You are on page 1of 12

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah satu perkhidmatan yang memberi

peluang kepada sesiapa sahaja untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih
bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan.
Objektif perhubungan bimbingan dan kaunseling berbeza mengikut individu. Oleh itu,
terdapat beberapa kod etika bimbingan dan kaunseling yang telah digariskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memberi panduan kepada Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam melaksanakan
tanggungjawab profesionalnya. Antara kod etika bimbingan dan kaunseling adalah
seperti berikut :

a Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap klien


b Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap rakan
profesional
c Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap masyarakat
d Tanggungjawab terhadap organisasi dan majikan
e Tanggungjawab pentadbir terhadap guru bimbingan dan kaunseling dan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling

Oleh hal yang demikian, GBKSM di sekolah hendaklah melaksanakan


tanggungjawabnya dengan memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
berpandukan kod etika yang telah dinyatakan di atas.

1.1 Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling; Tanggungjawab Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Klien

Kod etika bimbingan dan kaunseling yang telah digariskan oleh KPM yang pertama
ialah tanggungjawab GBKSM terhadap klien. Ini bermakna GBKSM di sekolah haruslah
mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau kelompok dan
bukannya memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek
kewangan, seksual, emosi dan sebagainya. Pengutamaan kepentingan klien tersebut
adalah tanggungjawab GBKSM untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling kepada mereka seperti sesi kaunseling individu atau kelompok, bimbingan
individu atau kelompok atau konsultasi. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
berkenaan boleh diberikan meliputi bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling,
akademik, kerjaya, psikososial, keluarga, peribadi, kes disiplin, dadah atau HIV/AIDS.
Oleh itu, berdasarkan kefahaman kod etika ini dengan mengaitkan tanggungjawab
profesional GBKSM, GBKSM hendaklah memberikan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling dalam bidang akademik seperti menganjurkan bengkel atau ceramah untuk
memberikan ilmu kemahiran belajar atau pengumpulan maklumat atau peluang untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya kepada klien. Hal ini adalah selari
dengan penekanan kod etika yang pertama ini iaitu mengutamakan keperluan klien.

Selain itu, GBKSM juga boleh memberikan perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling kepada klien dalam bidang pembangunan diri iaitu menganjurkan program
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk memberi input kemahiran kepimpinan atau
kemahiran tegas diri. Dalam pada itu, jika GBKSM atau guru-guru lain dapat mengesan
sebilangan daripada murid-murid di sekolah tidak mempunyai pengurusan diri yang baik,
maka GBKSM boleh menganjurkan program-program atau aktiviti dalam bidang
psikologi dan kesejahteraan mental untuk memberi input kepada klien-klien tersebut
mengenai kemahiran pengurusan tekanan, kemahiran pengawalan diri, kemahiran
penghargaan kendiri atau kemahiran kerohanian dalam program bimbingan kelompok,
LDK. Mohd Zain Kosnon et al (2014), salah satu elemen yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah memperkembangkan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu. Oleh itu, perkhidmatan ini adalah selaras dengan elemen-
elemen yang terkandung dalam FPK. Maka dapatlah kita lihat bahawa keperluan ini
adalah merupakan keperluan klien yang perlu diutamakan yang menjadi kepentingan
dalam tanggungjawab seseorang GBKSM selaras dengan kandungan kod etika yang
pertama ini iaitu mengutamakan kepentingan klien.

Dalam pada itu, kod etika yang telah digariskan ini menekankan agar GBKSM
untuk menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh
semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau
orang-orang yang berada di persekitarannya di samping menyediakan tempat yang
kondusif untuk menjalankan sesi kaunseling agar klien tidak diperhatikan oleh orang
luar yang boleh mengganggu proses sesi kaunseling dijalankan. Oleh itu, GBKSM
hendaklah merahsiakan segala maklumat, isi perbincangan atau apa-apa sahaja yang
dibincangkan semasa sesi kaunseling dijalankan bersama klien. Namun, GBKSM boleh
menggunakan budi bicara sebagai tanggungjawab profesionalnya untuk menjaga
kepentingan klien dan orang yang berada di persekitarannya jika maklumat, isi
perbincangan atau apa-apa sahaja yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling
dijalankan dalam tanggungjawab profesional GBKSM iaitu dalam bidang perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling jelas terbukti bahawa klien atau orang yang berada di
persekitarannya berada dalam keadaan yang berbahaya. Sebagai contoh, semasa sesi
kaunseling di jalankan klien menceritakan pengakuannya telah membunuh seseorang
dan perkara itu telah menghantuinya. Maka, GBKSM boleh menggunakan budi
bicaranya untuk melanjutkan kes tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab atas
persetujuan klien demi kepentingannya sendiri.

