You are on page 1of 3

Tarikh : 6/10/2022

Ruj. Kami : NSB/DBKL/01/2022

Kepada,

EN. AHMAD IBNU SINA BIN TERMIZI


Pengurus Kawasan,
Pejabat Cawangan Bukit Bintang,
Tingkat 12, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan,
Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.

Ybhg. Tuan,

PER : PERMOHONAN RAYUAN PENUNDAAN TARIKH NOTIS MENGHENTIKAN


AKTIVITI DAN MENGOSONGKAN TAPAK NIAGA “BAZAR RIA LARUT
MALAM BUKIT BINTANG”, KUALA LUMPUR.

Dengan segala hormat dan takzimnya merujuk kepada perkara di atas, saya MOHD
NASIR BIN ABDUL RAHMAN dari NASIR SRI BINA ENTERPRISE (002015106-X)
penganjur kepada BAZAR RIA LARUT MALAM BUKIT BINTANG dengan rasa
rendah diri ingin membuat RAYUAN rasmi kepada pihak YBhg Tuan.

2. Untuk makluman pihak YBhg Tuan, pihak saya telah menerima NOTIS
MAKLUMAN bagi “Menghentikan Aktiviti dan Mengosongkan Tapak
Perniagaan” pada 4HB OKTOBER 2022 jam 10.30 malam.

Untuk pengetahuan pihak YBhg Tuan juga, pihak saya sudah membuat permohonan
permit secara online pada 15/08/2022 (No. Fail: DR2208001701) (Sila rujuk
lampiran) tetapi keputusan permohonan kami dikeluarkan pada 06/10/2022 (No.
Fail: DBKL.JPPP/01880/08/2022/HB04) (Sila rujuk lampiran) dan keputusan
permohonan kami telah di TOLAK disebabkan ‘Kesilapan Maklumat Lesen’

3. Saya merayu agar pihak Ybhg Tuan dapat memberi kepada saya sedikit
masa atau tempoh untuk saya dan peniaga untuk menghentikan aktiviti perniagaan
serta mengosongkan tapak niaga tersebut. Ini adalah disebabkan oleh beberapa
perkara seperti berikut :

NASIR SRI BINA ENTERPRISE


(002506160-X)
NO. 563, JALAN GOMBAK, BATU 4 ¼, 53000, GOMBAK, WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA
LUMPUR
T : +6 019 699 2037 E : nasirsribina@gmail.com
a) Kebanyakkan peniaga saya adalah dari golongan B40 dan pesara-
pesara yang amat terkesan akibat Pandemik COVID19 dan amat
memerlukan wang. Mereka telah berkorban mengeluarkan sejumlah
wang simpanan mereka untuk menjalankan perniagaan untuk
menampung keperluan hidup mereka setelah kehilangan pekerjaan.

b) Tapak bazar ini diwujudkan adalah kerana menyahut seruan kerajaan


agar pihak syarikat swasta dan NGO-NGO juga sama-sama dapat
membantu kerajaan memulihkan ekonomi rakyat yang terkesan akibat
Pandemik COVID19. Pihak saya amat bersyukur kerana dapat
membantu golongan B40 yang terkesan. Mereka kini bersungguh-
sungguh menjalankan perniagaan kerana hanya ingin mencari rezeki
bagi menampung keluarga mereka.

c) Sepanjang menjalankan aktiviti perniagaan, pihak saya tidak menerima


sebarang aduan dari pengunjung dari orang awam, malah kini telah
menjadi viral dan ramai orang awam memuji Pihak Berkuasa
Tempatan kerana memberi ruang dan menyokong terhadap peniaga-
peniaga Melayu untuk berniaga dikawasan elit dimana dikuasai oleh
peniaga Kaum Cina. Namun kini pihak Berkuasa Tempatan sendiri
mengarahkan untuk menghentikan aktiviti dan mengosongkan
kawasan tersebut. Pihak saya berasa amat sedih.

d) Peniaga-peniaga kini dalam ketakutan kerana disebabkan NOTIS


tersebut, mereka khuatir akan kehilangan sumber rezeki yang dapat
memulihkan ekonomi mereka. Peniaga juga ada memohon dan
merayu agar pihak YBhg mendengar dan kasihanilah mereka dan juga
berharap pihak YBhg menggunakan kedudukan pihak YBhg membantu
saya dan peniaga untuk meneruskan BAZAR RIA LARUT MALAM ini
demi mencari rezeki untuk keluarga.

4. Untuk pengetahuan pihak YBhg Tuan, pihak saya juga sedang membuat
permohonan baru/semula lesen (e-Lesen) dalam tempoh masa yang terdekat
mengikut prosedur permohonan lesen yang ditetapkan oleh pihak DBKL.

5. Pihak saya juga sedang menyediakan kiosk-kiosk (10’x10’) yang baru untuk
digantikan dengan khemah yang sedia ada untuk jadikan kawasan ini juga sebagai
kawasan tarikan pelancong.
NASIR SRI BINA ENTERPRISE
(002506160-X)
NO. 563, JALAN GOMBAK, BATU 4 ¼, 53000, GOMBAK, WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA
LUMPUR
T : +6 019 699 2037 E : nasirsribina@gmail.com
Dengan itu, sokongan Rayuan dan pertimbangan serta keperihatinan dari pihak YBhg. Tuan
amatlah saya hargai dan diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

…………………………………………….
MOHD NASIR BIN ABDUL RAHMAN
Pengarah Urusan
Nasir Sri Bina Enterprise (00205106-X)

NASIR SRI BINA ENTERPRISE


(002506160-X)
NO. 563, JALAN GOMBAK, BATU 4 ¼, 53000, GOMBAK, WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA
LUMPUR
T : +6 019 699 2037 E : nasirsribina@gmail.com

You might also like