You are on page 1of 5

UNIT KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM

JABATAN KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM


KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
PETI SURAT 10821
88809 KOTA KINABALU
SABAH

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

TEKNOLOGI KIMPALAN

TAHAP / LEVEL

TAHAP 1

NO. DAN TAJUK MODUL /


MODULE NO. AND TITLE

MTK103 BAHAN DAN BAHAN LUAK 1

NO DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO.
AND STATEMENT

M3K4 MENYUSUN DAN MENGENDALIKAN ELEKTROD


KIMPALAN (MENGENAL PASTI, MENGASINGKAN,
MENYIMPAN DAN MEMANASKAN)

OBJEKTIF PENCAPAIAN
AKHIRAN / TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECTIVE

M3K4.1 Senarai spesifikasi pengilang


M3K4.2 Menyenaraikan klasifikasi, penyimpanan dan
penjagaanelektrod.

NO. KOD / CODE NO.


TAJUK

MTK103 M3K2 (2/4)

Muka : 1

Drp : 04

MENYUSUN DAN MENGENDALIKAN ELEKTROD


KIMPALAN (MENGENAL PASTI, MENGASINGKAN,
MENYIMPAN DAN MEMANASKAN)

M3K4.1.1 Menerangkan spesifikasi elektrod dan pengilang mengikut kod,


standard dan spesifikasi BS / AWS.
M3K4.1.2 Menerangkan pengkelasan elektrod berdasarkan kepada
keperluan proses kimpalan mengikut kod, standard dan
spesifikasi BS / AWS.
M3K4.2.1 Mengendalikan elektrod berdasarkan keperluan kerja seperti yang
disarankan oleh pengilang mengikut kod, standard dan spesifikasi
BS / AWS.
M3K4.2.2 Menerangkan kaedah penyimpanan,
penjagaan,pengeringan/pengeringan semula dan pengasingan
elektrod berdasarkan saranan pengilang.

NO. KOD / CODE NO.

EEK102 M2K1 (1/6)

Muka: 02 Drp: 05

M3K4.2.3 Mengenal pasti dan menyenaraikan keperluan persekitaran kerja


semasa menyelenggara penyimpanan dan pemeliharaan elektrod
mengikut kod, standard dan spesifikasi BS / AWS.

PENERANGAN :
Pengetahuan asas berkenaan mengenal pasti dan memilih elektrod untuk kimpalan sangat
penting dalam mempelajari Teknologi Kimpalan. Klasifikasi dan jenis elektrod hendaklah
mengikut kod,stsndard dan spesifikasi BS / AWS
Pengenalan
Elektrod ialah logam yang mempunyai kandungan yang sama dengan kandungan logam
yang hendak dikimpal.Elektrod berfungsi sebagai pengalir arus elektrik dan logam
penambah.
Jenis-Jenis Elektrod
Terdapat lima kumpulan/jenis elektrod berdasarkan jenis logam yang hendak dikimpal iaitu.
Elektrod keluli berkarban sederhana
Elektrod berkarban tinggi
Elektrod keluli aloi khas
Elektrod besi tuang.
Elektrod logam bukan ferus.
Faktor Pemilihan Elektrod dalam Kimpalan arka bergantung kepada;
Jenis logam asas

Kedudukan sambungan

Reka bentuk sambungan

Ketebalan logam asas

Jenis arus kimpalan

Kekuatan kimpalan

Jenis kekutuban

Keperluan kerja

Kod elektrod (AWS)


Pengenalan ellektrod biasanya berdasarkan tanda perniagaan yang digunakan oleh
pengeluar.Tanda ini berbeza mengikut negara pengeluar
Untuk keselarasan semua pengeluaran elektrod,AWSdan ASTM telah menetapkan
kehendak pengeluaran,iaitu elektrod berlainan jenama yang dikeluarkan dibawah
pengkelasan yang sama mestilah mempunyai mutu dan ciri yang sama
Pengkelasan elektrod adalah berdasarkan kod nombor seperti E6010,E6013 dan

NO. KOD / CODE NO.

