You are on page 1of 53

DASAR-DASAR DAN PELAN TINDAKAN KERAJAAN DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN RAKYAT

Ruth S Manson Shamshul Bin Madi

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

1. Rukun Negara
2. Dasar-dasar Pembangunan Negara 3. Dasar Ekonomi Baru 4. Dasar Pembangunan Nasional 5. Perspektif Wawasan 2020

6. Dasar Pendidikan Kebangsaan


Rumusan

PENGENALAN

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara.
Pihak kerajaan menyedari betapa pentingnya pemupukan perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. Pihak kerajaan telah menjalankan usahausaha dan langkah-langkah dengan memperkenalkan dasar-dasar dan pelan tindakan untuk melaksanakan agenda ini.

Definisi

PERPADUAN

benar-benar bersatu serta mampu menyatukan masyarakat antara pelbagai kaum yang menjadi satu kesatuan yang kukuh dan kuat
-Dr.Awang Sudjai Hairul,Kamus Lengkap,Kuala Lumpur:Pustaka Zaman Sdn Bhd,1990.hlm 1035.

Definisi : Dasar
Rangka asas atau tapak dalam pelaksanaan rancangan kerajaan

Elemen penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Berbentuk pelan tindakan bagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan negara.

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA KAMI RAKYAT MALAYSIA, mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak, membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Secara rasminya diisytiharkan sebagai ideologi negara pada 31 Ogos 1971 - Rentetan daripada peristiwa 13 Mei 1969 Tujuan : Kepercayaan Keyakinan Iltizam

Memupuk integrasi nasional dan semangat perpaduaan antara kaum Sebab Jurang sosioekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


Rakyat negara beragama dan mempunyai sistem kepercayaan. Islam agama persekutuan, agama lain diberi kebebasan untuk diamalkan. Berakhlak mulia, bantu membantu, hormat menghormati.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


YDPA Lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Taat pada Baginda dan negara.
Kedudukan raja-raja termaktub dalam perlembagaan.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Melindungi hak rakyat

Perlembagaan Undangundang tertinggi dalam negara


Menjamin perpaduan negara Menjamin kemakmuran

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang menjamin keadilan masyarakat. Menghormati dan mematuhi undang-undang negara.

Setiap rakyat sama rata di sisi undang-undang.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Rakyat yang berakhlak mulia mewujudkan sikap positif yang lain. Pengamalan nilai-nilai positif mewujudkan semangat kekitaan.

DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Dirancang selaras dengan : Nilai-nilai sosioekonomi Politik Sumber kekayaan Aspirasi masyarakat Persekitaran global

Sifat suatu dasar berasaskan proses penilaian secara berterusan sehingga dapat perubahan mengikut perubahan nilai masyarakat dan pimpinan.

Asas dalam merealisasikan sesuatu dasar ialah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
Matlamat dasar adalah untuk memenuhi sesuatu objektif seperti: Pembangunan dan pengagihan sumber-sumber ekonomi Menyediakan perkhidmatan awam Memupuk kestabilan politik dan ekonomi Mengawal keselamatan negara Memelihara kebajikan masyarakat

PELAN PEMBANGUNAN NEGARA


(1971-1990)

Era Dasar Ekonomi Baru

(1991-2000)

Era Dasar Pembangunan Nasional

(2001-2010)

Era Dasar Wawasan Negara

ERA DASAR EKONOMI BARU

Memperbetul ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah.

Mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

ERA DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL


Mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil.
Mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.

ERA DASAR WAWASAN NEGARA

Mewujudkan bangsa malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur. Meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi malaysia.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Kajian banci penduduk pada tahun 1970 mendapati 49.3% keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan.
86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.
KAUM MELAYU PERATUS KEMISKINAN (%) 64.8

INDIA
CINA LAIN-LAIN

39.2
26.0 44.8

DASAR EKONOMI BARU


Kedudukan agihan kekayaan sumber-sumber tidak seimbang. Pecahan pemilik bumiputera perseorangan dan agensi amanah ialah RM279.6 juta (4.3%)
Bumiputera perseorangan RM168.7 juta (2.5%) Agensi amanah Bumiputera RM110.9 juta (1.6%) Pegangan kekayaan bukan Bumiputera RM 2233.2 juta (32.6%) Warga asing RM4051.3 juta (59.2%)

Statistik kekayaan sumber-sumber tersebut memaksa kerajaan melancarkan program pembangunan bersepadu dan menyeluruh. Dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) Sasaran tempoh selama 20 tahun.

Dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

Matlamat DEB : Mencapai perpaduan negara dengan membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dan wilayah.

DEB melaksanakan strategi serampang dua mata

Tujuan DEB : Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

Berakhir pada 1990

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan pada tahun 1991.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2(1991-2000)) digubal berasaskan DPN. Matlamat DPN: Mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. Memupuk perpaduan negara (seperti DEB)

Keadilan Sosial

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Membentuk pembangunan seimbang meliputi aspek :-

Nilai

Etika Moral mengikut acuan tempat

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Masih menggunakan strategi DEB (serampang dua mata).

Memasukkan beberapa dimensi baru dalam pelan tindakan.

