You are on page 1of 7

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/344862865

Doktrin Pengasingan Kuasa dan Kesannya Terhadap Pentadbiran Beraja di


Malaysia

Preprint · October 2020


DOI: 10.13140/RG.2.2.16476.00642

CITATIONS READS

0 33,704

1 author:

Muhsin Nor Paizin


Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)
50 PUBLICATIONS   35 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (AZJAF) View project

All content following this page was uploaded by Muhsin Nor Paizin on 24 October 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Muhsin Nor Paizin (2020)

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DAN KESANNYA


TERHADAP PENTADBIRAN BERAJA DI MALAYSIA

Pengasingan kuasa adalah sebuah doktrin politik berbentuk dasar pentadbiran negara yang
menyarankan suatu penyusunan kuasa dalam sistem kerajaan supaya diasingkan mengikut fungsi
dan struktur masing-masing. Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil
‘Separation of Powers’ amat popular dalam sistem pemerintahan demokrasi yang membahagikan
urusan negara kepada tiga cabang utama: Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
Kehakiman.

Pelaksanaan pengasingan kuasa kebiasaannya didorong oleh keinginan untuk mengelak


daripada berlakunya pertindihan kuasa dan ketidakadilan sekiranya pelbagai kuasa dipegang oleh
sebuah pihak sahaja. Mengikut pandangan para sarjana politik barat, doktrin pengasingan kuasa
yang diamalkan dalam sesebuah negara adalah bermatlamatkan untuk meraih kebebasan politik,
menjaga keselamatan, menegakkan keadilan serta mengelakkan kezaliman. 1 Sepertimana
Montesquieu menyebut dalam tulisannya yang masyhur “The Spirit of the Laws” bahawa:

“Kebebasan politik dalam sesebuah masyarakat berasal dari ketenangan jiwa hanya setelah
masyakarat yakin dengan keselamatannya. Dalam usaha untuk mencapai kebebasan ini, adalah
mustahak bagi kerajaan untuk memastikan seseorang itu tidak merasa terancam daripada orang
lain. Apabila kuasa legislatif (membuat undang-undang) dan eksekutif (pelaksana) berada di
tangan orang yang sama atau sesebuah badan yang sama, maka tidak akan adanya kebebasan.
Ini kerana kegelisahan akan timbul, undang-undang zalim akan digubal malah akan tidak akan
dikuatkuasakan secara saksama.”2

Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, doktrin pengasingan kuasa adalah pembahagian


institusi negara kepada tiga kelompok utama. Ia adalah antara prinsip penting dalam sesebuah
negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Kebiasaannya tiga kelompok utama tersebut
dikenali kuasa legislatif (legislative), eksekutif (executive) dan kehakiman (judicial).3 Di bawah setiap
kuasa tersebut, setiap daripadanya mempunyai tanggungjawab dan bahagian kuasanya tersendiri.
Kuasa legislatif adalah kuasa yang mengusul dan meluluskan undang-undang dan peraturan-
peraturan negara, kuasa eksekutif adalah sebagai pelaksana iaitu yang melaksanakan undang-
undang, dan kuasa kehakiman pula adalah yang berkuasa untuk menyelia setiap usul dan menilai
kesesuaian undang-undang tertentu.

Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang (check and
balance) iaitu setiap badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta
menghadkan kuasa badan yang lain. Sistem semak dan seimbang merupakan satu elemen
demokrasi di mana setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan cabang kerajaan yang

1 Bharuddin & Farizah. Sejarah Pengasingan Kuasa Dalam Sistem Pemerintahan Menurut Perspektif Barat Dan Islam, 23.
2 Petikan yang diterjemahkan sendiri oleh pengkaji diambil dari Montesquieu, Charles Louis de Secondat, The Spirits
of the Laws terjemahan Raymond Geuss & Quentin Skinner, 157
3 Sam J. Ervin, Separation Of Powers: Judicial Independence, 108

