You are on page 1of 69

Bab 9:

Sumbangan Kerajaan dan Masyarakat Kepada Pemantapan Hubungan Etnik

Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Sebaik sahaja Dato Sri Najib selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009. Beliau telah memulakan ucapan sulungnya dengan melontarkan gagasan Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Feb 23 (Bernama) Kira-kira 85 peratus rakyat Malaysia memahami gagasan 1Malaysia - Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abdullah Morad

1Malaysia Bagaimana difahami?


Aktiviti Jabatan Penerangan Perhimpunan Sivik Program Komuniti 1Malaysia Klinik 1Malaysia Kelab Setia Majlis Taklimat Khas
Kempen 1Malaysia Lagu 1Malaysia Iklan Media Massa Iklan Media Cetak Iklan Media Elektronik Seminar, Konferen dan Bengkel Yayasan Pembangunan Insan

Peranan Laman Web Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan


1. One-stop information gateway (Pusat maklumat Sehenti) 2. Polisi Informasi Strategik 3. Bank Data Informasi 4. Penyelidikan dan Media Siber 5. Penguasaan bahasa Inggeris 6. Garis panduan penggunaan sistem alamat web awam.

Kepentingan 1Malaysia
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Pelengkap Pendekatan Sedia Ada


Ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

1Malaysia dan Wawasan 2020


1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 Tercapai.

Pendekatan 1Malaysia

Aspek Pertama Penerapan Teras-Teras Perpaduan


Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponenkomponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

Aspek Kedua Penerapan NilaiNilai Aspirasi


1) Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. 2) Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan 3) ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

Nilai-Nilai Aspirasi

Penerapan Nilai-nilai Aspirasi


i. Ketabahan: Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. ii. Kesetiaan: Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.

Penerapan Nilai-nilai Aspirasi


3. Kebijaksanaan: Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkaraperkara yang menyinggung hati dan perasaan manamana pihak yang lain. Budaya Inovasi : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

4.

Model Baharu Ekonomi (MBE)

1. Memahami bahawa MBE akan dapat merealisasikan hasrat kita untuk menjadi sebuah negara maju seiring dengan aspirasi Wawasan 2020. 2. Menanggapi bahawa MBE dapat memperkasa ekonomi rakyat, menyelesaikan masalah sosioekonomi dan memperkasa kualiti kehidupan. 3. Memahami MBE sebagai salah satu elemen penting dalam Program Transformasi Ekonomi perlu dilihat secara bersepadu sejajar dengan 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) yang dirancang oleh kerajaan.

Pernyataan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Model Baru Ekonomi (MBE) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang. Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita memerlukan bumbung falsafah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbung tempat kita sama berteduh. Program Tranformasi Kerajaan (GTP) satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan MBE. Dan lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia ke-10 dan Ke-11

Kerangka Struktural MBE

1Malaysia

Program Tranformasi Kerajaan (GTP) - 6 Bidang Keberhasilan Utama (NKEA) Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11 Pelan Transformasi Ekonomi (PTE) dan Model Baru Ekonomi

8 Inisiatif Pembaharuan Strategik MBE

Menyuburkan kembali sektor swasta

Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran.

Tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing

Memperkukuhkan sektor awam

Mewujudkan ekonomi yang berdaya saing

Meningkatkan sumber pertumbuhan

Membina infrastruktur yang berasaskan Pengetahuan

Meningkatkan sumber pertumbuhan dan memastikan pertumbuhan yang mapan.

NKRA
NATIONAL KEY RESULT AREA (NKRA)BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA TUJUH TERAS BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA ENAM TERAS DIWUJUDKAN PADA 27HB JULAI 2009 SATU TERAS DITAMBAH PADA 27HB JULAI 2011

OBJEKTIF UTAMA NKRA


MEMASTIKAN

KEWUJUDAN TANGGUNGJAWAB DI KALANGAN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN PENJAWAT AWAM


NEGARA DIAMBIL TAHU OLEH RAKYAT

RANCANGAN

TERAS NKRA PERTAMA


MENGURANGKAN KADAR JENAYAH JENAYAH JALANAN -(CURI,RAGUT DAN SAMUN) KESELAMATAN AWAM - (NAIK TARAF PERALATAN RELA DAN PENGGUNAAN CCTV) PENINGKATAN PRESTASI AGENSI PENGUATKUASAAN - (WUJUD TRIBUNAL/MAHKAMAH KHAS)

