You are on page 1of 10

ATC ACADEMY SDN BHD

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA


MC-024-4 PENGURUSAN TEKNOLOGI KIMPALAN
(FABRIKASI)
TAHAP 4
TUGASAN
LAPORAN KECACATAN KIMPALAN

NAMA : MAHSUS BIN MAHDAR


NO IC : 961117-59-5099
KURSUS : DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA MC-024-4
PENGURUSAN TEKNOLOGI KIMPALAN
(FABRIKASI)
SESI : (JUL 2016 NOV 2017)

ATC ACADEMY
NO 7, JALAN LADA HITAM 16/12, SEKSYEN
16,
SELANGOR DARUL EHSAN
PENGENALAN

Kecacatan kimpalan mungkin berlaku dalam


kebanyakan kerja kimpalan. Kecacatan atau ketidak
sempurnaan terjadi disebabkan oleh jurukimpal yang
menggunakan proses yang tidak betul sebagai contoh
penggunaan arus dan gas perisai yang tidak mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan dan penggunaan logam
kimpalan yang berlebihan seperti plate dan paip dan
lain-lain. Oleh itu, pengimpal haruslah menggunakan
teknik yang betul semasa mengimpal untuk mengelakkan
dari kecacatan-kecacatan yang terdapat pada benda
kerja.
Tambahan pula, pengerakan arka yang tidak sekata juga
boleh menyebabkan kecacatan kimpalan dan jarak arka
yang terlalu jauh dari logam kimpal. Bahan kerja yang
kotor juga boleh terjadinya kecacatan kimpalan seperti
keliangan (Porosity), potongan bawah(Undercut) dan
percikkan bebola besi(Spatter). Sebagai pengimpal yang
mahir , kita haruslah membersihkan terlebih dahulu
bahan kimpal sebelum memulakan larian kimpalan
berikutnya.
Akhir sekali, sebelum mahu memulakan kerja kimpal
mestilah membuat persediaan terlebih dahulu seperti
contoh memanaskan dahulu elektrod bagi mengelakkan
kecacatan pada bahan kerja.
GAMBAR RAJAH 1 : Muka kimpal (Capping)

Kecacatan-kecatan yang terdapat di dalam gambar rajah 1:


Potong Bawah (Undercut)
Keliangan (Porosity)
Percikan Bebola Besi (Spatter)
Kesan-kesan Mencanai (Mechanical Damage)
Percikan Arka (Arc Strike)
Rupa Kimpal Buruk (Poor Bead )
GAMBAR RAJAH 2: Penembusan (Penetration)

Kecacatan-kecatan yang terdapat di dalam gambar rajah 2;


Kurang Penusukan (Lack Of Root Penetration)
Percikan Bebola Besi (Spatter)
Keliangan(Porosity)
Faktor-faktor kecacatan kimpalan
yang direkodkan
1.Potong Bawah(Undercut)
Jarak arka yang terlalu panjang
Larasan arus Kimpalan yang terlalu tinggi
Logam asas terlalu panas
Sudut elektrod yang salah
Pergerakan elektrod tidak stabil (laju/perlahan)

2.Keliangan(Porosity)
Logam yang dikimpal tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum
memulakan kimpalan.
Arus kimpalan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi
Jarak arka yang salah
Keliaran arka
Keadaan elektrod yang lembab

3.Percikan bebola besi (Spatter)


Penggunaan elektrod yang basah atau lembab.
Logam asas yang terlalu kotor
Jarak arka yang terlalu jauh
Penggunaan arus yang tinggi

Berlakunya keliaran arka

4.Kesan mencanai(Mechanical Damage)


Cara penggunaan mesin pencanai yang salah
Kurang kemahiran mencanai

5.Percikkan Arka (Arc Strike)


Kurang kemahiran
Kecuaian pengimpal
Sering terjadi pada pelatih yang baru

6.Rupa kimpal yang buruk(Poor Capp Poor Weld)


Teknik mengimpal yang salah
Pelarasan mesin yang salah
Jarak arka yang tidak seimbang
Benda kerja terlampau panas
Kurang teknik mengimpal

7.Kurang penembusan (Lack of penetration)


Muka punca terlalu tebal dan jarak puncanya terlalu kecil
Pergerakkan arka terlalu cepat
Larasan arus yang rendah
Pemilihan elektrod yang salah
Cara-cara untuk mengatasi kecacatan
kimpalan yang direkodkan

1.Potongan bawah(Undercut)
Jarak arka mestilah seimbang
Arus mestilah betul dan mengikut saiz elektrod
Sudut mengimpal mestilah betul
Pergerakkan elektrod yang stabil

2.Keliangan (Porosity)
Arus mestilah bersesuaian mengikut saiz elektrod
Membuat pra panas panas pada elektrod
Logam asas mestilah dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan
kerja kimpal
Jarak arka mestilah stabil iaitu kira-kira 2-3mm

3.Percikkan bebola besi(Spatter)


Elektrod mestilah dalam berkeadaan kering sebelum hendak mengimpal
Pelarasan arus mestilah bersesuaian saiz elektrod

4.Kesan mesin pencanai(Mechanical Damage)


Mengambil kedudukan atau tempat yang sesuai untuk keselesaan apabila
mencanai.
5.Percikkan arka(Arc Strike)
Pengimpal yang berkemahiran
Elakkan punca arka elektrod daripada kawasan yang tidak dikimpal
Membuat persediaan sebelum kerja kimpal dijalankan

6.Rupa kimpal buruk(Poor Weld)


Gunakan teknik mengimpal yang betul
Laraskan mesin dengan betul dan sesuaikan dengan apa yang hendak
dikimpal
Jarak arka mestilah stabil dan seimbang
Jangan mengimpal terlalu cepat kerana mengakibatkan benda kerja
terlampau panas

7.Kurang penembusan(Lack of penetration)


Sudut v mestilah betul dan bersesuaian
Gunakan elektrod yang sesuai
Arus mestilah mengikut saiz elektrod
Jarak muka punca mestilah betul dan tidak sempit
Kelajuan mengimpal mestilah sederhana

You might also like