You are on page 1of 3

SK KAMPONG BHARU

MINIT CURAI
Kepada: Guru Besar
Daripada: Muhamad Hilmi Bin
Mohd Lazim
Salinan Kepada: PK Pentadbiran
Sektor / Unit: Pendidikan Khas
Tajuk: Program Literasi Kewangan Berhemah Guru Baharu Sekolah-Sekolah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur 2023.
Tarikh / Hari: 8 November 2023/ Rabu
Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat: Dewan Cempaka, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Bandar Sri Permaisuri,
Cheras, Kuala Lumpur
Anjuran: JPWPKL
Pengerusi: Guru Peserta
1. Butiran Mesyuarat/Taklimat/Bengkel/Kursus

HARI (8 November / Rabu)

 Urusetia mengambil kehadiran.

 Nyanyian lagu Negaraku.

 Pengenalan Tentatif Program Literasi Kewangan Berhemah Guru-guru Baharu


oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling.

 Perkongsian oleh Puan Zaitul Asni berkenaan kitaran hidup. Kitaran Hidup secara
ringkasnya terbahagi tiga iaitu fasa kebergantungan, fasa pengumpulan, dan fasa
pelupusan serta warisan.

 Beliau berkongsi fasa kebergantungan yang mempunyai 2 tahap iaitu tahap


pertama berkenaan kelahiran serta tahap 2 berkenaan tenaga kerja muda. Bagi
fasa pengumpulan, individu telah masuk ke alam perkahwinan dan kekeluargaan
yang memerlukan komitmen dari segi pengurusan kewangan. Bagi tahap ketiga,
ia berkenaan fasa pelupusan dan warisan.

 Perkongsian kedua adalah daripada Encik Hafiz berkenaan Money & Personality.
Ia berkenaan proses perancang kewangan yang berkait dengan personaliti kita.
Dalam merancang kewangan, ia terbahagi kepada dua iaitu matlamat jangka
pendek dan juga matlamat jangka panjang. Personaliti dan gaya hidup kita akan
menentukan proses kewangan yang dihadapi sama ada membebankan atau pun
tidak pada masa akan datang.

 Peserta juga diminta untuk memberikan pandangan perbelanjaan menerusi


soalan yang diajukan seperti perbelanjaan dan pinjaman yang sepatutnya
bersesuaian dengan gaji yang diterima.

 Perkongsian seterusnya adalah menerusi Puan Monarita Junaidi dari Jabatan


Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Beliau
menceritakan beberapa kes penjawat awam sebelum ini yang berdepan masalah
pengurusan kredit kerana pinjaman melebihi 60% gaji bagi setiap bulan. Selain
itu, AKPK juga berperanan dalam membantu individu dalam masalah kewangan.

Sesi soal jawab antara peserta dan juga Puan Monarita.

 Kursus tamat.

2. Implikasi kepada Sekolah


Maklumat terkini dan jelas dapat disampaikan kepada pihak pentadbir sekolah untuk
tindakan lanjut.
3. Tindakan Susulan Sekolah
Memsatikan maklumat daripada kursus dapat disampaikan kepada guru PPKI yang lain.

Tandatangan Guru :
Tarikh: 8 November
2023

You might also like