You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BELURAN


PETI SURAT 27
90107 BELURAN
Telefon : 089511303
SABAH, MALAYSIA Faksimile : 089511059
Email : ppd.beluran@moe.gov.my

“BELURAN PANTAS MENERAJUI PERUBAHAN”

Rujukan :PPD(BN)/600/19/1/(2)
Tarikh : APRIL 2018
GURU BESAR
Sekolah-sekolah Rendah,
Daerah Beluran.

Tuan/Puan,

BENGKEL PENGISIAN DATA LINUS PORTAL NKRA SARINGAN 1 TAHUN 2018


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

02. Adalah dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 26 April 2018 (KHAMIS)


Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Kursus PKG Beluran

03. Sehubungan dengan itu, Guru Penyelaras LINUS sekolah tuan/puan diwajibkan hadir. Sila
bawa bersama
1. Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) semua komponen Tahun 1 – 4
2. Komputer riba.
3. Broadband (jika ada)
4. Extension cable (jika ada)

04. Sila pastikan semua BPPI dibawa semasa bengkel tersebut agar pelaksanaan bengkel berjalan
lancar.

05. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En Suhaili Sabri di talian 089511303 (Pejabat) atau
0198008624

Kerjasama penuh daripada tuan/puan amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

(LAIRES CAROLINE ANO)


Penolong Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah Beluran

s.k Fail

You might also like