You are on page 1of 1

5,750 kampit beras diberi percuma setiap minggu

Harian Metro, Ahad 31/01/2021


Kuala Lumpur: Sebanyak 5,750 kampit beras akan diberikan secara percuma setiap minggu kepada
penduduk kumpulan isu rumah bawah 40 (B40) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan bermula hari ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia antara inisiatif Kementerian Wilayah
Persekutuan melalui MyBeras@Wilayah di bawah Program Kemiskinan Bandar (5MY).
"Pada hari ini saya ingin berkongsi satu berita gembira kepada penduduk di Wilayah Persekutuan.
"Kementerian dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk
Wilayah Persekutuan melalui program MyBeras@Wilayah akan mula menyumbangkan 5,750 kampit
beras secara percuma setiap minggu kepada penduduk dari kumpulan B40.
"Saya ingin mengingatkan dalam proses pengagihan, jangan lupa perlu kekal mematuhi SOP
(prosedur operasi standard) yang ditetapkan demi menjaga diri kita dari dijangkiti Covid-19," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021
yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial sebentar tadi.
Bersempena sambutan itu, beliau turut melancarkan Program 5MY yang dilaksanakan Kementerian
Wilayah Persekutuan.
Terdapat lima inisiatif antara
lain MYJobs@Wilayah, MYGrocer@Wilayah, MYSchoolBus@Wilayah, MYMedic@Wilayah dan MYFo
od@Wilayah.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 9:35 PM

You might also like