You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah


Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
05604 Alor Setar Tel : 04-740 4000
Faks : 04-740 4342
Kedah Darul Aman Laman Web : www.moe.gov.my

Ruj Kami : JPK SPA.600-2/1/50 (41)


Tarikh : 29 September 2020

Semua Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Kedah Darul Aman

Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-Sekolah Negeri Kedah

Tuan/Puan,

PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK


MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK) DAN PENGISIAN DATA SEGAK KE DALAM
APLIKASI SISTEM PAJSK-SEGAK TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat Kementerian Pendidikan
KPM.600-3/2/45(62) bertarikh 28 September 2020 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian SEGAK bagi tahun 2020 hendaklah


dilaksanakan bermula 5 Oktober sehingga 5 November 2020 bagi murid berumur 10
hingga 17 tahun. Murid dan sekolah yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) sehingga 31 Oktober 2020 adalah dikecualikan daripada
melaksanakan ujian SEGAK.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah ingin
memberi beberapa peringatan mesra berkaitan pelaksanaan Ujian SEGAK:

3.1 Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Guru-
Guru Pendidikan Jasmani perlu memahami maklumat terperinci berkaitan
pelaksanaan ujian SEGAK seperti dalam Lampiran B surat KPM dengan
mengadakan perbincangan untuk memutuskan kaedah terbaik pelaksanaan.

3.2 Ujian SEGAK juga perlu dilaksanakan dengan mematuhi garis panduan
pelaksanaan ujian SEGAK bulan Oktober 2020 seperti dalam Lampiran C yang
telah disenaraikan dan dibaca bersama Garis Panduan Pembukaan Sekolah

…2/-
JPK SPA.600-2/1/50 (41)

dan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum


(http://gg.gg/GarisPanduanKPM).

3.3 Jadual tempoh pelaksanaan, tempoh kunci masuk data ujian dan proses
pengesahan.

3.4 Menggunakan borang BSSR/BSSM dalam Lampiran D dan Lampiran E yang


telah disertakan dalam surat KPM sebagai dokumen rasmi merekod data ujian
SEGAK.

4. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Haslinda Binti Mohamed Yusof
Sektor Pembelajaran di talian 04-7745101 atau 011-13276550.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SITI AMINAH BINTI IBRAHIM)


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman

s.k : 1. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman


2. Pegawai Pendidikan Daerah (Kota Setar)

HASLINDA/SEGAKokt2020/mydoc

-2-

You might also like