You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUBANG PASU


BANDAR DARULAMAN, 06000 JITRA, Telefon : 04-9199979/9190823/9190825
Faks : 04-9190463
KEDAH DARUL AMAN E-mel : adminppdkp@moe.gov.my
Laman Web : http://ppdkubangpasu.moe.gov.my

Rujukan kami : PPDKP(UP)200-5/1(43)


Tarikh : 25 Mac 2020
11 Syaaban 1442H
Pengurus,
Tenaga Nasional Berhad,
Jalan Changlun,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PERMOHONAN PENGECUALIAN PEMBAYARAN CAGARAN BAGI


MEMBEKALKAN BEKALAN ELEKTRIK BARU KE BANGUNAN SURAU BAHARU
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUBANG PASU, JITRA, KEDAH DARULAMAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, kontraktor ADM Jaya Aman Enterprise (AS0354388-
V) telah dilantik oleh pihak kami bagi menjalankan kerja-kerja elektrifikasi di bangunan
berkenaan. Oleh yang demikian pihak kami memohon agar dikecualikan pembayaran
cagaran bagi permohonan pemasangan bekalan elektrik baru di bangunan tersebut.

3. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada pihak
kami bagi melancarkan kerja-kerja elektrifikasi tersebut.

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Rokhaimi bin Zakaria (019-4765591)
dan En. Mohd Sabri bin Kasa@Ghozali (013-4068590).

5. Kesudian pihak tuan untuk memberi kerjasama amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG"

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI MAHADHIR BIN ISMAIL)


Pegawai Pendidikan Daerah
Kubang Pasu,
Kedah Darul Aman.

You might also like