You are on page 1of 6

LAMPIRAN A: PEMILIHAN/PERANGKAAN/PENENTUAN KANDUNGAN

LAMPIRAN A ANALISIS KANDUNGAN MODEL ASSURE LANGKAH 1 HURAIAN MODEL A - Analyze learner (Analisis ciri-ciri pelajar) HURAIAN ANALISIS Pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza (heterogeneous) Telah mempelajari konsep pecahan Gaya pembelajaran bagi setiap pelajar adalah berbeza. Majoriti pelajar lelaki cenderung kepada pembelajaran melalui visual. Pelajar perempuan cenderung kepada pembelajaran melalui kinestatik (handson) Pelajar Tahun 3 Mawar akan berupaya untuk menamakan dan menulis pecahan wajar dengan penyebut hingga 10 serta membandingkan nilai dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama dan pengangka 1 penyebut yang berlainan sehingga 10. Setelah didedahkan dengan bahanbahan media (2D, 3D serta gabungan gambar foto dan video) yang berkaitan dengan pecahan wajar, pelajar akan dapat mengenal pasti pecahan wajar serta mampu membandingkan nilai dua pecahan wajar dan membuat perkaitan antara pecahan dengan isipadu, ukuran dan timbangan berat. Pelajar berupaya melabelkan setiap bahagian dengan nilai pecahan yang betul sekurang-kurangnya 8 kali daripada 10 kali.

2 S State objectives (Menyatakan objektif)

LAMPIRAN A: PEMILIHAN/PERANGKAAN/PENENTUAN KANDUNGAN

Contoh: Labelkan setiap bahagian dengan nilai yang betul

Pelajar akan berupaya untuk membuat perbandingan antara dua nilai pecahan wajar yang berlainan pengangka dan penyebut setelah slaid yang mengandungi video dan grafik berkaitan dengan pecahan wajar dibentangkan. Pelajar juga akan dapat melibatkan diri secara aktif dalam permainan Padankan Pecahan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah bermain, simulasi dan perbincangan. Bahan-bahan 2D yang digunakan pula ialah gambar-gambar makanan (laminate) serta Jalur pecahan manakala bahan-bahan 3D pula ialah tanah liat/doh, pemotong kek dan juga papan pecahan (Digunakan untuk permainan Padankan Pecahan. Bagi memastikan pelajar dapat menamakan dan menulis pecahan wajar dengan penyebut hingga 10, alat dan sumber yang diperlukan ialah :-Gambar- gambar makanan (laminate) - Tanah liat/Doh & pemotong kek Bagi memastikan pelajar dapat membandingkan nilai dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama pengangka 1 penyebut yang berlainan

S Select Methods, Media & Materials (Memilih Kaedah, Media & bahan

LAMPIRAN A: PEMILIHAN/PERANGKAAN/PENENTUAN KANDUNGAN

sehingga 10, alat dan sumber yang diperlukan ialah :- Slaid pembentangan yang mengandungi video dan grafik yang berkaitan dengan perbandingan nilai pecahan wajar - Jalur pecahan - Papan pecahan (Digunakan untuk permainan Padankan Pecahan 4 U Utilize Media & Menama dan menulis pecahan wajar Materials dengan penyebut hingga 10. (Menggunakan media & bahan) -Dengan adanya gambar-gambar makanan (laminate) tersebut, pelajar dapat memahami bahawa sekiranya gambar tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama dan satu daripada bahagian tersebut dilorekkan, ianya mewakili pecahan setara. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan murid untuk menamakan pecahan tersebut. Setelah itu, guru juga akan menulis pecahan wajar pada gambar tersebut. Hal ini akan membantu pelajar untuk menulis pecahan wajar dengan betul. Contoh :

Guru akan membimbing pelajar untuk sama-sama menyebut 1 bahagian daripada 2 bahagian kotak tersebut telah dilorek. Oleh itu, ianya adalah pecahan -Selain itu, pemahaman murid akan diuji dan diperkukuh dengan aktiviti hands-on menggunakan tanah liat/doh dan pemotong kek. Aktiviti ini akan dijalankan dalam 5 kumpulan. Guru akan menyebut beberapa pecahan wajar dan seterusnya meminta murid untuk membahagikan tanah liat/doh tersebut mengikut nilai pecahan wajar yang disebut.

LAMPIRAN A: PEMILIHAN/PERANGKAAN/PENENTUAN KANDUNGAN

Membandingkan nilai dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama pengangka 1 penyebut yang berlainan sehingga 10 -Guru akan membentangkan slaid pembentangan yang mengandungi video dan grafik yang berkaitan dengan perbandingan nilai pecahan wajar. Dalam slaid pembentangan tersebut akan diselitkan beberapa contoh perbandingan nilai antara dua pecahan wajar. Bagi mengukuhkan pemahaman pelajar, pelajar diberikan jalur pecahan bagi memudahkan mereka membandingkan nilai-nilai pecahan wajar tersebut berdasarkan contoh yang terdapat dalam slaid pembentangan. - Selain itu, pemahaman murid akan diuji dan diperkukuh dengan aktiviti hands-on iaitu permainan Padankan Pecahan menggunakan papan pecahan. Aktiviti ini juga dijalankan dalam 5 kumpulan. 5 R Require Learner Participation (Memerlukan Penyertaan Pelajar) -Para pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran & pembelajaran dengan melakukan perbincangan antara sesama ahli kumpulan dan juga melalui aktiviti hands-on yang dijalankan. Semangat kerjasama dalam kalangan pelajar juga dapat dipupuk melalui aktiviti yang dijalankan. - Terdapat juga komunikasi dua hala antara guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. - Proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah berpusatkan kepada murid dan juga bahan. E Evaluate & Revise - Menguji pemahaman pelajar dengan (Menilai & Mengulang menyoal mereka dengan soalan-soalan kaji) yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. - Membuat rumusan dan kesimpulan

LAMPIRAN A: PEMILIHAN/PERANGKAAN/PENENTUAN KANDUNGAN

daripada keseluruhan pembelajaran.

LAMPIRAN A ANALISIS KANDUNGAN MODEL ASSURE LANGKAH 1 HURAIAN MODEL A - Analyze learner (Analisis ciri-ciri pelajar) HURAIAN ANALISIS

S State objectives (Menyatakan objektif)

S Select Methods, Media & Materials (Memilih Kaedah, Media & bahan

U Utilize Media & Materials (Menggunakan media & bahan)

LAMPIRAN A: PEMILIHAN/PERANGKAAN/PENENTUAN KANDUNGAN

R Require Learner Participation (Memerlukan Penyertaan Pelajar)

E Evaluate & Revise (Menilai & Mengulang kaji)

You might also like