal begitu lama membuat apa-apa pun bayaran dari 25
hasil ini kepada Kerajaan Negeri Sabah, maka saya ingin membuat dua cadangan untuk
menyelesaikan masalah ini. Ini terutama sekali Kementerian Kewangan bekerjasama dengan
Kementerian Kewangan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa untuk menentukan jumlah
dan berapa banyak yang Kerajaan Persekutuan berhutang kepada Sabah.
Kedua, memberikan kuasa kepada Kerajaan Sabah untuk mengutip bagi pihak
Kerajaan Persekutuan dan selepas itu mengagihkan kepada Kerajaan Persekutuan 60
peratus daripada hasil itu. Dengan itu, saya banyak lagi mahu- akan tetapi tidak apalah Tuan
Yang di-Pertua, saya faham kerana masa pun singkat dan banyak lagi pembahas. Dengan
itu, sampai situ sahaja ucapan saya, Tuan Yang di-Pertua. Dengan itu saya menyokong usul
disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat
Menteri.
USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN


DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

3.06 ptg.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin
Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Majlis Mesyuarat pada
hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan ke atas Usul
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 dan selepas itu Majlis
Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Khamis, 6 Disember
2018”.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Tuan Sim Tze Tzin]: Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah
kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi
hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
DN 5.12.2018 65

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji
Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid.

3.07 ptg.
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Alhamdulillah. Syukurillah. Washolatu wassalamu'ala asrofillah.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai mana yang kita tahu Usul Kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat diusulkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri. Akan tetapi di Dewan Negara, diusulkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Ekonomi. Ini menjadi pertanyaan kepada saya dan saya mohon pencerahan. Siapakah
sebenarnya process owner ataupun pemilik proses dalam mengendalikan Kajian Separuh
Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 ini?
Kalau kita bandingkan dengan usul yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, ia
bersangkutan dengan bajet dibentangkan, dan Kementerian Kewangan yang
bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat.
Akan tetapi dalam hal ini, saya tidak pasti sama ada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ataupun
Jabatan Perdana Menteri? Oleh yang demikian, saya mohon pencerahan daripada kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, kita lihat usul yang dikemukakan di Dewan Rakyat oleh Yang
Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ia bersangkut paut dengan Kertas Perintah CMD 22
Tahun 2018. Ini yang executive summary nya tetapi ada buku tebalnya.
Kita lihat- saya tidak pasti sama ada pentingnya usul ini untuk dibentangkan dan
kemudian diluluskan. Oleh sebab di dalam laporan tersebut tidak ada kayu ukur untuk kita
rujuk berbanding dengan Kementerian Kewangan, dibentangkan Anggaran Belanjawan- kita
nampak Dollars and cents perbelanjaan yang akan dilakukan oleh kementerian sama ada kita
lulus, kita setuju, kita akan bahaskan. Akan tetapi dalam hal usul Kajian Separuh Penggal ini,
kita tidak nampak.
Perkara ini telah saya kemukakan semasa ada taklimat kepada Senator. Oleh sebab
sebelum ini apabila diperkatakan mengenai Rancangan Malaysia Ke-11, ia melibatkan Dollars
and cents, melibatkan projek-projek besar yang tidak boleh diselesaikan dalam masa satu
tahun. Oleh sebab projek yang boleh diselesaikan satu tahun, kita gunakan peruntukan
belanjawan Perbelanjaan Mengurus. Untuk projek yang panjang, kita gunakan belanjawan
Perbelanjaan Pembangunan. Maka, sebab itu ia dikelompokkan ke dalam senarai-senarai
projek Rancangan Malaysia lima tahun itu, termasuklah Rancangan Malaysia Kesebelas.
DN 5.12.2018 66

■1510
Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membacakan usul yang dibentangkan oleh
Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Dia kata bahawa, “Dewan menyedari akan cabaran untuk
mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan...” Bla bla bla,
dan kemudian dia kata, “...Dewan merestui usaha kerajaan baharu pimpinan Pakatan
Harapan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara...” Bla bla
bla. Seterusnya, “...Dewan meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11
bagi tempoh 2018 sehingga 2020 yang memberi keutamaan dan penekanan kepada...” Bla
bla bla. Seterusnya, “...Dewan bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal,
Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia
berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta
pengagihan kekayaan dibuat secara terus, adil dan saksama.” Itu merupakan usul.
Bila kita rujuk kepada Kertas Perintah 22, Tahun 2018, ia merupakan strategi-strategi
yang dirancang oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, ya. Kepada siapa hendak diarahkan
itu? Ia kepada kementerian. Kalau kementerian tidak ikut, tidak ada masalah, ia bukan akta.
Kecuali kalau kita bentangkan, ia akta, kita luluskan. Kalau ada yang melanggar kita akan
hukum. Akan tetapi dalam hal ini kalau kita abaikan, pada pandangan saya tidak ada menjadi
isu kepada kementerian-kementerian yang tidak mahu mengikut strategi yang telah
dibentangkan.
Tuan Yang di-Pertua, ekoran daripada pembentangan tersebut, Kementerian Hal
Ehwal Ekonomi telah menzahirkan atau menjelaskan prestasi tahun 2016 hingga 2017. Apa
laporan yang dibuat? Dalam tempoh kajian semula ekonomi negara, mencatat pertumbuhan
sederhana dengan sokongan permintaan dalam negeri yang kukuh walaupun persekitaran
global adalah mencabar.
Pertumbuhan ekonomi dan pelbagai program berpaksikan rakyat telah memberi
manfaat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dari segi pendapatan yang lebih tinggi,
peluang pekerjaan yang lebih baik, penjagaan kesihatan yang lebih berkualiti, perumahan
mampu milik yang lebih banyak dan persekitaran hidup yang lebih selamat. Walau
bagaimanapun, ketidaksamaan sosioekonomi merentas negeri, kadar pengangguran yang
tinggi dalam kalangan belia dan kos sara hidup yang meningkat merupakan antara beberapa
isu yang menyebabkan pertumbuhan kurang dirasai oleh rakyat. Keadaan ini mengakibatkan
objektif ke arah menjadi negara maju dan inklusif kurang bermakna. Ini merupakan laporan
oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berhubung pencapaian tahun 2016 dan 2017.
Ekoran daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah
membuat strategi baru dengan enam tonggak. Antara tonggak yang dikatakan tonggak
DN 5.12.2018 67

pertama, tingkat satu, mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan
kecekapan perkhidmatan awam. Bagaimana kita hendak ukur prestasi tersebut kalau tidak
dikaitkan dengan katalah pengetahuan menguruskan satu projek besar. Kita lihat bagaimana
proses tender dibuat, proses penawaran dibuat dan proses pemantauan projek dibuat dan
seterusnya sampai proses projek tersebut siap.
Maka sebab itu, sepatutnya Kajian Separuh Penggal ini ia harus mengaitkan segala
strategi-strategi ini dengan projek-projek yang akan kita laksanakan. Ia melibatkan dollars and
cents. Sedangkan apa yang dilaporkan sebelum itu tidak dilaporkan. Contohnya tahun 2016
hingga 2018, kita mahu tahu berapa banyak duit telah dibelanjakan untuk melaksanakan
projek-projek Rancangan Malaysia Kesebelas, baharu kita boleh ukur prestasi kementerian-
kementerian yang melaksanakan projek-projek tersebut.
Kalau kita bentangkan kajian ini sahaja, kita tidak nampak apa objektif dia selain
daripada mengatakan tonggak pertama tadi, mereformasikan tadbir. Tonggak kedua
memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat. To what?...
Tuan Yang di-Pertua: Cadangan Yang Berhormat?
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Sebab itu saya
kata, saya akan persoalkan kementerian supaya menjelaskan kepada Dewan, apakah projek-
projek, senarai projek-projek besar yang boleh membantu kementerian merealisasikan enam
tonggak yang digariskan. Kalau tanpa projek-projek, saya lihat tidak ada makna strategi-
strategi ini.
Oleh kerana ia kena dikaitkan dengan projek-projek pembangunan yang melibatkan
dollars and cents, ringgit dan sen, baru kita boleh lihat, ini boleh dilaksanakan. Maka sebab
itu, kita mohon supaya ia diperjelaskan. Saya cuba mengaitkan dengan anggaran belanjawan
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Saya lihat peruntukannya sama lebih kurang RM3 bilion.
Macam mana RM3 bilion dapat menguruskan Rancangan Malaysia Ke-11, peruntukan DE
untuk Rancangan Malaysia yang seterusnya. Saya tidak lihat.
Maka sebab itu, saya percaya kementerian ekonomi sebagai process owner. Ia akan
melibatkan semua kementerian-kementerian yang akan membelanjakan projek-projek
kementerian tersebut, baru Kementerian Hal Ehwal Ekonomi boleh pantau ataupun
memenuhi kehendak-kehendak tujuh tonggak yang telah digariskan di dalam semakan Kajian
Rancangan Malaysia Ke-11 ini Tuan Yang di-Pertua.
Saya bimbang dan khuatir Tuan Yang di-Pertua, kita sibuk mengatakan berhubung
dengan ekonomi, tetapi kita tahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu khuatir dan bimbang
dengan apa yang akan berlaku di masa akan datang khususnya berhubung dengan violent
extremism. Ini merupakan satu isu yang dibimbangi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
DN 5.12.2018 68

dan telah menyenaraikan beberapa punca dan sebab tindakan yang harus diambil oleh
kerajaan-kerajaan di dunia.
Maka sebab itu saya mohon supaya Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menambah
ataupun menimbangkan satu tonggak lagi. Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan supaya
satu tonggak tambahan dibuat iaitu tonggak ketujuh, meningkat keupayaan pertahanan dan
keselamatan negara. Oleh kerana kita tahu sekarang ancaman-ancaman mungkin berlaku
oleh kerana berlaku kurang peluang sosioekonomi. Mungkin ini boleh menyebabkan violent
extremism ataupun keganasan yang melampau dan keduanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu menyenaraikan bahawa berlaku peminggiran dan diskriminasi. Ini juga boleh
menyebabkan violent extremism.
Seterusnya tata urus yang lemah dalam berhubung hak asasi manusia. Ini juga boleh
menyemarakkan semangat rasa tidak puas hati rakyat dan boleh menyebabkan violent
extremism. Seterusnya ancaman konflik. Kalau Malaysia kita tahu konflik boleh berlaku bila-
bila, mungkin dengan Singapura. Bila di Laut China Selatan, pertindihan tuntutan pulau-pulau
boleh menjadikan konflik. Ini juga boleh menyebabkan violent extremism dan boleh
menyebabkan konflik. Maka sebab itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mencadangkan
supaya charter Bangsa-Bangsa Bersatu diguna pakai, dirujuk dan strategi melawan terrorism
juga diambil kira. Kemudian, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diambil kira juga
dan keputusan Security Council Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga perlu diambil kira.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya tonggak
ketujuh ini dimasukkan dalam Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas, dan
tindakan-tindakan yang mungkin boleh diambil, kita kata diadakan dialog- ya, dan
perbincangan mengenai konflik peperangan dan juga isu-isu semasa.
Kedua, memperkukuh dan memperbaiki tadbir urus yang baik dan menguatkuasakan
undang-undang, rules of law. Itu sebagaimana cadangan yang dibuat Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu. Sebagaimana kita tahu, konflik kecil ataupun isu-isu yang berlaku di negara
kita ini juga ada menunjukkan tanda-tanda ke arah violent extremism.
Seterusnya, mungkin libatkan urus masyarakat semua aktiviti. Ini dikatakan boleh
mengurangkan aktiviti ke arah violent extremism dan juga hak wanita diberi keutamaan dan
kesaksamaan.
■1520
Ini memang kerajaan kita telah lakukan rupanya Tun Dr. Mahathir sedar akan isu ini
sebab itu dia bagi peluang kepada Menteri-menteri wanita untuk mengetuai kementerian-
kementerian dan seterusnya pembangunan pendidikan juga perlu diambil kira. Ini semua
pandangan-pandangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang perlu kita ambil kira bagi
DN 5.12.2018 69

mengelakkan Counter Violent Extremism (CVE). Ini juga memang menjadi kerisauan Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri, saya dimaklumkan begitu.
Maka sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya kementerian sama ada
Jabatan Perdana Menteri ataupun Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengambil pertimbangan
untuk menambah tonggak yang saya cadangkan demi kejayaan Rancangan Malaysia
Kesebelas dicapai tanpa gangguan. Sekian daripada saya Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Laksamana. Silakan Yang
Berhormat Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah.

3.21 ptg.
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (LS): Bismillahi
Rahmani Rahim. Yang saya hormati Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan pelawat kita pada petang ini iaitu pelajar-
pelajar dan pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM, Puncak Alam...
[Tepuk] Sebagai bekas Naib Canselor UiTM, saya berbangga berjumpa dengan anak-anak
sekalian. Terima kasih... [Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kepada Tuan Yang di-Pertua kerana
memberi peluang kepada saya untuk bercakap sedikit pada petang ini. Sewajarnya kita patut
memberi tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah mengeluarkan satu hala tuju yang
baharu di dalam memastikan negara kita akan menjadi sebuah negara yang bukan saja maju
tetapi stable dan harmonies.
Sewajarnya juga saya patut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan
yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kerana saya
rasa Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini merupakan satu kajian yang
mendalam setelah pihak kerajaan baharu ini meneliti apakah kelemahan-kelemahan yang
telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu kerana saya percaya 100 peratus Perdana Menteri
ikhlas untuk melihat negara kita ini berjaya. Bayangkan seorang insan yang sudah berumur
93 tahun sanggup bekerja keras bangun pagi balik malam dengan umur 93 tahun.
Kalau sekiranya beliau tidak sedar kepentingan betapa kita perlu bersatu padu untuk
memastikan negara ini aman saya rasa beliau tidak akan berbuat demikian, lebih elok beliau
tidur saja di rumah mungkin bersama-sama dengan isteri, keluarga dan bermain dengan anak
cucu. Akan tetapi saya merasa cukup yang kasihan yang sebenarnya. Saya mengenali Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri bukan baru, saya mengenali beliau seorang yang ikhlas
tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat saya sedikit bimbang. Harapan Perdana Menteri, hasrat
DN 5.12.2018 70

Perdana Menteri ingin melihat negara ini menjadi sebuah negara yang aman hinggakan
sanggup dengan umur 93 tahun bekerja seolah-olah beliau berumur 21 tahun berkorban
tenaga dan usia untuk negara akan gagal.
Akan tidak berjaya jika sekiranya kita tidak memahami, kita tidak menghayati apa yang
dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini kali kedua beliau menjadi
Perdana Menteri, ini bukan kali pertama. Sudah pasti saya yakin, saya yakin walaupun apa
orang mengutuk beliau dalam hati kecil saya beliau mempunyai sifat insan yang ingin melihat
anak cucu cicit kita hidup bahagia, aman dan sentosa.
Saya berkata demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan buku ini saya baca
satu persatu saya cukup tertarik hati dengan kata-kata penutup... [Menunjukkan sebuah buku]
Saya ingin mengambil masa, saya membaca supaya kita semua faham khasnya saya
hendak pemimpin-pemimpin PH, Ahli-ahli Kabinet jelas dan faham. Jangan ambil sambil lewa,
jangan mentang-mentang kita sudah jadi Menteri pada hari ini kita ikut suka hati. Kita tidak
memikirkan tentang nasib anak cucu cicit tetapi kita memikirkan diri kita kerana kita telah
berkuasa. Kita hanya memikirkan kita Menteri kita akan mempertahankan bangsa kita. Kalau
saya orang Cina saya akan pertahankan orang Cina, kalau saya orang India saya
mempertahankan orang India, kalau saya orang Melayu saya akan pertahankan orang Melayu
sahaja.
Walhal kita Menteri pada hari ini kita mewakili semua kaum bukan satu kaum saja dan
matlamat kita adalah kebajikan semua rakyat tidak kira apa kaum, yang saya katakan tadi
saya hendak terutama Ahli Kabinet, Menteri-menteri dan pemimpin PH kerana orang di bawah
tidak ada hal. Orang di bawah hanya mengikut apa pemimpin di atas cakap. Kalau pemimpin
di atas provoke, orang di bawah ikut. Kalau pemimpin di atas kata okey baik, segala-galanya
baik. Jadi saya katakan tadi saya hendak perkara ini difahamkan, saya hendak mereka baca.
Bukan saja kita sebagai Senator di Dewan ini membacanya saya hendak pemimpin-pemimpin
yang penting dalam Kabinet baca, faham.
Kalau kali ini tidak baca, tidak faham, tidak menghayati saya akan terangkan apa yang
akan berlaku kepada negara ini. Beliau mengatakan, “Apa yang saya bentangkan adalah
untuk rakyat. Untuk semua rakyat dari Perlis hingga ke Sabah. Untuk orang Melayu, orang
Cina, orang India, orang Iban, orang Kadazan, orang Murut, Orang Asli dan etnik-etnik lain
yang semua bernaung di bawah langit Malaysia”.
Saya underline, “Langit Malaysia”, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Ini langit
Malaysia, ini bukan langit India, ini bukan langit negara China. Minta maaf, saya terpaksa
bercakap demikian ini bukan kali pertama saya bercakap. Matlamat saya untuk perpaduan.
Siapa yang mengenali diri saya, kerja saya semenjak saya bersara dari UiTM adalah
DN 5.12.2018 71

perpaduan. Itu realitinya, ini bumi Malaysia, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kita
mahu Malaysia yang bersatu padu, PM menekankan kita mahu Malaysia yang bersatu padu
kerana kita majmuk. Kita tidak boleh bergaduh. Kalau bergaduh semua rugi. Kita mahu rakyat
Malaysia berjaya dan menikmati kekayaan negara kerana negara kita kaya, Yang Berhormat.
Dibandingkan negara kita dengan kebanyakan negara-negara yang membangun kita
salah satu yang teratas, itu realitinya. Kita mempunyai potensi yang cukup kuat. “Saya
mengajak semua rakyat Malaysia mengalas tanggungjawab ini, jika semua yang terkandung
dalam dokumen ini dilaksanakan, saya yakin Malaysia akan mengaum kembali sebagai
harimau Asia”. Saya doakan akan berlaku ngauman itu, kita akan menjadi harimau Asia, yang
saya takut harimau tidak mengaum, kita dengan kita mengaum dan kita bergaduh sesama
sendiri dan ngauman itu akan bertukar menjadi rintihan, tangisan dan mungkin satu suasana
yang tidak saya mahu ceritakan yang akan berlaku kepada anak-anak kita, itu yang paling
saya takut.
■1530
Malaysia akan bertukar dari sebuah negara kleptrep- kleptokrat. Yang ini pun saya
susah nak pronounce, kepada sebuah negara demokrasi tulen dengan kerajaan yang bersih,
luhur dan berintegriti. Kita sokong. Siapa yang bersalah ambil tindakan tetapi mesti
menggunakan the rule of law dan bukannya rule after law- rule of law. Menggunakan undang-
undang dengan betul. Jangan berlaku satu penindasan. Orang yang bersalah, saya sokong
seratus peratus mesti ambil tindakan tetapi mesti disertakan dengan bukti-bukti yang betul.
Rakyat Malaysia di mana-mana tempat di seluruh pelosok dunia boleh
memperkenalkan dirinya dengan bangga. Saya rakyat Malaysia. I am a Malaysian. No matter
you are Chinese, Indian, Malays. We are Malaysian. Saya tekankan lagi untuk berkata saya
rakyat Malaysia, it’s not that simple, dengan izin.
Apabila kita berkata kita rakyat Malaysia, kita mesti mempunyai jati diri Malaysia dan
bukannya jati diri Cina atau India. This is Malaysia. Kita mesti mempunyai semangat
patriotisme Malaysia. Memahami konsep Nation Building, Malaysia dan juga yang penting
mesti menerima 100 peratus Perlembagaan Malaysia.
Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, kalau dahulu semasa Ahli-ahli Yang Berhormat
di dalam parti pembangkang, saya tidak hairan Ahli-ahli Yang Berhormat mempersoalkan
Perlembagaan kerana Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang. Hari ini Ahli-ahli Yang
Berhormat dalam kerajaan. Mana mungkin seorang pemimpin kerajaan mempersoalkan
Perlembagaan. Contohnya mana mungkin seorang pemimpin kerajaan mengatakan kami
tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Tidak layak menjadi Menteri. Tidak boleh.
Dahulu sebagai pembangkang, okey. Kita boleh terima tetapi pada hari ini, kita pemimpin.
DN 5.12.2018 72