EEK102 M2K1 (1/6)

Muka: 03 Drp: 05

E7018.huruf dan angka pada kod nombor ini membawa maksud dan pengertian tertentu.
Kod Nombor
Kod nombor mengikut sistem pengkelasan elekrod AWS berdasarkan spesifikasi yang
berikut;
E

: Elektrod kimpalan arka

60 : Kekuatan tegangan = 60,000 psi


1

: Kedudukan kimpalan
1. Semua kedudukan
2. Kedudukan rata dan mengufuk
3. Kedudukan rata sahaja
4. Kedudukan rata,mengufuk,atas kepala atau tegak ke bawah

: sifat-sifat khas elektrod seperti;jenis salutan,jenis kekutuban dan arus dicadangkan

Jadual Pengkelasan Elektrod


Pengkelasan

Jenis salutan

Jenis arus

Sifat khas

Kemasan kumai

AWS
E6010
E6013
E7016
E7018

selulosa
Rutil
Kalium feldspar
Kalium feldspar

ATKB
AU/ATKB
AU/ATKB
AU/ATKB

(penembusan)
dalam
cetek
sederhana
cetek

Riak kumai kasar


Riak kumai licin dan halus
Riak kumai licin
Riak kumai licin dan halus

serbuk besi

Kod Warna
1. kod warna diperkenalkan oleh National Electrical Manufacturerers Association (NEMA)

NO. KOD / CODE NO.

EEK102 M2K1 (1/6)

Muka: 04 Drp: 05

2. Kod Warna Diletakkan di hujung dawai teras


Jadual kod warna yang yang digunakan oleh NEMA bagi elektrod bersalut (sebahagian)
Pengelasan AWS
E6010
E6011
E6012
E6013
E6027
E6016
E6018

Warna Kumpulan
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
hijau

Warna Hujung
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
Hitam
Hitam

Warna Titik
Tiada
Biru
Putih
Coklat
Perak
Jingga
Kuning

Saiz dan arus kimpalan


Pelbagai saiz dan panjang elektrod kimpalan arka ditunjukkan dalam jadual 1, manakala
jadual menunjukkan jenis elektrod dan cadangan penggunaannya
Jadual 1: Saiz elektrod dan arus dicadangkan
Diameter (mm)
1.6
2.0
2.5
3.25
4.0

Tolok AWS
# 16
# 14
# 12
# 10
#6

Panjang (mm)
200,250
200,250,300,350
250,300,350
350,450
350,450,500,600,700,900

Arus Dicadangkan
20-40 ampere
40-60 ampere
60-90 ampere
90-130 ampere
130-180 ampere

Jadual 2: Jenis elektrod dan cadangan penggunaannya


Jenis
E6010

Saiz
2.5 mm
3.25 mm
4.0 mm

E6010
E7013
E7018

Cadangan penggunaan
Larian penukupan
Larian pengisian/penukupan
Larian penukupan
Larian penukupan
Larian penukupan
Larian pengisian/penukupan

Jenis Salutan
1. Jenis salutan elektrod adalah berdasarkan pengelasan AWS dan bergantung pada
Bahan di dalam salutan elektrod.
2. Tiga cara elektrod disalut iaitu;
a) celup

NO. KOD / CODE NO.

EEK102 M2K1 (1/6)

Muka: 05 Drp: 05

dawai teras elektrod dicelup beberapa kali ke dalam bekas yang mengandungi
campuran pekan bahan salutan sehingga mencapai ketebalan yang di kehendaki
b) Salut
dawai teras elektrod dilalukan dalam campuran bahan salutan pekat.bahan salutan
melekat pada dawai teras sbagaimana bahan ini melekat kabel elektrik
c) lilit
benang asbestos biru dililit pada dawai elektrod.benang ini merupakan bahan lakur
yang baik untuk elektrod bermutu tinggi.
3. salutan elektrod mengandungi pelbagai bahan yang mengandungi fungsi tertentu
(jadual :

Penjagaan/Penyimpanan Elektrod
1. Elektrod hendaklah dibungkus dalam plastik untuk mengelakkan salutannya pecah
di samping mengawal kualiti elektrod tersebut
2. Elektrod yang telah dibuka bungkusannya hendaklah disimpan di dalam bekas yang
kedap udara dan mempunyai keadaan pengudaraan yang kering
3. Elektrod disusun pada rak-rak di dalam oven mengikut saiz dan jenisnya

You might also like