Selain itu, kod etika ini juga telah menekankan agar GBKSM hendaklah
berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta
kecekapan profesionalismenya. Oleh hal yang demikian, tanggungjawab profesional
yang harus dilaksanakan oleh GBKSM dalam bidang pengurusan dan pentadbiran ialah
mengurus sistem fail-fail yang merangkumi laporan-laporan program, kertas kerja
program, laporan dan rekod sesi, laporan kewangan dan rancangan tahunan. Bidang ini
hendaklah dilaksanakan oleh GBKSM dengan penuh dedikasi, ikhlas serta jujur untuk
membuktikan kecekapan profesionalismenya. Hal ini adalah kerana sistem fail adalah
sangat berguna kepada seseorang GBKSM untuk kegunaan pada masa yang akan
datang seperti ingin memohon lesen kaunselor di samping dapat mempermudah urusan
pihak Jemaah NAZIR datang untuk membuat penilaian ke atas perkhidmatan GBKSM
tersebut. Selain itu, sistem fail yang merekodkan sesi kaunseling yang telah
dilaksanakan oleh GBKSM boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku kes-kes yang
perlu melibatkan urusan mahkamah.
Dalam pada itu juga, GBKSM seharusnya sentiasa mengemas kini paparan dan
sebaran maklumat di papan kenyataan serta perkongsian maklumat kepada klien yang
seperti mana dalam buku yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang
merangkumi perkongsian seperti kemahiran pengurusan diri, kemahiran kepimpinan,
kemahiran mengurus masa atau kemahiran kesejahteraan diri. GBKSM boleh
mengambil peluang semasa perhimpunan rasmi atau perhimpunan harian di sekolah
untuk berkongsi maklumat-maklumat tersebut kepada klien. Pelaksanaan tersebut
adalah termaktub dalam bidang pembangunan diri. Tanggungjawab seperti ini
hendaklah dilaksanakan seperti mana kehendak kod etika yang pertama ini dalam
mengutamakan kepentingan klien dengan melaksanakan perkhidmatan dengan penuh
dedikasi, jujur dan ikhlas.

1.2. Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling; Tanggungjawab guru bimbingan
dan kaunseling sepenuh masa terhadap rakan profesional

Tanggungjawab GBKSM bukan sahaja tertumpu kepada klien sepenuhnya, tetapi


tanggungjawab GBKSM juga merangkumi kepada rakan seprofesionalnya. Oleh itu,
KPM telah menggariskan kod etika yang kedua untuk dijadikan panduan kepada
GBKSM di sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab profesionalnya iaitu
tanggungjawab GBKSM terhadap rakan profesional. Kod etika yang telah digariskan ini
lebih menekankan kepada tanggungjawab GBKSM terhadap usaha kerjasama dalam
meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya di samping menunjukkan sikap
menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya. Dalam pada itu,
berdasarkan kod etika ini GBKSM juga bertanggungjawab untuk mencegah,
mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan GBKSM lain yang tidak beretika.
Dalam masa yang sama, GBKSM juga dituntut untuk bersedia mempertahankan,
membantu serta membela rakan GBKSM yang teraniaya akibat daripada tuduhan dan
tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

Jika GBKSM mendapati sebarang perlakuan atau sikap rakan profesionalnya


yang bertentangan dengan kod etika yang telah digariskan oleh KPM, maka GBKSM
hendaklah dengan profesional menegur, menasihati atau memperbetulkan tingkah laku
tersebut. Sebagai contoh, rakan profesional GBKSM yang bertindak mengambil
kesempatan terhadap klien dari segi kewangan dengan menetapkan bayaran jika
berjaya membantu menyelesaikan persoalan klien dalam melaksanakan sesi
kaunseling demi kepentingan diri sendiri GBKSM hendaklah memperbetulkan tindakan
rakannya berkenaan. Perkara ini adalah sering berlaku semasa GBKSM melaksanakan
tugasnya dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini adalah demi
menjaga nama baik unit bimbingan dan kaunseling di sekolah daripada dikatakan
mementingkan diri sendiri di samping dapat meningkatkan amalan profesional mereka.

