You are on page 1of 20

KEADAH MENYELESAI DAN

MENGEIMBANGKAN
KEKAYAAN DUNIA
KEMISKINAN
PERANAN KERAJAAN
Kerajaan memainkan peranan yang
penting dalam mengendalikan
masalah kemiskinan.Pihak kerajaan
telah mengambil beberapa langkah
untuk membasmi kemiskinan
dalam negara.
Kerajaan komited kurangkan kemiskinan di kawasan bandar
Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan pendapatan dan
taraf hidup rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa ikhtiar
termasuk untuk menangani kemiskinan di bandar, meningkatkan pemilikan rumah selain menyediakan
usaha membantu menjana pendapatan golongan miskin dan terjejas.

Ketika membentangkan Bajet 2010 di Parlimen semalam, Najib mengumumkan bahawa kerajaan akan
memperuntukkan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan di bandar yang meliputi
bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah.

"Landskap kehidupan semasa menyaksikan kadar urbanisasi berkembang pesat dengan 63 peratus daripada
penduduk tinggal di bandar. Kita sedar bahawa kehidupan di bandar pada kala ini bukannya mudah.

"Masalah kemiskinan kian meningkat disebabkan kos sara hidup yang tinggi, pendapatan yang rendah dan
masalah tempat tinggal," katanya.
Bagi mengatasi masalah kemiskinan bandar secara holistik, Najib mengumumkan peranan
Kementerian Wilayah Persekutuan dikukuhkan dan akan dikenali sebagai Kementerian Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Beliau berkata antara tugas utama kementerian tersebut ialah menyediakan satu pelan tindakan
komprehensif dan melaksanakan program bersesuaian untuk menangani masalah kemiskinan
bandar di seluruh negara termasuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Najib berkata bagi membantu golongan miskin di bandar, kerajaan akan memberi keutamaan
kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki dan menyewa rumah
yang disediakan kerajaan.
"Pada 10 Okt 2009, saya telah mengumumkan lebih 44,000 rumah kos rendah dijual pada harga di antara
RM21,500 hingga RM35,000 seunit yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan
Perumahan Negara (JPN).

"Sebagai langkah tambahan, JPN telah menyediakan 74,000 unit rumah kos rendah untuk disewa "

Najib juga memaklumkan terdapat 148 projek swasta setakat ini yang terbengkalai melibatkan 49,913 unit
rumah serta 31,824 pembeli rumah. Daripada jumlah itu, 87 projek masih belum dapat dipulihkan di mana
41 projek terdiri daripada rumah kos rendah dan sederhana, katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan mempertimbangkan bantuan kewangan yang bersesuaian untuk
memulihkan rumah kos rendah dan sederhana mengikut senarai projek sedia ada dan bagi tujuan itu,
peruntukan sebanyak RM200 juta akan disediakan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan.
Najib juga berkata kerajaan akan melaksanakan pelbagai program bagi mengurangkan kadar kemiskinan di
seluruh negara kepada 2.8 peratus pada 2010 berbanding 3.6 peratus pada 2007.

Beliau berkata hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi
rumah Orang Asli yang telah dikenalpasti akan dibantu bagi mencapat matlamat tersebut.

Bagi tujuan tersebut, katanya, kerajaan akan mengagihkan bantuan kebajikan Persekutuan pada hari
pertama setiap bulan. "Bagi negerinegeri Semenanjung, ia telah bermula pada 1 September 2009 dan bagi
Sabah dan Sarawak akan bermula pada 1 Januari 2010," katanya.

Selain itu, beliau berkata Skim Program Lonjakan Mega dengan peruntukan RM141 juta seperti di Batang
Sadung dan Batang Lupar(Sarawak), Pulau Banggi (Sabah) dan Tanjung Gahai dan Chemomoi (Pahang)
dijangka dapat mengeluarkan 5,600 keluarga daripada kemiskinan tegar.
Kerajaan juga akan menyediakan latihan kemahiran dan kemudahan mikro kredit bagi kumpulan
miskin yang produktif bagi menjana pendapatan berterusan dan lebih berdikari.

Bagi tujuan tersebut, katanya, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM180 juta bagi
meneruskan Program Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)
yang meliputi Program Peningkatan Pendapatan, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya,
Program Kecemerlangan Pendidikan, Program Bantuan Rumah dan Program Pembangunan
Masyarakat Setempat.