1
Muhsin Nor Paizin (2020)

lain. Secara teorinya melalui sistem ini, tiada suatu cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak
dalam pentadbiran sesebuah negara. Setiap cabang berkuasa untuk “menyemak” cabang-cabang
yang lain untuk memastikan kuasa diagihkan secara seimbang dan sama rata diantara ketiga-tiga
cabang iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Sebenarnya doktrin pengasingan kuasa sudah lama dibincangkan dan dapat dilihat dari dua
teori perspektif utama, iaitu perspektif klasik dan perspektif moden. Teori klasik dikenalpasti
berasal dari zaman Yunani (Greek kuno) yang diambil daripada penulisan-penulisan tokoh
pemikir terkenal seperti Plato (428 S.M – 348 S.M) dan Aristotle (384 S.M – 322 S.M). Teori
tersebut dikembangkan dalam pemerintahan empayar Rom oleh Cicero (106 S.M – 43 S.M) dan
Polybius (200 S.M – 118 S.M).4 Hasil penulisan dan pandangan falsafah lampau ini telah memberi
pengaruh besar dan menyumbang kepada tercetusnya doktrin pengasingan kuasa yang dihasilkan
oleh pemikir moden bermula pada abad ke-17. Seiring dengan peredaran masa dan zaman, teori
pengasingan kuasa telah dikembangkan lagi yang dipelopori oleh John Locke (1632 – 1704M)
melalui sebuah penulisannya yang dihasilkan pada hujung abad ke-17. Pada pertengahan abad ke-
18, idea serta pandangan Locke ditambahbaik dan diperkemaskan oleh Baron Montesquieu (1689
– 1755M), seorang sarjana Perancis yang berjaya mengketengahkan doktrin pengasingan kuasa,
iaitu sebagai sebuah doktrin yang penting dalam sistem demokrasi serta pemerintahan sesebuah
negara.5

Teori Pengagihan Kuasa Menurut Perspektif Klasik


Menyelusuri pandangan-pandangan yang dihasilkan oleh tokoh pemikir Greek kuno seperti
Plato, Aristotle dan Polybius. Namun, idea-idea yang dihasilkan pada zaman itu tidaklah bersifat
matang sepertimana pandangan-pandangan moden yang dikenali kini. Ini kerana konsep
pengagihan kuasa telah berubah disebabkan mendapat banyak sentuhan dari perubahan iklim
politik dari zaman ke zaman.

Dalam karya utama Plato (428 S.M – 348 S.M) iaitu “The Republic”, padanya telah
dibahagikan sistem pemerintahan kepada lima jenis (five regime)6 iaitu; Demokrasi (pemerintahan
oleh rakyat), Oligarki (pemerintahan oleh kelompok elit), Timokrasi (pemerintahan oleh tuan
tanah), Monarki (pemerintahan oleh satu orang) dan Aristokrasi (pemerintahan oleh golongan
kelas tertinggi dalam masyarakat / aristokrat).7 Plato berpandangan idealnya bagi sesebuah negara
adalah diperintah oleh para aristokrat seperti cendiakawan, ini kerana mereka kebiasaannya
berkelayakan, bijaksana dan adil, yang membolehkan mereka untuk memerintah dengan saksama
dan sentiasa mendahului kepentingan bersama sehingga keadilan, kebajikan, dan kebaikan dapat
dinikmati oleh seluruh warga negara.8 Plato menganggap bahawa perkara yang paling penting
dalam sesebuah pemerintahan adalah untuk mencegah golongan pemimpin daripada melakukan
penyalahgunaan kuasa, justeru beliau merumuskan sebuah idea campuran sistem pemerintahan

4 John Ralph Alvey. The Separation Of Powers In Australia: Issues For The States, 25
5 Bharuddin & Farizah, Sejarah Pengasingan Kuasa Dalam Sistem Pemerintahan Menurut Perspektif Barat Dan Islam, 24
6 Richard Kraut, “Plato”, The Stanford Encyclopedia of Philosophy (Spring 2015 Edition), Edward N. Zalta (ed.),

http://plato.stanford.edu/archives/spr2015/entries/plato/
7 W. J. Korab-Karpowicz, “Plato: Political Philosophy”, The Internet Encyclopedia of Philosophy,
http://www.iep.utm.edu/
8 Ibid.

2
Muhsin Nor Paizin (2020)

atau perlembagaan (Mixed Regime) yang seterusnya memberi pengaruh besar kepada tokoh
pemikir selepas beliau. Ringkasnya, Mixed Regime adalah gabungan antara elemen-elemen positif
dalam pemerintahan Monarki, Aristokrasi dan Demokrasi supaya dapat membentuk sebuah
pemerintahan terbaik.9

Aristotle (384 S.M – 322 S.M) pula mempunyai pandangan yang berbeza. Sungguhpun
Plato membawa pengaruh besar kepada Aristotle, namun beliau merasakan sistem pemerintahan
tidak seharusnya bergantung kepada kategori atau jenis golongan pemerintah semata-mata, ini
disebabkan keinginan setiap manusia selalunya berubah dan sukar untuk dibendung. Aristole
berpendapat, sesebuah negara sebaiknya diperintah oleh sistem perlembagaan dan bukannya
dibawah kepimpinan seseorang semata-mata, ini kerana perlembagaan bersifat rasional namun
manusia tidak semestinya begitu.10