Pemerintah. Perlembagaan mesti diikuti sepenuhnya tanpa persoalan kerana Perlembagaan


merupakan undang-undang tertinggi sebuah negara.
Kewajarannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sebuah negara. Selain itu
Perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama
ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jaminan
dan perlindungan kepada rakyat. Mana-mana negara dalam dunia, Perlembagaan adalah
asas. Saya tidak pernah dengar pemimpin-pemimpin di US dan UK mempersoalkan
Perlembagaan, apatah lagi di Indonesia. Akan tetapi di sini berlaku sewenang-wenangnya
dan kita biarkan- and you call yourself a pemimpin of the ruling party. This is wrong.
Minta maaf. Saya nak tegaskan. Saya telah menganalisis apa yang berlaku kepada
negara ini. Ini bukan kali pertama saya bercakap. I am deathly worried. Deathly worried kerana
kebelakangan ini saya nampak banyak perkara yang tidak diterima akal berlaku. Provokasi-
provokasi sentimen yang begitu negatif yang saya rasa akan membahayakan kesejahteraan
dan perpaduan negara ini dan kita akan sama-sama rugi.
Ahli-ahli Yang Berhormat kena faham bahawa Perlembagaan kita ini apabila ia
diwujudkan, ia melalui satu jawatankuasa yang mana anggotanya diketuai oleh Lord Reid dan
ada empat orang ahli. Keempat-empat orang ahli ini, seorang British, seorang Australian,
seorang daripada Pakistan, seorang daripada India. Tidak seorang pun daripada orang
Melayu, walhal ini adalah Persekutuan Tanah Melayu. Bermakna orang Melayu tidak terlibat
di dalam pembentukan Perlembagaan kita. Tujuannya apa? Supaya berlaku adil, tidak ada
berat sebelah. Kalau kita letak orang Melayu dalam jawatankuasa, mungkin orang Melayu
marah. So berat sebelah. So tidak ada.
Apabila Perlembagaan diwujudkan, this is the best Perlembagaan. Mengambil kira
kepentingan semua. Itu sebab Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila ia telah disahkan oleh Majlis
Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu yang disahkan pada 17 Ogos 1957 dan
diterima oleh Raja-Raja Melayu dan penerimaan ini berasaskan kepada satu asas yang cukup
penting yang mesti difahami kita sebagai rakyat Malaysia yang tulen.
Penerimaan Perlembagaan diasaskan kepada satu sosial kontrak yang menekankan
bahawa kita menerima kerakyatan melalui konsep Jus Soli kepada orang Melayu, kepada
orang bukan Melayu dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa
orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan selain itu agama Islam
sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Itu syarat. Itu syaratnya.
Ahli-ahli Yang Berhormat kena faham. Ini yang saya katakan tidak ada jawatankuasa
orang Melayu di dalam ini, apa implikasi? Implikasinya pada tahun 1955, hampir 90 peratus
DN 5.12.2018 73

kuasa politik di tangan orang Melayu. Pada tahun 1957, setelah kerakyatan diberi kepada
orang bukan Melayu, secara automatik orang Melayu hanya mempunyai kuasa 53 peratus
sahaja. That’s our sacrifice. Ini yang kena faham. Jangan ditolak perkara ini.
Ini satu perjanjian yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita. Itu sebab saya quote
salah seorang pemimpin yang bersama-sama mewujudkan negara kita ini, Tun Sambanthan.
Beliau mengatakan “Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent
race than Malay race. Where else can you get such politically decent treatment for any
immigrant race”.
Di dalam masa yang sama, masa kita merdeka, di negara-negara seperti Vietnam,
Ceylon, Cambodia, Thailand bukan sahaja tidak menerima pendatang-pendatang dari luar
tetapi mereka dihalau. Di dalam kes kita, kita menerima sebagai saudara kita. Saya nak
terangkan, don’t be emotional. Jangan lari daripada Perlembagaan. Ia merupakan asas
kepada ekonomi dan kepada kestabilan negara. Ia mesti diikut sepenuhnya dan saya faham
kalau kita tidak ikut seperti yang dikatakan seorang profesor dari UM, Profesor Dr. Low Yong
San. Beliau mengatakan bukan Melayu harus faham, iktiraf, hormati fakta sejarah politik
negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya bersyukur yang sebenar walaupun saya baca dalam
social media, ramai orang yang terpengaruh dengan pandangan-pandangan negatif rakyat
Malaysia. Alhamdulillah ramai juga di kalangan orang Cina dan orang India terutama mereka
daripada golongan academician, mereka faham. Yang selalu cakap benda yang positif ini
kebanyakannya academician sebab orang akademik, kita boleh analis. Profesor daripada UM,
USM mengatakan walaupun ia pahit, terimalah sejarah ini. Jangan dipersoalkan.
■1540
Seperti yang dikatakan oleh Tun Sambanthan, bahkan Yang Berhormat pernah dengar
apa yang diperkatakan oleh Tun Tan Cheng Lock, benda yang sama. Ahli-ahli Yang
Berhormat, saya memanglah perkara ini satu perkara yang cukup rumit, cukup sensitif. Akan
tetapi boleh tak kita fikir bersama, kalau kita betul-betul sayang negara kita ini, kita
menganggap diri kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang bernaung di bawah langit
Malaysia, bolehkah kita berjanji dan bersumpah, terutama apabila kita telah menjadi
pemimpin, kita ketepikan emosi, kita ketepikan sentimen-sentimen negatif, kita ketepikan
kebencian dan dendam. Saya masukkan perkataan kebencian dan dendam kerana kalau kita
lihat Tonggak Kedua Tuan Yang di-Pertua, memperkukuh pembangunan inklusif dan
kesejahteraan rakyat.
Kita secara- saya katakan tadi saya tidak hairan ekonomi kita walaupun saya tahu
pada hari ini banyak lagi Kerajaan PH tidak dapat merealisasikan janji-janji dan tidak dapat
DN 5.12.2018 74

memperbetulkan ekonomi seperti yang dijanjikan. Akan tetapi saya percaya dengan kekuatan
ekonomi secara menyeluruh negara kita ini, Insya-Allah ekonomi tidak ada hal. Kita akan tetap
menjadi sebuah negara yang kukuh dari segi ekonomi. Akan tetapi melalui tonggak ini juga
kerajaan harus melihat kepada perpaduan di dalam negara ini untuk kepentingan generasi
akan datang...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tiga minit lagi.
Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Berapa minit
lagi?
Tuan Yang di-Pertua: Tiga minit.
Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Alamak. Pada
hari ini ketegangan antara kaum yang saya katakan tadi kita terasa bahangnya. Saya
bimbang. Itu sebab terus terang saya katakan Tuan Yang di-Pertua, dua sesi yang lepas saya
telah mengatakan dengan tegas, kalau sekiranya kita tidak berwaspada dalam tempoh dua
tahun dari pilihan raya yang lepas, jika sekiranya tidak berwaspada, tidak berhati-hati, negara
ini akan menghadapi masalah yang cukup besar yang akan menimpa negara ini. Masalah ini
adalah berpunca dari dua aspek, satu masalah ekonomi dan satu lagi masalah politik dan
perpaduan.
Kita tidak mahu jelaskan ekonomi kerana masa pun pendek tetapi politik dan
perpaduan walaupun ekonominya baik, kita hebat segala-galanya tetapi perpaduan dan politik
gagal, negara kita akan gagal. Oleh kerana banyak negara di dunia ini juga merupakan negara
yang baik ekonominya sebelum itu tetapi hari ini hancur, hancur, hancur. Yang menderita
siapa? Adalah anak-anak kita, kanak-kanak dibunuh, orang perempuan, isteri dirogol.
Mungkin kita tidak perasan kerana negara kita hebat, kita tidak terfikir akan berlaku.
Akan tetapi ia telah berlaku kepada banyak negara. Saya bukan hendak memberi
amaran, tidak. At my age, macam saya katakan tadi, at Tun Mahathir’s age, our aim is to make
sure our country is going to be the best for the sake of our children. It doesn’t matter to me,
anak orang Cina, India, Melayu, anak saya. Saya pun pada hari ini banyak anak angkat Cina
yang sebenarnya. Sama, tidak ada beza pada saya sebab saya seorang bapa dan saya
seorang grandfather. That is why I can say it.
Maksudnya Ahli-ahli Yang Berhormat, kita pun kena sama. Ketepikan perasaan
dendam kerana dendam ini akan menghancurkan bukan sahaja ekonomi tetapi perpaduan di
kalangan kaum. Inilah masa yang terbaik pemimpin PH kerana inilah kali pertama saya
melihat representation kaum tidak melalui komposisi, population. Maksudnya, Yang
Berhormat adalah ramai walaupun mungkin komposisi orang India tak sampai seven percent
tetapi dari segi dalam kepimpinan, mereka besar.
DN 5.12.2018 75

Begitu juga orang Cina, this is the best time nak menunjukkan keikhlasan, bukan the
best time nak mengambil kesempatan, nak membalas dendam terhadap orang Melayu dan
Islam. Oleh kerana tidak ada sebab untuk Yang Berhormat-Yang Berhormat nak balas
dendam kat kita.
Saya kalau baca itu macam-macam. Tadi saya bagi dua contoh sahaja, tidak ada
sebab. Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat nak tengok apa benda pun, apa nak marah
apa bendanya? Dari segi rumah ibadat, saya ada untuk seluruh negara tetapi itu saya belum
mendapat secara sepenuhnya sama ada authentic ke tidak, yang ini authentic.
Di Kuala Lumpur, contohnya saya buka web tadi. Di Kuala Lumpur, orang Islam
774,000 iaitu 46.4 percent, masjid dan surau 277. Hindu 141,950 iaitu 8.5 percent, kuil yang
berdaftar sahaja, tidak termasuk yang tidak berdaftar, 204. No discrimination. Yang Berhormat
tengok seluruh Malaysia pun masjid lebih rendah daripada rumah ibadat kaum lain walaupun
dikatakan Islam agama rasmi, tak pernah kita complaint. So, sikit punya hal kita nak gaduh
apa hal? Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh tunjukkan bukti kita discriminate, kita
menganiaya, kita menzalimi, then Yang Berhormat have the right to get angry. Yang
Berhormat-Yang Berhormat lihat itu daripada segi agama.
Daripada segi status ekonomi...
Tuan Nga Hock Cheh: [Bangun]
Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Boleh saya
habiskan sedikit lagi.
Daripada segi status ekonomi, ini daripada Jabatan Statistik. Orang Melayu 70 peratus
makan gaji, orang Melayu hanya tiga peratus majikan, orang Melayu 75 peratus adalah bukan
pengurus dan profesional dan banyak lagilah sebab tidak ada masa. Tak payah pergi jauh,
yang selalu saya katakan Tun Dr. Mahathir semasa PM dulu pernah mengatakan di Kuala
Lumpur ini kalau orang Cina cabut semua bangunan di KL, tinggal dua tiga ketul saja
bangunan kepunyaan GLC. Bukan sahaja di KL, pergi Ipoh kah, Melaka kah, bahkan pergi
Terengganu, kalau orang Cina cabut semua bangunan, tak ada tinggal apa benda pun.
Hendak marah, hendak dendam kat kita ini apa hal? Mungkin betul tak betul tetapi
kalau ada, boleh tolong tak? Untuk kepentingan anak, cucu, cicit kita, don’t be emotional, tidak
ada sebab.
Dari sejarah dahulu kita begitu baik dengan kaum-kaum lain hinggalah hari ini kita,
walaupun minoriti tetapi sifat kita lebih menunjukkan kita minoriti dalam ekonomi, dalam
banyak hal. Saya ada statistik daripada segi bangunan-bangunan, premis-premis tiga tingkat,
dua tingkat, bangunan komersial, perumahan di seluruh negara, kita yang paling tercorot,
termasuklah kalau kita study daripada segi income, segi household income. Segala-galanya
DN 5.12.2018 76

kita cukup rendah. So, saya tidak nampak the top seven billionaire in the country tidak ada
seorang pun Melayu. Apa yang nak marah sangat? Sila Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, duduk-duduk, dah habis masa.
Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Alamak.
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat.
Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Tak boleh. Boleh
saya sikit, last lima minit?
Tuan Yang di-Pertua: Tak boleh, tak boleh. Yang Berhormat, dahlah, cukuplah.
Maybe you can celah later lah. Ini saya ingat semua orang pun kena ikut Perlembagaan.
Mana-mana pun dalam keluarga kita pun ada masalah tetapi keseluruhan masyarakat ini
memang ikut Perlembagaan. Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Silakan Yang Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin.

3.49 ptg.
Puan Asmak binti Husin: Bismillahi Rahmani Rahiim. Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh dan juga salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang untuk saya turut sama berbahas
dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-11. Bismillahi Rahmani Rahim.
Islam menuntut manusia untuk membangunkan hidupnya secara seimbang, serasi
dan selaras dengan dirinya sendiri, masyarakat, bahkan dengan alam seluruhnya. Inilah
konsep keseimbangan ekonomi yang dianjurkan Islam dan mencegah segala bentuk
monopoli dan pemusatan ekonomi pada satu individu atau kelompok tertentu sahaja.
■1550
Ia selaras dengan apa yang disebutkan dalam al-Quran, surah al-Hasyr, ayat yang
ketujuh, yang menyebutkan... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Iaitu konsep ekonomi ini
ialah supaya tidak berlegar-legar harta itu di kalangan orang yang kaya ataupun kelompok
tertentu sahaja. Itu sebenarnya adalah tujuan pengagihan ekonomi dan di Malaysia ini isu
pengagihan ekonomi, isu keseimbangan pembangunan ini, telah menjadi polemik sejak
beberapa rancangan Malaysia sebelum ini lagi dan saya dapat simpulkan bahawa kita masih
berkisar dalam empat perkara iaitu:
(i) pembangunan seimbang dan mampan;
(ii) pengagihan antara wilayah;
(iii) pengagihan antara kelas sosial;
(iv) hak sama rata dan;
(v) keistimewaan bumiputera.
DN 5.12.2018 77

Sebenarnya apakah yang menjadi punca kepada isu ini masih tidak dapat ditangani
dengan baik di Malaysia? Apakah faktor kegagalan RMK atau kurang berjaya dalam dasar
ekonomi yang lepas? Sekiranya empat perkara ini tidak diberikan fokus betul-betul, kita
bimbang pada masa akan datang akan berlaku seperti mana yang disebutkan oleh kedua
pembahas sebelum saya tadi. Jadi sangat penting kita perkukuhkan empat perkara ini untuk
menjamin perpaduan di Malaysia.
Sebagai agamawan juga, saya tidak melihat elemen agama dimasukkan dengan
secara bersungguh-sungguh dalam RMK ini sedangkan Rukun Negara Malaysia yang
pertama ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Bagi kami agama bukan untuk ibadah semata-
mata tetapi ia dasar kepada falsafah dan pembangunan diri manusia yang seimbang. Saya
sangat bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator- bos saya
sebelum ini di UiTM, bahawa Malaysia ini kita harus lihat dalam konteks Malaysia, begitu juga
dengan agama Islam. Hari ini kita melihat ada beberapa pihak yang cuba membawa konteks
agama Islam dilihat dari konteks luar dan bukan dari konteks Malaysia.
Contohnya, ada juga saya berdepan dengan ulama daripada luar yang mengkritik
kenapa di Malaysia ini kita masih tidak mengharamkan perkahwinan kanak-kanak.
Sebenarnya ia sudah di jawab oleh Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri bahawa
konsep perkahwinan kanak-kanak di Malaysia ini bukan dikaitkan dengan filodofia
sebagaimana yang berlaku di luar tetapi ada beberapa faktor yang menjadi asas kepada
kenapa tidak boleh dibunnedkan lagi, antaranya faktor kemiskinan, budaya dan juga mungkin
kerana perzinaan yang berlaku sebelum perkahwinan untuk mencegah perkara tersebut. Jadi
oleh sebab itu, cubaan-cubaan untuk membawa masuk falsafah dan pemikiran luar ini
sebenarnya boleh mengganggu keharmonian dan kesejahteraan yang ada di Malaysia.
Dalam Islam, zakat wakaf sedekah merupakan instrumen penting dalam pengagihan
dan keseimbangan ekonomi. Ia sudah tiba masanya kerajaan harus berfikir secara serius
bagaimana wakaf yang dahulunya sebelum penjajahan telah menjadi instrumen penting
dalam pembangunan negara berteraskan kebajikan rakyat dan kerajaan harus dikembalikan
dalam membangunkan keseimbangan ekonomi pada hari ini. Kita sudah ada permulaan dan
keterbukaan yang baik sekarang seperti kita ada wakaf pendidikan, kita ada wakaf kesihatan
tetapi masih di peringkat awal tetapi kerajaan harus memberi fokus, galakan dan insentif agar
produk ini berkembang dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Dalam masa yang sama, instrumen ini menggalakkan rakyat pihak swasta dan
kerajaan sama-sama membangunkan negara dan tidak hanya terbeban kepada kerajaan
semata-mata dan instrumen wakaf ini sebenarnya ia bukan terpakai untuk orang Islam
semata-mata tetapi ia terbuka untuk orang Islam dan bukan Islam. Seterusnya saya ingin
DN 5.12.2018 78

menyentuh beberapa perkara dalam tonggak yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat
Menteri sebelum ini.
Pertamanya adalah berkaitan dengan tonggak pertama, para 28, para ini-
paragraphlah, apa paragraph dalam Bahasa Melayu? Perenggan...
Tuan Yang di-Pertua: Perenggan.
Puan Asmak binti Husin: Ini terpengaruh dengan Yang Berhormat Nga, Perenggan
28, iaitu mengenai semangat federalism.
Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk mengukuhkan kembali semangat
federalism di Malaysia melalui pengukuhan dan penyelarasan hubungan antara Kerajaan
Persekutuan, negeri dan PBT.
Saya nampak beberapa keterbukaan sudah mula nampak dalam beberapa
kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Air, Tanah, Sumber Asli
yang mula mengadakan perundingan kerjasama dan program bersama dengan kerajaan
negeri khususnya Kerajaan Negeri Kelantan. Namun begitu saya tidak nafikan masih ada lagi
ruang besar yang perlu diperbaiki terutama berkaitan my setting pihak yang terlibat kerana
sebelum ini kita sudah terbiasa dengan centralize federalism. Jadi soalan saya ialah apakah
usaha kerajaan untuk memahamkan rakyat tentang konsep federalism di Malaysia?
Ini kerana rakyat masih keliru dengan sifat pemimpin sendiri terutamanya kita tengok
contoh suasana Dewan Rakyat dianggap sebagai realiti yang berlaku di luar,
Kedua, adakah sesuai sekiranya pembangkang di Malaysia ini kita tukar sebagai
‘rakan pemerintah’? Baru nampak check and balance. Sebelum ini kita panggil
“pembangkang”. Bila “pembangkang”, ini nampak macam saya datang sini membangkang,
sudahlah kita dua orang, nampak macam membangkang.
Selepas ini kita panggil ‘rakan pemerintah’ sebab kerja saya di sini juga adalah
membantu negara untuk lebih maju pada masa hadapan. Jadi apabila kita tukar kepada ‘rakan
pemerintah’ untuk mewujudkan suasana harmoni- check and balance dalam pentadbiran
negara.
Ketiga sejauh mana rakyat dan pemimpin parti politik atau pentadbir perkhidmatan di
Malaysia bersedia untuk membezakan pentadbiran dan politik. Ini kerana sepanjang
pemerhatian saya, kami ini sebagai ahli pembangkang, walaupun mempunyai latar belakang
profesionalisme. Sebelum ini saya sentiasa dipanggil sebagai pakar runding, oleh pihak
JAKIM dan JAIS tetapi selepas jadi Senator ini orang tidak berani hendak panggil.
Walhal, kita sebenarnya bertindak atas dasar profesionalisme, walaupun kita ini
sebenarnya daripada segi pentadbiran adalah rakan pemerintah, bukan pembangkang, ya.
DN 5.12.2018 79

