You are on page 1of 12

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGF 2023

PENTADBIRAN KEWANGAN

SEMESTER

APRIL SESI 2020/2021

TAJUK TUGASAN

AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT ( AKPK )

DISEDIAKAN OLEH ;

1. DANIAL IZWAN BIN ABDUL KODER (265883)


2. KHAIRUL A’INI BINTI JAMALUDIN (265964)

PUSAT : UUM MIRI


ISI KANDUNGAN

BUTIRAN M/SURAT

PENGENALAN 1-2
FUNGSI 3
BAGAIMANA FUNGSI AKPK NAK URUSKAN HUTANG 4
KELEMAHAN DAN KEBAIKAN DALAM PERLAKSANAAN 5
RISIKO MENGGUNAKAN AKPK 6
SIAPA YANG MEMERLUKAN AKPK 7
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK AKPK 8
KESIMPULAN 9
RUJUKAN 10
PENGENALAN

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (secara rasmi disingkat sebagai AKPK) ialah sebuah
agensi di bawah Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan pada 17 April 2006 bagi membantu individu
mengendalikan situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan
kredit secara bijak. Aktiviti utama agensi ini ialah: Pendidikan Kewangan, Kaunseling Kewangan dan
Program Pengurusan Kredit.

Sehingga April 2018, seramai 28,000 orang telah mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan
kaunseling kewangan daripada AKPK. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,000 telah memohon untuk
mengikuti Program Pengurusan Kredit (DMP), Anuar Mohd Hussain ialah Pengerusi AKPK sejak 3
September 2018.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia bagi
membina rangka kerja perlindungan pengguna yang komprehensif serta langkah proaktif bagi
memastikan sektor isi rumah terus mampan dan berdaya tahan. Agensi ini menyediakan khidmat
nasihat, kaunseling dan bantuan kepada individu dalam bidang berkaitan dengan kredit, pengurusan
kewangan dan pendidikan serta penstrukturan semula hutang. Kesemua perkhidmatan AKPK adalah
percuma.

AKPK membantu peminjam perseorangan yang layak untuk menstruktur semula hutang yang
berkaitan dengan pinjaman perumahan, sewa beli, kad kredit, kad caj dan pinjaman peribadi lain yang
diperoleh daripada institusi 1 yang dikawal selia oleh Bank Negara. Bagaimanapun, ia tidak menyediakan
sebarang kemudahan kredit kepada pelanggan.

AKPK telah mengembangkan perkhidmatannya untuk menjadi Penama Perjanjian Sukarela (VA)
dalam usahanya untuk membantu mereka yang telah diisytiharkan muflis, selaras dengan tujuannya
untuk menurunkan kadar kebangkrutan kebangsaan sebanyak 50%.

Sebagai sebahagian daripada Hari Simpanan Sedunia di Malaysia, AKPK dengan


kerjasama Visa telah melancarkan inisiatif Treat Your Money Right yang direka untuk mempromosikan
kepentingan penjimatan, berdasarkan kajian yang menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia
menyedari betapa pentingnya penjimatan, ramai yang masih berjuang dengan menguruskan kewangan
mereka.

1
MISI

Amalankan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup

VISI

Mewujudkan masyarakat yang bijak dari segi kewangan. Kami juga mahu diiktiraf sebagai pembekal
pendidikan kewangan yang dipercayai kepada pengguna dewasa serta menggalakkan pengurusan
kewangan yang berhemat

LOGO

Mencerminkan pengguna dan AKPK. Kombinasi cengkung biru (AKPK) dan kelabu (PENGGUNA)
melambangkan bimbingan dan bantuan AKPK agar pengguna melangkah keluar daripada belenggu
kewangan kepada pengurusan wang yang lebih mantap.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 Pendidikan Kewangan
 Kaunseling Kewangan
 Program Pengurusan Kredit

2
FUNGSI AKPK

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia bagi
membina rangka kerja perlindungan pengguna yang komprehensif serta langkah proaktif bagi
memastikan sektor isi rumah terus mampan dan berdaya tahan.

Agensi ini menyediakan khidmat nasihat, kaunseling dan bantuan kepada individu dalam bidang
berkaitan dengan kredit, pengurusan kewangan dan pendidikan serta penstrukturan semula hutang.
Kesemua perkhidmatan AKPK adalah percuma.

AKPK membantu peminjam perseorangan yang layak untuk menstruktur semula hutang yang
berkaitan dengan pinjaman perumahan, sewa beli, kad kredit, kad caj dan pinjaman peribadi lain yang
diperoleh daripada institusi 1 yang dikawal selia oleh Bank Negara. Bagaimanapun, ia tidak menyediakan
sebarang kemudahan kredit kepada pelanggan.