Mengambil idea Mixed Regime, Aristotle mengubahsuainya dengan menggabungkan


konsep Oligarki dan Demokrasi di dalam sebuah sistem kerajaan membentuk teori campuran
kerajaan. Beliau kemudian mengusulkan sistem campuran ini perlu diatur oleh sebuah
perlembagaan negara. Berdasarkan idea inilah, Aristotle telah membahagikan fungsi-fungsi
kerajaan kepada tiga kategori utama iaitu perundangan (deliberative), pemerintahan (magisterial) dan
kehakiman (judicial).11 Setiap daripada fungsi-fungsi ini dipertanggungjawabkan dengan tugas yang
berkaitan dan saling tidak mencampuri antara satu sama lain. Ia bagi memastikan setiap fungsi
boleh bergerak selaras dengan undang-undang tanpa gangguan mana-mana pihak lain. Idea Mixed
Regime dikatakan mampu menjamin kebebasan, khususnya apabila kecenderungan untuk kuasa
fungsi-fungsi yang terpisah ini dipertahankan dan dikekalkan. Ianya malah menghalang
pemusatan kesemua fungsi kerajaan kepada satu badan tertentu sahaja, namun disamping itu juga
tidak seharusnya mengenepikan usahasama dan kerjasama di antara satu fungsi dengan fungsi
yang lain.12

Konsep pengagihan kuasa yang dikemukakan Aristotle telah diperluaskan lagi dalam
pemerintahan empayar Rom yang juga sebahagian daripada perlembagaan mereka. Tokoh utama
yang membangunkan teori pengagihan kuasa di zaman Rom adalah Cicero13 (106 S.M – 43 S.M)
yang mendapat banyak sokongan dan pengaruh daripada Polybius14 (200 S.M – 118 S.M). Kedua-
dua tokoh melihat sistem pemerintahan Rom sebagai manifestasi kepada teori Aristotle 15, ini
kerana kerajaan Rom telahpun memperkenalkan mekanisme campuran kerajaan yang menyekat
monopoli kuasa pemerintahan di mana mempunyai tiga buah fungsi serentak: Monarki (diwakili

9 Steven G. Calabresi et. al, The Rise And Fall Of The Separation Of Powers, 529
10 Law (nomos) should rule (or govern) (archein), because law is rational. Dipetik dari Iain Stewart, Men Of Class: Aristotle,
Montesquieu And Dicey On ‘Separation Of Powers’ And ‘The Rule Of Law’.
11 Tej Bahadur, Principle Of Separation Of Powers And Concentration Of Authority, 1
12 Suri Ratnapala, John Locke's Doctrine of the Separation of Powers: A Re-Evaluation, 219
13 Nama sebenar Marcus Tullius Cicero (106 S.M – 43 S.M), seorang ahli politik, falsafah, pemidato, peguam dan

seorang konsul dalam pemerintahan Republik Rom. Beliau terlibat menjuarai perjuangan mengembalikan kedudukan
sistem republik tradisional ke dalam sistem pemerintahan Rom.
14 Polybius sangat dikenali dengan idea-idea beliau tentang pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan, idea

beliau kemudian digunakan oleh Montesquieu melalui bukunya “The Spirits of the Laws” dan juga mempengaruhi
proses penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat.
15 Fergus Millar, The Roman Republic in political thought, 141

3
Muhsin Nor Paizin (2020)

ahli eksekutif yang dilantik iaitu konsul), Aristokrasi (diwakili oleh ahli senat), dan Demokrasi
(melalui undian suara dan perhimpunan).16 Polybius bagaimanapun menyatakan perlunya sistem
pengawalan dan penyeimbangan kuasa antara ketiga-tiga fungsi kuasa tersebut. Justeru setiap
salah satu fungsi membuat semak dan periksa (check and balance) kekuatan dan menyeimbangkan
kelemahan dari dua lainnya. Apabila kuasa mutlak tidak diletakkan dimana-mana pihak, maka
kuasa-kuasa tersebut akan dikongsi bersama semua pihak yang akhirnya mampu mengelakkan
salah guna kuasa yang boleh membawa kepada kezaliman dalam pemerintahan.

