You are on page 1of 16

Dasar Kerajaan

Sosial Budaya
Pengajian Am Semester 2

CHANNEL PA 900 STPM@CNM


DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR SOSIAL NEGARA


Objektif
1. Keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
2. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
3. Sistem kokongan sosial dan perkhidmatan sosial -sistem
keluarga, komuniti, agama
4. Menjana sinergi multi sektor - sektor awam dan swasta

Strategi
1. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan
2. Memastikan keperluan hidup yg holistik menjadi teras kehidupan
3. Menentukan individu melebihi 18 tahun diberi sokongan dan
pengetahuan utk membuat keputusan tentang pelajaran,
pekerjaan, kekeluargaan dan perhubungan sosial
4. Memberikan peluang kpd warga tua terus memberi sumbangan
kpd masyarakat
5. Menanamkan nilai-nilai patriotisme dlm kalangan masyarakat
6. Memastikan sesebuah organisasi menyediakan keperluan asas
sosial
7. Memperluaskan khidmat bimbingan smua sektor kpd semua
kumpulan sasar yg memerlukan khidmat bimbingan
8. Meningkatkan peranan bahagian pembangunan sosial di semua
peringkat pentadbiran
9. Menyokong perkembangan sektor sukarela

Implikasi
1. Meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat
2. Mengawal kadar jenayah dan gejala sosial
3. Mengatasi penderaan dan keganasan rumah tangga serta
pengabaian kanak-kanak
4. Penetapan gaji minimum bulanan pekerja
5. Menambah baik infrastruktur asas
6. Kemiskinan tegar dikurangkan
7. Meningkatkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta
8. Perkembangan persatuan perkhidmatan sukarela

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR SUKAN NEGARA

Latar Belakang
1. Merupakan satu dasar sukan untuk semua yang merangkumi Sukan
Prestasi Tinggi dan Sukan Untuk Semua
2. Di negara ini, aktiviti sukan dijalankan oleh organisasi sukarelawan yang
kebanyakannya bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia
3. Peranan Kerajaan hanya terhad kepada peranan Kementerian Belia dan
Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

Objektif
1. Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu
2. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi
memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi bagi individu
3. Membangun dan meningkat pengetahuan dan amalan sukan
4. Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali dengan semangat
kesukanan dan harapan mempertingkatkan muhibah
5. Melahirkan ahli sukan Malaysia yang bertaraf dunia dalam sukan prestasi
tinggi

Strategi
1. Program pembangunan untuk ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan
pegawai sukan
2. Kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan pusat dan
kerajaan negeri untuk membangunkan sukan negara
3. Menggalakkan aktiviti sukan massa dan aktiviti rekreasi berlandaskan
konsep 'Malaysia Cergas'
4. Menggalakkan institusi pendidikan menjalankan aktiviti sukan secara
aktif
5. Pemberian insentif kepada ahli sukan dan pegawai sukan
6. Penyediaan kemudahan sukan oleh pihak berkuasa tempatan
7. Elemen sukan dimasukkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
8. Program pembangunan untuk ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan
pegawai sukan

Implikasi
1. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan
2. Penggunaan masa senggang secara bermanfaat
3. Pengurangan tekanan hidup moden
4. Interaksi sosial yang bermakna
5. Perkembangan kemahiran-kemahiran asas
6. Mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang
bersatu padu
7. Menggalakkan pertandingan yang sihat, muhibah dan toleransi
8. Peningkatan maruah bangsa
9. Pencapaian kecemerlangan kepad peringkat yang paling tinggi
Channel PA 900 STPM@Cnm
Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR SEMANGAT NASIONALISME (CINTAKAN NEGARA)

