You are on page 1of 6

GMGA2053 Kerajaan Tempatan PJJ-UUM

KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

No. Maklumat Kursus


1. Nama Kursus : KERAJAAN TEMPATAN

2. Kod Kursus : GMGA2053


3. Nama Staf Akademik : PROF. MADYA DR. ZAINAL BIN MD ZAN
4. Rasional penawaran kursus ini dalam program:
Ini merupakan kursus elektif program BPM.
5. Semester/Tahun Ditawarkan : 5/3
6. Jumlah Student Bersemuka Jumlah Jumlah Pembelajaran bebas
Learning Time (SLT) Pembelajaran dan berbimbing (TLT)
Bebas (SL)
L = Lecture/Syarahan L T P O
T = Tutorial/Kumpulan 16 4 100 120
P = Praktikal
O = Lain-lain
7. Nilai Kredit : 3
8. Prasyarat: TIADA
9. Objektif :
Pelajar diharap dapat
1. memahami status dan kedudukan kerajaan tempatan dalam sistem pentadbiran
di Malaysia.
2. mengetahui peranan dan tugas kerajaan tempatan dalam penyediaan
perkhidmatan dan kemudahan kepada masyarakat.
3. memahami autonomi kerajaan tempatan dalam aspek kewangan, perundangan
dan pembangunan.
4. mengetahui bidang kuasa kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan.
5. memahami isu kontemporari dalam masyarakat yang melibatkan campur
tangan kerajaan tempatan.

10. Hasil Pembelajaran


Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat
1. membezakan status dan kedudukan kerajaan tempatan dengan kerajaan negeri
dan kerajaan pusat. (C2, P1, A3)
2. mengenal pasti peranan dan tugas kerajaan tempatan dalam menyediakan
perkhidmatan dan kemudahan kepada masyarakat. (C2, P1, A3)
3. menjelaskan autonomi yang dimiliki oleh kerajaan tempatan dalam aspek
kewangan, perundangan dan pembangunan. (C2, P2, A1)
4. membincangkan bidang kuasa kerajaan tempatan dalam perancangan
pembangunan di dalam kawasan tadbirannya. (A2, P3,C2)

1
GMGA2053 Kerajaan Tempatan PJJ-UUM

5. membincangkan isu-isu urus tadbir PBT. (C4, P3, A3)

11. Kemahiran yang dapat dipindahkan:


Kemahiran kerja berkumpulan melalui projek berkumpulan dan kajian lapangan.

12. Strategi penilaian dan pengajaran-pembelajaran: Student-Learning (Module).

13. Sinopsis
Kursus ini mengkaji sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan tempatan di Malaysia.
Peranan dan tugas kerajaan tempatan sangat besar untuk menyediakan perkhidmatan dan
kemudahan kepada masyarakat setempat. Kerajaan tempatan mempunyai autonomi untuk
mentadbir aspek kewangannya dan merancang pembangunan di dalam kawasan tadbirannya.
Kecekapan, keberkesanan dan akauntabiliti kerajaan tempatan sangat mustahak sebagai unit
kerajaan di peringkat bawahan.

14. Mod Penyampaian:


Syarahan, perbincangan kumpulan kecil dan kajian kes.

15. Jenis dan Metod Pentafsiran :

i. Tugasan Kumpulan:
 Laporan Tugasan Kumpulan
 Pembentangan Kumpulan
ii. Kuiz:
 Kuiz 1
 Kuiz 2
iii. Peperiksaan akhir

16. Rujukan

Rujukan Utama:
Ahmad Atory Hussain, Malike Ibrahim, Mohamad Sukeri Khalid, Subri Hashim &
Zawiyah Mohd. Zain. (2010). Siri Modul Kendiri PLK: Kerajaan Tempatan,
Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
Rujukan Tambahan:
Abdullah Sanusi Ahmad. (1980). Kerajaan dan pentadbiran Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Atory Hussain. (1991). Kerajaan tempatan: Teori dan peranan di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171).
Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133).

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).

2
GMGA2053 Kerajaan Tempatan PJJ-UUM

Hazman Shah Abdullah. (1992). Pentadbiran kewangan kerajaan tempatan di


Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Phang Siew Nooi. (1997). Financing local government in Malaysia. Kuala Lumpur:
University of Malaya Press.
Perlembagaan Persekutuan.

17. Maklumat Tambahan

PENILAIAN KURSUS

1. Tugasan Kumpulan 30 %
2. Pembentangan Tugasan Kumpulan 10 %
3. Kuiz dalam kelas
a. Kuiz 1 10 %
b. Kuiz 2 10%
4. Peperiksaan akhir 40 %
Jumlah 100%

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada Pertemuan Kelima. Tarikh, masa dan tempat peperiksaan
akan dimaklumkan kemudian. Kandungan peperiksaan adalah komprehensif yang meliputi semua
kandungan silibus modul kursus. Para pelajar dikehendaki memahami kandungan modul dengan baik
dan juga membuat bacaan tambahan seperti rujukan-rujukan yang dicadangkan berkaitan kursus ini.