Selain itu, jika terdapat juga rakan profesional GBKSM yang melaksanakan
tanggungjawabnya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran yang bertindak
menyeleweng wang sekolah, GBKSM hendaklah bertindak dengan segera bagi
mencegah perilaku yang tidak baik tersebut. Dalam Shahril Marzuki (2005) menyatakan
bahawa pengurusan kewangan di sekolah adalah satu amanah yang perlu digalas oleh
guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah. Namun, terdapat juga sesetengah mereka
yang tidak bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan sekolah. Contoh yang
dapat dilihat adalah kemungkinan cara yang dilakukan oleh rakan GBKSM ialah
menetapkan jumlah perbelanjaan yang berlebihan daripada sasaran dalam kertas
cadangan program dan seterusnya menggunakan lebihan wang berkenaan untuk
kegunaan peribadi. Perkara ini hendaklah dicegah oleh GBKSM kerana ia akan
memberi kesan yang negatif bukan sahaja kepada unit bimbingan dan kaunseling di
sekolah tersebut, tetapi juga memberi kesan yang mendalam kepada seluruh GBKSM
di Malaysia.

Dalam pada itu, jika terdapat sebarang fitnah atau tuduhan yang bertentangan
dengan perilaku rakan profesional GBKSM dalam memberikan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling kepada klien, maka GBKSM dituntut untuk mempertahankan, membela
dan membantunya. Sebagai contoh, klien yang telah diberikan perkhidmatan sesi
kaunseling iaitu dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertindak
menuduh rakan profesional GBKSM yang mendedahkan isi cerita sesi atau rahsianya
kepada khalayak ramai. Namun, klien tersebut terlupa bahawa dia telah menceritakan
rahsianya kepada kawan karibnya lalu cerita tersebut tersebar dengan pantas. Oleh hal
yang demikian, berpandukan kod etika ini GBKSM hendaklah membela dan
mempertahankan rakan profesionalnya untuk membantu daripada tuduhan yang tidak
benar tersebut. Demikianlah, kod etika ini sangat menjaga tatasusila perilaku serta
menegaskan tentang keperluan untuk bela-membela dan saling bantu-membantu
dalam kalangan rakan profesional GBKSM di sekolah.

1.3. Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling; Tanggungjawab Terhadap


Masyarakat

Bidang tanggungjawab GBKSM di sekolah bukan sahaja melibatkan murid-murid atau


klien, guru-guru dan kakitangan sekolah. namun, ia juga melibatkan masyarakat. Oleh
hal yang demikian, KPM telah menggariskan kod etika ini iaitu tanggungjawab GBKSM
terhadap masyarakat demi menjaga kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
Malaysia. Kod etika ini menuntut GBKSM agar memahami dan menghormati unsur
sosio-budaya masyarakat walau di mana sahaja GBKSM berkenaan berkhidmat.
Sebagai contoh, GBKSM yang berkhidmat di kawasan yang mempunyai pelbagai jenis
kaum dan agama seperti di negeri Sabah dan Sarawak hendaklah memahami dan
menghormati unsur sosio-budaya masyarakat berkenaan.

Oleh itu, GBKSM yang berkhidmat di mana-mana sekolah hendaklah


memberikan perkhidmatannya dengan berpandukan kod etika ini. Ini adalah penting
untuk menjaga kualiti dan menaruh kepercayaan masyarakat di sekeliling untuk
memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada anak-anak mereka.
Sokongan dan dorongan yang diberikan oleh masyarakat adalah sangat penting untuk
menjayakan mana-mana program bimbingan dan kaunseling yang dirancang.
Contohnya, seseorang GBKSM yang ingin melaksanakan tanggungjawabnya dalam
bidang keibubapaan seperti menganjurkan sambutan hari keluarga yang sememangnya
melibatkan ibu bapa murid-murid hendaklah menitik beratkan dan mengambil perhatian
terhadap kepercayaan, adat resam, dan budaya yang diamalkan oleh setiap ahli
keluarga mereka. Justeru, GBKSM hendaklah memahami dan menghormati apa jua
kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat di sekelilingnya.