Beliau berkata kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta kepada UDA Holdings Bhd bagi
membina 300 unit kedai desa di seluruh negara bagi menyediakan peluang memulakan
perniagaan di luar bandar.
KAEDAH
• Meningkatkan pemilikan rumah dan memberi bantuan
kewangan yang bersesuaian untuk memulihkan rumah kos
rendah dan sederhana
• Peranan Kementerian Wilayah Persekutuan dikukuhkan dan
akan dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar.
• Mengagihkan bantuan kebajikan Persekutuan
• Menyediakan latihan kemahiran dan kemudahan mikro kredit
1).Program Bantuan Rumah

Peranan:
Program Bantuan Rumah membantu keluarga miskin tegar memiliki rumah
kediaman yang selesa.

Pada tahun 2009,peruntukan lima puluh juta ringgit disediakan untuk


membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih seribu buah rumah.
Keutamaan diberi kepada golongan tua,uzur,cacat dan ibu atau bapa tunggal
yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam.
MENINGKATKAN PEMILIKAN RUMAH DI KALANGAN PENDUDUK MISKIN BANDAR

Dalam usaha memudahkan lagi pemilikan rumah bagi kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah, beliau
mengumumkan pada awal Oktober bahawa lebih 44,000 rumah kos rendah akan dijual pada harga antara RM21,500
dan RM35,000 setiap unit oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Perumahan Negara (JPN) menjelang akhir
2010.

"Sebagai langkah tambahan, JPN akan menyediakan 74,000 kediaman kos rendah untuk disewakan pada 2010," katanya.

Kerajaan juga bimbang dengan bilangan projek rumah yang terbengkalai. Sehingga hari ini, sejumlah 148 projek
persendirian yang terbengkalai membabitkan 49,913 unit dan 31,824 pembeli. Daripada jumlah ini, 87 projek masih
belum dipulihkan dengan 41 daripadanya membabitkan rumah kos rendah dan sederhana. Najib berkata, kerajaan akan
menimbangkan bantuan kewangan yang wajar untuk memulihkan projek perumahan kos rendah dan sederhana dalam
senarai projek terbengkalai sedia ada. Satu peruntukan sebanyak RM200 juta bagi tujuan ini akan disediakan di bawah
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
KEMENTERIAN KHUSUS UNTUK JAGA GOLONGAN MISKIN BANDAR

Dalam usaha menangani kemiskinan bandar melalui satu cara holistik, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditukar namanya
kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dengan peranan barunya untuk memperkukuh dan
memperluas program pembasmian kemiskinan bandar di seluruh negara.

Kemiskinan bandar kini turut meliputi mereka yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000.

Untuk mengelakkan pertindihan tanggungjawab, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik
Raja Zainal Abidin berkata pihaknya akan berusaha bersama Jabatan Kebajikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat dalam pengagihan bantuan bagi golongan miskin.

Kementerian juga berusaha bersama pihak lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perdana
Menteri serta jabatan lain.
STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN

Skim Program Lonjakan Mega Luar Bandar, yang diumumkan semasa pembentangan belanjawan itu juga akan dilanjutkan ke
tahun yang berikut bersama satu peruntukan sebanyak RM141 juta untuk membantu 5,600 keluarga keluar daripada kemiskinan
tegar.

Skim ini akan tertumpu di kawasan seperti Batang Sadung dan Batang Lupar di Sarawak; Pulau Banggi di Sabah; dan Tanjung
Gahai dan Chemomoi di Pahang.

Najib juga berkata 50,000 isirumah tegar yang didaftar di portal pembasmian kemiskinan Jabatan Perdana Menteri, e-Kasih, serta
4,000 isirumah Orang Asli akan menerima bantuan.

Langkah-langkah untuk membasmi kemiskinan termasuk pengagihan bantuan kebajikan persekutuan pada hari pertama setiap
bulan, dengan bantuan kebajikan bagi Semenanjung bermula pada 1 September lepas dan bagi Sabah dan Sarawak bermula 1
Januari tahun depan.
Untuk membantu menambahbaik taraf kehidupan di kalangan golongan miskin dan peluang
untuk mata pencarian, kerajaan memperuntukan RM180 juta bagi Program Pembangunan
Kesejahteraan Rakyat (SPKR).

Program ini, yang menawarkan latihan kemahiran serta kemudahan kredit mikro meliputi
Program Peningkatan Pendapatan, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Program
Kecemerlangan Pendidikan, Program Bantuan Rumah dan Program Pembangunan Masyarakat
Setempat.

Kerajaan juga menawarkan program latihan kemahiran serta keusahawanan kepada lebih
daripada 3,000 wanita menerusi Jabatan Pembangunan Wanita dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
Adalah diharapkan melalui usaha ini, kadar kemiskinan dapat dikurangkan daripada 3.6 peratus
pada 2007 kepada 2.8 peratus pada 2010.
1.Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)

Peranan:
1.PPRT membantu keluarga termiskin di seluruh negara untuk menjadi lebih
berdikari.
2.PPRT membantu golongan miskin menjayakan diri dalam arus pembangunan
negara.

