You are on page 1of 2

LMEP1412 SET 2 : ASAS KEWANGAN PERIBADI

LAPORAN SEMINAR : KEWANGAN PELABURAN DAN PENGURUSAN RISIKO

LECTURER :
PROF. MADYA DR.MOHD HAFIZUDDIN SYAH BANGAAN ABDULLAH

DISEDIAKAN OLEH:
NORYNA BINTI ABDULLA
A195649
LAPORAN SEMINAR
KEWANGAN PELABURAN DAN PENGURUSAN RISIKO

Pada 10 Mei 2023 bersamaan dengan hari rabu, pihak Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
telah mengadakan minggu Kewangan Pelaburan dan Pengurusan Risiko yang diadakan di
dewan kuliah 1 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Tajuk seminar yang saya hadiri pada hari
tersebut ialah “ Sembang Santai : Remaja dan Bankrupsi “ yang disampaikan oleh Encik Mohd
Khairil dan Ashraf Mohammad Karid iaitu seorang Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan
Kewangan Sektor Isi Rumah, Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
Sesi penyampaian dimulakan dengan sesi Bersama Encik Mohd Khairil menerangkan
tentang perkhidmatan AKPK. AKPK merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara
Malaysia pada tahun 2006 untuk membantu individu mengawal keadaan kewangan mereka dan
mendapatkan ketenangan fikiran yang datang dari penggunaan kredit yang bijak. AKPK
memperkasakan pelanggan mereka dengan perkhidmatan berpusatkan pelanggan iaitu
Pendidikan Kewangan, Khidmat Nasihat Kewangan, Program Pengurusan Kredit (PPK). Skim
Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Meja Bantuan PKS.
Selain itu, Encik Mohd Khairil juga telah membentangkan masalah dan kes-kes kewangan
yang telah dialami oleh pelajar. Antara isu yang dialami pelajar ialah penipuan wang atau lebih
dikenali sebagai scam. pada masa kini terdapat banyak pelajar yang sering kali terjerat dengan
scam disebabkan kecuaian pelajar-pelajar yang memerlukan wang untuk kelangsungan hidup
di kampus atau luar kampus. Selain itu, pelajar lepasan university juga mengalami masalah
tidak dapat membayar balik pinjaman yang sepatutnya dikembalikan sepanjang tempoh
pengajian. Seterusnya pelajar juga mempunyai hutang yang berlambak menyebabkan mereka
tidak kurang focus pada pembelajaran mereka akibat terlalu memikirkan tentang masalah
kewangan.
Encik Mohd Khairil telah menerangkan tentang Langkah-langkah perancanagan
kewangan. Terdapat enam Langkah perancanagn kewangan yang boleh dilakukan oleh semua
golongan masyarakat terutamanya pelajar iaitu menetapkan matlamat, mengumpulkan
maklumat, analisis data, membangunkan pelan, melaksanakan perancangan dan mengkaji &
memantau.
kesimpulannya, masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar mahupun orang lain dapat
dikurangkan dan diselesaikan melalui perancangan kewangan yang efisien. Kami sebagai
pelajar sepatutnya melakukan perancangan kewangan sejak dari mula memasuki alam
university untuk mengelakkan diri kami terjerat dalam masalah kewangan.
Akhir sekali, pandangan saya terhadap penganjuran seminar yang diadakan adalah sangat
baik kerana seminar tersebut dapat membuka mata para pelajar untuk lebih cekap dalam
menguruskan kewangan sepanjang sesi persekolahan agar pelajar dapat mengurangkan
masalah kewangan yang dihadapi. Oleh hal yang demikian, seminar seperti ini perlu diadakan
dengan lebih kerap kerana pelajar pada masa kini sering dihantui dengan masalah dalam
menguruskan perbelanjaan kewangan mereka. Seminar juga memberi kesedaran tentang
pentingnya mempunyai simpanan untuk masa depan pelajar yang akan menjadi graduan.

You might also like