1. Malaysia haruslah bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran


1990-an. Nasionalisme merupakan satu aspek penting dalam
proses pembangunan negara. Jepun telah maju kerana kerajaan
Jepun telah menjadikan nasionalisme teras pembangunan
negara dan bangsanya.
2. Oleh yang demikian dasar ekonomi harus dicipta dengan
mengambil kira faktor nasionalisme. Untuk membentuk
nasionalisme di Malaysia, rakyat haruslah memahami sejarah
Malaysia.
3. Nasionalisme negara mestilah memelihara kesinambungan
sejarah dan aspek-aspek sejarah yang boleh mendatangkan
kebaikan kepada masyarakat Malaysia.
4. Satu sistem persekolahan yang baik perlu diwujudkan supaya
generasi muda dapat bekerjasama dan mengeratkan hubungan
sesama mereka.
5. Politik negara haruslah berasaskan demokrasi berparlimen dan
dasar-dasar dijalankan dengan tidak menghapuskan hak asasi
manusia.
6. Kerajaan hendaklah menghapuskan fahaman-fahaman dan ciri-
ciri perkauman yang sempit yang boleh merosakkan suasana
muhibah di Malaysia.
7. Menyemai semangat cintakan negara melalui konsep-konsep
berikut:
8. satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia;
9. satu negara, iaitu negara Malaysia;
10. satu bahasa, iaitu bahasa Malaysia;
11. satu kebudayaan, iaitu kebudayaan Malaysia.
Kerajaan haruslah meningkatkan kesedaran dan kepentingan Rukun
Negara, iaitu:
1. Kepercayaan kepada Tuhan,
2. Kesetiaan kepada Raja dan
3. Keluhuran Perlembagaan,
4. Kedaulatan Undang-undang,
5. Kesopanan dan Kesusilaan.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

HALA CARA BARU DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG DAN LUAR BANDAR

1. Hala cara baru merupakan satu usaha bersama kerajaan dalam


rancangannya untuk memperbaiki kehidupan masyarakat luar bandar.
2. Objektif dasar ini adalah untuk meningkatkan mutu dan daya
pengeluaran pertanian, meninggikan pendapatan petani dan pekerja
di desa dan memudahkan penyampaian perkhidmatan dan
kemudahan.
3. Ini selaras dengan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan
penduduk luar bandar dengan menanamkan etika kerja yang positif.
4. Halacara baru ini meliputi bidang:
5. Kemajuan pertanian dengan mengadakan cara pengurusan
perladangan bagi kebun-kebun kecil.
6. Mempelbagaikan ekonomi kampung dengan pengenalan industri
kampung dan perusahaan kecil.
7. penyusunan semula kampung untuk menggalakkan pertumbuhan
pusat-pusat baru.

Langkah-langkah
1. Memperkenalkan rancangan pertanian berkelompok.
2. Menggabungkan kampung-kampung kecil yang berdekatan untuk
membentuk bandar kecil.
3. pengenalan pentadbiran koperasi di mana sawah-sawa dicantum
untuk dijadikan estet-estet padi.
4. Pemberian saham kepada petani mengikut saiz tanah masing-masing.
5. Pengenalan penggunaan jentera untuk menggantikan tenaga manusia
dalam pengeluaran.
6. Bandar-bandar in akan dibekalkan dengan kemudahan asas.
7. Pendirian industri yang sesuai dengan sumber alam tempatan yang
dikenal pasti.
8. Pendekatan baru ini memungkinkan penduduk luar bandar menikmati
perkhidmatan dan kemudahan moden serta memperbaiki kedudukan
ekonomi mereka.

Pencapaian
1. 27 buah projek telah dikenal pasti untuk dilaksanakan.
2. Pertumbuhan industri kampung yang menggalakkan.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR KANAK-KANAK NEGARA

Objektif
1. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari
segi fizikal, kognitif, bahasa emosi, sahsiah dan kerohanian.
2. Setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak OKU mempunyai hak
untuk dilindungi daripada sebarang bentuk penderaan, keganasan,
pengabaian dan eksploitasi.
3. Setiap kanak-kanak mempunyai hak bersuara dan melibatkan diri
mengikut tahap keupayaan demi kesejahteraan mereka.
4. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi
jagaan, pemeliharaan, kasih sayang, sokongan dan bantuan sosial.
5. Penyelidikan dan pembangunan mengenai kelangsungan hidup,
perlindungan, penyertaan dan perkembangan kanak-kanak perlu
dilaksanakan.
6. Kanak-kanak, ibu bapa, penjaga, komuniti dan masyarakat sedar akan
hak kanak-kanak.