TAJUK TUGASAN KUMPULAN

Setiap kumpulan (3-4 orang) dikehendaki mengkaji inisiatif Kerajaan Tempatan dalam usaha
Pembangunan Lestari di Malaysia. Analisis inisiatif tersebut dengan terperinci dengan memerihalkan
isu dan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan tempatan.

PANDUAN MENULIS TUGASAN

Perkara 1: Tajuk Tugasan


 Tajuk mestilah mendapat persetujuan daripada pensyarah melalui perbincangan berkaitannya.
 Sila gunakan kaedah dan format penulisan ilmiah.

Perkara 2: Tarikh Akhir Penyerahan Tugasan


 Tugasan perlu diserahkan pada pertemuan KEEMPAT iaitu sebelum pembentangan
kumpulan.
 Serahan lewat menyebabkan pemotongan markah.
 Pelajar yang TIDAK menyerahkan tugasan langsung akan mendapat GRED F.

Perkara 3: Cara Penyerahan Tugasan


 Tugasan hendaklah diserahkan melalui SERAHAN TANGAN oleh pelajar kepada pensyarah.

3
GMGA2053 Kerajaan Tempatan PJJ-UUM

 Sebarang penghantaran tugasan melalui POS, rakan-rakan dan sebagainya, adalah tidak
digalakkan. Pensyarah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan, lewat serah dan
sebagainya.
 Pelajar DINASIHATKAN untuk membuat salinan tugasan (hardcopy & softcopy) masing-
masing untuk tujuan rujukan kemudian.

Perkara 4: Format Tugasan


 Tugasan hendaklah dalam 10-15 muka surat tidak termasuk rajah dan jadual.
 Hendaklah ditulis dengan gaya penulisan ILMIAH.
 Fakta, data, statistik, laporan dan sebagainya hendaklah dinyatakan SUMBER rujukannya.
 Bibliografi MESTI lengkap dan sama seperti yang dinyatakan dalam teks tugasan anda.
 Tugasan hendaklah ditaip DOUBLE SPACING kecuali untuk Petikan Langsung, Nota Kaki (jika
ada), Bibliografi, Jadual, Gambarajah hendaklah ditulis SINGLE SPACING.
 Jenis Tulisan (font type) yang dibenarkan ialah:
 Arial
 Times New Roman
 Saiz tulisan ialah 12 point kecuali untuk nota kaki (saiz 10) hendaklah ditulis tegak (normal),
tulisan condong (italic) hanya untuk istilah bahasa asing atau nama saintifik sahaja.

Perkara 5: Nota Peringatan dan Amaran Keras


 Tugasan hendaklah asli.
 Dilarang menciplak atau plagiat hasil kerja orang lain tanpa menyatakan sumber rujukannya.
 Jika pelajar didapati menciplak daripada mana-mana sumber tanpa autoriti, tugasan tidak akan
disemak dan ditolak.
 Jika ada pelajar didapati berbuat demikian akan diberi gred GAGAL (F) dan akan dihadapkan ke
pihak Lembaga Tatatertib UUM untuk tindakan.

Perkara 6: Rujukan
 Pelajar dikehendaki menggunakan sekurang-kurangnya 10 rujukan untuk tugasan yang
disediakan.
 Lain-lain rujukan yang dicadangkan adalah seperti buku, jurnal, laporan tahunan, keratan akhbar,
terbitan organisasi dan sebagainya (sila bincang dengan pensyarah)

Contoh muka hadapan tugasan (Cover sheet)

4
GMGA2053 Kerajaan Tempatan PJJ-UUM

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PENYERTAAN AWAM DALAM KERAJAAN TEMPATAN KE ARAH


MATLAMAT PEMBANGUNAN MAPAN (SDG) DI MALAYSIA

GMGA2053
KERAJAAN TEMPATAN

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ZAINAL BIN MD ZAN

DISEDIAKAN OLEH:
ALI BIN AHMAD (200200)
AHMAD BIN ALI (200201)

PUSAT UUM SINTOK

21. Jadual Pertemuan

5
GMGA2053 Kerajaan Tempatan PJJ-UUM

JADUAL PERTEMUAN

PERTEMUAN MODUL TEMPOH

*Pengenalan kursus 4 jam


1 * Bab 1, Bab 2

Pembentangan Kumpulan
2 4 jam
* Bab 3, Bab 4
* Kuiz 1

Pembentangan Kumpulan
* Bab 5, Bab 6 4 jam
3 * Kuiz 2

Pembentangan Kumpulan
* Bab 7, Bab 8 4 jam
4

5 PEPERIKSAAN AKHIR 2 jam 30 minit

PERHATIAN PENTING:

 Kuliah adalah berdasarkan bab-bab dalam modul mengikut jadual pertemuan yang
disediakan. Pelajar hanya perlu merujuk kepada bab-bab dalam modul tersebut
sebagai persediaan untuk setiap pertemuan.

You might also like