You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Sekolah Kebangsaan Kulai


JKR 2467 Kampung Melayu TEL : 07-6631730 / 07-6638731
81000 Kulai,Johor Darul Takzim. FAX : 07-6638731
H/P : 013-7689899 (YDP)
___________________________________________________________________
Ruj.Kami : SKK8003.PIBG/21(06)
Tarikh : 01 OGOS 2022

Yang Berhormat,
Puan Teo Nie Ching
Ahli Parlimen Kulai
21A, Jalan Tropika 1
Taman Tropika
81000 Kulai

Yang Berhormat,

PERMOHONAN PERUNTUKAN BAGI MENJALANKAN PROGRAM FUN RIDE KASIH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa PIBG SK Kulai akan menganjurkan Program Fun Ride
Kasih dengan ketetapan sebagaimana berikut :

Tarikh : 08 Oktober 2022


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi

3. Untuk makluman YB, pihak PIBG telah tidak mengambil sumbangan PIBG daripada para
ibubapa / penjaga pelajar-pelajar pada tahun 2021 atas dasar memahami kekangan
kewangan akibat Pandemik Covid-19. Sebagai usaha memantapkan semula kewangan
PIBG bagi membantu sekolah dalam pelbagai pembangunan sekolah dan kegiatan
kurikulum, maka satu program Fun Ride akan diadakan dan semua bayaran penyertaan
akan disalurkan terus untuk kegunaan pihak sekolah.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya YB dapat menyalurkan
peruntukan sebanyak RM5000 bagi menjayakan program Fun Ride tersebut.

5. Pertimbangan Yang Berhormat adalah amat kami hargai dan segala kerjasama yang
diberikan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

MOHD ZAMRI B. SAPUAN


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Kulai

You might also like