You are on page 1of 3

Satu lagi Program Di Bawah Bajet Kesejahteraan Rakyat

Kerajaan Negeri Perak Mulai Tahun 2010

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

PENGENALAN

Kerajaan Negeri Perak yang diterajui oleh kepimpinan YAB Dato’ Seri Dr.
Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah
menyediakan Bajet Kesejahteraan Rakyat seperti berikut:-

1. Program Bantuan Rumah


2. Program Mikrokredit
3. Program Perlindungan Takaful Tabarru’
4. Program Setinggan Sifar 2012

5. TABUNG PENDIDIKAN NEGERI


6. Peruntukan Untuk Hal Ehwal Bukan Islam
7. Peruntukan Untuk Orang Asli
8. Tabung Khas Pendidikan bagi Kaum India
9. Peruntukan Bagi Menampung Perbelanjaan Utiliti SRJK (C) dan SRJK (T)
10. Program Pengupayaan Generasi Muda
11. Pembangunan Taska PERMATA

Bagi program Tabung Pendidikan Negeri, sejumlah RM2.0 juta telah

disediakan bagi memberikan jaminan masa hadapan sebagai insentif

simpanan pendidikan kepada 10,000 Anak Kelahiran Negeri Perak tanpa

mengira kaum, agama dan fahaman politik. Sumbangan RM200 daripada

Kerajaan Negeri Perak dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional

(SSPN) kepada setiap kelahiran adalah tabungan permulaan dan ibubapa

wajar membuat penambahan tabungan seterusnya.

SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN)

1. Merupakan satu cara atau instrumen simpanan yang direka khas oleh
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan
pendidikan tinggi.
2. Menawarkan pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa
sehingga RM3,000 setahun.
3. Perlindungan insurans secara percuma ke atas pendeposit yang
mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.*
4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga
yang layak. (Syarat keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000
sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT )

5. Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh


Kerajaan.
6. Kadar dividen yang menarik serta kompetetif dan dikecualikan daripada
cukai pendapatan.
7. Kemudahan menyimpan di lebih 1,400 ejen PTPTN.
8. Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.

[*Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak


untuk pendeposit berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang
berumur 1 hari hingga 28 tahun layak mendapat khairat kematian jika berlaku
kematian ke atasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan
yang ditetapkan]

CARA PERMOHONAN

a) Pemohon boleh menggunakan borang permohonan yang disediakan di


sebelah dan juga boleh mendapatkan secara PERCUMA di :
 Pejabat Yayasan Perak; atau
 Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat); atau
 Jabatan dan Pejabat Pendaftaran Negara Negeri Perak; atau
 Wad Bersalin Hospital-Hospital Kerajaan; atau
 Dimuat turut melalui laman web rasmi Yayasan Perak

b) Borang permohonan hendaklah dihantar bersama-sama dengan BORANG


PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN yang boleh didapati di
BSN, CIMB BANK, AGRO BANK, BANK ISLAM dan BANK RAKYAT.

c) Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pembiayaan Yayasan Perak


di alamat berikut:
Yayasan Perak
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No. 111, Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh, Perak
Tel : 05-2552929 Faks : 05-2531701
Laman Web : http//www.yayasanperak.com.my

Rakyat Perak yang berkelayakan adalah dipelawa


untuk membuat permohonan SEGERA!!!

“Bajet 2010 juga memperlihatkan Perak menjadi negeri pertama mewujudkan


Tabung Pendidikan Negeri dengan dana permulaan sebanyak RM2.0 juta di mana
setiap anak Perak yang baru lahir layak menerima insentif berupa simpanan
pendidikan berjumlah RM200 seorang.” – (YAB DATO’ SERI DR. ZAMBRY BIN ABD.
KADIR, MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN).

You might also like