You are on page 1of 1

KELAB BELIA TAMAN KUHARA JAYA (BELIAKU)

TB 820 TAMAN KUHARA JAYA


KM 6 , JALAN KUHARA
PETI SURAT 61506,
91025 TAWAU SABAH TEL: 089-752 554

Ruj.Kami : BELIAKU/2020/11 - (02)


Tarikh : 11 Disember 2020

Kepada :
YB TUAN ANDI MUHAMMAD SURYADY HAJI BANDY
Pembantu Menteri Belia & Sukan Sabah
Kementerian Belia & Sukan Sabah,
Tingkat 10, Blok B, Bangunan Wisma MUIS,
Karung Berkunci No. 2007,
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

Yang Berhormat,

MEMOHON DANA KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM BANTUAN MAKANAN KHAS DI


DAERAH TAWAU.

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak YB, Kelab Belia Taman Kuhara Jaya (Beliaku) merupakan satu Kelab Belia yang telah
didaftarkan pada 2020. Salah satu objektif Kelab ini ditubuhkan adalah untuk menjadi platfom dalam mengasah bakat
kepimpinan belia seawal di bangku sekolah disamping melaksanakan pelbagai aktiviti dalam membantu masyarakat.

3. Oleh yang demikian, bagi memastikan Kelab ini sentiasa relevan, Kelab ini memerlukan dana untuk menjalankan
aktiviti “Bantuan Khas Bakul Makanan Covid19” bagi membantu masyarakat yang terkesan sepanjang PKPB Covid 19 ini .
Oleh itu, pihak kami memohon bantuan kewangan daripada pihak YB selaku Pembantu Menteri Belia & Sukan
Sabah bagi menyokong penyaluran dana kewangan dalam melaksanakan aktiviti ini.

4. Semoga dengan adanya sumbangan dana nanti, dapatlah pihak kami bersama-sama Kementerian yang diterajui oleh YB
dalam melaksanakan program yang memberi manfaat kepada belia dan masyarakat. Berikut merupakan maklumat akaun
bank untuk rujukan dan makluman di pihak YB:

Nama Bank : Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)


Nama Akaun Semasa : Kelab Belia Taman Kuhara Jaya
No Akaun Semasa : 1002-0000679-71-2
No Pendaftaran Kelab : PPBM: KT2196/1220

Segala jasa baik dan keperihatinan pihak YB dalam mempertimbangkan permohonan ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

SABAH MAJU JAYA

___________________________
Alif Utama Haqiqi Bin Qamarurijal
Pengerusi
Kelab Belia Taman Kuhara Jaya

You might also like