You are on page 1of 32

• Dasar dirangka bagi menjamin

kelangsungan industri pelancongan


negara serta menjadikan Malaysia
kembali sebagai destinasi pelancongan
terpilih utama di peringkat global.

• Secara tidak langsung akan


meningkatkan pendapatan negara.
ASAS PERTIMBANGAN
• Pemulihan industri pelancongan secara efektif berteraskan normal
baharu.

• Pengukuhan daya saing.

• Pembangunan sektor pelancongan secara lestari dan inklusif.

• Kesediaan mengharungi bencana pada masa akan datang.

• Keutamaan kualiti berbanding kuantiti. (high yield tourist).


STRATEGI PELAKSANAAN
• Mentransformasi tadbir urus.

• Mewujudkan zon pelaburan bagi projek pelancongan yang inklusif.

• Mempergiatkan industri pelancongan yang berasaskan teknologi digital

• Memperkayakan pengalaman dan kepuasan pelancong.

• Memperkukuhkan komitmen terhadap pelancongan lestari.

• Meningkatkan kapasiti modal insan dalam semua sub-sektor


pelancongan.
KESIMPULAN
Negara memerlukan hala tuju yang
dinamik dan strategik dalam memulihkan
semula industri pelancongan.
• Frasa Keluarga Malaysia' yang menjadi konsep
Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memulihkan negara
daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19.

• Beliau mengajak rakyat negara ini mengetepikan


perbezaan dalam menggembleng tenaga untuk
memulihkan semula negara dalam merealisasikan
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

• Konsep ‘Keluarga Malaysia yang bersifat inklusif


merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum serta
mengajak semua rakyat di negara ini bersama-sama
sebagai sebuah keluarga yang utuh.
VISI
• Memulihkan semula dan merapatkan jurang
ekonomi.
• Menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia di bawah
naungan Keluarga Malaysia.
• Mengetepikan perbezaan politik untuk mencapai
kestabilan.

TERAS UTAMA
• Keterangkuman
• Kebersamaan
• Kesyukuran


Mengamalkan budaya integriti dalam keluarga.
Menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga.
NILAI-NILAI
• Mengamalkan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga.
• Menjadikan bermusyawarah sebagai amalan keluarga.
• Menerapkan budaya ilmu dalam masyarakat dan keluarga.
• Menyuburkan budaya komunikasi berhemah dalam kalangan keluarga dan masyarakat.
• Membina akhlak mulia seluruh anggota keluarga.
• Membina nilai kebertanggungjawaban terhadap keluarga.
• Membudayakan amalan ihsan dalam memupuk semangat kebersamaan keluarga.
• Memastikan suasana harmoni dapat dikecapi oleh ahli keluarga.
• Menyemai budaya khidmat dalam keluarga bagi membantu ahli yang memerlukan bantuan.
• Menjaga kehormatan dan maruah keluarga.
• Menyemaikan semangat prihatin untuk membantu ahli keluarga.
• Menerapkan budaya kesabaran dalam mengekalkan keharmonian keluarga.
• Menyemai semangat keamanan serta kesejahteraan dalam diri ahli keluarga.
• Mengamalkan aspek hidup beriman.
• Membudayakan amalan sihat fizikal dan mental.
• Mengekalkan tradisi dan adat kekeluargaan.
• Membudayakan kasih sayang, hormat dan taat.
HASIL AWAL KONSEP KELUARGA
MALAYSIA
1. Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik
• Mengetepikan perbezaan politik antara kerajaan dan blok pembangkang, Pakatan Harapan.

2. Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia


• Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia dirangka untuk menyokong aspirasi Keluarga Malaysia bagi
mencapai hasrat ditetapkan dengan menjadikan perlembagaan dan Rukun Negara sebagai teras utama
dalam pembinaan masyarakat harmoni dan sejahtera.

• Pelan ini merangkumi tiga aspirasi penting bagi memacu pelaksanaan strategik dalam usaha
mencapai Dasar Perpaduan Negara.

• Pertama, memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan dan Rukun
Negara dalam usaha membina rakyat yang patriotik dan demokratik.
• Kedua, untuk membentuk identiti nasional dengan semangat kekitaan,prihatin, inklusif serta
bertanggungjawab.
• Ketiga, melahirkan rakyat Malaysia yang membudayakan perpaduan untuk kita terus memperkasakan
ekosistem perpaduan itu.
KESIMPULAN
Konsep ‘Keluarga Malaysia’ dapat
menerima persamaan dan perbezaan
berdasarkan nilai-nilai dan ciri-ciri
Keluarga Malaysia berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan
Rukun Negara.
• Program Transformasi Kerajaan (PTK) dirangka
berdasarkan Gagasan 1 Malaysia “Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan.”