PPRT telah diwujudkan khusus untuk membantu golongan miskin seramai


107,000 orang di seluruh negara. Sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan
bagi program ini dengan matlamat membantu keluarga termiskin di seluruh
negara untuk menjadikan mereka lebih berdikari dan menjayakan diri dalam
arus pembangunan negara.
KAEDAH LAIN
• Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KWPKM)
• Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
• Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan
• Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
3.Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KWPKM)

Peranan:
1.KWPKM meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
2.KWPKM melatih dan membangunkan wanita untuk menjadi usahawan
menerusi program Amanah Ikhtiar Malaysia.

KWPKM telah dipertanggungjawabkan untuk melahirkan seramai 4,000 orang


usahawan wanita.Di antara bidang keusahawanan yang ditawarkan adalah
peruncitan, penternakan, kesihatan dan penghasilan makanan.
4.Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

1.JKM membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan


keupayaan untuk berdikari.
2.JKM mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.
3.JKM meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Subahan Kamal menyerahkan bantuan wang tunai kepada golongan kurang


berkemampuan pada majlis di Kampung Selayang Indah, Selayang.
- UTUSAN/ZAINI HUSIN
JKM telah menyalurkan bantuan tunai kira-kira RM1.4 juta setiap bulan kepada
golongan memerlukan di Selangor.
Sumber:Berita Utusan
PERLINDUNGAN SOSIAL BAGI YANG KURANG BERNASIB BAIK

Dalam satu langkah untuk mempertingkat jaringan perlindungan sosial, kerajaan akan terus membantu orang kurang
upaya, warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan kebajikan.

Untuk memastikan keberkesanan penyaluran bantuan dan mencegah pertindihan, Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan
(ICU) di Jabatan Perdana Menteri sedang menyiapkan pangkalan data berpusat e-Kasih.

Usaha lanjut oleh kerajaan untuk memperkukuh jaringan perlindungan sosial juga membabitkan peruntukan RM224 juta
bagi golongan kurang upaya dan bagi pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Masyarakat dan untuk membina dan
menaik taraf empat Taman Sinar Harapan.

Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukan RM174 juta untuk membantu warga emas dan menaikkan taraf dua
Rumah Seri Kenangan.

Selain daripada itu, sebanyak RM15 juta telah diperuntukan bagi Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia, Majlis Hospice
Malaysia dan Persatuan Orang Buta Malaysia untuk membantu pesakit miskin membeli peralatan perubatan.

Ibu bapa dan penjaga juga boleh menarik nafas lega kerana peningkatan dalam kadar elaun daripada RM50 kepada
RM150 sebulan bagi setiap anak istimewa yang didaftarkan di sekolah khas yang diusahakan oleh NGO berkuatkuasa 1
Januari tahun hadapan. Kira-kira 4,000 kanak-kanak istimewa juga akan menerima manfaat daripada peruntukan RM3.3
juta tersebut.
SUBSIDI BERAS BAGI GOLONGAN MISKIN

Satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu lebih 200,000 keluarga miskin dan miskin tegar ialah melalui subsidi beras (Subur),
yang dilancarkan oleh Najib pada November.

Di bawah skim itu, kira-kira 43,500 keluarga miskin di bandar yang berpendapatan RM450 sebulan dan miskin tegar yang
berpendapatan RM420 setiap bulan masing-masing akan menerima satu kupon bagi beras percuma sebanyak 30kg setiap bulan.

Selain daripada itu, lebih 150,000 keluarga berpendapatan RM1,500 setiap bulan di kawasan bandar dan RM1,000 di luar bandar
yang dikategori sebagai miskin akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap enam bulan.

Lebih kurang 15,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara juga akan menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan mereka
boleh menggunakan kupon RM10 untuk membeli beras 10 kg gred ST15 yang bernilai RM24 pada harga RM14.

Pengagihan kupon ini dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang akan mengagihkannya kepada
penerima yang berdaftar di e-Kasih melalui anggota Parlimen. Mereka yang tidak disenaraikan dalam e-Kasih perlu berdaftar
dengan agensi-agensi Kementerian dan jawatankuasa keselamatan dan pembangunan kampung.

Selain daripada golongan miskin bandar dan miskin tegar, skim ini juga akan diperluaskan kepada rumah-rumah kebajikan dan
mereka akan diberi baucar bernilai RM10 setiap bulan.

You might also like