You are on page 1of 9

GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PJJ)


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK:BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA AMY AMILYA BINTI RANANI


NO. MATRIK 283150
PUSAT PJJ UUM KUCHING

Tarikh Akhir Sabtu, Tarikh


Serahan 26, Jun 2021 Penerimaan
Nama Pensyarah Cik Zalina Binti Mohd. Desa
Markah Asas 10%
Markah Diperolehi
GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam

SENARAI KANDUNGAN

No. TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 ISI KANDUNGAN

2.1 Kelayakan Pemohon 2

2.2 Syarat Pasangan Pemohon 3

2.3 Syarat Anak Pemohon

2.4 Bujang dan Orang Kurang Upaya

2.5 Permohonan dan Semakan

2.6 Penglibatan Agensi- Agensi 4

2.7 MySalam 5

3.0 KESIMPULAN 6

4.0 RUJUKAN 7
GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam

1.0 PENDAHULUAN

Umum mengetahui bahawa, seluruh dunia mengalami kecaman virus Covid-19 yang
boleh meragut nyawa manusia. Hal ini menyebabkan kes kebolehjangkitan dan kes kematian
kian meningkat saban hari. Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia telah
mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara pada 18 Mac 2020 dan
menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia kehilangan kerja, pemotongan gaji di kalangan
penjawat swasta sekurang-kurangnya 40 peratus terutama sekali sektor pelancongan,
perhotelan dan tenaga buruh dari sektor pembuatan yang menerima gaji secara harian
sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Oleh itu, kerajaan telah
menyediakan insentif dari segi bantuan kewangan untuk rakyat yang memerlukan dan terjejas
pada ketika itu dan dinamakan Bantuan Prihatin Nasional pada 24 Mac 2020. Insentif itu
merupakan insentif yang juga pertama kalinya melibatkan golongan M40 yang berpendapatan
aggregat isi rumah 40 peratus pertengahan daripada RM 4,001 hingga RM 8,000. Manakala
bujang M40 pula adalah berpendapatan RM 2,001 hingga RM 4,000 bulanan. Pada ketika itu,
jumlah Bantuan Prihatin Nasional dibahagi kepada empat kategori iaitu, kategori pertama
sebanyak RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000
dan ke bawah dan di berikan pada bulan April 2020 sebanyak RM 1,000 dan selebihnya pada
bulan Mei 2020 sebanyak RM600. Untuk kategori kedua pula, 1.1 juta isi rumah yang
berpendapatan lebih RM 4,000 hingga RM 8,000 akan dibayar sebanyak RM1,000 yang
diberikan pada bulan April 2020 sebanyak RM 500 dan selebihnya pada bulan Mei 2020
sebanyak RM500. Kategori yang seterusnya pula sebanyak RM 800 diagihkan kepada 3 juta
individu bujang yang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan bulanan RM 2,000 dan
kebawah pada bulan April 2020 sebanyak RM 500 dan bakinya pada bulan Mei 2020
sebanyak RM 300. Kategori yang terakhir pula adalah kategori bujang yang berumur 21 dan
keatas berpendapatan bulanan lebih RM 2,000 dan ke atas menerima sebanyak RM 500 dan
diagihkan sebanyak RM250 pada bulan April 2020 dan selebihnya pada bulan Mei 2020.
Pada 6 November 2020, pembentangan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh
Menteri Kewangan iaitu Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang meneruskan
bantuan kewangan untuk rakyat dan dinamakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

1
GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam

2.0 ISI KANDUNGAN

2.1 Kelayakan Pemohon

Merujuk gambar rajah diatas, merupakan terdapat 3 jenis golongan yang terdapat di
Malaysia dan antara kelayakan untuk memohon Bantuan Prihatin Rakyat adalah untuk golongan
B40. Bagi pendapatan isi rumah tidak kira yang berkahwin, ibu atau bapa tunggal, balu, janda
dan duda hendaklah ketua keluarga tidak kira lelaki atau wanita yang tinggal serumah dan
bekerja di Malaysia. Bagi yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 yang mempunyai
seorang anak akan mendapat RM 1,200 manakala untuk yang mempunyai dua anak atau lebih,
mereka akan mendapat RM 1,800 secara keseluruhannya. Manakala untuk pendapatan isi rumah
yang bermula dari RM 2,501 sehingga RM 4,000 akan mendapat RM 800 untuk yang
mempunyai seorang anak manakala untuk mereka yang mempunyai dua anak atau lebih akan
mendapat RM 1,200. Seterusnya, untuk isi rumah yang berpendapatan RM 4,001 ke RM 5,000
akan mendapat RM 500 untuk seorang anak dan RM 750 untuk yang mempunyai dua anak atau
lebih. Tidak lupa juga untuk golongan bujang pula akan mendapat RM 350 bagi mereka yang
berpendapatan RM 2,500 dan kebawah.

2
GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam

2.2 Syarat Pasangan Pemohon

Syarat yang seterusnya adalah bagi yang masih berkahwin, pasangan isi rumah
merupakan warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan jenis MYKAD dan menetap di
Malaysia dan pasangan untuk setiap isi rumah hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang
memiliki kad pengenalan jenis MYKAD atau MYPR atau MYKAS atau yang bukan
warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan selain daripada yang dinyatakan seperti
pasport, VISA, UNCHR, Pas Sempadan, Sjil Lahir atau Kad Pengenalan yang lama.