AKPK telah mengembangkan perkhidmatannya untuk menjadi Penama Perjanjian Sukarela (VA)
dalam usahanya untuk membantu mereka yang telah diisytiharkan muflis, selaras dengan tujuannya
untuk menurunkan kadar kebangkrutan kebangsaan sebanyak 50%.

Sebagai sebahagian daripada Hari Simpanan Sedunia di Malaysia, AKPK dengan


kerjasama Visa telah melancarkan inisiatif Treat Your Money Right yang direka untuk mempromosikan
kepentingan penjimatan, berdasarkan kajian yang menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia
menyedari betapa pentingnya penjimatan, ramai yang masih berjuang dengan menguruskan kewangan
mereka.

3
BAGAIMANA FUNGSI AKPK NAK URUSKAN HUTANG

AKPK bukan menjadi wakil untuk individu bermasalah hutang. AKPK adalah orang tengah di
antara bank dan si penghutang.

Segala maklumat peribadi dan jenis hutang dilaporkan kepada AKPK melalui sesi kaunseling.
Kemudian, menggunakan bantuan AKPK, AKPK  akan merangka program penghapusan hutang. Tindakan
bakal dilakukan, AKPK akan memberitahu (seolah-olah memujuk) bank supaya mengurangkan bunga /
interest.

Sebagai contoh, 18% ke 8% sahaja untuk kad kredit. Pinjaman peribadi boleh jadi dari 10% ke 5%
sahaja. Jadinya, baki hutang akan menjadi sikit dan pembayaran bulanan juga secara tak langsung
diturunkan. Ini memberi ruang bernafas untuk yang terlalu banyak hutang.

Program ini mungkin akan memakan masa bertahun-tahun mengikut perjanjian dipersetujui.
Jika lagi panjang, ya pembayaran hutang bulanan akan menjadi lebih rendah. Terlalu panjang, sukar
juga. Risau hilang motivasi.

Pembayaran hutang ini terus kepada bank lagi, jadi tiada isu bank akan menelefon individu
supaya membayar hutang. Tiada lagi isu tertekan dengan panggilan telefon bank. Pembayaran terus
kepada AKPK dan diagihkan kepada bank.

Pembayaran akan ini secara langsung akan menutup hutang-hutang kita. Ada bentuk
pembayaran secara konsisten untuk satu tempoh lama. Ada juga pembayaran secara berperingkat. Pada
awalnya sedikit dan bertambah dari masa ke semasa.

Masih perlu lihat kedudukan hutang yang ada. Diikutkan, bank tidak dapat membuat
keuntungan maksimum dari pembiayaan kewangan disebabkan pengurangan caj/interest. Dengan AKPK,
lebih baik hutang itu diselesaikan sedikit daripada langsung tidak diselesaikan.Khidmat AKPK ini, tiada caj
dan percuma.

4
KELEMAHAN DAN KEBAIKAN DALAM PERLAKSANAAN

KELEMAHAN KEBAIKAN
1. Tidak mempunyai 1. Adalah satu agensi yang
pengiklanan yang meluas bekerjasama dan mendapat
tentang AKPK sokongan dari Kerajaan
2. Menyebabkan seseorang 2. Perkhidmatan yang
mempunyai rekod yang tidak sistematik dan berkesan
baik dalam sistem urusan 3. Tenaga Kerja yang
kewangan berpengalaman
3. Tidak dapat membuat 4. Kedudukan yang strategic
pinjaman yang lain dan kukuh.
4. Tiada daya saing

5
RISIKO MENGGUNAKAN AKPK

Ada yang mengatakan masuk AKPK, anda sudah di-blacklist. Sudah tentu, apabila, menyertai
program AKPK anda sudah mempunyai rekod AKPK. Selama di bawah program AKPK, kita akan
dilindungi di bawah perlindungan. Bermaksud, kita ditolong oleh AKPK. Orang yang ditolong adalah
orang yang pernah mengalami rekod pengurusan kewangan yang kurang baik.

Sebenarnya isu blacklist atau tidak masih tertakluk kepada penilaian bank. Jika hutang sudah
diselesaikan selepas 1 tahun, dimana segala rekod CCRIS / CTOS sudah diperbaiki, tiada isu untuk
mengambil pinjaman / pembiayaan semula.

Malah, rekod AKPK ini membantu pada masa akan datang. Ada juga mengatakan tidak, kerana
individu dibawah program AKPK menyebabkan individu ini digolongkan sebagai berisiko tinggi untuk
mengurusan kewangan akan datang.