Teori Pengagihan Kuasa Menurut Perspektif Moden


Konsep pengagihan kuasa dari perspektif moden telah diperkenalkan pada tahun 1690 oleh John
Locke (1632-1704M), iaitu seorang sarjana dari Inggeris.17 Locke mendakwa bahawa kerajaan
yang sah adalah berdasarkan kepada pelaksanaan idea pengagihan kuasa. Beliau telah
membahagikan bidang kuasa kerajaan kepada tiga bahagian utama iatu kuasa perundangan
(legislative power), kuasa eksekutif (executive power) dan kuasa persekutuan (federative power). Locke
menyatakan kuasa perundangan menjadi penguasa mutlak dalam sesebuah kerajaan namun masih
terikat dengan undang-undang yang diputuskan oleh rakyat. Kuasa eksekutif pula adalah badan
yang menguatkuasakan undang-undang negara. Manakala kuasa persekutuan adalah hak untuk
bertindak di peringkat antarabangsa menurut undang-undang universal yang menjaga hubungan
negara dengan masyarakat antarabangsa.18 John Locke memperkenalkan konsep ini setelah
melihat berlakunya pertindihan kuasa antara institusi monarki British dengan institusi Parlimen
pada masa itu yang akhirnya membawa kepada konflik yang berpanjangan.19 Justeru beliau
mencadangkan agar perlunya pemisahan kuasa dalam sistem-sistem kerajaan seperti
mengasingkan Raja dari kuasa eksekutif untuk mengelakkan daripada berlakunya penyalahgunaan
kuasa.

Idea yang diperkenalkan oleh Locke kemudiannya dikembangkan oleh sarjana Charles-
Louis de Secondat, baron de La Brède et de Montesquieu pada abad ke-18, iaitu seorang sarjana
dalam bidang falsafah sosial dan politik dari Perancis.

Jika kita bandingkan penggubalan Locke pemisahan kuasa kepada idea-idea kemudian
Montesquieu, kita lihat bahawa mereka tidak begitu berbeza kerana mereka pada mulanya akan
muncul. Walaupun Montesquieu memberikan bahagian yang lebih terkenal perundangan,
eksekutif dan kehakiman, kerana dia menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah ini
beliau mengesahkan keunggulan kuasa perundangan dan menggambarkan kuasa eksekutif sebagai
mempunyai kaitan dengan hal ehwal antarabangsa (kuasa federatif Locke) dan kuasa kehakiman
sebagai berkenaan dengan pelaksanaan domestik undang-undang (kuasa eksekutif Locke). Ia
adalah lebih istilah daripada konsep-konsep yang telah berubah. Locke dianggap menangkap
seseorang, cuba seseorang, dan menghukum seseorang sebagai sebahagian daripada fungsi
melaksanakan undang-undang dan bukan sebagai fungsi yang berbeza.

16 Marshall Davies Lloyd, Polybius and the Founding Fathers: the separation of powers, Ch 1
17 Alex Tuckness, “Locke's Political Philosophy”, The Stanford Encyclopedia of Philosophy (Spring 2016 Edition), Edward
N. Zalta (ed.), forthcoming, http://plato.stanford.edu/archives/spr2016/entries/locke-political, 13
18 Suri Ratnapala. John Locke's Doctrine of the Separation of Powers: A Re-Evaluation, 2015
19 Ibrahim Ismail. Some Thoughts On Separation Of Powers: Westminster Model versus American Model, 194

4
Muhsin Nor Paizin (2020)

Doktrin Pengagihan Kuasa Di Malaysia


Di Malaysia, pengamalan doktrin pengagihan kuasa adalah berbeza dari bentuk asalnya, malah
sebenarnya memberi kesan kepada sistem pentadbiran agama Islam. Ini kerana pentadbiran
agama Islam pada asalnya sudah menjadi sebahagian daripada sistem kerajaan Kesultanan Melayu
dahulu. Doktrin pengagihan kuasa telah dibawa oleh penjajah Barat ke Tanah Melayu.20 Usaha ini
dikatakan telah berjalan sejak tahun 1874 lagi. Proses penerapan berlaku apabila pihak British
mencampuri pentadbiran Kesultanan Melayu di mana sultan-sultan pada masa itu kekal menjadi
Raja berdaulat tetapi mereka terikat dengan perjanjian paksaan untuk menerima nasihat daripada
Residen British, Penasihat atau Penasihat Jeneral.

Umum diketahui, raja-raja dahulu merupakan raja-raja mutlak yang memerintah negeri
masing-masing berdasarkan dasar mereka sendiri, dibantu oleh pelbagai kategori pegawai.
Namun kedatangan British telah mengubah struktur pentadbiran kesultanan melayu dengan
memisahkan kuasa pentadbiran, kehakiman dan lain-lain kuasa daripada Sultan. Di samping itu
tetap mengekalkan kuasa agama dan adat istiadat Melayu di bawah Sultan.21 Sungguhpun pihak
British cuba mengekalkan kedaulatan Kesultanan Melayu, tetapi apa yang tinggal bagi raja-raja
Melayu, hanyalah tugas yang berkaitan dengan upacara adat istiadat dan hal-hal keagamaan
semata-mata. Malah hal-hal pentadbiran keagamaan seakan-akan dilupakan dan dibiarkan begitu
sahaja. Warisan peninggalan penjajah ini akhirnya berjaya membina konsep dualisme dalam
sistem pentadbiran dan undang-undang Malaysia di mana berlakunya pengasingan antara
pengurusan negara dan agama.