Strategi
1. Menyediakan keperluan asas.
2. Meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, NGO, pihak swasta
dan masyarakat demi kesejahteraan kanak-kanak.
3. Memberi perkhidmatan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan
kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan, pengabaian,
keganasan dan pengekploitasian.
4. Memastikan kanak-kanak diberi hak kepada perundangan dan
perkhidmatan sokongan.
5. Menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran mesa kanak-
kanak.
6. Memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat yang
berkualiti dan bersesuaian daripada pelbagai sumber.
7. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan keluarga dan masyarakat
mengenai hak kesamarataan kanak-kanak daripada sebarang bentuk
diskriminasi.
8. Memperbanyakan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang
pembangunan kanak-kanak.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR WANITA NEGARA -1989


Latar belakang
1. Sumbangan sebagai isteri, ibu serta pekerja dalam pembangunan negara.
2. Merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga buruh iaitu dalam sektor
pertanian, pembuatan, perkhidmatan.
3. Kerajaan telah mengiktiraf perkhidmatan wanita di dalam pembangunan negara.
4. Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) diwujudkan pada tahun 1983.
5. Bertujuan untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor
awam dan swasta terhadap wanita.
6. Sistem penyampaian pelbagai perkhidmatan disalurkan melalui KEMAS, FELDA,
RISDA beberapa dan Lembaga Kemajuan Wilayah.
7. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), NCWO,
WI, PERTIWI dan Pertubuhan Wanita Islam dan Lembaga Kebajikan Perempuan
Islam turut memberi sokongan kepada kaum wanita. Dasar Wanita Negara telah
ditubuhkan pada tahun 1989.

Objektif
1. Untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam
pemilikan sumber dan maklumat selain mendapat peluang dan faedah daripada
pembangunan.
2. Mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua faktor pembangunan selaras
dengan kemampuan negara dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu
kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta
memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur.

Strategi
1. Memperkukuh Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) di bawah Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Sosial.
2. Mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan proses
perancangan, pelaksanaan dan pengawasan program-program pengintegrasian
wanita.
3. Dalam penggubalan dasar, peraturan dan program perlu pertimbangan tentang
sumbangan dan implikasinya terhadap wanita, impak dan kesan yang negatif
terhadap wanita perlu diawasi.
4. Pendidikan dan latihan untuk menyedarkan pihak pentadbiran kerajaan mengenai
isu wanita. Mengadakan program kepekaan jantina gender di pelbagai peringkat.
5. Penglibatan badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam program dan tindakan
pembangunan wanita. Menyediakan peruntukan bantuan kewangan, teknikal,
nasihat dan institusi dibuat secara berterusan.
6. Membasmi diskriminasi dan mengambil tindakan tegas. Pelbagai langkah khusus
perlu diambil bagi membasmi diskriminasi.
7. Memaju dan menyelaras penyelidikan mengenai isu wanita. Perlu mendapatkan
maklumat dan data tentang wanita dalam pelbagai sektor.
8. Peruntukan anggaran belanjawan kerajaan hendaklah memastikan kementerian
dan agensi menggunakan peruntukan yang diluluskan bagi memenuhi program dan
projek pembangunan wanita

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR PENDIDIKAN

Latar belakang
1. Timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin negara untuk
menggubal dasar pendidikan bagi menggantikan sistem pendidikan
penjajah.
2. Dasar Pelajaran Kebangsaan lahir melalui Penyata Razak 1956, yang
termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957
3. Disemak melalui Laporan Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam
Akta Pelajaran 1961.
4. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 bagi mengkaji
Dasar Pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu
dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga kerja.
5. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan pada tahun 1979.

Rasional
1. Sistem pendidikan pada zaman penjajahan telah berkembang tanpa
mengambil kiira kepada keperluan pembangunan, pembentukan
identiti kebangsaan dan perpaduan negara.
2. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia
rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal,
3. Sistem ini tidak lagi sesuai untuk negara yang merdeka dan berdaulat.

Strategi
1. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
utama
2. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
4. Melicinkan tata cara pengurusan pendidikan
5. Melicinkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sebelas tahun
7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
pengagihan secara adil bagi kawasan bandar dan luar bandar
8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR yang berasaskan 3M
dan KBSM diperkenalkan mulai 1989;
9. Memperluaskan pendidikan vokasional
10. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan
11. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
Channel PA 900 STPM@Cnm
Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

Latar belakang
1. Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah
satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai
Wawasan 2020.
2. Mereka in akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya
saing negara
3. Dalam mendepani cabaran dan tekanan bear persaingan
abad ke-21, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010 telah dirangka,
4. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Objektif
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem
pendidikan Malaysia.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem
pendidikan.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh
untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama
dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Strategi untuk membina negara bangsa


1. Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan
bahasa kebangsaan.
2. Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.
3. Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk
menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan,
pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
4. Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam
usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

Latar belakang
1. Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara.
2. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam
persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita
perlu melaksanakan perubahan besar dalam sistem pendidik
negara.
3. Menfokus kepada sebelas anjakan utama untuk menjayakan
perubahan dalam pendidikan.
4. Urutan anjakan Transformasi terbahagi kepada:
5. Gelombang1 (2013-2015): Mengubah sistem dengan member
sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran
teras.
6. Gelombang 2 (2016-2020): Mempercepatkan peningkatan
kemajuan sistem.
7. Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah kecemerlangan
dengan peningkatan keluwesan operasi.