Tambahan lagi, GBKSM yang ingin melaksanakan tanggungjawab


profesionalnya dalam bidang keibubapaan iaitu lawatan ke rumah murid hendaklah
berhati-hati dalam menggunakan bahasa atau dialek semasa berkomunikasi dengan
ibu bapa murid-murid. Ini adalah kerana dibimbangkan terdapat beberapa perkataan
yang digunakan oleh GBKSM bertentangan maksud yang difahami oleh ibu bapa murid-
murid. Komunikasi adalah bukan sahaja merujuk kepada percakapan, tetapi
merangkumi kepada pakaian, perbuatan diam, fesyen rambut dan barang-barang yang
disimpan dan dipamer (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2000). Oleh itu, GBKSM
haruslah membiasakan diri dengan cara penerimaan tetamu oleh ibu bapa murid-murid
walaupun dengan cara apa sekalipun. Hal ini adalah demi menjaga hati para ibu bapa
yang dikunjungi. Sama juga seperti program konfrens atau khidmat konsultasi yang
dilaksanakan oleh GBKSM juga hendaklah menghormati bahasa atau dialek yang
digunakan oleh ibu bapa murid-murid. Penghormatan ini adalah untuk menjayakan
program yang dianjurkan oleh GBKSM di sekolah kerana ibu bapa atau masyarakat
adalah merupakan tunjang utama kepada kejayaan program yang dianjurkan oleh
GBKSM itu sendiri.

Selain itu, kod etika ini juga menegaskan kepada GBKSM agar dikehendaki
mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-
undang tersebut. Kod etika ini adalah berkait rapat dengan tanggungjawab GBKSM
terhadap masyarakat. Oleh hal yang demikian, GBKSM adalah dituntut untuk
melaksanakan tanggungjawabnya dalam bidang pendidikan pencegahan
dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS. Bidang ini bukan sahaja melibatkan murid-murid di
sekolah, namun juga disarankan agar melibatkan masyarakat di sekeliling dalam
menanam sikap benci kepada dadah dalam kalangan mereka. GBKSM mungkin boleh
menganjurkan program ceramah, pameran atau bimbingan kelompok kepada murid-
murid atau masyarakat yang terdiri daripada kalangan ibu bapa murid-murid. Hal ini
adalah selaras dengan kehendak kod etika ini yang menegaskan kepada GBKSM agar
melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang negara dengan melibatkan
masyarakat untuk mematuhi undang-undang berkenaan di samping menghormati
sosio-budaya mereka.

1.4. Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling; Tanggungjawab Terhadap


Organisasi dan Majikan

Tanggungjawab GBKSM juga adalah berpandukan dengan kod etika yang keempat
iaitu tanggungjawab terhadap organisasi dan majikan. Kod etika ini menekankan
kepada tanggungjawab GBKSM dalam mematuhi persetujuan komitmen yang
ditandatangani dengan organisasi di sekolah dia berkhidmat di samping berusaha
mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan organisasinya. Ini bermakna GBKSM perlu meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan perkhidmatannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Bidang
tersebut adalah merangkumi tanggungjawab seperti bertanggungjawab atas jawatan
dalam organisasi di sekolah. sebagai contoh, GBKSM adalah sebagai setiausaha
program ‘guru penyayang’ yang mana program berkenaan adalah program yang telah
dituntut oleh pihak KPM sendiri. Sebagai setiausaha program berkenaan, GBKSM
hendaklah menyediakan kertas konsep, laporan program serta penilaian program dan
seterusnya membuat sistem fail mengikut jenis-jenis fail untuk memasukkan bahan-
bahan program berkenaan di dalam fail. Oleh itu, GBKSM haruslah memastikan
bahawa sistem fail adalah sentiasa dikemas kini agar mudah untuk merujuk fail
berkenaan pada program yang akan datang.

