You are on page 1of 1

YAB DATO SRI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK Perdana Menteri Malaysia Pejabat Perdana Menteri Blok

utama, Bangunan Perdana Putera Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya. YAB DATO SRI MENGAKTIFKAN SEMULA BANTUAN KEWANGAN KEPADA PERSATUAN VETERAN VAT 69 KOMANDO Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Bagi maklumat pihak Dato Sri, kedudukan kewangan persatuan kini telah mencapai tahap yang membimbangkan maka dengan ini kami berharap pihak Dato Sri dapat mengaktifkan semula bantuan kewangan sebanyak RM100 ribu yang pernah diberikan pada tanggal 12hb Sept 2011 oleh Dato Hishamuddin bin Tun Hussein Onn (Menteri Dalam Negeri ketika itu) di Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu kepada persatuan untuk kegunaan kebajikan ahli-ahli dan aktiviti pengurusan persatuan. 3. Kami turut berharap wang bantuan sebanyak RM100 ribu dapat dinaikkan kepada RM200 ribu setahun, hal ini adalah kerana bantuan kepada balu-balu, anak-anak dan keluarga ahli veteran Vat 69 semakin meningkat. 4. Segala pengurusan kewangan kebajikan balu-balu, anak-anak, keluarga veteran Vat 69 dan juga pengurusan persatuan adalah seperti dilampirkan. 5. Adalah diharap pihak YAB Dato Sri dapat meluluskan permohonan kami demi kebaikan persatuan dalam menjaga kebajikan ahli-ahli. Sekian, Terima Kasih.

DATO MOHD RANI BIN ABD RASHID Yang Dipertua Persatuan Veteren Vat 69

You might also like