Objektif
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem
pendidikan.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk
sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aspirasi Sistem
1. Akses
2. Kualiti
3. Ekuiti
4. Perpaduan
5. Kecekapan

Aspirasi Murid
1. Pengetahuan
2. Kemahiran berfikir
3. Kemahiran memimpin
4. Kemahiran Dwibahasa
5. Etika dan kerohanian
6. Identiti nasional
Channel PA 900 STPM@Cnm
Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Prinsip
1. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang Sesuai dan wajar boleh
diterima.
3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan.

Objektif
1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
kebudayaan.
2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.
3. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti
kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang
dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi
1. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan
ke arah menguatkan asas- asas Kebudayaan Kebangsaan
2. Meningkat dan mengukuhkan kepemimpinan budaya
melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat,
mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya
sebagai jentera pembangunan
3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah
kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme
Malaysia.
4. Memenuhi keperluan sosiobudaya
5. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR ORANG KURANG UPAYA

Latar Belakang
1. Dasar OKU dan pelan Pelan Tindakan OKU diluluskan pada 21 November 2007.
2. Dasar OKU akan menjadikan asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU
bagi penyertaan penuh dalam masyarakat

Strategi
1. ADVOKASI - Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif dalam
kalangan masyarakat terhadap OK menerusi program yang berkesan.
2. AKSESIBILITI - Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-
free) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan
perumahan serta ruang awam Meningkatkan penyediaan kemudahan
pengangkutan awam yang mesra OKU Membangunkan dan Menggalakkan
penyediaan kemudahan seta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT).
3. KESIHATAN - Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program
pencegahan, pengesanan dan •intervensi awal (primary care) dan
Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU
(secondary and tertiary care
4. PEMULIHAN - Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program
rangkaian kerjasama pemulihan sedia ada bagi OKU selaras dengan
perkembangan semasa.
5. PENDIDIKAN -Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat
termasuk pendidikan sepanjang hayat
6. PEKERJAAN - Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakan
penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan dan menggalakkan OKU bekerja
sendiri (self-employed) dan berdikari.
7. KESELAMATAN DIRI DAN PERLINDUNGAN SOSIAL - Melindungi OKU dari segala
bentuk eskploitasi , keganasan dan penderaan dan memantapkan
perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak dan berkeperluan.
8. PERKHIDMATAN SOKONGAN - Memantapkan mekanisme perkhidmatan
sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU dan Menggalakkan
Penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU yang mampu
milik
9. SOSIAL - Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam
aktiviti sosial.
10. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA - Membangunkan kapasiti dan menyediakan
sumber manusia terlatih serta mencukupi yg memberi perkhidmatan kpd OKU.
Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yg mewakili
kepentingan OKU dan meningkatkan penyertaan OKU dlm proses perancangan
dan membuat keputusan.
11. PENGLIBATAN MASYARAKAT - Menggalakkan penglibatan sukarelawan dlm
program pembangunan OKU. Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian
kerjasama multisektor dan multidisiplin dan menggalakkan penglibatan sektor
swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat.
12. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN - Menggalakkan penyelidikan dan
pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk
tindakan penambahbaikan. Memantapkan mekanisme penyelarasan
pelaksanaan. Pemantauan dan penilaian program-program OKU.
13. PERUMAHAN - Menggalakkan reka bentuk universal dlm pembinaan rumah dan
kawasan persekitaran dan membuka peluang kepada OKU utk memiliki rumah.
14. KANAK-KANAK OKU - Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) utk
perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU
15. WANITA OKU - Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk
wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan
Cnm
pemerkasaan golongan OKU
Channel PA 900 STPM@Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR BELIA NEGARA

Takrif Belia
1. Berumur antara 15 hingga 40 tahun.Walau bagaimanapun dari segi
strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan
utama Ialah mereka yang berumur 18 hingga 28 tahun.
2.
Matlamat
1. Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu
dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,
berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi
penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan
negara selaras dengan Wawasan 2020.