TERAS NKRA KEDUA

PERANGI RASUAH RASUAH-PENYALAHGUNAAN KUASA. MENJEJASKAN KEUTUHAN INTEGRITI MASYARAKAT MEMBERI KESAN NEGATIF KEPADA PELABURAN NEGARA

TERAS NKRA KETIGA


LUASKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN MENGHASILKAN MODAL INSAN YANG BERILMU, KREATIF DAN INOVATIF SEMUA KANAK-KANAK NORMAL WAJIB MENGUASAI KEMAHIRAN 3M SEBELUM MELANGKAH KE TAHUN 4 MENAWARKAN NEW DEAL atau BAIAH BARU KEPADA SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR

TERAS NKRA KEEMPAT


MENINGKATKAN TARAF HIDUP MEREKA YANG BERPENDAPATAN RENDAH MENGGARISKAN 8 INISIATIF PEMBAHARUAN STRATEGIK PROGRAM AKHIRI ZAMAN MISKIN(1AZAM) MELAHIRKAN USAHAWAN SURIRUMAH

MEMPERKASA PRASARANA LUAR BANDAR DAN PENDALAMAN


KEMUDAHAN JALAN RAYA
DI SABAH DAN SARAWAK
MENJELANG TAMATNYA TAHUN 2010 DIRANCANG SEPANJANG 750 KM JALAN LUAR BANDAR AKAN SIAP DIBINA DI SABAH DAN SARAWAK. JUMLAH INI AKAN DITAMBAH LAGI KEPADA 1,500KM ATAU DUA KALI GANDA DARIPADA PERANCANGAN AWAL.

DI SEMENANJUNG KE SEMUA RAKYAT NIKMATI KEMUDAHAN JALAN BERTURAP


(SEKURANG-KURANGNYA 5KM DARI JALAN BERTAR)

LIPUTAN AIR BERSIH


DI SABAH DAN SARAWAK
KERAJAAN TELAH MENETAPKAN PADA AKHIR RMK9 LIPUTAN BEKALAN AIR BAGI KEDUA-DUA NEGERI BERKENAAN AKAN DIPERTINGKATKAN KEPADA 70%.

LIPUTAN BEKALAN ELEKTRIK


DI SABAH DAN SARAWAK
MENINGKATKAN LIPUTAN BEKALAN ELEKTRIK DI KEDUA-DUA NEGERI TERSEBUT KEPADA 95% PADA AKHIR TAHUN 2012.

DI SEMENANJUNG

KERAJAAN JUGA MENYASARKAN UNTUK MEMBERI BEKALAN ELEKTRIK 24 JAM KEPADA 7,000 RUMAH ORANG ASLI DI SEMENANJUNG PADA AKHIR TAHUN 2012.

KEMUDAHAN KEDIAMAN YANG LEBIH SELESA

DI SELURUH MALAYSIA
KERAJAAN AKAN MEMBINA DAN MEMBAIK PULIH SEJUMLAH 50,000 UNIT RUMAH BAGI KEPERLUAN GOLONGAN MISKIN SEHINGGA PENGHUJUNG 2012.

TERAS NKRA KEENAM


MENAMBAH BAIK PENGANGKUATAN DALAM JANGKA MASA SEDERHANA PENAMBAHBAIKAN LALUAN LRT KELANA JAYA MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGANGKUTAN AWAM PENAMBAHAN BILANGAN BAS DAN MEMBINA LALUAN REL BARU

TERAS NKRA KETUJUH


KOS SARA HIDUP BANTUANKEBAJIKAN SAMPAI TEPAT PADA WAKTUNYA DAN SAMPAI KE TANGAN RAKYAT MELAHIRKAN RAMAI USAHAWAN WANITA-(WANITA SEPARUH DARI PENDUDUK MALAYSIA)

APA IMPAK NKRA?