• PTK menggariskan secara terperinci objektif,


keberhasilan dan set tindakanpermulaan dalam
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
dan BidangKeberhasilan Utama Kementerian
(MKRA)

• Bagi menjayakan PTK, kerajaan dan


perkhidmatan awam saling bergantung dan
saling melengkapi antara satu sama lain,
khususnya dalam pelaksanaan NKRA dan
MKRA.
Fasa 1 (2010-2012)
• Menjurus kepada langkah menentukan perubahan dan menyampaikan
keberhasilan dengan cepat kepada rakyat melalui penetapan dan
penyampaian sasaran NKRA dan MKRA.
Fasa 2 (2012-2015)
• Transformasi kerajaan dilihat lebih melebar serta mendalam dan
kehidupan harian rakyat diharap menjadi lebih baik, manakala struktur
ekonomi negara akan berkembang sejajar dengan matlamat Model Baru
Ekonomi (MBE) dalam menghasilkan sektor-sektor yang mempunyai
nilai tambah lebih tinggi.
Fasa 3 (2015-2020)
• Matlamat Wawasan 2020 akan tercapai apabila rakyat menikmati taraf
kehidupan dan kemakmuran lebih tinggi, manakala kualiti perkhidmatan
awam juga meningkat. Kemuncaknya, setiap rakyat Malaysia memiliki
jati diri dan semangat cinta negara dengan melihat diri masing-masing
terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia dan kemudian barulah mengikut
agama, bangsa, kawasan geografi, latar belakang sosial, ekonomi dan
kecenderungan politik.
MATLAMAT
• Bagi memastikan semua rancangan pembangunan negara berjalan lancar,
semua pelan tindakan PTK akan berpaksikan kepada Petunjuk Prestasi Utama
(KPI) dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

• Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

• Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira


ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012.

• Menjelang tahun 2012, 80% kanak-kanak disasarkan mendapat akses kepada


pendidikan prasekolah.

• Mengurangkan kadar jenayah.


• Malaysia memerlukan satu perubahan ekonomi yang
agresif untuk mencapai status negara maju melalui
Wawasan 2020. Krisis ekonomi yang berlaku telah
menyebabkan penurunan Keluaran Negara Kasar
(KDNK) serta pengeluaran industri dan pelaburan.

• Bagi mengatasi masalah tersebut, kerajaan telah


melancarkan Program Transformasi Ekonomi (PTE).

• Dipacu oleh sektor swasta, PTE akan merubah


ekonomi Malaysia menjadi negara berpendapatan
tinggi.

• Projek PTE tersebut dibangunkan berteras kepada 12


Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang
dikenal pasti berpotensi menyumbang secara
langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara.
• NKRA merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk
memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12.

• NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia,


Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009.

• Hala tuju strategik NKRA, perancangan dan pelaksanaan


selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10.

• Lembaga Pemandu NKRA akan diketuai oleh seorang


pengerusi yang dilantik oleh Perdana Menteri.

• Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu)


NKRA akan diketuai oleh Ketua Eksekutif yang juga
dilantik oleh Perdana Menteri.

• Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead


minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA
yang ditetapkan.
7 BIDANG TUMPUAN
• Mengurangkan jenayah - Kementerian Dalam Negeri.

• Memerangi Rasuah - Jabatan Perdana Menteri.

• Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Kementerian Pelajaran.

• Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Kementerian


Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

• Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Kementerian Kemajuan Luar


Bandar dan Wilayah.

• Menambah baik pengangkutan awam bandar - KementerianPengangkutan.

• Menangani kos sara hidup.


Mengurangkan Jenayah - KDN
Kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan
jenayah dan dipecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:

• Jenayah Jalanan
• Keselamatan Awam
• Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan
Memerangi Rasuah - JPM
• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah.

• Kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan


penguatkuasaan yang berkaitan.

• Kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah


menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.
Meluaskan Akses kepada Pendidikan
Bermutu dan Termampu- KPM
• Kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa
mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi untuk melanjutkan pelajaran.
• Kerajaan mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.
• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada
peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian
daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.
• Kerajaan menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah. Hal ini akan
meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS).
• Kerajaan menawarkan 'new deal' atau satu Bai'ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah
dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
• Kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta
menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu pencapaian pelajar.
Memerangi Rasuah - JPM
• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah.

• Kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan


penguatkuasaan yang berkaitan.

• Kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah


menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.
Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah
Berpendapatan Rendah - KPWKM
• Kerajaan bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar.

• Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja


sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat.

• Kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai


jumlah usahawan wanita melalui program Amanah Ikhtiar
Malaysia.
Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan
Pedalaman- KKLW
• Sasaran utama ialah pembinaan jalan raya luar bandar, penyediaan bekalan elektrik, bekalan air serta
perumahan rakyat luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

• Kerajaan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Sebagai contoh pembinaan jalan-
jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (pave), jalan kerikil
(gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar di Sabah dan
Sarawak. Di Semenanjung Malaysia pula, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan
bagi memastikan semua rakyat mendapat kemudahan jalan berturap.

• Kerajaan komited untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat.

• Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik ke seluruh negara.

• Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan
miskin.
Menambah baik pengangkutan awam bandar
- MOT
• Kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem
pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi
keperluan rakyat.

• Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diwujudkan


untuk menyelaras usaha kepada keseluruhan sistem
pengangkutan awam.
PELAKSANAAN NKRA
• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan
pencapaian Indeks Prestasi Utama atau KPI (Key Performence Index) tersebut.
• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA.
• Setiap NKRA, akan dikenal pasti KPInya dengan sasaran khusus agar dapat diukur.
• Berpandukan dengan KPI ini, segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang ditentukan
dalam satu tempoh yang dijanjikan.
• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang
ditentukan.
• Anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada
mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian
masing masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.
• Bengkel-bengkel diwujudkan adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari penyelesaian
terhadap isu-isu yang berbangkit. Ini untuk memastikan supaya akhirnya rakyat akan memperoleh
faedah.
TUJUAN
• Bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban wujud dalam
kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.

• Bagi memaklumkan kepada rakyat akan inisiatif, perancangan


dan hala tuju pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh
kerajaan.

• Bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memantau dan


menilai pencapaian sasaran program yang dirancangkan.
KUIZZZ
LASTTTT

You might also like