Seterusnya, adakah kita benar-benar bersedia mengamalkan federalism di Malaysia


sedangkan majlis pengurusan komuniti kampung di negeri pembangkang diwajibkan ada
wakil kerajaan lima orang walaupun ia disebutkan berbeza pada awalnya. Saya juga bersetuju
agar Dewan Negara harus kekal sebagai Dewan muafakat dan menghormati kefahaman dan
falsafah yang dipegang oleh setiap Ahli Dewan. Tidak bersetuju bukan bermakna negatif
tetapi itu adalah amalan demokrasi yang mengiktiraf kebebasan bersuara. Hendak tukar
fahaman saya ini tidak boleh dah sebab daripada dahulu saya berfahaman begini. Masing-
masing sudah matang dengan pilihan masing-masing, yang penting kita di sini berkhidmat
kepada rakyat dengan cara halal dan diberkati.
Saya juga Tuan Yang di-Pertua, menyarankan agar media banyak membuat liputan di
Dewan Negara. Dewan Negara ini perlu kena ada skills marketing juga supaya rakyat biasa
melihat apa yang berlaku di Dewan Negara, dan Dewan Negara ini adalah contoh realiti politik
yang baik di Malaysia.
Seterusnya, saya ingin menyentuh pula tentang tonggak kedua iaitu pada perenggan
45 dan 46 berkaitan dengan Pelan Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-kanak di Malaysia. Isu
kesejahteraan kanak-kanak dan pemerkasaan belia adalah isu yang sangat penting kerana
mereka adalah pelapis masa hadapan. Hari ini mereka berdepan dengan pelbagai isu gejala
sosial yang berangkai seperti dadah, seks luar nikah, seks bebas, rokok, tidak minat sekolah,
ketagihan internet dan lain-lain sejak dari sekolah rendah. Macam-macam statistiklah yang
kita jumpa dalam Dewan, namun semakin hari ia bukan semakin berkurang tetapi semakin
berkembang dan menimpa bukan sahaja kepada satu kaum tetapi kepada semua kaum.
Sekarang, dadah bukan sahaja menjadi musibah kepada golongan belia tetapi pelajar
sekolah rendah turut mengambil dadah yang murah seperti air ketum. Air ketum ini harganya
dalam RM5, RM4, RM3 sahaja dan ia kadang-kadang ia dapat diperoleh dengan mudah oleh
kanak-kanak sekolah rendah.
Pada 1983, Jawatankuasa Kabinet Pencegahan Antidadah telah memberi
tanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan untuk melaksana Program Pendidikan,
Pencegahan Dadah (PPDA) dan sarana. Sarana ini ialah keterlibatan ibu bapa dan
masyarakat dalam program pencegahan ini, di sekolah rendah dan menengah. Malah
program pendidikan ini juga turut mengandungi program yang dinamakan sebagai rahsia.
Rahsia ini ialah satu program pendidikan pencegahan rokok, alkohol, dadah, seks
bebas, inhalan dan AIDS. Maknanya sejak dari tahun tersebut sudah banyak program
dilakukan untuk memastikan gejala sosial daripada sekolah itu dapat dibendung di Malaysia.
Namun begitu persoalannya, apakah keberkesanan program PPDA yang telah
dijalankan di sekolah rendah dan menengah sekarang? Adakah ia benar-benar difahami dan
DN 5.12.2018 80

dijalankan oleh pihak sekolah dan masyarakat sekitar, sebab saya dapati PIBG juga kurang
faham dengan program ini walaupun telah lama dah program ini dijalankan dan banyak juga
sekolah sebenarnya kurang kreatif dan hanya mengadakan dua atau tiga ceramah untuk
memenuhi KPI sedangkan ceramah ini sudah tidak sesuai dengan orang muda macam
diceritakan semalamlah.
Kedua, apakah perancangan kerajaan untuk membasmi ketagihan dadah sejak kecil
memandang kalau ikut perancangan yang asalnya adalah kita ingin mencapai sekolah bebas
dadah pada tahun 2012 dan negara bebas dadah tetapi 2015. Akan tetapi sekarang kita
sudah masuk ke 2018 dan statistik dadah semakin meningkat dan juga turut melibatkan
pelajar sekolah rendah.
■1600
Ketiga, apakah tindakan kerajaan untuk memastikan keberkesanan kewujudan
kaunselor di sekolah? Ini kerana kaunselor di sekolah sekarang tidak mampu menjalankan
tanggungjawab sebagai mana yang telah diamanahkan kerana mereka terikat dengan jadual
waktu dan pertindanan kerja yang pelbagai. Kalau di kawasan saya itu, pelajar-pelajar
memang mengadu yang mereka ini memang stres sebab guru kaunseling ini tidak ada di
dalam bilik. Mereka ini ada sesetengahnya sebab masalah mental, terbawa-bawa untuk kes
bunuh diri.
Seterusnya, adakah terdapat modul standard untuk merawat ketagihan rokok, air
ketum, seks dan lain-lain untuk sekolah rendah dan sekolah menengah? Ini sebab saya
difahamkan sebelum ini, di peringkat sekolah hanya ada program berbentuk pendidikan. Akan
tetapi, tidak ada modul bagaimana hendak mencegah dan merawat. Ini kerana, hasil daripada
temu bual saya yang dilakukan sekarang adalah program penerangan. Kalau melibatkan kes-
kes air ketum ini, biasanya kalau saya bercakap dengan pegawai perubatan, mereka kata
biarkanlah kepada ibu bapa untuk memantau kes tersebut.
Sedangkan ibu bapa ini dia tidak ada kemahiran bagaimana hendak mengawal anak-
anak yang sudah ketagihan air ketum. Daripada air ketum ini dia boleh membawa lagi kepada
perkara-perkara yang lain. Seterusnya, adakah program ini diteruskan untuk pelajar IPT
memandangkan pengedar dadah memang target untuk menghasilkan pusher ataupun
pengedar di setiap IPT, terutamanya IPTS yang mendapat himpunan anak orang berada.
Kebetulan masa ini, saya sedang handle kes kaunseling keluarga, di mana suami itu
dia terlibat dengan aktiviti pusher dan ini adalah perancangan dia, hendak masuk ke IPT-IPT
untuk mencari lebih ramai multilevel marketing, untuk memperbanyakkan aktiviti penjualan
dadah di kalangan pelajar-pelajar.
DN 5.12.2018 81

Seterusnya, mengenai pembasmian dadah di Kelantan pula, memandangkan kami


berada di sempadan, kalau ikut statistik saya pun tidak pasti statistik mana yang betul.
Kadang-kadang kami berada di tempat kelima, kadang-kadang kami berada di tempat kedua,
kadang-kadang ada yang kata kami berada di tempat pertama. Akan tetapi tidak kisahlah
statistik, yang paling penting kami merasakan ini adalah penyakit yang menggerunkan semua
pihak. Jadi, persoalan saya ialah sebelum ini kerana tiada semangat federalism yang mungkin
kurang, adakah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersedia bekerjasama dengan kerajaan
negeri ataupun ADUN setempat untuk menangani isu-isu ini?
Menteri Pelajaran memang sudah memberikan surat kebenaran tetapi pegawai
pentadbir ada lagi yang trauma untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri. Jadi macam
mana hendak selesai isu ini?
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Puan Asmak, sebentar.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, Yang Berhormat Senator, sambung.


Puan Asmak binti Husin: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah media
mainstream menyokong program seperti ini? Ini kerana kita lihat di sekolah, zina ini dicegah,
pergaulan bebas dicegah tetapi dalam media masa kadang-kadang ‘soft porn’ ataupun ‘porn
lembut’ saya pun tidak pasti istilahnya dalam Bahasa Melayu. Soft porn ini berleluasa dalam
media. Contohnya, kalau sebelum ini ada rakyat yang mengadu Lagu “Bobo di Mana” itu di
pasang di dalam YouTube dan tidak dibuanglah daripada YouTube, Lagu “Bobo di Mana” ini
sebahagian daripada soft porn yang dibuat secara kontroversilah sebelum ini.
Seterusnya, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan mula merancang untuk
menjalankan curfew atau perintah berkurung bagi remaja bawah umur 18 tahun pada waktu
malam sebagaimana yang telah diamalkan oleh kebanyakan negara maju seperti US, Iceland,
Australia, Jerman, Perancis dan yang paling dekat dengan kita ialah Thailand. Ini kerana
statistik menunjukkan kadar jenayah melibatkan remaja bawah umur dan ketagihan dadah
bawah umur ini yang paling tinggi adalah lingkungan 16 tahun sehingga 19 tahun dan berlaku
peningkatan setiap tahun. Keberkesanan perintah dapat dilihat di Iceland kerana hasil
daripada perintah berkurung tersebut menunjukkan kadar jenayah semakin berkurangan.
Mereka menjadi model remaja di negara Eropah.
Seterusnya, menyentuh pula tentang perenggan 53, isu perpaduan nasional dan
kesepaduan sosial. Perpaduan adalah keistimewaan dan keunikan Malaysia yang patut
dipertahankan oleh semua pihak. Asas kepada perpaduan adalah saling memahami,
DN 5.12.2018 82

menghormati, tidak berburuk sangka dan sanggup bekerjasama di antara satu sama lain.
Oleh itu, demi maksud tersebut sangat penting kita berkomunikasi dengan bahasa pengantar
yang sama. Ini seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Nga semalam.
Bahasa Melayu ini bukan sekadar bahasa rasmi ataupun simbol tetapi ia bahasa yang
boleh menyatupadukan masyarakat. Contohnya, apabila saya ke Kelantan, saya bercakap
dengan orang Cina, orang India dengan menggunakan bahasa yang sama. Macam dengan
Yang Berhormat, bila saya bercakap dengan bahasa yang sama bahasa itu ialah bahasa hati.
Contohnya, kalau dia kata “Saya kecil hati”, saya faham. “Kecil hati” maknanya dia
terasa hati dengan saya. Akan tetapi, saya pernah bercakap dengan orang yang kurang
berbahasa Melayu, dia datang jumpa saya dia kata “Yang Berhormat, saya kecil hati”. Saya
kata “Kenapa nak marah dekat saya kah? Dia kata “Tak!” Sebenarnya maksud saya “kecil
hati” itu, hati dia kena potong sikit. Oleh sebab dia ada sakit, kena operate.
Maknanya, bila Bahasa Melayu ini tidak digunakan sebagai bahasa komunikasi, jadi
bahasa itu tidak sampai ke hati. Itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan Bahasa Melayu
itu harus diangkat menjadi bahasa perpaduan di antara satu sama lain, sebagaimana yang
berlaku di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Di mana semua kaum bertutur dengan
bahasa yang sama dan mudah memahami di antara satu sama yang lain.
Saya juga ingin tegaskan, bahawa himpunan ICERD tidak ada sama sekali kaitan
dengan rusuhan di kuil. Malah, himpunan ini dibuat dengan perbincangan berkali-kali dengan
pihak berkuasa dan mendapat restu juga daripada pihak berkuasa. Secara helicopter view
atau melalui pandangan akademik, saya melihat apa yang berlaku mutakhir ini adalah reaksi
apabila ketidakseimbangan sosial berlaku. Ada yang mengatakan 153 ini adalah punca racist.
Perkara 153 ini adalah sebahagian unsur tradisi yang diserapkan ke dalam
Perlembagaan Malaysia. Unsur tradisinya ialah, Bahasa Kebangsaan, agama Islam sebagai
Agama Persekutuan, pemerintahan beraja dan keistimewaan bumiputera Sabah dan Sarawak
serta lain-lain. Seterusnya, saya ingin membawa kita supaya berfikir dengan lebih mendalam.
Sebenarnya, kalau kita mengambil 153 ini sebagai asas bahawa berlakunya diskriminasi dan
lain-lain, kita harus melihat secara lebih mendalam. Sebenarnya berapa banyak lagi
peratusan hak keistimewaan yang tinggal pada bumiputera?
Kita tengok Bahasa Melayu sudah berkompromi dengan bahasa Inggeris di universiti
dan pendidikan. Kuota juga sebenarnya sudah mula diserap unsur meritokrasi sedikit demi
sedikit, sejak daripada dulu. Tanah rizab orang Melayu dan orang bumiputera pun saya tidak
pasti ada berapa lagi sekarang? Isu tanah bumiputera- ah! Sudah tidak ada. Orang Asli?
Masih tidak selesai sehingga sekarang walaupun ada 153. Biasiswa? Walaupun ada kuota
DN 5.12.2018 83

biasiswa tetapi sebenarnya sudah semakin berkurangan. Apa yang banyaknya sekarang,
adalah PTPTN. Saya ini penerima pertama PTPTN.
Pendidikan MARA juga sudah mula dibuka sebanyak 10 percent. UiTM pun
sebenarnya bukan hak keistimewaan seperti dulu lagi. Pelajar UiTM tidak boleh meminjam
dengan MARA. Mereka hanya boleh buat pinjaman dengan selain daripada MARA. Tidak ada
lagi bantuan penuh untuk pelajar diploma seperti dahulu. Malah, INTEC di bawah UiTM, pusat
persediaan ke luar negara UiTM dulu khusus untuk bumiputera sekarang sudah dibuka
kepada semua kaum. Asalkan ada duit, apa sahaja boleh masuk ke situ.
Maknanya, ini menunjukkan bahawa toleransi telah berlaku sedikit demi sedikit. Saya
setuju kita harus mempunyai hak akses yang sama berasaskan keadilan tetapi dengan tidak
mengabaikan fakta sejarah dan falsafah negara untuk menghasilkan rakyat dan kerajaan
yang berdikari. Sekarang, walaupun ada satu 153, ketidakseimbangan sosial masih berlaku
sejak zaman merdeka, apatah lagi kalau tiada apa-apa peruntukan.
Adakah diskriminasi sekarang berlaku terhadap kaum minoriti? Itu juga satu persoalan
disebabkan oleh tindakan affirmative 153. Oleh sebab kalau di Kelantan ini, patung yang
dibuat oleh Siam ini, yang berdiri ada, yang duduk ada, yang congkah ada yang- keluar sudah
bahasa tu. Yang menyenggeng pun ada. Semua jenis ada. Walaupun orang Siam ini tidak
sampai 10 peratus pun di Kelantan.
Kami orang Kelantan kalau pergi ke Tumpat, kami biasa tengok khinzir yang besar-
besar tidak sama dengan khinzir yang ada di Sarawak. Khinzir Sarawak saya tengok kecil-
kecil, kan? Akan tetapi, kalau di sana, khinzir besar-besar dan sudah biasa. Apa yang saya
hairan, khinzir di sana ini, dia kenal pula mana rumah Melayu dan bukan Melayu. Hendak
cerita betapa asimilasi itu telah berlaku. Maknanya, adakah ini menandakan yang ada
diskriminasi berlaku terhadap kaum minoriti? Adakah disebabkan tindakan affirmative
ataupun faktor lain? Kalau ada faktor lain, mohon diselesaikan punca tersebut dahulu sebelum
kita ubah apa-apa yang ada dalam Perlembagaan Malaysia.
Oleh itu, mencari escapism dengan membawa maksud falsafah daripada luar
Malaysia tanpa penelitian terlebih dahulu tidak akan membaiki keadaan sedia ada yang ada
di Malaysia lah. Isu dasar pecah dan perintah yang telah membahagikan kaum berdasarkan
pekerjaan dan tempat.
■1610
Ini patut tangani agar ada ruang dan peluang untuk saling bergaul antara satu sama
lain. Malah sekarang kalau kita tengok isu pergaulan ini bukan saja tidak berlaku di antara
kaum, Melayu, Cina dan India tetapi isu pergaulan ini juga tidak berlaku sesama kaum. Jiran
tidak kenal jiran, malah adik-beradik pun kadang jarang berjumpa di antara satu sama lain.
DN 5.12.2018 84

Jadi isu ini sebenarnya yang kita perlu tangani untuk membentuk perpaduan yang benar-
benar berlaku di Malaysia. Oleh itu marilah kita bergerak sebagai sebuah bangsa dengan
menghormati prinsip Perlembagaan yang ada.
Seterusnya saya hendak menyentuh pula tentang tonggak ketiga iaitu perenggan 58
berkaitan dengan agenda wilayah seimbang. Kalau isu ini adalah isu yang sesetengah orang
kata luka lama berdarah kembali. Akan tetapi saya bagi kita di Kelantan lah, ia luka yang
sentiasa berdarah. Rasanya setiap kali sidang inilah ratib kami daripada Kelantan, Sabah dan
Sarawak dan sekarang saya dengar pun macam Kedah pun dah mula join kem kami iaitu
memohon supaya berlaku keseimbangan pembangunan antara wilayah. Saya harapkan pada
RMK kali ini ia boleh dilaksanakan dengan jayanya. Soalan saya, ini soalan yang wajiblah.
Bila hendak mula bayar royalti? Adakah hendak bayar semua kah? Sikit-sikit kah? Bagi
harapan sikit tidak apa lah kan.
Kedua, adakah akan wujud pihak ketiga di antara kerajaan negeri dan Pusat. Oleh
sebab- kalau kita orang perempuan ini ada pihak ketiga, kita marah sungguh, tidak boleh
dengar pihak ketiga ini. Jadi kalau boleh, jangan ada pihak ketiga. Direct-lah berbincang
dengan kerajaan negeri.
Ketiga, apakah dan berapakah projek yang sepatutnya dibuat di Kelantan dalam
RMK-11 yang telah ditangguhkan ke RMK-12? Contohnya macam isu tebatan banjir yang
diangkat oleh Yang Berhormat Datuk Akhnan sebelum ini iaitu banjir yang sering yang berlaku
di kawasan sempadan Thailand. Sebenarnya, sepatutnya dalam RMK ini kali ini kita sudah
mula membina tebatan banjir.
Akan tetapi oleh kerana ditangguhkan, maka Thailand telah membina dahulu tebatan
banjir dan tebatan banjir dia tinggi. Apabila berlaku air deras, maka air akan banyak masuk
ke kawasan di Kelantan. Jadi hendak tidak hendak, kalau berlaku air deras, memang akan
berlaku banjir dan ikut laporan bomba, kemungkinan akan ada rumah hanyutlah. Oleh sebab
itu saya lihat isu ini harus diteliti dan saya mohonlah senaraikan apakah projek yang telah
ditangguhkan di Kelantan dalam RMK-11 dan akan diangkat dalam RMK-12.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang tonggak keempat iaitu terakhir. Tonggak ini
berbicara tentang membangunkan manusia. Nampaknya tonggak ini bercakap tentang
membangunkan manusia dalam konteks yang sempit iaitu menghasilkan pekerja yang bagus.
Isu utama modal insan di Malaysia sekarang ialah modal manusia itu ada tetapi modal yang
bersifat insan itu kurang. Kita ada masalah guru, masalah pekerja, masalah pengasuh, doktor,
ustaz, pemimpin tidak berkualiti dan tidak beretika, memang menjadi mainan bibir kitalah. Di
manakah peranan agama dalam tonggak ke empat ini? Sedangkan membina manusia bukan
DN 5.12.2018 85

macam membina bangunan. Memang kena ada formula agama kerana hanya pencipta yang
kenal makhluknya dan mempunyai formula yang mampan.
Akhir sekali saya hendak fokus tentang perenggan 71 tonggak keempat iaitu
penumpuan terhadap Sains, Teknologi dan Matematik (STEM). Pertama, saya mendapat
makluman pelajar bidang Sains dan Teknologi semakin berkurangan dan menurun setiap
tahun di Malaysia.
Sekarang banyak tempat, hampir semua program di universiti ini menawarkan
sebahagian besar program berasaskan STEM tetapi pelajar semakin berkurangan. Apakah
punca dan apakah tindakan kerajaan untuk menghadapi isu ini? Pada 2010 kita dapati Aliran
Sains dan sastera nisbahnya 48:52. Pada tahun 2014, ia berkurangan menjadi 29 peratus
sahaja daripada keseluruhan Tingkatan 5. Pada 2015 ia menurun lagi menjadi 21 peratus
daripada keseluruhan pelajar Tingkatan 5. Statistik terbaru menunjukkan pelajar Aliran Sains
di seluruh Malaysia hanyalah 18 peratus dan 20 peratus yang berada di Tingkatan 5 dan tidak
tentu lagi mereka ini akan masuk ke Aliran Sains.
Jadi sebenarnya adakah tonggak ini mengambil kira pengurangan yang berlaku setiap
tahun? Apabila saya membuat temu bual dengan lapangan, antara puncanya ialah kerana
pelajar yang kita hasilkan sekarang di sekolah ini lebih banyak bersifat spoon feed dan mereka
susah hendak terima kesusahan menyebabkan mereka ini lebih rela tidak masuk aliran sains
kerana dianggap susah. Jadi macam mana hendak jadi negara maju pada masa akan
datanglah. Mereka lebih suka santai, subjek santai yang pada pandangan mereka lebih
mudah untuk mereka berjaya pada masa depan.
Kewujudan sekolah kluster juga tidak menggalakkan pelajar selain yang benar-benar
dianggap cerdik, ambil aliran sains. Ada juga saya dapat makluman pentadbir yang tidak
menggalakkan pelajar ambil aliran sains untuk jaga peratusan sekolah kluster yang boleh
mendapat imbuhan daripada kementerian sekiranya mereka mencapai peratusan tertentu.
Yang terbaru ialah di Fakulti Engineering, UKM, mereka telah membuat saringan ujian
Add Maths yang simple terhadap pelajar-pelajar di UKM yang masuk ke UKM dan didapati 70
peratus daripada mereka gagal walaupun keputusan SPM mereka sebelum itu adalah baik.
Biasanya pelajar aliran sains ini dia cream of the cream Jadi kalau pelajar cream of the cream
pun kita hadapi masalah macam ini, apa lagi pelajar-pelajar yang lain. Kesimpulannya ada
dua perkaralah kalau kita hendak capai dalam tonggak ini yang perlu kita fikirkan secara
bersama iaitu pertama isu kualiti pelajar. Kedua isu kuantiti pelajar yang semakin berkurangan
setiap tahun.
Kedua saya juga ingin bangkitkan bagaimana pula keseimbangan bidang antara
STEM dan Sains Sosial sebab hari ini kecenderungan terhadap ilmu falsafah agak tinggi. Ada
DN 5.12.2018 86

di antara mereka suka membaca aliran falsafah tapi tidak mampu menilai dalam konteks
Malaysia. Tanpa falsafah yang jelas, bagaimana proses pembangunan negara dan minda
akan berkembang di Malaysia. Apa tah lagi hari ini pelajar Islam di Malaysia tidak mendapat
pendedahan falsafah Islam yang jelas. Kenapakah tidak di seimbangkan pembahagian
biasiswa, insentif, pembinaan kepakaran dalam kedua-dua bidang? Kenapa mesti fokus
dalam STEM sahaja sedangkan kedua-duanya sangat perlu untuk pembangunan Malaysia.
Sekian sahaja pembentangan saya pada hari ini. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan.

