You are on page 1of 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Tel : 088-233202/ 231617


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Faks : 088-239450/ 246157
Blok C & D, Tingkat 5, Bangunan KWSP Portal Rasmi : www.ppdkk.edu.my
Beg Berkunci 2031,88000 Kota Kinabalu E-mel: pentadbiran@ppdkk.edu.my

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________

Rujukan : PPDKK.SPM.800-5/2/3
Tarikh : 15 Februari 2023
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Daerah Kota Kinabalu

Tuan,

MAKLUMAN PENYALURAN PERUNTUKAN FASA KEDUA BAGI PELAKSANAAN BANTUAN


PERSEKOLAHAN 2023.

Dengan segala hormatnya, saya ingin menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas dan surat
daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bil. JPNSBH.SPM.800-5/6/2 (32) bertarikh 14
Januari 2023 dan surat daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia
KPM.800-4/4/2 JLD.3 (56) bertarikh 10 Mac 2023 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) fasa kedua
bagi murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 akan dilaksanakan seawal 16 Mac 2023 berdasarkan
maklumat seperti di Lampiran A.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dimohon untuk melaksanakan urusan dengan
pihak bank dengan kadar SEGERA selepas peruntukan kewangan dikreditkan ke akaun KWK
sekolah masing-masing. Bersama-sama ini disertakan surat berkaitan sebagai rujukan.

4. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh berhubung terus dengan Encik Mohd Aizan bin
Ermando atau Encik Nordin bin Insan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor
Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu melalui talian 088-240245.

Kerjasama dan tindakan pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

BUNSU BIN GAGA


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid
b.p Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

You might also like