NKRA MEMBUKTIKAN KERAJAAN DIBAWAH PIMPINAN YB DATO SERI NAJIB TUN RAZAK BEGITU TELUS DAN KOMITED UNTUK MELAKSANAKAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN YANG BERMUTU TINGGI KEPADA RAKYAT

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional


Penubuhan JPNIN (1969) untuk: Memupuk perpaduan dan keharmonian kaum Mantapkan integrasi nasional antara semua negeri, terutamanya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. -Integrasi antara wilayah Antara bandar dan luar bandar Antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak

Dasar-dasar Sedia Ada


Konsep 1Malaysia Model Baru Ekonomi Program Transformasi Kerajaan (GTP) Rukun Negara DEB Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Sukan Negara

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


(i) Berteraskan Kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini
Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (sambungan)


Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaanpersamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilainilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

Sambungan
(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubahubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi pertimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

Sambungan
(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendakkehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Sambungan
Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategistrategi berikut: (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; (ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

DASAR PERPADUAN NEGARA


Perpaduan merupakan nilai nilai yang medominasi kehidupan, tradisi kepercayaan dan budaya pelbagai bangsa. Hal ini merupakan tunjang kepada asas kemajuan negara kita.Antara asas perpaduan yang perlu diteliti adalah sikap toleransi, kesederhanaan dan kasih sayang dalam hubungan manusia (alam, dan nilai salam dan karamah insaniah). Perpaduan kaun yang kita peroleh sekarang ini merupakan natijah daripada kerja kuat secara berterusan daripada pemimpin terdahulu Malaysia.

Terminologi Dalam Konteks Dasar Perpaduan Negara


1) Perpaduan Negara Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992) 2) Integrasi Nasional Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)

3) Bangsa Malaysia
Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

Tindakan Ke arah Perpaduan


Perpaduan kaum yang kita nikmati hari ini merupakan suatu nikmat yang terhasil daripada kerjasama pelbagai kaum di Malaysia. Jika dilihat, semua kaum di negara ini bekerjasama menggadaikan hak masing masing selama ini untuk kepentingan bersama. Orang Melayu terutamanya telah memberi kerakyatan kepada kaum lain secara prinsip jus soli melalui kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama suatu masa dahulu. Kaum lain pula telah mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu meliputi aspek pendidikan, sektor kerajaan dan sebagainya. Untuk mendapat perpaduan yang sejati dan berpanjangan seperti yang disarankan oleh kerajaan, mestilah bermula di sekolah, diteruskan dalam pergaulan kejiranan, berada dalam lokasi perkampungan yang berdekatan seperti kampung baru di bandar atau suasana pekerjaan yang ramah tamah ( friendship) dan dalam status yang tidak jauh berbeza sama ada dalam bidang ekonomi atau kehidupan dan sebagainya. Ada beberapa tahap pemupukan nilai murni dalam perpaduan mesti dilaksanakan. Secara praktikal, kita dapat melihatnya dari sudut pemupukan melalui pendidikan , melalui pergaulan dan melalui cita rasa politik yang liberal dalam pemerintahan tetapi mesti tegas dalam melaksanakan cita cita murni bangsa Malaysia.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Strategi Pelaksanaan
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.


(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.

(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.


(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. (e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. (f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.

Sambungan
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman. (h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.

Sambungan
(i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. (j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan. (k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin. (l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasabahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

(m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Wawasan 2020
o Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". o Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetap merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.

o Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Sambungan
Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohioleh negara-negara lain.

9 Cabaran Wawasan 2020 Cabaran Pertama


(i)

Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.

Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada Negara.

Cabaran Kedua
(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Cabaran Ketiga
(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

Cabaran Keempat
(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.

Cabaran Kelima
(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Cabaran Keenam
(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran Ketujuh
(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.

Cabaran Kelapan
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Cabaran Kesembilan
(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Dasar Sukan Negara

Sukan massa
Mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan. Mengalakkan penyertaan yang lebih meluas.