Dalam pada itu, berpandukan kod etika ini yang menekankan GBKSM agar
sentiasa bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan
dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan serta sentiasa mengelak daripada
menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya. Oleh hal yang demikian,
dalam melaksanakan tanggungjawab profesional dalam apa-apa jua bidang
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling GBKSM hendaklah sentiasa memegang kod
etika ini agar tidak menyalahgunakan sebarang kemudahan atau sumber dalam
organisasinya iaitu kemudahan untuk GBKSM melaksanakan tanggungjawabnya dalam
bidang pengurusan dan pentadbiran atau mana-mana bidang yang memerlukan
kemudahan seperti bilik persendirian, pencetak dan komputer. Sebagai contoh,
sesetengah GBKSM menggunakan bilik bimbingan dan kaunseling untuk bersantai dan
tidak melaksanakan tanggungjawabnya. Sekiranya berlaku penyelewengan dalam kod
etika ini, diskriminasi boleh dalam sesebuah organisasi. Oleh sebab itulah KPM
menggariskan kod etika ini agar GBKSM sentiasa amanah dan tidak melakukan
sebarang penyelewengan dalam pelaksanaan amalan tanggungjawab profesionalnya.

Oleh hal yang demikian, amat penting untuk GBKSM menjelaskan bidang
kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya di samping mewujudkan hubungan
interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan staf sekolah mengenai
khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta
umum atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti. Hal ini adalah kerana jika penyelia
dan staf di sekolah tidak memahami bidang kepakaran GBKSM kemungkinan akan
berlakunya ketidakfahaman di kalangan mereka bahawa GBKSM di sekolah tidak
mempunyai kerja dan hanya duduk bersantai. Contohnya, semasa GBKSM sedang
melaksanakan tanggungjawabnya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran iaitu
menyiapkan laporan atau kertas cadangan di dalam bilik bimbingan dan kaunseling
guru-guru atau staf yang lain akan bertanggapan GBKSM hanya duduk bersantai. Oleh
hal yang demikian, semasa GBKSM sedang melaksanakan tanggungjawabnya dalam
bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu menjalankan sesi kaunseling
GBKSM hendaklah meletakkan satu papan notis di hadapan pintu bilik bimbingan dan
kaunseling yang bertulis “sesi kaunseling sedang berjalan” agar dapat memberi
kefahaman kepada guru-guru atau staf lain bahawa GBKSM sedang melaksanakan
tanggungjawab profesionalnya. Hal ini adalah selaras dengan kandungan kod etika
yang ketiga seperti mana yang telah dibincangkan.

Akhir sekali, kandungan kod etika ini menggalakkan GBKSM agar


membenarkan dirinya dinilai secara profesional oleh Jemaah Nazir Sekolah dari
semasa ke semasa di samping bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk
dirinya dan stafnya. Ini menunjukkan bahawa GBKSM dituntut untuk melaksanakan
tanggungjawabnya dalam semua bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Untuk memenuhi kehendak kod etika ini iaitu membenarkan Jemaah Nazir Sekolah
menilai dirinya GBKSM hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran iaitu sentiasa mengemaskinikan sistem fail yang
merangkumi rekod sesi kaunseling, laporan program, penilaian program, kertas kerja
program, dan lain-lain. ini adalah untuk memudahkan Jemaah Nazir menilai
perkhidmatan GBKSM dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Kepentingan sistem
fail adalah bagi memudahkan GBKSM untuk meningkatkan kepakaran profesionalnya
jika GBKSM berkenaan ingin memohon lesen kaunselor atau menyambung pengajian.
Perkara sebegini adalah sangat digalakkan untuk menjadikan GBKSM pakar dalam
bidang-bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang akan berikan kepada klien
serta organisasi dan majikannya.