4.17 ptg.
Puan Siti Fatimah binti Yahaya: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut
serta dalam membahaskan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Yang Kesebelas,
atau KSP RMK-11. Sesungguhnya KSP RMK-11 ini merupakan penyataan dasar penting
pertama yang di bentang di Parlimen oleh kerajaan Pakatan Harapan semenjak mengambil
alih pentadbiran negara. Ia menjadi satu indikator yang mustahak untuk diteliti, dikaji dan
dinilai apakah kerajaan yang baharu ini serius untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan negara yang diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional.
Lebih-lebih lagi pada penghujung RMK-11 ini nanti kita akan memasuki tahun 2020 di
mana Malaysia pernah menyasarkan untuk mencapai taraf negara maju mengikut acuan
sendiri seperti mana yang telah dizahirkan oleh Perdana Menteri yang keempat melalui
Wawasan 2020 suatu ketika dahulu. Tempoh dua tahun memperbaiki dalam Rancangan
Malaysia Ke-11 ini menjadi kritikal untuk menentukan sama ada tercapai atau tidak Wawasan
2020.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri kerana dalam ucapan ketika membentang Rancangan Malaysia
Ke-11 ini, beliau telah mengakui bahawa kerajaan Barisan Nasional telah berjaya memacu
pertumbuhan ekonomi negara dengan agak baik dalam tempoh dua tahun pertama RMK-11.
Memetik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dalam perenggan
kesebelas, “Dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan 2016 hingga 2017, KDNK negara
■1620
Seterusnya, dalam perenggan ke-12 beliau menambah, pendapatan negara kasar per
kapita pada harga semasa pula meningkat pada kadar purata 6.7 peratus. Pada perenggan
DN 5.12.2018 87

yang ke-13, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengakui bahawa pertumbuhan ini
secara umumnya diterima di antara yang terbaik di rantau ini. Saya sekali lagi ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas
pengakuan beliau yang jujur itu. Tidak juga lupa saya ingin merakamkan tahniah kepada
mantan Perdana Menteri yang keenam yang telah berjaya menjadikan dua tahun pertama
RMKe-11 satu kejayaan di bawah kepimpinan beliau, tahniah Yang Berhormat Ahli Parlimen
Pekan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil daripada negeri Pahang, negeri di Pantai Timur
Semenanjung yang kita sedia maklum kini ketiga-tiga negeri ini diterajui oleh parti-parti
pembangkang. Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan
kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas komitmen
yang dizahirkan untuk meneruskan pelaksanaan jajaran Central Spine Road dan Lebuhraya
Kota Baharu-Kuala Krai seperti mana yang dinyatakan dalam keutamaan.
Ketiga, Tonggak Keenam KSP RMKe-11 ini, sayugia diingatkan projek Central Spine
Road ini yang dimulakan oleh Perdana Menteri yang keenam merupakan lebuh raya moden
empat lorong tanpa tol. Maka, besarlah harapan kami seluruh warga negeri-negeri Pantai
Timur agar ia kekal sebagai mana di bawah pentadbiran Pakatan Harapan hari ini. Tuan Yang
di-Pertua, saya juga menyambut baik enam tonggak utama KSP Rancangan Malaysia ke-11
yang digariskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Jaminan beliau dalam tonggak yang pertama, keutamaan pertama untuk menambah
baik tadbir urus pada semua peringkat wajar disokong oleh semua pihak. Terutama apabila
beliau menyatakan bahawa hubungan antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan
kerajaan tempatan akan ditambah baik dengan mengembalikan semula semangat
patriotisme.
Demikian juga tonggak ketiga pelaksanaan KSP RMKe-11 jelas menyatakan bahawa
kerajaan ingin menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang. Justeru, kami di negeri-
negeri Pantai Timur Semenanjung menyandarkan harapan yang tinggi agar Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri mengotakan janji-janji ini dan memberi layanan yang sewajarnya
kepada kami sungguh pun kami di bawah pentadbiran parti pembangkang. Inisiatif dan
program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu yang memberi faedah dan manfaat
kepada rakyat tidak seharusnya diberhentikan.
Sebagai contoh, langkah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menutup Klinik
1Malaysia ataupun kini dikenali sebagai Klinik Komuniti di Kuala Lipis adalah amat tidak wajar.
Apakah rakyat di Kuala Lipis tidak layak untuk mendapat akses kepada perkhidmatan
DN 5.12.2018 88

kesihatan yang murah dan berkualiti semata-mata kerana kami diwakili oleh parti
pembangkang?
Demikian juga saya ingin merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan
juga Yang Berhormat Menteri Pendidikan agar mengimbangkan semula untuk menutup Kolej
Komuniti Kuala Lipis.
Untuk makluman, Kolej Komuniti Kuala Lipis ini memfokuskan kursus-kursus yang
ditawarkan dalam bidang pelancongan dan pengembaraan. Walaupun kursus ini tidak begitu
mendapat sambutan, fenomena ini tidak saja berlaku di Kolej Komuniti Kuala Lipis tetapi juga
turut berlaku di kolej-kolej komuniti lain yang menawarkan kursus yang serupa.
Walau bagaimanapun, kursus-kursus pendek yang ditawarkan sentiasa mendapat
sambutan yang memberangsangkan, malahan melebihi KPI yang ditetapkan iaitu 1,000
peserta untuk setahun. Di Kolej Komuniti Lipis, jumlah peserta untuk mengikuti kursus-kursus
pendek, contohnya pembuatan kek dan roti mencecah sehingga 2,000 orang peserta setahun.
Saya merayu agar kolej ini dikekalkan dan tidak ditutup. Sebaliknya, fokus kolej ini sewajarnya
ditukar daripada menawarkan kursus di bidang pelancongan dan pengembaraan kepada
kursus di bidang kulinari yang ternyata mendapat lebih sambutan dan memberi manfaat
kepada komuniti setempat.
Langkah ini amat selari dengan apa yang dihasratkan oleh pihak kerajaan sendiri
dalam KSP RMKe-11 ini menerusi tonggak ketiga keutamaan yang kedua, di mana Perdana
Menteri sendiri menyatakan dalam ucapan, aktiviti ekonomi setempat di luar bandar akan
ditingkatkan untuk menjana pendapatan dan memajukan peluang pekerjaan serta
perniagaan.
Apakah 2,000 orang peserta yang menyertai kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti
Kuala Lipis ini dapat dikategorikan sebagai rakyat yang pemalas dan sentiasa mengharapkan
dedak ataupun bantuan daripada pihak kerajaan? Kursus dalam bidang kulinari akan memberi
peluang, khususnya kepada anak-anak muda dan kaum wanita untuk menjana pendapatan
sendiri dan meningkatkan taraf ekonomi masing-masing. Besarlah harapan saya agar perkara
ini dapat dipertimbangkan dan diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan.
Akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-
Pertua atas peluang yang diberi kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan kali ini.
Dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh.
Timbalan Yang di-Pertua: Wa’alaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat
Senator Puan Siti Fatimah binti Yahya, terima kasih banyak.
DN 5.12.2018 89

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi Krishnan,


dipersilakan. Ada?

4.27 ptg.
Puan Bathmavathi Krishnan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi
saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada bulan Oktober dan di Dewan Negara oleh Menteri
Ekonomi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus membuat rujukan kepada tonggak yang kedua sebab
hanya di bawah tonggak yang kedualah ada disebut mengenai Orang Kurang Upaya. Saya
mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menyemak semula dasar dan perundangan yang
berkaitan dengan Orang Kurang Upaya dan juga menggalakkan persekitaran penuaan yang
aktif bagi warga emas yang akan dilaksanakan nanti. Ada beberapa perkara yang ingin saya
sentuh, yang saya harap dapat perhatian kerajaan dalam usaha menyemak semula dasar
bagi OKU.
Pertama adalah mengenai pekerjaan. Seperti mana saya bawa sesi-sesi yang lepas,
peruntukan satu peratus dalam perkhidmatan awam masih lagi belum dicapai. Setahu saya,
ada satu usaha yang dijalankan oleh kerajaan di mana ada usaha bersama antara Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk
mewujudkan satu garis panduan pemadanan pekerjaan untuk membolehkan agensi-agensi
kerajaan mengambil Orang Kurang Upaya bekerja di beberapa kementerian. Saya ingin
bertanya kepada kerajaan, apakah status perkembangan usaha ini?
■1630
Usaha ini telah bermula dua tahun dahulu dengan juga melibatkan penyertaan wakil-
wakil dari NGO untuk memberi input. Jadi baru-baru ini, dalam jawapan pihak kementerian
dalam sidang Dewan Rakyat, kementerian menyatakan wujud beberapa cabaran untuk
memadankan pekerja OKU berbeza kategori dengan pekerjaan tertentu. Saya ingin tahu
apakah kekangan-kekangan yang dihadapi dalam pemadanan ini. Adakah ia berdasarkan
halangan-halangan fizikal ataupun halangan sikap dari pihak majikan iaitu pihak kerajaan
yang enggan mengambil Orang Kurang Upaya bekerja di kementerian-kementerian?
Berkenaan dengan pencari kerja di antara Orang Kurang Upaya. Saya dapati bahawa
ada ramai graduan OKU penglihatan yang menganggur. Amatlah susah untuk mereka
mendapatkan pekerjaan atau jawatan di sektor kerajaan. Saya rasa mungkin ada beberapa
sebab. Jadi kita harus mengkaji secara mendalam apakah halangan-halangan yang
DN 5.12.2018 90

sebenarnya yang dihadapi oleh mereka ataupun apa yang kerajaan hadapi dalam mengambil
mereka untuk bekerja dalam perkhidmatan awam.
Saya akan beri satu contoh. Di India, pada tahun 2015, ada seorang graduan wanita
OKU penglihatan yang berumur 25 tahun yang ia 100 peratus buta dan dia telah berjaya
dilantik sebagai pegawai kerajaan di bawah Indian Foreign Service (IFS) di India. Dia dapat
memasuki IFS itu selepas menduduki dan lulus peperiksaan kerajaan. Ini adalah suatu
pencapaian yang mengagumkan dan di sana, bekas ahli-ahli diplomat di negara India sendiri
memuji kerajaan kerana keterbukaan kerajaan untuk menerima Orang Kurang Upaya
Penglihatan itu untuk diserapkan dalam IFS.
Pada tahun 2017, beliau telah dilantik sebagai diplomat ke Paris dan ini amatlah
bermakna sebab di Parislah lahirnya konsep perkhidmatan diplomatik. Di sana, Kerajaan
Paris juga turut teruja dengan pencapaian wanita ini. Selepas itu, negara Perancis juga turut
teruja sehingga mereka sendiri sedang berikhtiar memberi peluang kepada OKU-OKU
penglihatan di negara sendiri untuk bekerja dengan kementerian luar di sana. Wanita ini yang
bernama Beno Zephine di samping menggunakan Braille untuk membuat kajian dan juga
semasa menuntut di universiti, dia juga menggunakan satu perisian komputer iaitu Job Access
with Speech (JAWS) untuk mengakses komputer.
Jadi apabila kita bandingkan apa yang berlaku di India dan apa yang ada di sini,
sebenarnya tidak ada banyak beza antara India dan Malaysia dari segi persediaan, prasarana
dan juga akses kepada komputer. Di sini juga ramai graduan familiar. Mereka pakai JAWS
untuk akses komputer dan untuk menjalankan kajian mereka. Saya rasa mengapa peluang
tidak diberikan kepada OKU penglihatan di negara kita ini.
Saya dapat tahu dalam sektor perguruan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam
beberapa tahun ini telah menemu duga 22 orang OKU penglihatan tetapi hanya lima orang
dapat tawaran untuk menjadi guru. Saya nak tanya pihak SPP, mengapakah seorang graduan
yang boleh menjadi graduan selepas empat tahun belajar di universiti dan tidak diterima untuk
jadi guru? Apa sebabnya yang lain tidak berjaya itu? Apakah sebab-sebabnya? Saya nak
butiran terperinci dari pihak SPP.
Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas yang juga saya telah di bawa pada sesi
yang lalu, 16,000 jawatan awam telah disediakan untuk diisi oleh Orang Kurang Upaya tetapi
hanya lebih 4,000 lebih setakat ini yang diisikan.
Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan sama ada kerajaan berhasrat untuk
mengambil pekerja OKU dalam sektor awam pada tahun 2019? Jika ya, berapakah jumlah
yang disasarkan? Ada juga satu cadangan yang saya ingin utarakan. Apa kata kalau kerajaan
boleh menimbangkan pendekatan penyerapan langsung para graduan dari kalangan OKU
DN 5.12.2018 91

secara kluster dan diambil sebagai trainee dalam sektor awam untuk bekerja di beberapa
kementerian dan berdasarkan keupayaan mereka apabila mereka lulus, mereka boleh
menjalankan tugas seperti juga Beno Zephine di India. Mereka boleh diserap sebagai pekerja
tetap. Ini saranan saya. Saya nak minta pandangan kerajaan.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga
telah menyatakan dan juga beliau menggesa kementerian-kementerian lain untuk memenuhi
dasar kuota satu percent penempatan tetapi siapa yang memantau sama ada jawatan-
jawatan kosong yang wujud di beberapa kementerian itu diisi oleh OKU atau tidak. Jadi kita
kena adakan suatu pendekatan yang lebih proaktif dan efektif kalau kita nak capai satu
peratus itu.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir sekarang
sebab beliaulah yang telah memperkenalkan kuota satu peratus itu pada tahun 1988 dahulu.
Pada masa itu sampailah sekarang, masih belum diisi. So saya menggesa Perdana Menteri
untuk membuat suatu kenyataan dan suatu saranan, satu seruan kepada kementerian-
kementerian untuk mematuhi dan membuka peluang kepada OKU untuk diserap dalam
perkhidmatan awam.
Satu lagi aspek saya ingin sentuh ialah berkenaan dengan pendidikan. Saya nak
bertanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berapakah
jumlah taska OKU setakat ini yang telah diwujudkan dan apakah rancangan di masa hadapan
sehingga tahun 2020 untuk mewujudkan taska di seluruh negara. Pada masa yang sama,
adakah guru-guru yang akan berkhidmat di taska ini diberi latihan khusus bagaimana hendak
menjaga dan membimbing kanak-kanak Orang Kurang Upaya di taska-taska sebelum mereka
masuk ke sekolah rendah.
■1640
Di bawah Pelan Tindakan OKU, ada juga disebut pendidikan di rumah untuk OKU dan
ini adalah untuk anak-anak kurang upaya yang menghidap penyakit kronik yang terpaksa
menjalani pembelajaran di rumah ataupun, dengan izin, dalam bahasa Inggeris dipanggil
homeschooling. Apakah tahap pencapaian ini? Siapakah yang memantau sama ada
homeschooling ini dijalankan oleh pihak kerajaan ataupun pihak NGO? Saya juga ingin
menanyakan apakah bentuk kemudahan dan perkhidmatan serta skim bantuan yang
disediakan khusus untuk kumpulan kanak-kanak yang terpaksa menjalani homeschooling ini?
Baru-baru ini Menteri Pendidikan juga telah menyebutkan bahawa Zero Reject Policy
akan mula dilaksanakan tahun depan iaitu 2019. Jadi kita ada hanya beberapa minggu sahaja
sebelum ia dilaksanakan. Saya hendak tanya pihak Kementerian Pendidikan dan kerajaan
sama ada, adakah sekolah-sekolah dalam keadaan bersiap sedia untuk menerima kanak-
DN 5.12.2018 92

kanak OKU ini? Adakah guru-guru yang terlatih dalam bidang pendidikan khas diletakkan di
sekolah-sekolah di mana kanak-kanak ini akan masuk? Begitu juga pengetua-pengetua,
selalunya pengetua-pengetua yang reject, yang buat keputusan untuk reject pada masa-masa
kebelakangan inilah. Jadi adakah mereka juga bersedia, mereka ada prasarana dan guru-
guru yang terlatih, tempat dan juga kemudahan-kemudahan yang tertentu, sesuai bagi kanak-
kanak OKU ini?
Berkaitan dengan ini, saya juga difahamkan bahawa bagi kanak-kanak yang
mengalami masalah pembelajaran yang memerlukan perkhidmatan sokongan, beberapa
langkah telah diambil oleh kerajaan dahulu dengan menghantar pelajar-pelajar cemerlang
lepas SPM yang mendapat straight A, mereka seramai 28 orang dihantar ke luar negara, ke
negara seperti UK dan juga Australia untuk menjalani kursus audiology, speech pathology
dan sebagainya supaya mereka boleh memberi perkhidmatan sokongan kepada kanak-kanak
yang memerlukan, kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah.
Saya difahamkan bahawa di setiap negeri dua guru khas ini telah ditempatkan, di 13
buah negeri. Saya difahamkan untuk Negeri Sembilan sebab masalah teknikal, mereka tidak
dapat ditempatkan di sana dan mereka kini berkhidmat di Putrajaya. Jadi hanya 28 specialist
ini tidak cukup untuk memenuhi keperluan kanak-kanak OKU yang ada di sekolah. Jadi saya
minta kerajaan supaya projek untuk memberi biasiswa kepada SPM holder yang cemerlang
dilanjutkan supaya lebih ramai dapat latihan dan dapat beri perkhidmatan yang diperlukan
dan ditempatkan di pusat perkhidmatan pendidikan khas.
Satu lagi yang saya ingin sentuh ialah berkenaan dengan penyelidikan. Saya rasa
sebelum perubahan dasar ataupun kajian semula dasar bagi OKU boleh dilakukan, kita harus
menjalankan penyelidikan. Jadi saya cadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan
penubuhan suatu institut penyelidikan berkaitan OKU yang berdiri sendiri dengan kumpulan
OKU sendiri sebagai sumber manusia utama di institut penyelidikan tersebut. Ini juga dapat
memberi peluang pekerjaan kepada OKU.
Di bawah janji nombor 51 manifesto Kerajaan Pakatan Harapan, ada disebut bahawa
suatu pusat kajian dasar OKU akan ditubuhkan di ISM atau Institut Sosial Malaysia. Saya
hendak tanya apakah status perkembangannya sehingga sekarang. Satu lagi topik yang ingin
saya sentuh ialah berkenaan dengan Akta Orang Kurang Upaya. Ia juga disebutkan di bawah
Tonggak Kedua di dalam Kajian Separuh Penggal ini bahawa penyemakan semula akan
dibuat pada perundangan juga.
Jadi saya hendak minta pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat dan juga kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke
atas undang-undang, apakah pihak kerajaan mempunyai rancangan untuk menyelaras
DN 5.12.2018 93

perkara-perkara penting yang terkandung dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 itu yang
juga melibatkan pindaan atau pengubahsuaian akta-akta lain. Saya mohon perincian diberi,
apakah aspek-aspek yang akan diberi perhatian.
Baru-baru ini di Persidangan Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Singapura,
terdapat suatu dokumen yang telah ditandatangani oleh negara-negara ASEAN iaitu ASEAN
Enabling Masterplan 2025: Mainstreaming the Rights of Persons with Disabilities. Saya
hendak tanya kepada Kementerian Luar Negeri dan juga Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh pihak kerajaan
bagi merealisasikan masterplan ini?
Setakat itu sahaja perbahasan saya bagi sesi ini. Dengan ini saya menyokong Kajian
Separuh Penggal yang dibentangkan itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi
Krishnan, terima kasih sekali lagi ya.
Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Md. Nasir bin Hashim.

