You are on page 1of 4

Kemiskinan Dalam Kalangan Orang Asli

Kemiskinan dalam kalangan Orang Asli masih berlaku hingga ke hari ini. Selain daripada
kemiskinan, kualiti hidup yang rendah merupakan satu anggapan umum mengenai Orang Asli
(Nor Zamani, 1999). Walaubagaimanapun, sebenarnya matlamat membasmi kemiskinan
secara holistik telah dilakukan secara lebih sistematik apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB)
diperkenalkan pada awal tahun 70-an. Kerajaan kini terus komited bagi membasmi
kemiskinan dan menangani masalah ketidak seimbangan sosioekonomi di dalam negara
keseluruhannya. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (2020) Kerajaan
memperuntukkan RM158 juta bagi membolehkan aspek kesejahteraan komuniti Orang Asli
diteruskan. Tambahan beliau, melalui peruntukan itu dilaksanakan program bantuan sosial
dan Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli.

Kerajaan juga tidak menafikan masih wujud tompokan kecil kemiskinan di kawasan –
kawasan seperti pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan
itu, penekanan terhadap usaha – usaha pembasmian kemiskinan termasuk dalam kalangan
minoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak, kawasan setinggan, kawasan perladangan, kawasan
pekebun kecil, dan seterusnya penempatan Orang Asli akan terus dipertingkatkan di bawah
pelaksanaan dasar dan program yang direncanakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA).

Program Pembangunan Usahawan JAKOA dilaksanakan untuk mewujudkan golongan


usahawan Orang Asli yang terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan. Fokus utama
dalam Pembangunan Keusahawanan adalah untuk membantu usahawan Orang Asli
mengembangkan perniagaan mereka. Skop bantuan yang diberikan secara geran adalah
berbentuk premis perniagaan, peralatan perniagaan atau pertanian atau penternakan, kursus,
termasuk ubah suai bangunan atau premis perniagaan. Bantuan yang diberi dalam bentuk
peralatan perniagaan adalah pembelian mesin dan alatan yang bersesuaian dengan bidang
perniagaan yang diceburi seperti kedai runcit, kedai makan, kedai jahit, bengkel kenderaan,
kafe siber, kedai kraftangan dan lain – lain.

Program ini bermatlamat membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan seiring


dengan dasar Kerajaan melahirkan lebih ramai golongan M40. Disamping itu, JAKOA turut
melaksanakan program bimbingan seperti kursus, latihan, pameran dan jualan produk bagi
mempromosi produk keluaran usahawan Orang Asli.
Kekurangan Prasarana Di Penempatan Orang Asli

Isu kekurangan prasarana di perkampungan Orang Asli, merupakan isu utama yang sering
diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Justeru itu, usaha – usaha ke arah meningkatkan
kesejahteraan hidup dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat Orang Asli
telah menjadi fokus utama JAKOA menerusi Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (PSE)
yang menjadi ‘Focal Point’ untuk mencapai matlamat dan menentukan semua aktiviti
pembangunan sosioekonomi dapat memberi faedah kepada masyarakat Orang Asli serta
mengubah dan meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih sempurna setanding
dengan masyarakat umum.

Program Pembangunan Infrastruktur di Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia ini


telah dijalankan oleh pihak kerajaan meliputi komponen pembinaan jalan perhubungan,
pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan penyediaan
kemudahan bekalan elektrik di perkampungan Orang Asli. Program ini dilaksanakan secara
khusus bagi menangani isu – isu ketiadaan kemudahan asas di kawasan perkampungan Orang
Asli di seluruh Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2019, sebanyak RM9,063,169.00
peruntukan telah diluluskan bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan pembayaran
melibatkan perbelanjaan sebanyak RM8,859,334.57 (97.75%) dan pecahan peruntukan dan
perbelanjaan mengikut negeri dan agensi adalah seperti berikut.

Jadual : Program Pembangunan Infrastruktur Di Perkampungan Orang Asli Semenanjung


Malaysia bagi tahun 2019

Bil. Negeri Peruntukan Perbelanjaan Peratus


(RM) (RM) (%)
1. Ibu Pejabat 1,762,200.71 1,762,200.71 100.00

2. Johor 542,941.00 486,022.00 89.52

3. N.Sembilan/Melaka 850,000.00 849,944.00 99.99

4. Pahang 547,803.59 547,035.59 99.86

5. Selangor 223,493.45 223,493.45 100.00

6. Perak 1,121,424.55 1,121,424.55 100.00


7. Kelantan 2,065,810.64 1,919,719.21 92.93

8. Jabatan Kerja Raya 1,949,495.06 1,949,495.06 100.00

Jumlah 9,063,169.00 8,859,334.57 97.75


*Sumber : Jabatan Kemajuan Orang Asli

Kurang Ilmu Pengetahuan

Kerajaan Malaysia khususnya pihak Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan


Kemajuan Orang Asli Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Orang
Asli bagi bagi memperbaiki, menangani dan menambah baik masalah pendidikan Orang Asli
terutamanya di kalangan kanak – kanak prasekolah Orang Asli. Namun begitu masih terdapat
isu – isu utama yang menjadi penyebab kepada kekangan keberkesanan sistem pengurusan
pengajaran dan pembelajaran pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Kajian oleh
Thanabalan, Saedah dan Norlidah (2014), mendapati tahap literasi dan pencapaian
pendidikan masyarakat Orang Asli berada pada tahap rendah. Hal ini kerana ramai Orang
Asli yang masih tidak menghadiri sesi persekolahan dan masalah keciciran pendidikan dalam
kalangan kanak – kanak Orang Asli adalah disebabkan faktor ekonomi, sosial dan budaya
masyarakat Orang Asli. Dalam kajian Sharifah Md Nor, dan rakan – rakan (2011), mendapati
kekurangan persekitaran pembelajaran yang kondusif akibat kemiskinan, kekurangan
kemahiran dalam Bahasa Malaysia, kekurangan sokongan pendidikan seperti ibu bapa yang
buta huruf, kurangnya kesedaran di kalangan ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan,
terutama pendidikan awal kanak – kanak serta batasan geografi menjadi penyebab kepada
masalah keciciran kanak – kanak Orang Asli dalam sistem pendidikan arus perdana. Hal ini
berlaku disebabkan masyarakat Orang Asli beranggapan bahawa kurikulum yang sedia ada
tidak relavan dengan kehidupan dan persekitaran mereka.
Sumber :

Noor Zamani Md. Noor. (1999) : Peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Dalam Perubahan
Sosio-Ekonomi Masyarakat Orang Asli

Jabatan Kemajuan Orang Asli (2020) : Pembangunan SosioEkonomi

Kementerian kewangan (2020) : Belanjawan 2021

Sharifah Md Nor, Samsilah Roslan, Aminuddin Mohamed, Kamaruddin Abu Hassan,


Mohamad Azhar Mat Ali & Jaimah Abdul Manaf (2011) : Dropout Prevention Initiatives for
Malaysian Indigenous Orang Asli Children.

You might also like