You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik


Batu 42, Jalan Kulim Baling Tel: 04 4704344
09100 BALING Fax: 04 4703319
KEDAH DARUL AMAN. Emel: adminppdbs@moe.gov.my

Ruj. Kami : 100 – 11 / 2 / 7 ( 11 )


Tarikh : 25 Mac 2018

Pengetua / Guru Besar,


Sekolah-sekolah Daerah Baling Sik

Tuan / Puan,

BENGKEL VERIFIKASI DATA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) BAGI MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (MPS)
BERSAMA GURU DATA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH BALING SIK 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan dijalankan seperti berikut;

Tarikh : 28 Mac 2018 (Rabu)


Masa : 2:00 petang
Tempat : Dewan Seminar PPD Baling Sik
Urusetia : Unit ICT PPD Baling Sik

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memberi pelepasan kepada guru data sekolah bagi
menghadiri bengkel tersebut seperti ketetapan di atas.

4. Untuk makluman peserta, makan dan minum tidak disediakan manakala tuntutan perjalanan adalah
berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa sekarang. Sebarang pertanyaan sila hubungi
En. Mohd Nazri Bin Chin (Penolong PPD ICT) di talian 04-4704344 Samb. 301.

5. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………………..
(AMIRULDDIN BIN ABD HAMID)
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik

“MENERAJUI TRANSFORMASI”

You might also like