Mempertimbangkan kejayaan yang telah dicapai dan kegagalan yang dialami semasa perlaksanaan DEB.

DIMENSI BARU DALAM PELAN TINDAKAN


Penegasan dalam pembasmian kemiskinan dalam dua aspek : Menghapuskan miskin tegar (hardcore poverty) Mengurangkan kemiskinan relatif

Menumpukan perhatian dalam pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
Strategi ke arah meningkatkan ekonomi Mengekal penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi

Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat.

Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia : Mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi Pengagihan yang saksama

Tahap kemiskinan menurun daripada 8.5% pada tahun 1999 kepada 5.7% pada tahun 1999.
Namun demikian, jurang kemiskinan antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar masih lagi ketara.

Sumber : Diadaptasi daripada jadual 16-1 Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010

PERSPEKTIF WAWASAN 2020

Wawasan 2020
Merupakan respons kepada perkembangan: Ekonomi Sosial Politik
Pada peringkat nasional & antarabangsa

Menitik beratkan pembangungan menyeluruh bukan sahaja pembangungan ekonomi.


Membentuk sebuah negara yang benarbenar maju menjelang tahun 2020.

Matlamat

9 Cabaran
Membentuk negara Malaysia yang bersatu padu serta satu Bangsa Malaysia
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas,tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri Membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratik yang matang

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya

Mewujudkan sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan toleran Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif

Membentuk sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang

Membentuk sebuah masyarakat yang adil ekonominya

Membentuk sebuah masyarakat yang makmur,dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan,bersifat dinamik dan mempunyai daya ketahanan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK)

Dasar Pendidikan Kebangsaan jelas mengarah kepada landasan yang tepat demi mewujudkan masyarakat yang harmonis Asas yang dijadikan landasan dasar dalam orientasi dan falsafah pendidikan negara menggunakan acuan tempatan(bahasa pengantar,sukatan mata pelajaran & kurikulum) Terkandung dalam Penyata Razak (1956) dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1957) Disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961)

Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula dasar pendidikan untuk memperbaiki pelaksanaannya

Matlamat DPK

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."

Sumber : Akta Pelajaran 1961

Kementerian Pendidikan dengan berpandukan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 mentafsirkan matlamat tersebut sebagai :-

Menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi.
Ianya diperkhususkan lagi dengan penubuhan Jawatankuasa Kabinet dengan bidang tugasnya ditetapkan.

Kurikulum yang dilaksanakan di sekolah adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia,1996

Strategi yang digubal:Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama

Mengadakan kurikulum yang sama & berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Meliciinkan tatacara pengurusan pendidikan

Menyediakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun

Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu

Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik

Memperluas pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978

Mempelbagai dan memperbanyak kemudahan pendidikan pada peringkat universiti

Menyediakan pendidikan mengikut KBSR & KBSM yang berasaskan 3M yang dilaksanakan secara berpeingkat-peringkat mulai tahun 1988

Mempertingkatkan pendidikan kerohanian,moral dan disiplin

Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib diajar di sekolah serta memberi peluang seumpama bagi pembelajaran bahasa lain

Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin

Bagi memupuk perpaduan di sekolah, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan:-

Sekolah Wawasan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Menawarkan mata pelajaran bahasa Tamil & Mandarin sebagai mata pelajaran elektif Pelan Pembangunan Pendidikan (2001-2010)

Sekolah Wawasan
Menyediakan satu ruang sosial yang memberi kesempatan kepada pelajar dari pelbagai etnik untuk berinteraksi

RIMUP
Menggalakan penyertaan guru & murid dalam kegiatan bersama Mewujudkan sikap kerjasama & tolong menolong Melahirkan persefahaman & bertolak ansur antara murid pelbagai kaum Berkongsi kemudahan,peralatan,tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas

Menawarkan mata pelajaran bahasa Tamil & Mandarin sebagai mata pelajaran elektif
Memberi peluang kepada para pelajar daripada etnik lain untuk mempelajari bahasa Tamil & Mandarin Menjadi pemangkin kepada prose interaksi dan integrasi antara kaum

Pelan Pembangunan Pendidikan (2001-2010)


Mewujudkan sebuah masyarakat yang saksama melalui peningkatan paras pendapatan dan kualiti hidup untuk golongan berpendapatan rendah Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik dan kawasan 4 teras utama: Meningkatkan akses kepada pendidikan Meningkatkan peluang pendidikan yang lebih saksama Meningkatkan kualiti pendidikan Meningkatkan kecemerlangan pengurusan pendidikan Pelaksanaan program RMT Program susu sekolah Skim Baucar Tuisyen SPBT

RUMUSAN

Pelaksanaan dasar adalah untuk memastikan semua rakyat tanpa mengira kaum dapat menikmati kehidupan yang sempurna. Pengalaman sejarah telah membuktikan bahawa ketidakseimbangan ekonomi dan jarak sosial antara kaum telah menimbulkan pelbagai masalah dalam usaha memupuk perpaduan.
Justeru itu, tanpa mengira apa jenis dasar sekalipun, matlamat perlaksanaannya adalah bagi menjamin pengukuhan kehidupan rakyat demi kemajuan negara pada masa hadapan.

Terima Kasih!

You might also like