You are on page 1of 1

TEKS HEBAHAN INFO ON WHEELS (IOW)

(UNTUK HEBAHAN DARI 20/03/2024 HINGGA 30/09/2024)

Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI)

Assalamualaikum WRT WBT dan Salam Malaysia MADANI

Kerajaan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana


Menteri telah menyediakan peruntukan RM1bilion di bawah Dana
Komuniti MADANI bagi menjayakan Program SejaTi MADANI. Ia
bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti
setempat melibatkan lima (5) sektor tumpuan iaitu:

(i) pertanian dan makanan;


(ii) jahitan dan kraf tangan;
(iii) herba dan kesihatan;
(iv) pelancongan dan hospitaliti; dan
(v) aktiviti hijau dan kitar semula.

Komuniti tuan/puan boleh menentukan program dibawah sektor


tumpuan tersebut dan kerajaan menawarkan geran pelaksanaan
sehingga RM100,000. Permohonan Program SejaTi MADANI boleh dibuat
melalui Sistem MySejaTi MADANI mulai 25 Mac 2024.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang


https://sejatimadani.icu.gov.my.

Sekian, terima kasih.


Unit Pelaporan dan Informasi
Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM)
Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen)

You might also like