4.48 ptg.
Tuan Md. Nasir bin Hashim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan, khasnya
kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang telah berjaya menyiapkan Kajian Separuh
Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Satu kajian pembangunan yang holistik bagi
meningkatkan kuasa beli rakyat untuk nikmat semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan
juga merapatkan jurang antara yang miskin dan yang kaya. Dalam pembentangan oleh
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, beliau ada membentangkan kajian pembangunan yang dinikmati
oleh semua rakyat di mana saja mereka berada.
■ 1650
Oleh itu, jurang ekonomi antara wilayah akan ditangani dengan saksama, Tuan Yang
di-Pertua. Saya bersetuju dengan pihak kerajaan yang akan membawa pembangunan ke
wilayah-wilayah yang kurang maju ketika ini bagi mencapai pembangunan yang lebih setara.
Saya berharap pihak kerajaan tidak melupakan daerah Mersing,di sebelah timur Johor.
Daerah Mersing masih lagi tertinggal dari segi prasarana pembangunan dan juga
peluang-peluang ekonomi, dengan penduduknya yang lebih kurang 40 peratus terdiri
daripada peneroka-peneroka Felda yang tinggal di gugusan Felda Tenggaroh, Felda Nita
Satu, dan Dua, serta Felda Endau dan juga di pulau-pulau seperti Pulau Rawa, Pulau Aur,
Pulau Sibu dan lain-lain, dan juga kawasan-kawasan perkampungan Orang Asli seperti
DN 5.12.2018 94

Kampung Peta, Kampung Punan, Kampung Lambung dan juga di Tanah Abang. Ketika ini
apabila harga kelapa sawit jatuh merudum menjadikan penduduk-penduduk Mersing merasai
kesempitan hidup.
Sebahagian penduduk Mersing pula bergantung kepada pelancongan. Mersing
merupakan salah satu terminal ke Pulau Tioman dan pulau-pulau lain. Akan tetapi apabila air
di muara Sungai Mersing surut, feri-feri yang membawa pelancong tidak boleh keluar dan
masuk kerana muaranya terlalu cetak. Walaupun setiap dua tahun pihak Jabatan Pengairan
dan Saliran akan mengeluarkan tender bagi mendalamkan muara Sungai Mersing tetapi ia
tidak kekal lama, kerana pasir akan datang semula ke muara Sungai Mersing.
Setiap kali korek pihak kerajaan akan membelanjakan lebih kurang RM8 juta. Ini
sangat merugikan kerana tidak dapat menyelesaikan masalah. Oleh itu saya memohon
kepada pihak kerajaan supaya melantik perunding untuk membuat kajian bagi mendalamkan
Sungai Mersing dan seterusnya membina breakwater untuk menghalang pasir dari
menghampiri ke muara Sungai Mersing.
Tuan Yang di-Pertua, pelancongan adalah salah satu sumber kehidupan untuk
penduduk-penduduk Mersing. Oleh itu untuk datang ke Mersing ini memang agak sukar
kerana jalan yang menuju ke Mersing terutamanya daripada Johor Bahru dan juga daripada
Kota Tinggi adalah berliku-liku dan sempit. Oleh itu saya memohon kepada pihak kerajaan
supaya jalan menghala ke Mersing daripada Kota Tinggi ini perlu dilebarkan dan ditegakkan,
bagi memudahkan pelancong tempatan pergi berehat di Mersing.
Jambatan merentasi Sungai Mersing juga perlu dilebarkan. Untuk menarik pelancong
ke Mersing terus dari luar negara, saya mohon agar sebuah lapangan terbang perlu dibina di
Mersing supaya pelancong-pelancong dari Singapura, Batam, Indonesia boleh terus ke
Mersing. Saya berharap pihak kerajaan akan terus membawa pembangunan ke Mersing
supaya orang-orang Mersing mendapat limpahan melalui pembangunan berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, fasaliti kesihatan di Mersing adalah juga yang perlu diberi
perhatian. Ini kerana Hospital Mersing hanya melakukan pembedahan seminggu sekali
sahaja. Jika ada emergency, pesakit akan di bawa ke Hospital Sultanah Aminah atau Hospital
Sultan Ismail di Johor Baru, atau kalau yang ringan sedikit di bawah ke Hospital di Kuala
Rompin. Oleh itu saya berharap agar hospital di Mersing dinaiktarafkan dengan segera.
Tuan Yang di-Pertua, pada pantai di Mersing ini sangat cantik terutamanya pantai di
Air Papan dan juga di Tanjung Resang dan ia adalah menjadi tumpuan pengunjung pada
hujung-hujung minggu. Oleh itu saya mengharapkan pihak kerajaan memberi tumpuan
kepada infrastruktur terutamanya di kawasan-kawasan pantai supaya lebih ramai lagi
pengunjung boleh datang pada bila-bila masa.
DN 5.12.2018 95

Selain daripada pantai yang cantik, di Mersing juga ada galeri madu lebah yang berada
di Kampung Gajah Mati juga boleh jadikan sebagai tarikan pelancong. Tarikan madu lebah ini
sepatutnya di kembangkan kerana lebah ini bukan dari spesies yang ganas, dan ia tidak
menyengat kecuali kalau kita pukul ia, kita akan disengat dengan serta-merta. Akan tetapi
biasanya kalau walaupun kita duduk di depan lubang pintu masuk ke sarang dia itu, biasanya
lebah ini ia tidak akan menyengat kita.
Selain daripada itu, pelancongan juga boleh dihalakan kepada ternakan ikan kelah
yang berada di Kampung Air Merah. Ini juga boleh diperkembangkan dengan pasaran di
China dan Singapura yang boleh mencapai RM600 sekilo. Ternakan ikan kelah boleh
dijadikan sumber keberhasilan penduduk-penduduk setempat. Oleh itu saya sangat
berharaplah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, agar dapat memberi
perhatian kepada perusahaan pelancongan lebah dan juga ikan kelah di Mersing ini.
Tuan Yang di-Pertua, masalah pesawah juga sepatutnya diberi perhatian. Ini kerana
di musim kemarau, pesawah sukar untuk menanam padi kerana ketiadaan air. Sepatutnya air
boleh disalirkan ke sawah dari Sungai Endau tetapi ketiadaan pam air menyukarkan pesawah
untuk mengepam air ke sawah. Ketika ini tapak untuk pam itu telah siap tetapi pamnya tidak
ada. Itu yang menjadi masalah kepada pesawah-pesawah di Kampung Semaloi, Mersing.
Saya berharap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat menyegerakan
pembekalan pam ke kawasan sawah di Kampung Semaloi, Mersing.
Setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua dan dengan ini saya mohon menyokong Kajian
Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian, terima kasih.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Ir. Md. Nasir
bin Hashim. Terima kasih banyak.
Dan sekarang saya menjemput pula Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai, silakan.

4.58 ptg.
Datuk Paul Igai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang untuk
saya mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia
Kesebelas. Syabas kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang sudi
membentangkannya pada 3 Disember lalu dalam Dewan yang mulia ini.
Rancangan Malaysia Kesebelas adalah dilancarkan oleh kerajaan terdahulu dan
kajian semula dibuat oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan. Ini merupakan satu sejarah
negara dan kita mestilah pandang dengan cara positif. Kajian semula rancangan seperti ini
adalah standard, dengan izin, atau biasa dan sangat perlu untuk kita meneliti sasaran, strategi
DN 5.12.2018 96

dan kajian semula pencapaian dalam separuh tempoh atau penggal atau mid term review,
dengan izin.
Kemungkinan strategi kita yang dipakai masa yang lepas, tidak berapa berkesan. Kita
cadangkan tukar, kemungkinan keadaan atau suasana ekonomi ada berubah kerana kita
adalah dalam suasana ekonomi global.
■1700
Perkembangan politik dan ekonomi di Eropah dengan isu Brexit memang ada kesan
kepada ekonomi negara kita. Perselisihan strategi ekonomi negara China dengan Amerika
Syarikat pada masa sekarang ada juga dirasai oleh kita.
Justeru itu, kita mesti bersedia untuk mengatasi impak negatif yang akan berlaku
kepada ekonomi kita kerana negara China adalah satu negara yang terbesar, rakan niaga
terbesar dirantau ini. Di rantau Asia Selatan, negara kita juga ada berdepan dengan saingan
hebat dalam pengeluaran umpamanya minyak kelapa sawit, lada, getah, buah-buahan dan
sebagainya. Dalam senario seperti ini, kita mesti mempunyai sikap berjaga-jaga dan bersedia
bertindak mengambil preemptive measures, dengan izin, untuk mengatasi impak negatif pada
bila-bila masa.
Memartabatkan Program TVET. Program ini adalah termasuk dalam tonggak di dalam
kajian tersebut. Baru-baru ini kita ada mendengar pengumuman terbaik oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri yang mengatakan untuk memartabatkan Program TVET. Ini
memang kita alu-alukan, sokong penuh dan berikan fokus sepenuhnya. Bukan sahaja kita
menyeru pihak Kementerian Pendidikan untuk bertanggungjawab untuk kejayaan program ini
akan tetapi kepada semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Tuan Yang di-Pertua, kita mesti bekerjasama dalam cara integrated approach, dengan
izin, demi untuk kejayaan dalam martabatkan Program TVET itu. Semua pegawai
kementerian, mahupun daripada pendidikan, sumber manusia, belia dan sukan, wanita,
pertanian dan sebagainya perlulah bekerjasama dan mempunyai fokus strategi bersama
untuk menyediakan graduan-graduan dengan kecekapan yang sangat memenuhi keperluan
industri demi untuk mengurangkan bilangan pengangguran dalam kalangan graduan-
graduan, khasnya golongan muda. Apakah hala tuju kita membuka peluang pekerjaan
sebanyak satu million dan masih lagi ada graduan yang menganggur?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh soal projek-projek Persekutuan di
Sarawak. Saya berterima kasih sebesar-besarnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri kerana baru-baru ini di Bintulu, Sarawak beliau ada mengumumkan semua projek
Persekutuan yang sudah dan telah diluluskan akan dilaksanakan seterusnya.
DN 5.12.2018 97

Beliau berkata, pembangunan Sarawak adalah tanggungjawab Putrajaya juga. Ini


saya amat berterima kasih dan sokong penuh. Pada masa yang sama, kita ada mendengar
bahawa tidak kurang daripada 597 projek fizikal berjumlah RM14 bilion sudah diperuntukkan
kepada Sarawak di bawah RMKe-11. Dengan pengumuman itu, tidak timbul lagi kekeliruan
dalam pelaksanaan projek di Sarawak. Tidak ada projek yang akan ditangguhkan atau
dibatalkan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, selain dari yang sudah saya sebutkan tadi, saya
juga bersetuju dengan langkah reformasi yang ditetapkan di kajian. Satu, ialah terhadkan
penggal jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar kepada dua penggal.
Kedua, keasingan kehakiman Peguam Negara.
Ketiga keasingan SPR dan SPRM dan penubuhan jawatan ombudsman, ini saya
sokong penuh.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin menujukan pantun kepada Tuan
Yang di-Pertua,
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.
Datuk Paul Igai: Ini ya.

Pohon selasih di dalam kolam;


Anak haruan berenang-renang;
Terima kasih saya ucapkan;
Budi Tuan Yang di-Pertua menjadi kenangan.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih banyak.


Datuk Paul Igai: Dengan itu, saya menyokong pembentangan Kajian Separuh
Penggal RMKe-11.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Saya rasa saya puas hati sangatlah. Terima
kasih Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai. Jadi, sekian Yang Berhormat Senator Datuk
Paul Igai.
Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid.
Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid. Ada sesiapa lagi mahu bercakap?
Saya berikan peluang lagi seorang. Tidak ada lagi? Kalau ada, sila berikan nama. Sila.

5.06 ptg.
Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam muafakat Dewan Negara.
DN 5.12.2018 98

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang bagi saya dalam
Perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe11 yang dibentangkan pada 18 Oktober yang lalu.
Hari ini kita hidup dalam Malaysia baharu. Malaysia baharu adalah bentuk kepada Demokrasi
Berperlembagaan. Malaysia baharu adalah cita rasa rakyat hari ini.
Namun, kita mencari makna dalam Malaysia baharu. Kita tercari-cari makna dan roh
dalam kekosongan jasad pada bentuk Malaysia baharu. Hari ini kita maju menjadi Malaysia
baharu tetapi rakyat hidup bagai tidak bermakna atau roh yang hilang. Dalam masyarakat
yang majmuk, kita tercari-cari nilai perpaduan, Melayu, Cina, India, peribumi Sabah dan
Sarawak atau Orang Asli, perpecahan sesama kaum dan etnik. Apa yang berlaku di kuil
Seafield baru-baru ini adalah jenayah negara, bukan isu perkauman.
Akan tetapi ditiup dengan api kebencian prasangka dan berita yang tidak benar yang
boleh merangsang rusuhan yang boleh mengakibatkan kehancuran perpaduan yang telah
dibina pada 60 tahun yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, semalam saya amat tertarik dengan perbahasan Yang
Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff. Saya merakamkan tahniah ke atas
perbahasan yang sangat ilmiah. Jika semua Ahli Yang Berhormat mempunyai pemikiran yang
bermakna ini, rasanya kita tidak perlu ada pembangkang dalam Dewan yang mulia ini. Di
Parlimen ini, di Dewan Negara ini, lebih memiliki dan mengaplikasikan demokrasi yang
bermakna. Kita saling menghormati, boleh makan minum bersama, berbahas dengan
harmoni, kita boleh muafakat dalam apa bentuk, dalam suasana yang dikatakan subject and
function, form and meaning, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan keutamaan penekanan baru tahun
2018 sehingga 2020 berasaskan kepada enam tonggak. Tonggak pertama, menyentuh
reformasi tadbir urus, untuk meningkatkan ketelusan dan kecekapan pentadbiran. Saya
menyokong usaha kerajaan mereformasi tadbir urus yang lebih cekap, telus dan cepat.
Kita bersetuju institusi Peguam Negara, SPRM, Suruhanjaya Pilihan Raya dan juga
saya cadangkan Jabatan Audit Negara hendaklah diperkasakan dan disusun semula.
Tindakan tegas kepada ketua jabatan yang bermasalah hendaklah konsisten dilakukan.
Tadbir urus kerajaan perlu diperbaiki, kerenah birokrasi hendaklah dikurangkan.
Namun, tidak membuka ruang kepada ketirisan, sebaliknya meningkatkan sistem
penyampaian kepada rakyat. Prinsip ketelusan hendaklah ditingkatkan bagi mencegah
rasuah dan membasmi salah guna kuasa kerana ia menjadi tanggungjawab semua pihak,
bukan hanya pada pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, keutamaan utama menambah baik tadbir urus pada semua
peringkat. Sejak kebelakangan ini, masyarakat Orang Asli tertanya-tanya dan berbahas
DN 5.12.2018 99

sesama mereka. Mengapakah JAKOA dipindahkan daripada KPLB kepada Jabatan Perdana
Menteri (JPM) iaitu di bahagian Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional? Sepatutnya
penjelasan dan pemahaman pemindahan ini dibincangkan dan dipersetujui oleh masyarakat
Orang Asli. Apa yang berlaku, tidak ada taklimat kepada kepimpinan masyarakat Orang Asli
dan JAKOA, terutamanya pegawai-pegawai di peringkat daerah dan negeri yang menjadi
kumpulan pelaksana dalam banyak perkara di masyarakat Orang Asli.
■1710
Tiada bengkel, perbincangan, sumbang saran yang melibatkan Tok-tok Batin dan
pengerusi MPPKOA yang merupakan tulang belakang kepada kepimpinan masyarakat Orang
Asli. Selalunya kerajaan akan menjawab pelbagai isu bahawa kerajaan akan membuat kajian,
perbincangan dengan akar umbi, mendapat pandangan rakyat, meminta kritikan dan saranan
daripada orang ramai, namun mengapakah penentuan JAKOA ke JPM langsung tidak
dibincangkan?
Ini menjadikan kegusaran kepada masyarakat Orang Asli. Jangan dianggap
masyarakat Orang Asli kaum minoriti. Kami adalah kaum yang mesti diberi prioriti. Keutamaan
kami ialah penduduk asal negara ini. Hak Orang Asli tidak boleh disamaratakan seperti kaum
lain. Kami penduduk asal, pemilik peribumi perlu melihat dari sudut keutamaan penyelesaian
pelbagai isu dan permasalahan, pelbagai program dan pembangunan supaya setaraf dengan
kaum lain di negara ini.
Sudah lebih 50 tahun merdeka, banyak isu keciciran, kemiskinan, ketidakupayaan
mendepani masyarakat Orang Asli. Kerajaan hari ini tidak boleh menyalahkan kerajaan
terdahulu yang telah membuat pelbagai asas kemajuan dalam pembangunan masyarakat
Orang Asli. Ianya kini sudah menjadi tanggungjawab kerajaan hari ini untuk terus memperbaiki
kelemahan dan kekurangan supaya masyarakat Orang Asli terus bersaing di arus perdana.
Kerajaan hari ini hendaklah meneruskan kelangsungan dan kesinambungan bagi
pembangunan kemajuan masyarakat Orang Asli.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menambah baik tadbir urus negara, kita mestilah
mengubah kaedah pengurusan dan persepsi jabatan terhadap pengurusan masyarakat
Orang Asli yang selama ini bertumpu kepada JAKOA. Apa yang berlaku sebelum ini, JAKOA
hanya untuk Orang Asli dan Orang-orang Asli hanya berurusan di JAKOA. Setiap jabatan dan
kementerian yang bertanggungjawab kepada kerajaan dan juga masyarakat Orang Asli,
permohonan bantuan yang diwujudkan di setiap jabatan dan kementerian hendaklah
diagihkan dan disalurkan juga kepada masyarakat Orang Asli. Kita tidak mahu jabatan-
jabatan dan kementerian melepaskan tanggungjawab ini hanya kepada JAKOA sahaja untuk
menguruskannya.
DN 5.12.2018 100

Tuan Yang di-Pertua, masyarakat Orang Asli bukan sahaja menjadi tanggungjawab
kerajaan pusat dan JAKOA semata-mata. Ia juga menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.
Sebab itu kita perlu melihat bahawa kerajaan di Kelantan juga mesti menyelesaikan masalah
tanah-tanah orang Asli di Gua Musang. Juga menjadi tanggungjawab PBT-PBT, YB-YB,
ADUN juga masyarakat sekitar yang perlu melihat isu dan masalah masyarakat Orang Asli
juga menjadi tanggungjawab bersama.
Kalau kita melihat contoh-contoh, isu-isu permohonan masyarakat Orang Asli jika
memohon bantuan bot, enjin dan sebagainya, disuruh kepada JAKOA. Sedangkan mereka
memohon di Jabatan Perikanan, sedangkan mereka ini dilayan untuk disuruh kepada JAKOA.
Jika masyarakat Orang Asli memohon ayam atau bantuan penternakan kambing dan
sebagainya di veterinar, disuruh mohon ke JAKOA. Jika mohon bantuan KWAM kepada PPD
dan sekolah, disuruh kepada JAKOA. Inilah yang saya melihat bahawa tanggungjawab ini
yang perlu dibetulkan dalam persepsi Malaysia baharu. Saya berharap kerajaan hari ini lebih
prihatin membuat tindakan bagi membetulkan persepsi dan pendekatan yang salah dalam
urus tadbir sesebuah kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, laporan SUHAKAM 2013 mengesyorkan JAKOA diperkasakan
dan dinaiktarafkan. Ketidakupayaan JAKOA dalam melaksana tadbir kemajuan dan
pembangunan Orang Asli perlu dianalisis. Bukanlah kemampuan itu tidak mampu
dilaksanakan secara pentadbirannya tetapi keupayaan, keadaan yang perlu difikirkan. Jika
kita lihat JAKOA mendapat peruntukan RM100 juta tetapi hanya ada seorang engineer.
Di JAKOA negeri, peruntukan RM20 juta ke RM30 juta tetapi tidak ada akauntan, yang
hanya ada pegawai kewangan Gred W27. Jika kita melihat daerah Batu Pahat, pegawai JKM
Gred 41, pegawai JAKOA hanya Gred 22. Pegawai KEMAS di negeri yang besar Gred 52,
Gred 54, Perhutanan Gred 54, JAKOA hanya Gred 48. Jika inilah kita lihat ketidakupayaan
pentadbiran, bagaimana dapat mengurus dan menyelesaikan masalah Orang Asli.
Justeru itu saya mencadangkan dan memohon kerajaan supaya JAKOA di naik taraf,
disusun semula dan diberikan autonomi yang lebih dalam memajukan masyarakat Orang Asli.
Ini kerana laporan SUHAKAM yang belum lagi dilaksanakan secara total. Saya berharap
dalam Kerajaan Malaysia baharu, JAKOA di bawah pentadbiran JPM dapat melihat perkara
ini dengan serius.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyentuh tentang keutamaan keempat
memperkukuhkan penyampai perkhidmatan awam. Isunya adalah isu nelayan, orang Seletar,
orang Kuala yang tidak mempunyai lesen nelayan. Baru-baru ini masyarakat Orang Asli
Seletar dihalau daripada laut yang merupakan laut itu sebahagian daripada hidup mereka.
Mereka dihalau kerana tidak memiliki lesen. Saya melihat isu ini suatu kegagalan
DN 5.12.2018 101

penyampaian kita. Jika masyarakat Orang Asli tidak ada lesen, apakah usaha Jabatan
Perikanan untuk membantu mereka supaya mendapat lesen? Jika kita lihat JPJ, banyak
pemandu kenderaan tidak ada lesen, diadakan kursus, diadakan latihan program khas untuk
Orang Asli memiliki lesen.
Namun, Jabatan Perikanan tidak ada kaedah yang ini. Itu sebab saya berharap
Maritim dan Jabatan Perikanan dapat mencari ruang untuk membantu nelayan-nelayan yang
tidak ada kemahiran lain kecuali menjadi nelayan. Mereka hidup, makan, matinya di laut,
menyara anak bini untuk sekolah dengan hasil nelayan. Tolak ansurlah sedikit Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Perikanan, tolong membantu dalam perhatian
yang khusus dalam perkara ini. Bantuan nelayan amat terhad.
Sebab itu kita melihat bahawa usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
membuat pemutihan penerimaan elaun nelayan sangat-sangatlah dialu-alukan. Saya
berharap yang ini dapat memberi bantuan khusus kepada nelayan full time sebab bila kita
lihat daripada pemerhatian, terdapat nelayan-nelayan yang part time dan ada juga nelayan-
nelayan daripada perjawatan awam sebab ini kita melihat ketirisan dari segi hak-hak yang
patut diperoleh oleh para nelayan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan
awam di PBT, di sini saya mencadangkan supaya PBT-PBT melantik wakil masyarakat Orang
Asli bagi PBT yang sesuai dan terdapat masyarakat Orang Asli yang ramai. Kalau di Pahang,
di Rompin, Pekan, Lipis, Temerloh, Cameron Highlands, Bentong, Raub dan Bera. Di
Kelantan, Gua Musang; di Perak, Tapah, Batang Padang, Gerik dan Bidor; di Johor, Batu
Pahat, Pontian, Segamat, Mersing dan Gelang Patah dan di Negeri Sembilan, Kuala Pilah,
Jempol dan Rembau dan negeri-negeri lain yang difikirkan sesuai bagi perkara ini. Soalan
saya kepada PBT berapakah jumlah wakil masyarakat Orang Asli yang dilantik sebagai Ahli
Majlis di PBT-PBT di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, tonggak ketiga menuju pembangunan wilayah yang seimbang.
Semua negeri perlu maju bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan tidak
akan membiarkan mana-mana negeri tertinggal di belakang. Kerajaan negeri akan
memperkenalkan kaedah, memperkenalkan kembali agenda pembangunan wilayah yang
seimbang sebagai keutamaan. Saya ingin menjelaskan bahawa pembangunan wilayah yang
seimbang bukan sahaja merujuk di antara negeri, malah lebih praktikal dilihat antara Parlimen
dengan Parlimen, antara daerah dengan daerah. Jika kita melihat antara Johor Baharu
dengan Mersing, Kota Bharu dan Gua Musang, Ipoh dan Gerik yang tidak seimbang dari segi
pembangunannya.
DN 5.12.2018 102