Sukan Untuk Kecemerlangan

Ia diuruskan mengikut peraturan dan syarat. Lebih utamakan

kemenangan.

Dasar Sukan Negara

Sediakan peluang

Peringkat individu
Bentuk sahsiah dan kesedaran Tingkatkan tahap kesihatan.

Peringkat masyarakat
Wujudkan suasana kondusif. Mencegah jenayah remaja.

Peringkat antarabangsa
Capai tahap yang tertinggi. Tingkatkan imej bangsa dan negara.

Interaksi sosial yang positif.

Galakkan pembinaan Memupuk kualiti fizikal dan moral. persahabatan.

Penggabungan parti-parti politik melalui BN


MCA MIC UMNO Gerakan Parti-parti Di Sabah Parti-parti Di Sarawak

Memperkasa Sekolah Kebangsaan


Dasar Pendidikan Kebangsaan J-QAF Mata pelajaran Sivik dan Kenegaraan Aktiviti Ko-Kurikulum Mata pelajaran agama Aktiviti Luar Bilik Darjah

Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah. Berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


Jabatan Latihan Khidmat Negara merupakan jabatan yang ditubuhkan untuk: merancang, melaksana dan memantau serta menilai Program Latihan Khidmat Negara sejajar dengan keputusan Kabinet dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang diberi kuasa kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk mengendali Program Latihan kepada setiap remaja yang berumur 18 tahun. Jabatan ini beroperasi pada 15 Oktober 2003.

PLKN (Sambungan 1)
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan untuk mengkaji perkara-perkara berkaitan : o perundangan, o kurikulum, o kemudahan-kemudahan o dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program Khidmat Negara.

PLKN (Sambungan 2)
Kumpulan sasar yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada: remaja yang lahir pada tahun 1986 atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun pada tahun 2004. Adalah dianggarkan terdapat seramai 450,000 orang golongan remaja dalam lingkungan usia ini untuk menyertai Program Khidmat Negara.

Peranan JLKN (1)


1. 2. 3. 4. Menggubal dasar dan peraturan-peraturan mengenai perlaksanaan Program Khidmat Negara. Menguruskan penubuhan Majlis Khidmat Negara, pelantikan, kemudahan dan faedah untuk ahli majlis sepertimana yang ditetapkan dalam akta Khidmat Negara . Menyediakan kurikulum program yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada komponen yang ditetapkan. Merancang penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur, keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan Program Khidmat Negara. Merangka sistem maklumat yang diperlukan bagi menyimpan rekod-rekod semua warga negara yang berumur 18 tahun pada tahun program latihan dilaksanakan.

5.

Peranan JLKN (2)


6. 7. Mengkaji dan mencadangkan kaedah pemilihan peserta. Memantau, mengkaji, menilai dan menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan Program Khidmat Negara. 8. Membentuk remaja yang mempunyai sifat jati diri dan semangat patriotisme dan cintakan negara. 9. Merealisasikan hasrat negara untuk memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. 10. Membentuk perwatakan positif kepada remaja menerusi nilai-nilai murni dalam Program Latihan Khidmat Negara. 11. Menyediakan Program Latihan Khidmat Negara terancang dengan penyediaan keperluan yang berkesan kearah mencapai matlamat dasar Latihan Khidmat Negara.

Peranan Masyarakat Dalam Konteks Hubungan Etnik

Rukun Tetangga Rumah Terbuka Penerimaan Budaya Program di IPT

Peranan Sektor Swasta dan Korporat


Usaha-usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional Sumbangan top-down tidak cukup, perlu ada bottom up Perlu ada kerjasama dan sumbangan daripada: Sektor swasta (korporat, pelabur asing dan seumpamanya) Sektor komuniti (NGO) Semua parti politik

Kesimpulan
Tanpa kerjasama masyarakat dan pihak swasta, kerajaan akan menghadapi masalah besar dalam mewujudkan hubungan kaum yang harmonis di Malaysia. Semua pihak perlu memberikan kerjasama kepada kerajaan untuk merealisasikan hubungan etnik yang mantap di dalam negara kita.

You might also like