You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kulai


Telefon : 07-6605525
Persiaran Indahpura 4 Faks : 07-6632782
81000 Kulai Laman Web : http://ppdkulai.com
Johor Darul Ta’zim Email : ppd_kulai@moe.gov.my

Ruj Kami: PPDKUL.PM.100-19/8/1( 26 )


Tarikh : 9 Januari 2022

Pngetua
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulai
u.p : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tuan,

PENGAGIHAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 KEPADA SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI


BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAERAH KULAI TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor


bertarikh 3 Januari 2022 yang dengan sendirinya menerangkan maksud perkara di atas untuk
perhatian dan makluman serta tindakan daripada pihak tuan.

3. Sehubungan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai akan membuat agihan Kit Ujian
Kendiri Covid-19 untuk kegunaan 14 buah sekolah menengah harian . Sehubungan itu, pihak
tuan diminta hadir bersama-sama seorang pembantu untuk mengambil bahan tersebut seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Januari 2022 (Ahad)


Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Kulai

3. Bagi membantu usaha kerajaan menangani penularan Covid-19 di Malaysia; semua


pegawai diminta untuk mematuhi SOP tersebut seperti mengelakkan 3C crowded places,
confined spaces, close conversation) / 3S (sesak,sempit, sembang dekat) dan amalkan 3W.

4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila berhubung dengan pegawai kami, Puan
Hazlinda binti A Rahman di talian 07-6605571/012-7756203. Kerjasama tuan di dalam hal ini
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

.........................................................
( ZAINAL BIN BUANG )
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor

You might also like