Juga kita boleh menganalisis di antara taman-taman perumahan di kampung-


kampung, kampung-kampung pedalaman Orang Asli, ada kampung di pinggir bandar, di
pedalaman, pedalaman satu, pedalaman dua. Maka inilah perlu kita menyeimbangkan
pembangunan wilayah dan juga pembangunan-pembangunan sosioekonomi dan
sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya membahaskan lagi Tonggak Keempat, memperkasakan
modal insan. Saya menekankan kepada fokus ketiga, keutamaan ketiga meningkatkan akses
pendidikan dan latihan berkualiti. IPGM sering menjadi medan kepada IPGM ialah sering saya
bangkitkan dalam perbahasan di Dewan ini. Dalam isu ini yang saya bangkitkan ialah peranan
IPGM untuk melatih guru-guru sekolah Orang Asli. Isu yang selalu saya bangkitkan ialah
penempatan guru-guru Orang Asli dan juga kuota bagi kemasukan guru-guru Orang Asli yang
sangat rendah yang mana dimaklumkan tahun 2018 hanya 18 orang.
■1720
Saya berharap pihak kementerian dan juga kerajaan dapat memberi ruang yang lebih
luas sebagaimana yang saya mohon kepada 50 orang untuk setiap tahun. IPGM Lipis juga
perlu diberi ruang untuk melatih guru sekolah menengah Orang Asli. Usaha kerajaan untuk
memperkasakan pendidikan dan memberi ruang pendemokrasian pendidikan Orang Asli
semakin dilihat semakin serius dengan wujudnya sekolah menengah baru dan yang sekarang
yang kedua Sekolah Menengah Kuala Betis yang dalam progress pembangunan akan dibuka
pada Januari 2019. Maka apabila secara bentuknya, fizikalnya telah wujud maka secara
maknanya dari segi pengisian perjawatan mestilah selari dengan kehendak dan masyarakat
Orang Asli.
Apa yang saya harapkan di sini ialah supaya IPGM Lipis yang ada Pusat Pedagogi
Peribumi dapat melatih guru-guru Orang Asli yang boleh ditempatkan di sekolah menengah
Orang Asli supaya budaya kekitaan masyarakat dan hubungan masyarakat Orang Asli dapat
dieratkan dengan wujudnya guru-guru Orang Asli yang expert ataupun mahir dalam kebajikan
masyarakat Orang Asli, dan kaunseling dengan masyarakat Orang Asli dan special approach,
dengan izin, supaya nilai kekitaan kepada masyarakat Orang Asli.
Saya juga mencadangkan Sekolah Menengah Pulau Carey tidak ada guru Orang Asli,
Sekolah Menengah Benut pun tidak ada guru Orang Asli sebab itu guru-guru sekolah-sekolah
menengah yang ramai pelajar sekolah Orang Asli termasuk Sekolah Menengah Tapah perlu
diberi ruang oleh guru-guru Orang Asli dapat ditugaskan di situ.
Di sini juga saya mencadangkan kepada KPM supaya dapat menempatkan sekolah-
sekolah yang saya lihat sekolah-sekolah yang penting di pendalaman kampung Orang Asli
tidak ada guru-guru Orang Asli. Apa yang saya dapat kaji dan survey Sekolah Pasir Linggi
DN 5.12.2018 103

Gua Musang untuk kaum Batik tidak ada guru Orang Asli, Sekolah Belau Gua Musang untuk
kaum Jahai dan Batik, Sekolah SK Tohoi, SK Pos Hendrop dan SK Pos Berup untuk kaum
Tamia...
Tuan Manolan bin Mohamad: Mohon mencelah, mohon mencelah.
Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Soalan saya kepada KPM. Ya.
Tuan Manolan bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua: Sila.
Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin
bertanya kepada Yang Berhormat, kita tahu sedia maklum bahawa ramai pelajar-pelajar
Orang Asli ini yang keciciran dalam pelajaran khususnya di sekolah rendah di kawasan-
kawasan pedalaman. Jadi pada pandangan Yang Berhormatlah apakah langkah-langkah
segera yang patut diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah ini yang
berpanjangan sudah sekian lama lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih pada Yang Berhormat Tuan Manolan. Kalau
kita melihat isu keciciran Orang Asli memang berterusan dan merupakan satu kerja
komprehensif yang mesti dibuat oleh kerajaan termasuk juga masyarakat Orang Asli. Bagi
menangani isu keciciran masyarakat Orang Asli dalam aspek yang mudah kita lihat ialah
penyediaan atau pembinaan Sekolah K9.
Sekolah Tahun 1 sehingga Tahun 6 dan sambung kepada Tingkatan 3 dalam sekolah
yang sama, sekolah itu dipanggil Sekolah Komprehensif 9. Sekolah-sekolah ini kita dapat
mengurangkan sebab kadar keciciran yang tinggi berlaku daripada Tahun 6 ke Tingkatan 1.
Bila peralihan daripada sekolah rendah pergi sekolah menengah dan kebanyakan kampung-
kampung Orang Asli tidak ada sekolah menengah, pelajar yang naik ke Tingkatan 1 akan
pergi ke pekan-pekan ataupun bandar-bandar yang ada sekolah menengah.
Terutamanya kalau kita lihat kes-kes di Gua Musang melibatkan keadaan
penghijrahan pelajar-pelajar yang jauh daripada ibu bapa dan ada budaya masyarakat ibu
bapa yang sukar untuk melepaskan anak-anaknya sekolah di luar daripada masyarakat dia.
Kalau saya melihat perlunya Sekolah K13, tadi K9 iaitu perlunya Sekolah Menengah Orang
Asli. Itu sebab usaha kerajaan mewujudkan membina sekolah menengah baru di Sungai
Siput, Rasah, kita lihat dulu tidak ada sekolah menengah. Bila ada sekolah menengah ia telah
dapat menarik pelajar hampir 180 orang pelajar.
Pelajar itu sudah drop daripada sekolah, bila ada sekolah menengah sekarang masih
Tingkatan 1, 2, 3, Tingkatan 4 akan disambung maknanya sekolah tadi dapat menyelamatkan
keciciran yang tinggi. Sebab itu kita perlunya bangunan-bangunan sekolah di kampung-
kampung Orang Asli yang besar. Sebab itu kita tidak nafikan dalam sudut motivasi ibu bapa
DN 5.12.2018 104

adalah satu faktor, kelemahan modal insan pelajar yang bersekolah luar bandar akses yang
kurang. Akan tetapi dalam faktor kita di pihak kerajaan ini ialah perlunya menyediakan
istilahnya pendemokrasian pendidikan. Hak-hak Orang Asli terhadap pendidikan perlu
diperluaskan itu saja.
Soalan saya kepada KPM tahun ini kita telah dapat menamatkan 14 orang pelatih
guru Orang Asli yang tamat di IPGM Lipis dan akan di posting. Saya mohon pihak kementerian
menyenaraikan pelatih-pelatih ini dan sekolah mana yang ditempatkan, sebab isu kita tahun
lepas ada 24 orang pelajar Orang Asli tidak ditempatkan. Hari ini kita kejar, kita minta KPM,
kita follow up baru ditempatkan di sekolah-sekolah Orang Asli. Kita tidak mahu guru-guru yang
dilatih dengan kepakaran budaya masyarakat Orang Asli tidak ditempatkan di sekolah-
sekolah Orang Asli.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang keutamaan ketiga
menyediakan infrastruktur yang berkualiti dalam langkah menambah baik infrastruktur digital.
Saya menyentuh jaringan internet di pedalaman Kelantan dan Perak, suatu yang sangat dan
mesti diberi perhatian oleh kerajaan. Contohnya kalau saya melihat RPS Kedaik ada 2,000
penduduk, RPS Bukit Seruk ada lebih kurang 1,800, Betau ada 2,200, Pos Poi ada hampir
1,000, Pos Kema 800, Pos Impu ada 800. Kalau kita melihat bahawa jaringan internet yang
bermasalah di kampung-kampung Orang Asli perlu ditangani. Mereka juga berhak mendapat
kemajuan pembangunan negara.
Jaringan internet yang lemah dan bermasalah juga dilihat di kampung-kampung
pinggir bandar. Kalau saya melihat contoh Kampung Baru Kuala Benut jaraknya hanya 5
kilometer daripada pekan Benut, Kampung Bumiputera, Rengit hanya 3 kilometer daripada
pekan Rengit juga kadang-kadang tiada line ataupun line yang bermasalah.
Tuan Yang di-Pertua saya juga memohon kerajaan melihat jaringan internet di sekolah
Orang Asli. Kita ada terdapat 94 buah sekolah Orang Asli juga menghadapi masalah talian
yang rendah ataupun lemah, kadang-kadang surfing seharian. Jika masalah ini tidak diatasi
dengan segera bagaimana mungkin dapat meningkatkan kemahiran ICT dan membantu para
guru dalam mengendalikan kerja perkeranian, pengisian markah, perkiraan penskoran dan
pemarkahan online. Pendidikan amat penting dalam mengubah masa depan masyarakat
Orang Asli, namun internet dan ICT amat penting dalam proses pendidikan hari ini.
ICT amat penting dalam talian internet yang baik dan berkualiti. KPM mestilah melihat
ini satu tanggungjawab yang penting bagi sekolah-sekolah di luar bandar. Soalan saya
kepada Kementerian Telekom, berapakah jumlah menara telekomunikasi yang telah dibina di
perkampungan Orang Asli, yang kedua terdapat menara-menara di kampung-kampung Orang
DN 5.12.2018 105

Asli yang belum ada talian internet. Kita nampak terpacak bangunannya dan ini bilakah
perkara ini dapat diselesaikan.
Akhir sekali saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah berjaya
menerbitkan dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-11 ini bagi kita menyemak, memantau
dan menyusun atur semula asas pembangunan negara. Meletakkan kepada asas
pertimbangan yang baru yang berasaskan kepada kehendak rakyat dan asas ekonomi
semasa yang sedang bergerak jajaran sukar dalam ekonomi global yang tidak menentu.
Kajian Separuh Penggal ini penting bagi meletakkan semua rakyat sebagai asas
kajian dan semakan. Di mana elemen sentiasa dibuat supaya pemanduan masa depan
bangsa boleh dipandu dengan selamat dan selesa.
Akhir sekali, marilah kita bersatu menjalankan tanggungjawab dengan amanah
supaya rakyat mendapat keadilan dalam mewujudkan masyarakat yang demokrasi. Akhir
sekali saya menyokong Kajian Separuh Penggal ini, sekian terima kasih. Assalamualaikum
warahmatullah.
Timbalan Yang di-Pertua: Walaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Senator
Dato’ Isa bin Ab. Hamid.
Dan sekarang saya menjemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhamad
bin Mustafa. Sila Yang Berhormat.
▪ 1730
5.30 ptg.
Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Auzubillah minash syaitonirrojim. Bismillahi
Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillahi rabbil'alamin. Wassalatu wassalamuala asrafil ambiya iwalmursalin. Wa'ala
alihi wasahbihi ajma'in.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk
turut serta membahas usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia
Kesebelas. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas adalah langkah untuk
mencapai status negara maju seperti mana yang digariskan dalam Wawasan 2020.
Pertama sekali kita mestilah bersyukur kepada Allah SWT selaku Tuhan yang
mencipta seluruh manusia. Tuhan yang memiliki dan mentadbir seluruh alam serta
membekalkan segala kemudahan alam dan keperluan hidup di dunia ini termasuk negara kita
Malaysia. Marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah sebanyak-banyaknya di atas
segala nikmat keamanan, perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan serta
memohon ampun kepadanya di atas segala kesilapan dan kesalahan yang lalu.
DN 5.12.2018 106

Semua pemimpin dan semua rakyat negara ini hendaklah sentiasa sedar dan insaf
siapa dirinya, dari mana dia datang, di mana dia berada sekarang dan apa tujuannya dia
berada di sini, ke mana dia akan pergi dan bagaimana dia akan terjadi. Semua insan inginkan
kesenangan dan tidak mahukan kesusahan di dalam hidupnya sebelum mati dan juga hidup
sesudah mati. Cuma bagaimana cara untuk memperoleh kesenangan dan mengelakkan dari
kesusahan. Itu terpulang kepada kehendak dan pilihan masing-masing.
Adalah menjadi tanggungjawab negara menyediakan berbagai-bagai keperluan dan
kemudahan bagi menjamin kesenangan dan kesejahteraan rakyat dalam kehidupan di dunia
ini dan juga di akhirat nanti. Ia menjadi siri dan destinasi terakhir kehidupan manusia. Hidup
ini hanya sekali sahaja. Hasil dan kesan dari kehidupan inilah yang akan diterima sesudah
kita meninggal dunia ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan
syabas kepada pihak kerajaan yang baru di atas kejayaan membentangkan usul mengenai
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas dengan memberi keutamaan dan
penekanan yang baru dengan mengguna pendekatan muafakat dan bekerjasama dalam
mengekalkan kebaikan yang lama serta mengembangkannya dan menambah lagi kebaikan.
Membuang kelemahan-kelemahan yang telah lalu, yang sedang dan juga akan berlaku.
Menjana idea, dasar, polisi dan gerak kerja yang baru serta memaju dan
mengembangkannya. Saya mengalu-alukan keutamaan dan penekanan baru dalam Kajian
Separuh Penggal RMKe-11 berasaskan enam tonggak.
Tonggak yang pertama, mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan
kecekapan perkhidmatan awam. Di bawah tonggak ini, keutamaan akan diberikan kepada
empat bidang utama.
(i) menambah baik tadbir urus pada semua peringkat kerajaan;
(ii) meningkatkan integriti dan akauntabiliti perkhidmatan awam;
(iii) menguatkuasakan pelaksanaan pengurusan kewangan secara
berhemat; dan
(iv) memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam.
Kita doakan semoga tonggak ini diberi kekuatan oleh Allah untuk menjayakannya.
Walau bagaimanapun, komponen yang paling penting dalam reformasi tadbir urus ke arah
meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam ini ialah faktor manusia yang
terlibat sebagai pentadbir urus. Berjaya atau gagal sesuatu pentadbiran sangat bergantung
kepada soal faktor manusiawi.
Oleh itu, semua pemimpin dan kakitangan yang terlibat dalam sektor ini perlu
dibangunkan dan dimajukan dengan pendidikan agama rasmi negara dan juga menghayati
DN 5.12.2018 107

falsafah pendidikan Rukun Negara. Soalnya, apakah program pendidikan dan pembangunan
insan cemerlang dalam merealisasikan tonggak ini. Adakah kerajaan mempunyai indeks
kecemerlangan intelektual, spiritual serta penghayatan agama dalam hubungan dengan
Tuhan dan insan di kalangan kakitangan awam.
Ketiga, sejauh mana perancangan dan usaha kerajaan agar pentadbiran negara,
bertakwa kepada Allah dan mematuhi syariat selain dari membersihkan dari rasuah dan salah
guna kuasa. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebenarnya bermula dari penyalahgunaan
manusia akibat dari kejahilan agama, tidak bertakwa kepada Allah dan tidak mematuhi syariat.
Saya juga ingin bertanya kepada pemegang amanah institusi yang melahirkan
generasi insan yang cemerlang iaitu Menteri dan Kementerian Pendidikan.
Sejauh manakah perancangan, peranan dan usaha Kementerian Pendidikan ke arah
memartabatkan dan mendaulatkan serta memasyarakatkan pendidikan agama rasmi negara
ini dan juga Rukun Negara dalam rangka melahirkan generasi pentadbir urus negara dan
kakitangan perkhidmatan awam yang berwibawa, bertakwa kepada Allah dan mematuhi
syariat pada masa-masa akan datang?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan perancangan dan tindakan di bawah
tonggak pertama ini untuk menambahbaikkan hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan
kerajaan negeri dengan mengembalikan semula dasar dan semangat federalism. Kerajaan
negeri akan di perkasa melalui pengagihan kuasa pusat bagi beberapa fungsi termasuk
pengangkutan awam, perkhidmatan sosial dan perlindungan alam sekitar. Dengan ini, saya
harap akan tercipta sebuah sejarah baru dalam hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan
kerajaan negeri.
Saya yakin dengan sunatullah, dan sunah Rasulullah SAW di mana muafakat akan
membawa berkat. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mesti bersatu dalam perkara
yang disepakati dan saling hormat-menghormati dalam perkara yang berbeza demi
kepentingan rakyat.
Jika senarai tugas dan tanggungjawab Kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri dan
senarai tugas dan tanggungjawab negeri serta senarai tugas dan tanggungjawab bersama
sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan sudah pasti akan berlaku suatu
perubahan yang besar dalam pembangunan, kehidupan dan kesejahteraan rakyat sekiranya
tanggungjawab yang tersenarai itu dapat dilaksanakan dengan baik.
Kerosakan hubungan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri serta diskriminasi buta yang
diakibatkan oleh keberlainan parti dan ideologi politik mencetuskan banyak malapetaka dan
derita kepada rakyat dalam sejarah silam. Hal ini juga menjadi salah satu faktor dan sebab
kepada kelemahan dan kemunduran sesebuah negeri, selain daripada kelemahan yang
DN 5.12.2018 108

wujud di negeri itu sendiri. Dalam konteks negeri Kelantan, saya memohon penjelasan
bagaimanakah cara dan contoh pelaksanaan pengagihan kuasa pusat bagi beberapa fungsi
termasuk pengangkutan awam, perkhidmatan sosial dan perlindungan alam sekitar ini.
Agensi-agensi pusat di negeri mestilah menghormati hak penglibatan kerajaan negeri
dan wakil-wakil dari kerajaan negeri hendaklah ikut serta dalam jawatankuasa-jawatankuasa
Kerajaan Pusat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan tonggak kedua iaitu
memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat. Kita mengucapkan terima
kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan rakyat yang hilang pencarian akibat sakit,
kemalangan dan lain-lain dengan memperkukuhkan sistem perlindungan sosial dan mengkaji
semula program bantuan kerajaan khususnya melibatkan jaringan keselamatan sosial supaya
lebih bersasar.
Soalan saya, adakah kerajaan akan menyemak semula Skim Bantuan Kerajaan
kepada golongan ini agar ditambah jumlah bantuan yang diberikan. Semoga bantuan yang
diberikan itu dapat memenuhi keperluan asas golongan ini serta melonggarkan sedikit syarat-
syarat yang mesti dipenuhi.
■1740
Ramai di kalangan ibu-ibu tunggal yang miskin, yang kehilangan suami dan tidak
mempunyai sumber pendapatan kerana keuzurannya dinafikan mendapat bantuan kebajikan
masyarakat dan juga bantuan lain semata-mata kerana memiliki rumah batu lama yang
ditinggal oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang sudah dewasa tanpa mengira anak-
anak itu sama ada miskin atau kaya.
Apakah program kesejahteraan kerajaan untuk rakyat yang tidak berumah, yang tidur
di merata-rata di kali lima atau dikenali dengan panggilan “gelandangan”, atau sebagainya?
Soalan seterusnya, apakah ada skim bantuan kerajaan untuk orang-orang yang hilang
akal atau orang-orang gila yang berkeliaran di bandar-bandar dan juga di luar bandar? Mereka
ini sebenarnya di bawah tanggungjawab siapa setelah mereka kehilangan keluarga dan
saudara-mara?
Tuan Yang di-Pertua, perbandaran dan perindustrian yang pantas memberikan
tekanan kepada kesejahteraan mental, di samping kelemahan-kelemahan dan masalah
dalaman diri dan keluarga. Kira-kira 40 peratus daripada warga Malaysia dikhuatiri
menghadapi masalah kesihatan mental, kata Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail. Tinjauan Kementerian Kesihatan dilakukan pada tahun 2017 mendapati
seramai 18,336 orang menderita tekanan perasaan berdasarkan imbasan kesihatan ke atas
273,203 individu.
DN 5.12.2018 109

