You are on page 1of 4

UJIAN KOMPETENSI 1

PENGAJIAN AM
SEMESTER 2 STPM 2021

26 Ogos 2021 (Khamis)


10.00—11.30 pagi
Google Meet
BAHAGIAN A (15 MARKAH)
Jawab semua soalan :

1. Berikan tiga contoh penghayatan prinsip Rukun Negara yang direalisasikan oleh
sebahagian besar masyarakat Malaysia. ( 3M )
+
i. Warganegara Malaysia berpegang teguh kepada suruhan agama dengan tidak
membuat apa-apa yang bercangah dengan ajaran agama.

ii. Warganegara Malaysia menghormati perlembagaan persekutuan dengan tidak


melakukan tindakan yang tidak selaras dengan perlembagaan persekutuan.

iii. Warganegara Malaysia mematuhi undang-undang negara yang telah


ditetapkan.

2. Nyatakan empat kepentingan membina negara maju dan sejahtera. ( 4M )

i. Menyejahterahkan dan membahagiakan rakyat

ii. Meningkatkan taraf hidup rakyat.

iii. Melanjutkan jangka hayat rakyat.

iv. Menjadi Negara bahagia.

3.

Kerajaan mengambil langkah yang wajar dalam menjamin bekalan makanan


negara sentiasa mencukupi dan pada harga yang berpatutan melalui Dasar
Jaminan Bekalan Makanan.

Nyatakan 4 strategi yang digunakan untuk mencapai hasrat tersebut. ( 4M )


i. Peningkatan pengeluaran beras

ii. Perwujudan stok penimbal beras

iii. Pengeluaran dan produktiviti komoditi.

iv. Pengukuhan pasaran dan pengagihan


4. Ekonomi berdasarkan pengetahuan merupakan asas untuk mengekalkan kadar
pertumbuhan ekonomi yang pantas dan berdaya saing. Huraikan dua teras
pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan yang terdapat dalam Pelan Rangka
Perspektif Ketiga (OPP3). ( 4M )

i. Memperbanyakkan lagi inisiatif S&T dan R&D ke arah memperkukuhkan


sistem inovasi negara.

ii. Mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan pembangunan


ekonomi berasaskan pengetahuan.
BAHAGIAN C (25 MARKAH)

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.
Soalan dipilih: Soalan 8

Setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar bagi menyediakan dan
melengkapkan infrastruktur yang moden kepada rakyat.

Kebaikan infrastruktur yang lengkap dan moden kepada Negara ialah menggalakkan
aktiviti social-ekonomi. Infrastruktur yang lengkap dan moden membolehkan masyarakat
menjalankan penghantaran produk yang hendak dijual dengan cepat. Dengan ini, aktiviti
social-ekonomi dapat digalakkan. Sebagai contoh, pembinaan infrastruktur iaitu jalan
Highway membolehkan pekerja kita menghantarkan produk mereka dalam masa pendek.
Ekonomi negara turut meningkat dengan pembayaran cukai yang meningkat.

Selain itu, kebaikan adalah menjimatkan wang Negara dan mengelakkan pembaziran
wang Negara. Wang Negara dapat dijimat dan pembaziran wang Negara dapat dielakkan
dengan infrastruktur iaitu longkang yang besar, sempurna, lengkap dan dapat mengisi air
yang besar. Banjir tidak akan berlaku dengan adanya longkang yang baik. Oleh itu, Negara
tidak berpeluang untuk mengeluarkan kewangan yang besar bagi tindakan selapas banjir.

Selepas itu, kebaikan adalah meningkatkan ekonomi Negara. Ekonomi Negara dapat
ditingkat. Dengan adanya infrastruktur, ekonomi Negara dapat dipertingkatkan kerana
peluang perniagaan dan pekerjaan juga meningkat, cukai yang dikutip oleh Negara turut
meningkat. Contohnya, infrastruktur seperti lapangan terbang telah mencepatkan
penghantaran eksport produk tempatan ke Negara lain.

Kebaikan seterusnya adalah mencepatkan penghantaran isu atau berita dari negara.
Infrastruktur seperti komunikasi iaitu telefon dan internet telah mencepatkan penghantaran
isu atau berita oleh negara kepada masyarakat Malaysia. Hal ini kerana telefon dan internet
adalah hujung jari dan hampir semua masyarakat Malaysia mempunyai ia. Oleh itu, lebih
banyak masyarakat Malaysia boleh mendapat isu atau berita dari Negara dalam masa yang
singkat.

Selain itu, kebaikan adalah mempercepatkan perlabuhan Negara. Dengan adanya,


infrastruktur seperti komunikasi iaitu telefon dan internet telah mempercepatkan perlabuhan
Negara. Hal ini kerana penghantaran kewangan telah dipercepatkam.

Secara tuntasnya, saya berharap semua lapisan masyarakat dapat bekerjasama untuk
memajukan Negara kita agar Negara kita dapat standing dengan Negara maju lain.

You might also like