You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kulai,


Persiaran Indahpura 4, Telefon : 07-6605525
81000 Kulai, Faks : 07-6632782
Johor Darul Ta’zim. Laman Web : http://ppdkulai.com
Email : ppd_kulai@moe.gov.my

Ruj.Kami: PPDKUL.PR/100-8 ( )
Tarikh: April 2022

Pengetua dan Guru Besar


Sekolah Daerah Kulai

Tuan,

PENILAIAN KENDIRI SEKOLAH (PKS) STANDARD KUALITI PENDIDIKAN


MALAYSIA GELOMBANG 2 (PKS-SKPMg2) TAHUN 2022

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, surat daripada Jemaah Nazir (KPM.100-
1/9/6 Jilid 2 (67)) bertarikh 11 April 2022 dan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri
Johor (JPNJ.PPPPD.600-10/1/5 Jld (5)) bertarikh 14 April 2022 menyatakan maksudnya
adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Dengan Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir sedang menaik taraf


sistem SKPMg2 bagi memenuhi keperluan kandungan dan kaedah pengisian PKS-
SKPMg2. Sehubungan dengan itu, pengisian PKS-SKPMg2 bagi sesi persekolahan
tahun 2022 akan dilaksanakan apabila sistem siap sepenuhnya dan tarikh pengisisan
akan dimaklumkan kemudian kepada pihak tuan.

3. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi Hj. Surjana bin Shukor,
Penolong PPD (Perancangan), Pejabat Pendidikan Daerah Kulai di talian 07–6632782
atau 019–7587799. Kerjasama pihak tuan berkaitan perkara ini sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(ZAINAL BIN BUANG)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

s.k:
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulai
Sektor Perancangan
SS/PKSSKPMg2Tahun 2022

You might also like