Daripada jumlah 11,811 orang menderita tekanan perasaan ringan, 3,680 sederhana
dan 1,682 tekanan perasaan teruk. Kajian morbiditi kesihatan yang dilaksanakan pada tahun
2015, hampir 30 peratus daripada penduduk Malaysia mengalami pelbagai penyakit mental
secondary. Antaranya kemurungan, penyakit yang lebih serius, percubaan membunuh diri
dan lain-lain. Gejala bunuh diri dalam kalangan masyarakat Malaysia juga semakin menjadi-
jadi dan ia berlaku tanpa mengira bangsa. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia- WHO,
menunjukkan hampir 80,000 individu kehilangan nyawa akibat bunuh diri setiap tahun di
seluruh dunia. Satu nyawa bagi setiap 40 saat. Kadar bunuh diri global 11 orang bagi setiap
100,000 penduduk.
Di Malaysia sahaja, Kajian Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan 2009 menunjukkan
kadar bunuh diri masih lagi rendah, 1.18 bagi setiap 100,000 penduduk. Ramai pakar
berpendapat jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi, anggarannya hampir 2,500 ke atas
bunuh diri setiap tahun atau secara puratanya tujuh kes setiap hari.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) bagi tahun lepas mendapati 29.2 peratus masalah kesihatan mental dihadapi mereka
yang berusia 16 tahun ke atas. Ini bermakna, satu dalam tiga orang rakyat di negara ini yang
berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental. Menurut Menteri Kesihatan,
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Hj Dzulkefly bin Ahmad, kajian sama oleh KMN pada tahun
2017 mendapati peratusan kemurungan bagi golongan berumur 13 hingga 17 tahun adalah
18.3 peratus.
Kajian sama mendapati peningkatan kelaziman idea bunuh diri dalam kalangan
kumpulan itu adalah 10.0 peratus pada tahun lepas, berbanding 7.9 peratus pada tahun 2012.
Faktor terjadinya masalah ini adalah fasa-fasa kehidupan segelintir remaja yang sukar keluar
daripada rumah demi mencari pekerjaan, kehidupan tanpa kewangan yang cukup dan
memulakan kehidupan berkeluarga dan banyak lagi. Masalah lain seperti penyalahgunaan
dadah, ketagihan internet, buli, selain penderaan fizikal serta mental.
Masalah ini banyak berpunca di antaranya persekitaran hidup yang tidak banyak
menyokong kepada situasi hidup yang lestari, masalah kewangan yang tidak mencukupi,
pengangguran yang berpanjangan sesudah habis belajar, kurang pendedahan dengan ajaran
agama yang menyebabkan mudah rasa kecewa dan berputus asa, masalah dari keluarga
sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, itulah apa yang berlaku di negara kita yang meminta perhatian
daripada kerajaan dan semua pihak. Dalam Tonggak Keempat, memperkemaskan modal
insan. Saya juga suka mengambil kesempatan ini untuk membicarakan atau menyampaikan
maklumat daripada IPG Kelantan atau IPG Kota Bharu, Kelantan yang menyatakan bahawa
DN 5.12.2018 110

Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah mengumumkan kesemua 10 IPG yang telah
diisytiharkan ditutup oleh kerajaan terdahulu dikekalkan semula sebagai IPG bersama dengan
17 IPG lain pada 17 September 2018.
Semua pihak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Menteri di atas pengumuman itu. Namun, menjadikan IPG co-exist dengan TVET adalah
suatu langkah yang silap kerana ia boleh menimbulkan pelbagai masalah, bukan sahaja
kepada pelajar, pensyarah dan juga pihak pengurusan di kedua-dua belah pihak.
Antaranya oleh kerana terdapat perbezaan yang amat ketara di antara pelajar kolej
vokasional dengan pelajar IPG, termasuklah latar belakang, gaya belajar, sikap dan aktiviti.
Maka, berkemungkinan akan timbul masalah disiplin dan masalah sosial, bergaduh dalam
kalangan mereka.
Keadaan ini boleh mengganggu proses pembelajaran dan juga mutu latihan yang
diberikan serta pengurusan dan pentadbiran di antara IPG dan kolej vokasional dan juga poli.
Nanti bagi menghadapi keadaan akan muncullah cadangan-cadangan membuat pagar antara
blok kolej vokasional dan IPG, cadangan membuat kantin yang berasingan dan sebagainya
yang mana akan menambahkan kos akibat perancangan yang tidak betul.
Data kolej vokasional menunjukkan unjuran yang memang besar. Itu adalah unjuran
yang masih belum dipakai sebab keadaan sebenarnya adalah keseluruhan kolej vokasional
masih belum mendapat pelajar yang penuh. Kolej vokasional di Kelantan masih kekosongan
satu ribu pelajar. Jika diteliti unjuran bagi Kolej Vokasional Kota Bharu dan Kolej Vokasional
Tun Hussein Onn yang dirancang oleh IPG Kota Bharu dan Institut Tun Hussein Onn, seramai
25 orang bagi pendaftaran Julai lepas gagal dipenuhi. Kalau bilangan 25 orang tidak dapat
dipenuhi, macam mana untuk mengambil sebahagian daripada kampus IPG? Eloklah pelajar
kolej vokasional ini ditempatkan di kampus sedia ada.
Pihak kolej vokasional perlu memberi fokus mendapatkan kelulusan MQA terlebih
dahulu agar ianya dapat memberi kepercayaan kepada pelajar-pelajar dan juga ibu bapa
sebelum memperluaskan kepada pertambahan kampus baru. Co-exist menjadikan kapasiti
IPG untuk menampung pelajar akan berkurang, sedangkan unjuran keperluan guru mulai
tahun 2019 dan lima tahun akan datang akan bertambah bagi menampung kekurangan yang
ada.
■1750
Mulai tahun 2019, unjuran adalah seramai 6,000 hingga 8,000 setahun. Memang betul
padang, alatan sukan, kantin boleh dikongsi tetapi bilik kuliah dan bilik penginapan asrama
sukar untuk dikongsi dan kesannya sekira berlaku co-exist, PIBG akan menghadapi
kekurangan bilik kuliah dan asrama untuk menampung pertambahan pelajar ini. Keadaan ini
DN 5.12.2018 111

akan mengakibatkan berlaku pula keperluan pembangunan bilik kuliah dan asrama yang
baharu. Oleh itu, adalah lebih baik daripada awal lagi pelajar-pelajar Kolej Vokasional
ditempatkan di kampus-kampus TVET yang sedia ada ataupun diperbesarkan di tempat yang
sedia ada.
Pertambahan juga berlaku apabila IPG terpaksa mengambil pelajar-pelajar bagi
mencukupkan bilangan pelajar setelah empat tahun, 2015 hingga 2018 pelajar yang diambil
adalah separuh daripada yang diunjurkan. Kapasiti keseluruhan 27 IPG adalah sekitar 31,000
orang ini akan menjadikan ia cukup-cukup untuk menampung bilangan pelajar mengikut apa
yang diunjurkan. IPG juga diharapkan kekal dua fungsi utama penubuhannya iaitu
menjalankan latihan perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan.
Kedua-dua latihan ini melibatkan bakal guru di seluruh negara yang memohon latihan
perguruan, perkhidmatan dan juga latihan dalam perkhidmatan yang melibatkan guru di
seluruh negara dan bukannya di negeri-negeri tertentu sahaja. Dengan itu adalah dipohon
untuk KPM mengekalkan IPG sebagaimana sebelumnya dan tidak secara co-exist dengan
institusi TVET. Itulah dia punya pandangan daripada IPG Kota Bharu yang diharapkan
mendapat perhatian daripada pihak kementerian.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengambil kesempatan untuk
bertanya khabar tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Asmak tadi
tentang royalti minyak negeri Kelantan, di mana kita dapati negeri Terengganu sudah
menerima royalti minyak ini sedangkan Kelantan masih belum menerimanya lagi. Kita juga
ingin bertanya tentang status pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Bagaimana
status dan perkembangan seterusnya? Ini kerana rakyat sedang bertanya-tanya bagaimana
kesudahannya, apa yang dijanjikan sebelum ini.
Adalah dicadangkan juga kepada pihak kerajaan semoga menaik taraf Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra ini ke sebuah lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa,
memandangkan perkembangan yang berlaku di lapangan terbang ini, untuk mengatasi
kesesakan jalan raya dari Kota Bharu ke Tumpat, adalah sangat perlu satu lagi jambatan
daripada Kampung Cina ke Kampung Palebang.
Oleh yang demikian adalah sangat-sangat diharapkan semoga jambatan ini
direalisasikan oleh kerajaan pusat dalam rangka memberi kemudahan kepada negeri
Kelantan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang sedang menjadi-jadi sekarang
ini. Demikian juga soal pembangunan tok bali juga diharapkan semoga kerajaan pusat
memberi perhatian. Semoga negeri Kelantan mempunyai sebuah pelabuhan untuk menarik
pelaburan ke negeri Kelantan dan demikian juga supaya Kelantan menjadi tumpuan para
DN 5.12.2018 112

pelabur kerana adanya kemudahan-kemudahan pelabuhan yang diperlukan oleh pihak


pelabur.
Itulah sahaja Tuan Yang di-Pertua apa yang saya dapat sampaikan, terima kasih.
Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat
Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa.
Dan sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Datuk Sambanthan A/L
Manickam, silakan.

5.55 ptg.
Datuk Sambanthan A/L Manickam: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua
kerana memberi peluang untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia
Kesebelas- RMKe-11.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia
ini, dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan
oleh yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan Rakyat tidak ada sebarang janji-janji
manifesto Pilihanraya Umum Ke-14- PRU14 Kerajaan Pakatan Harapan.
Ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Pakatan Harapan (PH),
tidak ada inisiatif langsung untuk menunaikan janji-janji manis mereka sebaik manifesto
berkenaan dibuat semata-amat untuk memenangi pilihan raya. Segala aku janji kepada rakyat
terutama golongan B40 tidak disentuh dalam pembentangan tersebut. Keadaan ini
menunjukkan segala janji mereka itu pasti tidak akan tertunai sama sekali contohnya
menaburkan janjinya ialah menghapuskan tol di seluruh Malaysia, menurunkan harga minyak,
menghapuskan dan membayar pendahuluan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu banyak perkara yang disebut dalam pembentangan
RMKe-11 hanyalah kesinambungan terhadap apa juga polisi yang telah dijalankan sewaktu
era memerintah Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia. Terdapat juga beberapa aspek yang
kurang memberi penekanan sebelum ini menjadi keutamaan kepada Kerajaan BN,
umpamanya isu pengangkutan awam. Saya melihat perkara ini sebagai tulang belakang
ekonomi negara yang perlu kita lakukan. Akan tetapi tidak ada perincian tentang bagaimana
pembangunan untuk merapatkan jurang perbezaan seperti negeri-negeri pantai timur serta
negeri-negeri di bawah bayu Sabah dan Sarawak boleh dilaksanakan.
DN 5.12.2018 113

Selain itu saya turut menyokong mendapatkan Pakatan Harapan sering menganggap
BN merupakan sebuah kerajaan yang gagal dan boros dalam perbelanjaan, sedangkan dalam
kajian ini jelas membentangkan hutang negara yang telah dikurangkan daripada 40 peratus
kurang dari Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 50 peratus.
Akan tetapi, bagaimanakah Barisan Nasional boleh menjadi kerajaan yang boros
seperti yang didakwakan oleh Pakatan Harapan. Jikalau hutang negara kita semakin
mencukupi, kini sudah dikurangkan dalam tempoh tersebut. Jadi ada beberapa aspek yang
merupakan kenyataan yang bersifat thundering, dengan izin, tetapi tidak disokong dengan
data yang dibetulkan dalam buku yang dibentangkan oleh kerajaan iaitu- seperkara yang saya
ingin bertanya di dalam Dewan yang mulia ini, adalah perhubungan dengan pembangunan
kaum India.
■1800
Sekiranya RMKe-11 pada era ini berfokus lebih kepada Sabah dan Sarawak,
pembangunan sosial ekonomi kaum India juga perlu diberikan perhatian yang serius. Akan
tetapi, malangnya bidang usahawan perniagaan, pembangunan sekolah-sekolah Tamil telah
menjadi tanda tanya di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Walaupun Kerajaan Pakatan
Harapan telah mengambil tampuk pemerintahan negara sejak tujuh bulan yang lalu. Akan
tetapi, sehingga sekarang tidak ada sebarang jawatankuasa khas mengambil tindakan untuk
kaum India di Malaysia. Keadaan ini menunjukkan Kerajaan Pakatan Harapan hanya
memberikan fokus kepada penyelesaian hutang sahaja.
Saya juga cukup sedih melihat ada rakan-rakan saya di dalam Dewan dan di Dewan
Negara ini yang cukup lantang menyokong inisiatif-inisiatif Kerajaan Barisan Nasional
terdahulu. Kini, segelintir daripada mereka sudah mengambil pendirian yang baru di mana
mereka tidak mempunyai pendirian yang profesional dalam mencapai satu agenda.
Seorang Ahli: Perli nampak?
Datuk Sambanthan a/l Manickam: Tuan Yang di-Pertua, apabila semalam Yang
Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan telah pun membangkitkan beberapa isu berkaitan
bantuan pendapatan daripada JKM. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat
Ghani @ Abbas telah membangkitkan isu untuk mendapatkan bantuan JKM tetapi ada Yang
Berhormat telah pun tampil kehadapan untuk membantu isu-isu ini.
Saya merayu kepada Yang Berhormat walaupun beliau tidak ada di dalam Dewan,
saya merayu kepada Yang Berhormat supaya memberi bantuan JKM kepada masyarakat
majmuk ini. Bukan sahaja masyarakat Melayu, masyarakat Cina, masyarakat India, ramai lagi
daripada Sabah dan Sarawak menghadapi masalah yang sama untuk mendapatkan bantuan
JKM.
DN 5.12.2018 114

Saya bertanya kepada Menteri berkaitan kerana apabila Barisan Nasional telah pun
dikalahkan selepas 60 tahun memerintah, ada pihak-pihak pembangkang yang berkata
Pakatan Harapan telah menjatuhkan Barisan Nasional. Kenyataan ini bukanlah perkara yang
betul. Ini kerana apabila Kerajaan Barisan Nasional telah memerintah negara ini beberapa
agensi-agensi kerajaan, contohnya JKM, kalau kita bawa orang-orang yang begitu susah
untuk mendapatkan bantuan tetapi pegawai-pegawai JKM telah tidak bekerjasama dengan
pegawai-pegawai yang bawa orang-orang yang perlu mendapatkan bantuan.
Oleh sebab itulah, salah satu sebab rakyat di bawah B40 telah membenci Kerajaan
Barisan Nasional dulu. Saya minta kepada Pakatan Harapan, salah dan silap yang lepas oleh
Barisan Nasional juga pegawai-pegawai agensi kerajaan buat, janganlah sesekali ulang yang
mana yang berlaku. Kalau...
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-
Pertua, boleh, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Saya tidak
setujulah dengan dakwaan ataupun tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat Datuk
Sambanthan a/l Manickam. Oleh sebab saya menguruskan orang yang memerlukan bantuan
JKM. Tidak ada seorang pun yang ditolak oleh kakitangan JKM. Sikap kakitangan kerajaan
sama sahaja. Sama ada dia Kerajaan Pakatan Harapan atau Kerajaan Barisan Nasional
sebelum ini.
Mereka melakukan berdasarkan kepada penilaian semula. Kebanyakannya yang
diberhentikan daripada bantuan oleh sebab kedudukan ekonomi mereka telah berbeza. Akan
tetapi kalau yang masih lagi daif, masih lagi susah, tidak ada masalah. Kita tidak ada dendam
tidak ada apa-apa Yang Berhormat Datuk Sambanthan a/l Manickam. Saya boleh berikan
jaminan khususnya di Lumut yang saya uruskan, tidak ada diskriminasi. Bantuan terus
diberikan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.
Datuk Sambanthan a/l Manickam: Terima kasih Yang Berhormat Laksamana
Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid. Akan tetapi apa yang saya cakapkan ini
adalah benar, saya boleh bawa dokumen-dokumen yang kita ada, kita bawa pergi ke JKM.
Banyak pegawai-pegawai yang telah pun tolak khususnya di kawasan Parlimen Hulu Langat.
Parlimen Hulu Langat telah pun dua penggal dimenangi oleh PAS. Kali ini...
Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Yang Berhormat ini saya pun menghormati
apa yang dikatakan Yang Berhormat. Walaupun kerajaan telah pun tukar kepada Pakatan
Harapan tetapi masih berlaku diskriminasi daripada pihak-pihak jabatan. Kakitangan kerajaan
DN 5.12.2018 115

masih tidak berubah walaupun kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan telah ubah. Apa yang
dikatakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Sambanthan itu memang betul. Di negeri
Kedah pun ada juga kes-kes kebajikan- mungkin di tempat Yang Berhormat sudah okey tetapi
di tempat lain memang pegawai masih lagi tidak ubah perangai, masih lagi sama walaupun
Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri ditukar. Ini pendapat saya Yang Berhormat. Terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.
Datuk Sambanthan a/l Manickam: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat,
mana Yang Berhormat bertugas memang tidak ada masalah tetapi banyak kawasan kita bawa
dokumen ini memang dia bagi macam-macam alasan. Satu yang saya hendak sentuh di sini
kepada kementerian, apabila kita mohon pegawai JKM datang melawat rumah, dia kata ada
Astro. Orang sudah kaya tidak boleh bantu kepada orang tertentu. Ini pun ada pilih kasih.
Saya lihat sendiri orang lain ada Astro boleh dapat bantuan. Akan tetapi saya ingin tekankan
di sini Astro adalah perkara biasa.
Sekarang sepasang ibu-bapa telah duduk rumah anak dia, anak dia memang mampu
memasang Astro untuk kepentingan keluarga anaknya dan cucunya. Apabila bapa dan ibu
tidak ada kerja, tidak ada tanggungan daripada orang lain, dia duduk rumah tersebut. Apabila
JKM datang membuat kajian, dia kata orang ini memang ada Astro, you punya anak ada
kereta, tidak perlu bantu. Saya minta banyak keluarga, anak-anak ini memang- tidak menjaga
kepada ibu-bapa. Ini adalah perkara yang biasa dalam semua kaum. Kalau anak hendak jaga
ibu-bapa, menantu tidak beri jaga, bila menantu hendak jaga, anak tidak beri. Ini adalah
perkara yang berlaku secara berlangsung di seluruh negara.
Oleh sebab itu memang niat Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah pun prihatin untuk
membantu kepada orang-orang yang memerlukan. Akan tetapi pegawai-pegawai masih
belum berubah. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baharu telah berkata
banyak lagi kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan masih belum berubah, sikap ini
harus diubah dalam tempoh enam bulan berubah. Lagi lima tahun kita mesti mahu adakan
satu perubahan kerana rakyat perlu perubahan. Oleh sebab itulah rakyat bagi satu mandat
yang besar kepada Pakatan Harapan dalam PRU yang lepas.
Kedua terakhir sekali, saya hendak sentuh ramai pemimpin ataupun Ahli-ahli Yang
Berhormat daripada sini dan juga sana telah menyentuh perpaduan masyarakat negara ini.
Saya menentukan isu ini perpaduan perkauman ini bukanlah mula daripada Kuil Sri Maha
Mariamman. Ramai pemimpin kata apabila bergaduh, di situ bukan isu perkauman. Isu
bergaduh itu adalah antara developer bersama dengan kuil. Ini telah pun Yang Berhormat
DN 5.12.2018 116

Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menjelaskan isu
pergaduhan itu adalah isu pemaju dan juga kuil.
Akan tetapi isu perpaduan ini bukan baru. Apabila Barisan Nasional telah memerintah
10 tahun yang dahulu, seorang pemimpin- masa itu dia jadi parti mana, dia sebagai NGO.
Dialah yang bawa dokumen-dokumen ini dihantar ke British. British telah mengatakan Negara
Malaysia, masyarakat India telah pun dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Tiba-tiba bila beliau balik di sini, Kerajaan Barisan Nasional pun buat silap melantik
beliau sebagai Timbalan Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. Baru itulah rakyat sudah
mula marah kerana seorang pemimpin menjatuhkan nama dan imej kepada luar negara, untuk
memecahkan keamanan negara, untuk memecahkan perpaduan negara.
■1810
Tiba-tiba Pakatan Harapan mengambil kuasa memerintah negara Persekutuan.
Melantik beliau semula menjadi Menteri Perpaduan sebagai Senator di bawah Jabatan
Perdana Menteri, melantik Menteri Perpaduan. Di manakah Jabatan Perpaduan akan
membuat dengan baik. Mula beliau pecah perpaduan, tiba-tiba dilantik sebagai Menteri
Perpaduan. Bila jadi pergaduhan ini salah semua orang India, jadi gengsterlah, macam-
macam tuduhan. Ini adalah satu kenyataan yang tidak betul.
Saya minta kepada kerajaan Pakatan Harapan ataupun Perdana Menteri ada lebih
kuasa, beliau boleh lantik siapa saja jadi Menteri. Beliau ada lebih kuasa boleh melantik siapa
saja apa-apa tugas tetapi saya minta, saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri supaya melantik seorang Menteri Perpaduan yang jujur dan ikhlas, boleh
bekerjasama dengan semua kaum. Jangan bila kaum, jangan ada isu yang lain.
Sebab itulah saya minta lagi sekali kepada Tuan Yang di-Pertua, selalu Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua selalu berpantun, ramai lagi pantun. Kita pun kenang jasa
budi kepada Kerajaan Barisan Nasional selama 60 tahun telah memerintah, banyak jasa,
membantu kepada rakyat dan sekarang Pakatan Harapan sudah pun bantu kepada rakyat.
Sebab itulah saya pun hendak sampaikan satu pantun.