Strategi
1. Pembangunan Ilmu- Usaha akan dipertingkatkan ke arah
mengembangkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek sebagai
dan tunggak kepada pembangunan kemantapan generasi belia.
2. Pembentukan Sikap - Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan
pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam
kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
3. Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan -Mempersiapkan
generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan
vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak
pembangunan negara.
4. Pemupukan Gaya Hidup Sihat - Generasi belia digalakkan
menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk
gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat
melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan
berkualiti.
5. Kemudahan Interaksi Sosial - Mempertingkatkan kemudahan yang
sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat
dalam kalangan belia dan masyarakat.
6. Perkongsian Dalam Pembangunan - Menggunakan perkongsian dan
kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan
kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
7. Jaringan Hubungan Antarabangsa -Menggalakkan generasi belia
meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat
antarabangsa.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR URBANISASI NEGARA

Objektif
1. Mewujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang
lebih teratur dalam satu rangkaian pusat-pusat bandar
yang lebih padat dan yang mengandungi bandar-bandar
yang berbeza dari segi saiz dan peranannya.

Strategi
1. Mempastikan pembangunan bandar dengan lebih
seimbang dari segi pembangunan fizikal, susunan kaum
dan penyertaan dalam pembangunan bandar melalui
pengurusan sumber yang lebih cekap
2. Mempercepatkan proses pembandaran di kawasan
3. Mempastikan pembangunan secara teratur di pusa-pusat
bandar yang sedia ada dengan mengambil kira keadaan
tempatan
4. Mempercepatkan pembangunan bandar di dalam
kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah dengan
cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan
memperluaskan liputan dan penglibatan sektor swasta
bidang
5. Memperkenalkan konsep memperbandarkan kampung-
kampung dengan cara pengelompokan kampung-
kampung kecil yang terletak berdekatan bagi dijadikan
bandar kecil atau pusat pembangunan desa.

Faktor
1. Proses demografi dan urbanisasi.
2. Keadaan perkaitan yang rapat yang wujud di antara
proses pembangunan sosio-ekonomi dengan proses dan
pola-pola urbanisasi
3. Kesan berkaitan dengan pelaksanaan dasar dan program
di peringkat negara dan wilayah.
4. Dimensi-dimensi khusus dari segi proses perbandaran
5. Peralatan-peralatan dasar Policy Instrument yang telah
dirangka untuk mencapai matlamat DEB.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Objektif
1. Melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam
pelbagai aspek kehidupan.
2. Nikmat pembangunan dikongsi bersama tanpa mengira
latar belakang bangsa, agama, gender, status sosial dan
umur.
3. Memastikan pembangunan mampan iaitu seimbang dan
saling melengkapi antara aspek sosial ekonomi dan alam
semulajadi.

Strategi
1. Modal insan berkualiti.
2. Wanita luar bandar yang progresif.
3. Kehidupan luar bandar yang sejahtera.
4. Prasarana lengkap dan canggih.
5. Ekonomi berdaya saing dan mampan.
6. Keunggulan generasi belia luar bandar.
7. Keusahawanan pemacu pembangunan ekonomi.
8. Perumahan, pembangunan wilayah dan penempatan desa
bersepadu.
9. Biodiversiti dan alam sekitar mampan.
10. Sistem penyampaian dan tadbir urus berkesan.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR SOSIAL BUDAYA

DASAR PERUMAHAN NEGARA

Objektif
1. Memastikan peruntukan sosial sektor perumahan
dinikmati oleh isi rumah yang berkelayakan.
2. Menggalakan pelbagai akses isi rumah kepada
perumahan menerusi pemilikan dan sewaan.
3. Menyediakan kerangka kerja pembangunan sektor
perumahan bagi membantu kerajaan dan pihak swasta
menyediakan perumahan.
4. Menekankan penyediaan dan penyelenggaraan
perumahan berkualiti yang mampu dimiliki oleh rakyat.

Strategi.
1. Memastikan perumahan berkualiti untuk semua.
2. Memastikan persekitaran kejiranan yang berkualiti dan
kohensif.
3. Memperkukuhkan keupayaan institusi untuk
melaksanakan dasar.
4. Menambah baik aksesibiliti dan tahap kemampuan.
5. Menambah baik penyelarasan antara perumahan dan
pengangkutan untuk kualiti kehidupan yang lebih baik.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm

You might also like