Individu yang menggunakan khidmat AKPK, mengatakan beliau mengambil program ini tetapi
masih boleh memohon pembiayaan rumah dan sebagainya. Asalkan, berbincang dan meminta nasihat
dengan AKPK

Risiko lain, kedudukan kewangan anda dibawah pengawasan seseorang. Tujuan berkaunseling
dan masuk program pengurusan hutang AKPK, adalah untuk menyelesaikan hutang. Segala rekod
kewangan dilihat. Kalau nak melancong atau membuat perbelanjaan besar-besaran mungkin akan
merencatkan program penghapusan hutang ini.

6
SIAPA YANG MEMERLUKAN AKPK

Ada tiga jenis individu yang memerlukan AKPK.

o Individu yang ingin mengetahui pengetahuan tentang pengurusan kewangan, terutama


pengurusan hutang.
o Individu yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan menguruskan hutang dengan lebih efisien,
sebelum menjadi parah dan diisytiharkan muflis.
o Individu yang memang sudah hampir muflis, mungkin diminta oleh pihak institusi
kewangan untuk menggunakan khidmat AKPK.

CARA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN AKPK

Pergi ke pejabat-pejabat AKPK atau layari laman web AKPK dan daftar kelas kewangan
(https://www.akpk.org.my/ )

Digalakkan kepada graduan muda untuk menghadiri kelas kewangan ini. Bagi saya, lebih baik berjumpa
dengan AKPK daripada bakal diisytiharkan muflis. Apabila muflis, semua dibekukan oleh bank. Urusan
harian menjadi lebih sukar.

7
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK AKPK

 Cadangan strategi yang disarankan kepada AKPK untuk bertahan dan mempunyai daya saing
dengan organisasi lain melalui Strategi Pengurusan Kualiti.

 AKPK perlu memberi penekanan terhadap Strategi dalam penambahbaikan yang berterusan
melalui proses kitaran PDCA (Plan,Do,Check,Act).

 Penambaikan berterusan merupakan satu sistem yang disusun dengan menggunakan langkah –
langkah yang ditentukan lebih awal untuk menyelidik proses yang terlibat.

 Cadangan strategi yang disarankan kepada AKPK untuk bertahan dan mempunyai daya saing
dengan organisasi lain melalui Strategi Pengurusan Kualiti.

 AKPK perlu memberi penekanan terhadap Strategi dalam penambahbaikan yang berterusan
melalui proses kitaran PDCA (Plan,Do,Check,Act).

 Penambaikan berterusan merupakan satu sistem yang disusun dengan menggunakan langkah –
langkah yang ditentukan lebih awal untuk menyelidik proses yang terlibat.

8
KESIMPULAN

Negara lain, mungkin tiada badan macam ini untuk membantu sesiapa yang tergelincir /
terbabas dalam penyusunan kewangan. Ia adalah rahmat kepada penghutang.

Berada di bawah program AKPK, dengan kata lain – tidak boleh disentuh oleh bank atau
diisytiharkan bankrap oleh bank. Seolah-olah dapat lesen besar. Ada badan menjaga.

Tidak diganggu panggilan telefon meminta hutang, kesannya boleh tidur lena malam. Sekurang-
kurangnya boleh bernafas daripada kesesakan kewangan. Perlu ingat, rahmat ini perlu digunakan
sebaik-baik. Jangan menyalahkan gunakan khidmat ini.

AKPK juga adalah satu agensi yang menawarkan perkhidmatan yang berpotensi untuk lebih
maju dengan cara memperbaiki system pengurusan perkhidmatan yang lebih baik dan bersistematik.

9
RUJUKAN

1.  Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Memulakan Operasi Bank Negara Malaysia (17 April
2006). Dicapai pada 15 April 2014.
2. Mohamad Hanif Samsudin (5 April 2018). 28,000 mendaftar dengan AKPK Utusan Malaysia.
Dicapai pada 15 April 2018.
3. AKPK appoints new board chairman  The Star Online (12 September 2018). Dicapai pada 13
September 2018.
4. D. Kanyakumari (30 Januari 2018). AKPK hopes to curb bankruptcy in half The Malaysian
Reserve. Dicapai pada 24 Aoril 2018.
5. Visa & AKPK's “treat your money right” initiative  Focus Malaysia (31 Oktober 2018). Dicapai
pada 1 November 2018.
6. Adib Yazid (09 September 2017) Apa Itu AKPK. (https://adibyazid.com/2017/09/09/akpk-
rahmat-atau-malapetaka/

7. Blogspot.com ( December 2019) Kelebihan AKPK


(http://kedaimiskin.blogspot.com/2019/12/kelebihan-akpk)

10

You might also like