Sebiji pisang emas;


Masak di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar;
Hutang budi akan bawa mati.

Timbalan Yang di-Pertua: Bagus, tahniah. Tepuk tangan sikitlah... [Tepuk]


Datuk Sambanthan a/l Manickam: Akhir kalam saya, saya berharap RMK-11 boleh
membantu dalam aspek pembangunan rakyat kerana ia adalah copy paste, dengan izin
daripada Kerajaan Barisan Nasional. Sekian, terima kasih.
DN 5.12.2018 117

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Sambanthan
a/l Manickam, dan dia sudah pandai sangat pantun sudah ya. Terima kasih ya.
Dan sekarang akhirnya Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin
Abdullah. Dipersilakan.

18.12 ptg.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: [Membaca sepotong doa] Saya bersyukur
ke hadrat Allah, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk
menjadi pembahas terakhir dan saya ditolak terakhir ini kerana saya mempunyai 37 muka
surat yang akan saya baca, insya Allah kita akan habis pukul 8.
Timbalan Yang di-Pertua: Masa 20 minit Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Saya kira dalam Dewan ini kita ada 11 orang
Senator. Dua dok ada di coffee house, dan 21 orang pencatat ada di belakang kita ini. Jadi
insya Allah saya akan hanya akan sentuh dua muka surat kerana tidak ramai yang dalam
Dewan hadir.
Timbalan Yang di-Pertua: Saya bagi 20 minit.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan
penyokong kerajaan dan rakan-rakan pemerintah seperti mana yang disebut oleh Yang
Berhormat Senator di belakang saya, saya ucapkan terima kasih kerana kita masih lagi
berada di Dewan ini untuk sama-sama kita mendengar ucapan-ucapan yang bernas daripada
sahabat-sahabat kita berhubung dengan Rancangan Malaysia Ke-11, 2010-2016.
Saya cuma hendak menarik perhatian Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kepada
kata-kata aluan di dalam buku tebal RMK-11 ini di mana Yang Berhormat Menteri, Dato’ Seri
Mohamed Azmin telah pun menyatakan di perenggan dua, kerajaan akan mengimbangi
objektif pertumbuhan ekonomi dan inisiatif pengukuhan fiskal bagi memastikan pembangunan
yang berterusan dan inklusif tanpa merencatkan prospek pertumbuhan.
Justeru projek pembangunan sosioekonomi berimpak tinggi akan diteruskan bagi
penekanan yang lebih besar kepada negeri-negeri yang kurang membangun. Negeri-negeri
yang kurang membangun disebut di sini terutamanya Sabah, Sarawak, Kelantan,
Terengganu, Perlis dan yang sedihnya negeri saya Kedah dan disambungkan juga bagi
memastikan pertumbuhan wilayah yang seimbang, lebih banyak langkah juga akan
DN 5.12.2018 118

dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat khususnya isi rumah
berpendapatan 40 peratus terendah, B40.
Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin, saya
membaca di dalam buku ini, kupasan-kupasan dan saya melihat di muka surat 12-15. Dia tulis
muka surat mengikut topiknya, 12-15 di mana kawasan pertumbuhan yang dikenal pasti dan
dalam kawasan yang dikenal pasti ini ialah akan ditumpukan projek-projek yang akan
diadakan.
Soalan saya pendek saja Tuan Yang di-Pertua kerana saya hendak cepat. Saya
mohon kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi supaya menyenaraikan projek-
projek yang akan diadakan khususnya bagi negeri Kedah yang akan membangunkan
ekonomi rakyat di sana. Kami menunggu sebab Kedah ini Tuan Yang di-Pertua ini, kalau kita
tengok daripada segi petanya di atas itu Siam, di situ pertumbuhan ekonomi daripada segi
daun ketumnya. Kalau hendak cari daun ketum, eksport daun ketum, import daun ketum di
situ.
Kawasan sebelah Kubang Pasu ke atas aktiviti-aktiviti di sempadan Yang Berhormat
Tan Sri Ibrahim cukup aktif, orang keluar masuk hari Jumaat, orang keluar, balik hari Ahad.
Sentiasa ada situ pelancong-pelancong kita keluar ke sana, yang masuk kurang, tapi yang
keluar ramai. Kalau hendak tengok orang Kedah, di sebelah Bukit Kayu Hitam, pergi hari
Jumaat sampai hari Ahad, insya Allah ramai ada di sana.
Kalau kita tengok di sebelah selatan, Pulau Pinang. Yang Berhormat Tuan Yang di-
Pertua, kalau kita tengok Pulau Pinang pembangunannya cukup pesat sekarang ini
sehinggakan kera dan beruk tidak ada lagi, lari pergi ke negeri Kedah. Gunung Jerai sekarang,
pokok durian, pokok cempedak, pokok jering, pokok petai habis, tidak ada peluang langsung
kerana terlalu banyak beruk yang dihantar daripada Pulau Pinang ke negeri Kedah. Kita ada
padi, kita ada gunung, kita ada laut, kita ada pondok, kita ada juga tiga parti di sana yang
cukup kuat, Tuan Yang di-Pertua.
Saya mendengar ada ura-ura yang menyatakan bahawa lapangan terbang ketiga di
Kedah akan didirikan. Saya hendak bertanya, apakah betul apa yang disebut-sebut oleh
orang-orang negeri Kedah ini? Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dapat menjawab.
Sekiranya ada, di mana dan tahun bila yang akan dibangunkan airport baru yang ketiga ini.
Harga padi contohnya kerana kita, Kedah banyak tumpuan kepada harga-harga padi.
Apakah kita akan menukar kepada petani moden yang sekarang ini masih lagi di tahap lama,
masih lagi menggunakan jentera-jentera lama. Apakah kita akan menaikkan pemodenan
kepada kawasan-kawasan MADA? Apakah baja-baja yang saya sebut baru-baru ini, chemical
DN 5.12.2018 119

akan digunakan semula kerana tidak ada perubahan langsung daripada dulu, kini dan insya
Allah tidak akan selama-lamanya.
Saya hendak menyentuh kepada perkara kedua yang saya maklumkan tadi kerana
saya akan bahas 33 muka surat itu di dalam anggaran belanjawan. Saya hendak
mengucapkan tahniah kerana saya melihat di dalam buku ini dari segi ekonomi pelancongan
akan dibagi tumpuan. Bila kita sebut ekonomi pelancongan, saya terbaca laporan daripada
Malaysia Airlines System dan pada tahun ini dilaporkan Malaysian Airlines System masih lagi
di tahap lama walaupun ada peningkatan sedikit dari segi keuntungannya.
Akan tetapi kalau kita melihat kepada laluan untuk membawa masuk pelancong ke
Malaysia, kita amat sedih Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya tengok ambil daripada negara
yang bermula daripada A- Argentina contohnya, Bueno Aires sudah tidak pergi, Austria,
Vienna kita tidak pergi lagi. Dulu ada, ini yang saya baca ini, yang dulu ada, sekarang tidak
ada. Di Australia, Cairns, tidak ada. Canberra International Airport tidak ada, Darwin
International Airport tidak ada, Gold Coast International Airport tidak, Hobart International
Airport tidak ada. Kita tengok Bahrain tidak ada, Vancouver, Canada tidak ada. Di China
banyak yang telah pun ditutup airports.
■1820
Kemudian kalau kita tengok sebelah utara, Croatia, Egypt, France semuanya telah
ditutup. Dulu kita dengar Frankfruit ada tapi tidak ada sekarang ini. Paris, Cairo, Ahmedabad,
Ko Hin, Calcutta, Bandung, Makassar, Medan, Padang, Pontianak, Tarakan, Tehran, Rome,
Fukuoka, Nagoya, Tokyo, Haneda International Airport, Narita International Airport, Kuwait
International Airport, Bario Airport, Belaga Airport, Sultan Azlan Shah, sudah tidak pergi.
Memanglah yang itu memang tidak pergi pun. Kapit tidak pergi. Saya baca di New
Zealand, Christchurch, Amsterdam, Karachi, Sibu, Davao, Capetown sudah tidak pergi. Di
South Africa, Jolbert tidak pergi, Busan tidak pergi South Korea, Seoul sudah tidak pergi,
Spain, Madrid sudah tidak pergi, Sweeden Stockholm sudah tidak pergi, Switzerland Zurich
sudah tidak pergi, Thailand, Bangkok dan banyak kalau saya baca Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, kita hendak bertanya, kalau kita hendak menumpukan kepada pelancongan ini
Tuan Yang di-Pertua, bila MAS akan membuka semula laluan-laluan yang telah ditutup
dahulu? Kini kalau kita pergi ke KLIA sekalipun kita melihat banyak sekali airlines yang kita
tidak pernah dengar sudah masuk ke international airport kita.
Jadi sekarang Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya- ini pertanyaan saya kepada
Menteri Pengangkutan. Apakah mereka akan membuka semula laluan-laluan lama yang
menguntungkan kita? Walaupun kadang-kadang passenger kurang tetapi kita pelancong-
pelancong yang masuk itu ke negara kita yang akan pulang ke negara mereka untuk
DN 5.12.2018 120

menceritakan kecantikan negara itu sudah berkurangan. Saya juga melihat di lapangan-
lapangan terbang kita Tuan Yang di-Pertua, agak daif kadang-kadang. Lambat bila menunggu
luggage dan sebagainya. Baru-baru ini saya di Subang Airport dan menunggu di depan.
Sekarang ini jalan bila kereta kita hendak datang ambil kita itu hanya satu lane saja.
Saya bertanya kepada budak itu kerana ramai pelancong-pelancong dari Pulau
Pinang turun di Subang. Mereka menunggu dan kereta mereka terpaksa berjalan kerana
sesak di depan itu. Rupa-rupanya dua lane ditutup, diserah kepada syarikat yang
mengendalikan joki ini, sistem memakai joki. Jadi, bila ditutup jalan begitu Yang Berhormat,
ia akan menjadi satu kesesakan di depan airport.
Kita benarkan joki tapi kenapa kita mesti berikan dua lane kepada mereka untuk
parking kereta depan airport? Gunakan parking yang ada. Ini yang kita katakan bahawa
kementerian patut melihat kepada perkara-perkara yang sebegini. Oleh kerana bila
pelancong-pelancong luar, mereka keluar dan terpaksa menunggu, ada yang menunggu lebih
lama menunggu kereta itu queue pusing balik itu lebih lama daripada perjalanan dia dengan
kapal terbang daripada Subang ke Pulau Pinang.
Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah kementerian akan mengambil
tindakan tegas kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di airport yang saya sebutkan tadi?
Soalan berhubung dengan MAS tadi, apakah pelan masa depan apabila contoh di England,
Brexit berlaku? Adakah MAS masih mahu mengekalkan hanya satu penerbangan ke London,
United Kingdom yang tidak lagi mempunyai perhubungan yang sama dengan European
Union? Besar kemungkinan jika sesiapa ke European Union melalui Kota London, mereka
akan di subjek kan dengan proses Imigresen, tidak seperti pada masa sekarang.
Sekarang kalau kita pergi England, kita pergi ke London, hendak keluar ke Paris tidak
payah lagi check pasport kerana kita di dalam European Union. Adakah ini akan memberi
impak kepada laluan perdagangan antara Malaysia dengan UK dan juga European Union,
terutama sekali perdagangan melalui udara.
Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya nak sentuh ialah daripada segi kesihatan. Saya
mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan kerana telah pun mempertingkatkan
kawasan larangan merokok. Walaupun saya kasihan dengan ramai rakan-rakan daripada
Yang Berhormat kita yang merokok. Terpaksa mengambil kereta keluar dan pergi merokok di
depan pondok sana, sedih saya tengok tapi apakan daya.
Apa pun, saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan, khusus kepada Yang
Berhormat Menteri yang ada will power untuk melarang mereka-mereka daripada merokok di
kawasan- lebih-lebih lagi di kawasan restoran. Saya selaku Timbalan Yang di-Pertua
DN 5.12.2018 121

PEMADAM amat mengalu-alukan keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini. Akan tetapi bukan
itu yang saya hendak persoalkan.
Saya melihat statistik semasa kita membuat lawatan ke Embassy Cuba. Di mana di
Cuba, satu doktor nisbahnya adalah 150 penduduk. Ini Cuba satu negeri yang miskin yang
diboikot oleh Amerika Syarikat begitu lama dan ekonomi mereka ini tidak sekuat ekonomi kita.
Akan tapi di Malaysia, kita satu doktor nisbahnya 623 orang.
Jadi, kalau kita melihat kepada nisbah ini, apakah langkah kerajaan untuk
mengurangkan nisbah pesakit sekurang-kurangnya kepada nisbah yang disyorkan oleh World
Health Organization? Dato’ Dr. Dzulkefly telah memberikan alasan bahawa kualiti doktor
adalah lebih penting daripada kuantiti doktor yang merawat pesakit di Malaysia. Oleh itu,
apakah tindakan kerajaan untuk menaikkan taraf pelajar-pelajar perubatan pada masa kini ke
taraf kualiti yang dinyatakan oleh Menteri tersebut? Itu soalan saya.
Kedua, pada masa yang sama, apakah langkah kerajaan untuk menurunkan ilmu yang
ada pada doktor-doktor pakar yang kini sedang berumur dan besar kemungkinan akan
pencen? Malaysia akan kehilangan ilmu-ilmu berguna untuk pesakit-pesakit yang akan
datang.
Ini soalan keempat, pencegahan penyakit adalah lebih baik daripada merawat pesakit.
Banyak kempen-kempen telah diadakan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia
untuk lebih menyedari penyataan di atas akan tetapi saya masih lagi melihat bahawa
sesetengah golongan rakyat masih mengambil sambil lewa tentang kesihatan, terutama sekali
ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka tidur lewat.
Dari segi sains kesihatan, kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah mestilah
mempunyai waktu tidur yang cukup untuk proses tumbesaran yang sempurna. Jika mereka
dibenarkan tidur lewat dan tidak mendapat rehat yang secukupnya, ini memudahkan kanak-
kanak itu untuk senang mendapat penyakit.
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mengadakan kempen kesedaran
mengenai perkara ini untuk membantu ibu bapa yang tidak mengetahui akan pentingnya
waktu tidur itu kepada anak-anak mereka. Ini diberikan oleh doktor kepada saya, Tuan Yang
di-Pertua. Oleh kerana mereka dan saya juga mendapati ramai kadang-kadang orang Melayu
ini, anak-anak mereka pukul 12 malam masih lagi duduk di kedai nasi kandar dan sebagainya.
Tambahan lagi soalan nombor lima, pada masa kini ramai rakyat Malaysia yang
melancong ke luar negara di waktu cuti kerana kos-kos pelancongan sekarang adalah lebih
rendah berbanding dengan 10 tahun lalu.
Akan tetapi mereka yang melancong ke luar negara tidak sedar bahawa apabila
mereka di luar negara, mereka mendedahkan diri serta ahli keluarga kepada penyakit-
DN 5.12.2018 122

penyakit lain daripada penyakit di dalam Malaysia. Penyakit ini tidak sepatutnya berada di
Malaysia kerana virus atau bakteria ini tidak boleh hidup di iklim di negara kita.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan untuk Kementerian Kesihatan membuat kempen
kesedaran untuk rakyat Malaysia mendapatkan vaksin yang sepenuhnya sebelum melancong
ke luar negara. Kempen yang sama boleh diadakan oleh kerajaan sempena Tahun Melawat
Malaysia untuk pelancong-pelancong luar negeri yang datang ke negara ini untuk tidak
menyebarkan penyakit yang sama daripada negara kita.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana
memberi laluan kepada saya untuk membahaskan RMKe-11 ini. Lebihan daripada teks yang
ini akan saya bahaskan di dalam perbahasan anggaran belanjawan.
Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya
menyokong usul RMKe-11 ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
■1830
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd
Suhaimi bin Abdullah. Terima kasih. Hari ini kami telah memberi peluang seramai yang
mungkin Ahli Yang Berhormat berucap membahaskan. Hari ini seramai 17 orang dan saya
dengar dengan penuh teliti dan hati-hati. Boleh dikatakan ramai yang memberikan hujah-
hujah yang baik, bernas dan teratur. Tahniah dan terima kasih.
Dengan itu juga, saya rasa amat teruja dan sukacita. Ahli Yang Berhormat ramai lagi
yang tunggu sampai hampir Maghrib pun ada lagi bersama-sama saya. Yang Berhormat ini
merupakan pejuang-pejuang bangsa. Ada Yang Berhormat Senator Prof. Emeritus Tan Sri
Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah ada, tokoh guru silat kita pun ada- anakanda saya iaitu kita punya
anak arwah Tan Sri Omardin ini, dan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin
Abdullah datang last sekali. Dia kata dia tidak mahu lepaskan peluang nak bercakap depan
saya. Bagus. Terima kasihlah. Kepada yang ada ini saya ucapkan syabas dan tahniah. Hari
ini buat saya lebih muda rasa. Ramai pejuang-pejuang. Sampai petang ada.
Saya sebagai orang tua ingin menasihatkan supaya jagalah kesihatan anda baik-baik.
Jaga diri supaya badan itu sentiasa sihat dan sentiasa menjadi manusia yang berilmu dan
beriman. Ingat.

Kalau tuan memakan pauh;


Nasi berlauk ikan tenggiri;
Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat pergi jauh;
Pandai-pandailah Yang Berhormat menjaga diri... [Tepuk]

Itu dia. Jaga itu. Itu jaga juga. Hati-hatilah nak buat sesuatu, tengok kiri kanan. Jaga
diri. Kalau anda tidak ada, susahlah saya. Jadi saya nasihatkan tadi.
DN 5.12.2018 123

Kalau tuan mengail ikan;


Jangan mengail ikan sepat;
Kepada Ahli Yang Berhormat saya berpesan;
Pokok berduri jangan dipanjat... [Tepuk]

Itu ya Ahli Yang Berhormat.


Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, saya punya tanda di sini
sudah pukul- di sini jam saya menunjukkan 6.32 petang. Sempat lagi kalau kita nak pergi
sembahyang Maghrib.
Jadi Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10
pagi, hari Khamis, 6 Disember 2018. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.33 petang]

You might also like