You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING


Batu 42, Jalan Kulim Baling, 09100 Baling, Kedah Darulaman
Telefon : 044704344 Faksimili : 044703319 Emel : adminppdbs@moe.gov.my

Rujukan kami : PPSB 500-4/2/2 ( )


Tarikh : 01 Jun 2023

Seperti senarai edaran

Tuan/puan,

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS RASMI DI BAWAH PEMUSATAN PERKHIDMATAN


TEKNIKAL ICT DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING SECARA TASK FORCE

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada surat edaran rujukan KPM.500-4/3/17 Jld 2 (29) bertarikh 23


Februari 2022, perkara 3 yang menyatakan pelaksanaan Pemusatan Perkhidmatan
Teknikal ICT akan dilaksanakan secara task force mulai 1 Mac 2022 bagi tempoh
setahun atau sehingga permohonan pindah butiran waran perjawatan diluluskan
oleh agensi pusat.

3. Oleh yang demikian, tuan/puan adalah dibenarkan untuk melaksanakan


Perkhidmatan Teknikal ICT berdasarkan sekolah seliaan tuan/puan dibawah Pusat
Kegiatan Guru yang telah ditetapkan. Tuan/puan juga dibenarkan hadir ke Pejabat
Pendidikan Daerah Baling mengikut keperluan untuk melaksanakan kerja-keja
pengurusan dan pentadbiran Unit Pengurusan Teknikal ICT Sekolah.

4. Sehubungan itu, tuan/puan layak membuat tuntutan berdasarkan Pekeliling


Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa dan tertakluk kepada peruntukan yang
ada. Tuan/puan juga digalakkan untuk berkongsi kenderaan sebagai langkah
penjimatan.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………
MOHAMAD KHAIRUL ADILAH BIN AHMAD
Timbalan PPD Sektor Perancangan
b/p : Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Baling
________________________________________________________________________
“BANGKIT BALING BANGKIT”

You might also like