2.3 Syarat Anak Pemohon

Syarat bagi anak pemohon pula, hubungan antara mereka mestilah anak kandung
termasuk anak yang tidak sah taraf atau anak angkat yang telah berdaftar secara rasminya di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja. Anak-anak juga hendaklah berumur 18 tahun ke
bawah merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan jenis MYKAD atau
MYKID dan tidak bekerja. Untuk anak yang berumur 18 tahun dan ke atas dan masih belajar
sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam atau Swasta mereka juga layak disertakan dalam
tanggungan pemohon.

2.4 Bujang dan Orang Kurang Upaya

Bagi kategori bujang yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun atau golongan Orang
Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun sehingga 59 tahun pula mestilah merupakan
warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan jenis MYKAD yang menetap di Malaysia
sahaja dan berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah secara kasar, akan mendapat RM 350.

2.5 Permohonan dan Semakan

Permohonan ini dapat dilakukan secara atas talian di laman sesawang rasmi di
bpr.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat
Hasil (PKH) LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan
mengemukakan borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat. Bagi yang pernah mendapat
Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan Bantuan Sara Hidup yang lalu, mereka hanya perlu
mengemaskini butiran-butiran peribadi seperti alamat tempat tinggal, nombor akaun bank,
nombor telefon dan sebagainya sekiranya mempunyai pertukaran. Jika tidak, pemohon akan

3
GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam

mengalami kesukaran menerima kerana pihak LHDN hanya mempunyai maklumat yang lama
sekiranya tidak di kemaskini. Pemohon boleh membuat semakan secara online di Portal Rasmi
atau di aplikasi BPR 2021 yang boleh dimuat turun di Google Playstore bagi pengguna platform
Android atau Apple App Store bagi pengguna platform Apple. Melalui cara ini, ia memudahkan
rakyat untuk melakukan permohonan dan penyemakkan untuk mengelakkan daripada
pengurusan di kaunter di musim pendamik Covid- 19 ini. Pembayaran bantuan ini mempunyai
tiga fasa bagi isi rumah dan 2 fasa bagi bujang iaitu fasa yang pertama pada 24 Februari 2021,
fasa yang ke-dua pada 7 Mei dan fasa yang ke-tiga adalah pada bulan Oktober 2021.

2.6 Penglibatan Agensi- Agensi

Antara agensi- agensi yang terlibat dalam bantuan ini adalah Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) , Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) , Jabatan Akauntan Negara Malaysia
(JANM) , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen
(KWAP) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memastikan kelayakan dan butiran
pemoohon adalah benar, tepat dan tidak bercanggah boleh dirujuk di gambar rajah di bawah.

Sumber: Brochure BPR 2021 (http;//bpr.hasil.gov.my)

4
GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam

2.7 MySalam

Bagi penerima BPR yang berumur 65 tahun ke atas akan mendapat lindungan daripada
skim My Salam secara automatik. Manfaat yang akan didapati adalah seperti akan mendapat
elaun gantian hospitalisasi sebanyak RM 50 secara harian selama 14 hari atau maksimum RM
700 selama setahun di mana0mana Hospital Kerajaan, Hospital Angkatan Tentera dan Hospital
Pengajar. Manfaat seterusnya apabila di diagnos salah satu daripada 45 penyakit seperti yang
ditunjukkan dalam gambar rajah dibawah akan mendapat bayaran secara tunai sebanyak RM
8,000 sekali gus.

(Sumber: http;//broframestone.com)

5
GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bantuan ini amat memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40
untuk membantu mereka dari segi kewangan kerana terjejas akibat kehilangan punca pendapatan
sejak Mac tahun lalu. Oleh itu,insentif ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan beban rakyat
untuk meneruskan kelangsungan hidup.

6
GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam

4.0 RUJUKAN

Portal Malaysia (30 Januari, 2021). BPR 2021 : Bantuan Prihatin Rakyat (Hasil). Diperolehi
pada 27 Mei 2021 daripada:

https://www.portalmalaysia.com/bpr-bantuan-prihatin-rakyat/

Lembaga Hasil Dalam Negeri (2021). Bantuan Prihatin Rakyat. Diperolehi pada 27 Mei 2021
daripada:

https://bpr.hasil.gov.my/

ECentral (Januari 6,2021). BPR 2021: Download, Isi & Kemaskini Permohonan Online.
Diperolehi pada 28 Mei 2021 daripada:

https://ecentral.my/bpr-bantuan-prihatin-rakyat/

Hayati Ibrahim dan Maiamalina Mohamed Amin (November 6, 2020 ). 8.1 juta akan terima
Bantuan Prihatin Rakyat [METROTV]. Diperolehi pada 27 Mei 2021 daripada:

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/11/638778/81-juta-akan-terima-bantuan-
prihatin-rakyat

Info Sentral (2021). Jadual pembayaran duit BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat. Diperolehi
pada 27 Mei 2021 daripada:

https://www.infosentral.my/duit-bpr/

Kirat Kaur (January 8, 2020) . B40, M40 & T20: What do they even mean?. Diperolehi pada 30
Mei 2021 daripada:

https://www.therakyatpost.com/2020/01/08/b40-m40-t20-what-do-they-even-mean/

Bro Frame Stone (30 May, 2020). mySalam 45 Penyakit Kritikal. Diperolehi pada 30 Mei 2021
daripada:

https://www.broframestone.com/2020/02/pendaftaran-mysalam/mysalam-45-penyakit-
kritikal/

You might also like