1.5. Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling; Tanggungjawab Pentadbir


Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan Terhadap
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Kod etika yang digariskan oleh KPM untuk dijadikan rujukan GBKSM di sekolah juga
melibatkan tanggungjawab pentadbir kepada GBKSM. Tanggungjawab pentadbir
adalah memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah berkaitan budaya sekolah, visi dan misi sekolah
serta keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, khususnya kepada GBKSM
yang baru dilantik. Dalam pada itu, pentadbir hendaklah berbincang bersama GBKSM
dari semasa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas dan program yang
hendak dijalankan di samping memantau dan menilai kemampuan dan penampilan
GBKSM. Dalam pada itu, pentadbir sekolah juga perlu memastikan GBKSM
melaksanakan perkhidmatannya berdasarkan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah.
Oleh hal yang demikian, setelah berbincang bersama pentadbir sekolah
GBKSM seharusnya bertindak proaktif dalam melaksanakan bidang tanggungjawabnya.
Bidang yang pertama yang boleh dilaksanakan oleh GBKSM di sekolah ialah bidang
akademik yang telah digariskan dalam Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di Sekolah untuk memberi ilmu kemahiran belajar atau pengumpulan
maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) kepada murid-murid di sekolah. ilmu tersebut boleh diberikan kepada murid-murid
dengan menganjurkan bengkel, seminar, pameran atau lawatan sambil belajar. Hal ini
adalah kerana keperluan murid atau klien di sekolah yang utama adalah dalam bidang
akademik. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, pentadbir sekolah adalah
dikehendaki memantau dan menilai keberkesanan program-program atau aktiviti yang
dianjurkan oleh GBKSM. Ini adalah selaras dengan kehendak kod etika yang telah
digariskan oleh KPM.

Selain itu, pentadbir sekolah hendaklah memastikan GBKSM tidak diberi jadual
waktu mengajar atau tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling untung membantu dalam peningkatan tahap profesionalisme GBSKM di
sekolah. Sebagai contoh, GBKSM akan berasa kesempitan waktu serta menghalang
beliau untuk melaksanakan sesi kaunseling lebih-lebih lagi sesi kaunseling yang
melibatkan kes krisis yang timbul secara drastik jika GBKSM di sekolah diberi jadual
waktu mengajar. Dalam pada itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling GBKSM juga
akan berkurangan jika beliau diberi tugas atau komitmen lain seperti penyelaras
kokurikulum atau ketua jurulatih permainan yang terpaksa ke luar sekolah untuk
bertugas. Walaupun hakikatnya klien di sekolah memerlukan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling oleh GBKSM seperti perkhidmatan sesi kaunseling, bidang akademik
atau kerjaya pada masa tersebut.

Kod etika ini juga menggariskan tanggungjawab pentadbir terhadap


perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu dikehendaki membantu usaha
mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif, strategik,
terapeutik dan memenuhi kualiti KPM di samping sentiasa memantau buku rekod
perkhidmatan GBKSM. Ini adalah untuk memudahkan GBKSM melaksanakan
tanggungjawab profesionalnya dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
iaitu melaksanakan sesi kaunseling, bidang pendidikan pencegahan
dadah/rokok/inhalan/ dan HIV/AIDS iaitu penyebaran maklumat berkaitan bahaya
dadah, rokok, inhalan dan sebagainya di dalam bilik bimbingan dan kaunseling dan
bidang pengurusan dan pentadbiran iaitu GBKSM membuat laporan program, rekod
sesi kaunseling, menyimpan borang-borang perkhidmatan dan lain-lain. oleh itu,
kemudahan bilik bimbingan dan kaunseling adalah sangat diperlukan oleh GBKSM di
sekolah bagi melaksanakan tanggungjawab profesionalnya.

Pentadbir sekolah juga dituntut untuk memberi sokongan, kerjasama dan


bantuan untuk menjalankan aktiviti program dan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di samping memastikan perkhidmatan tersebut dijalankan secara optimum
dan menyeluruh, serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan
sekolah. Contohnya, pentadbir sekolah hendaklah memberi kerjasama dan sokongan
yang padu terhadap perkhidmatan GBKSM dalam melaksanakan perkhidmatannya
seperti meluluskan kertas cadangan program dan memberi sokongan terhadap program
yang akan dianjurkan oleh GBKSM seperti menjemput pihak luar iaitu IPT atau agensi
berkaitan untuk memberi ceramah atau pameran berkaitan maklumat kerjaya dalam
bidang kerjaya. Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir adalah merupakan
tunjang utama kepada kejayaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
yang dijalankan oleh GBKSM.
https://bukansekadarcikguu.blogspot.my/2015/07/analisis-kod-etika-bimbingan-dan.html

You might also like