Konsep pengagihan kuasa di Malaysia sebenarnya diperkenalkan oleh pihak Inggeris yang
menjajah negara ini menerusi beberapa siri perjanjian yang ditandatangani dengan para Sultan
dan Raja negeri-negeri Melayu pada waktu dulu. Sebaik sahaja bertapak di Pulau Pinang pada
tahun 1786, pihak Inggeris telah memperkenalkan undang-undangnya yang tersendiri, dan pada
tahun 1807, berkuat kuasalah undang-undang yang dinamakan sebagai Piagam Keadilan bagi
mengetepikan undang-undang sedia ada di Pulau Pinang.22 Keadaan ini tidak terhenti di situ,
sekitar tahun 1826 penjajah Inggeris kemudiannya mula bertapak di Melaka dan Singapura dan
memperkenalkan Piagam Keadilan kedua bagi kedua-dua buah negeri tersebut.23 Pada tahun
1855, Piagam Keadilan ketiga diperkenalkan di mana undang-undang yang lebih menyeluruh
dikuatkuasakan bagi Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. 24 Sementara itu, pihak British telah
memperkuatkan cengkaman pengaruh mereka menerusi Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874.
Dengan helah, pihak British menyatakan sikap mereka yang menghormati kedudukan agama
Islam dan adat istiadat Melayu, namun pada hakikatnya telah mengetepikan urusan agama dalam
pengurusan kenegaraan.25 Dalam hal ini, sultan tidak lagi berkuasa dalam urusan pemerintahan
dan elemen sekularisme telah mula diterapkan bermakna fungsi kerajaan dan agama telah
dipisahkan.

20 Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan: Malaysia di Bawah Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, 6-7
21 Mohammad Tawfik bin Yaakub et. al, Keutuhan Sistem Monarki Berperlembagaan Manifestasi Kecemerlangan Tamadun
Melayu dalam Era Moden, 9
22 Auni Abdullah. Tradisi Pemerintahan Islam & Kolonialisme Dalam Sejarah Alam Melayu, 98
23 Ibid, 99
24 Ibid.
25 Ibid

5
Muhsin Nor Paizin (2020)

Berdasarkan segala perkembangan di atas, nyatalah pihak penjajah sememangnya


berusaha memperkenalkan sistem pemerintahan bertunjangkan kepada nilai-nilai dan pemikiran
politik Barat. Sebagaimana yang telah dibawa para-para pemikir mereka, ejen-ejen perubahan dan
revolusi seperti Locke dan Montesque. Penerapan ini dianggap mereka sebagai sebuah bentuk
terbaik dalam sesebuah kerajaan, oleh kerana sejarah British itu sendiri yang panjang yang
memperkenalkan kaedah sedemikian. Sebagaimana hal yang sama turut berlaku di awal
penubuhan Amerika Syarikat.

Tahun 1896 telah berlakunya pembentukan Persekutuan iaitu mewujudkan satu sistem
pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Persekutuan
bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi
satu unit politik yang baru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan
yang ditandatangani pada 1896, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) di bawah pemusatan kuasa di tangan residen jeneral,
iaitu residen persekutuan, menyebabkan kuasa raja-raja Melayu di NNMB semakin berkurangan.
Pada mulanya, sultan-sultan bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana
mereka berharap kuasa mereka yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun, selepas
beberapa tahun Persekutuan dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar bahawa kuasa mereka
semakin terhakis. Sultan mesti menerima semua nasihat residen dalam hal ehwal pentadbiran
kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Dalam hal ini, Sultan tidak
mempunyai hak dalam pentadbiran kerajaan persekutuan lagi.

Kesimpulan
Doktrin pengasingan kuasa yang diperkenalkan oleh para pemikir politik barat sama ada
pemikir kuno mahu pun pemikir moden pada dasarnya tidaklah bercanggah dengan prinsip
Islam. Namun demikian pengasingan kuasa perundangan, kuasa pemerintahan dan kuasa
kehakiman Islam tetap telah memberikan kesan besar terhadap sistem pentadbiran Islam sedia
ada khususnya bagi Tanah Melayu.

View publication stats

You might also like