You are on page 1of 8

GMGA3023 Pentadbiran Awam Korporat PJJ-UUM

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER OKTOBER SESI 2020/2021

GMGA3023
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
GMGA3023 Pentadbiran Awam Korporat PJJ-UUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN
KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA

KOD KURSUS : GMGA3023


KURSUS : PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PRASYARAT :

SINOPSIS
Kursus ini membincangkan peranan entiti milik kerajaan seperti perbadanan awam, syarikat
kerajaan dan syarikat kepentingan kerajaan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara di
pelbagai sektor. Disebabkan entiti ini sering kali dikatakan gagal dalam mencapai matlamat
penubuhannya, pihak kerajaan terpaksa memikirkan kaedah penyelesaian yang terbaik bagi
meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti oleh entiti milik kerajaan. Bermula
daripada proses komersialisasi, kerajaan telah melaksanakan pengkorporatan terhadap aktiviti dan
struktur entiti ini. Proses ini diikuti dengan dasar kerajaan melaksanakan penswastaan
termasuklah menjual kepentingannya dalam entiti milik kerajaan kepada pihak persendirian atau
syarikat swasta. Pelaksanaan pengkorporatan dan penswastaan dalam entiti milik kerajaan sejajar
dengan objektif Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan.

1.0 OBJEKTIF
Pelajar diharap dapat:

1.1 memahami peranan dan fungsi entiti milik kerajaan dalam pembangunan sosio-ekonomi
negara dalam pelbagai sektor.
1.2 Mengenal pasti bentuk-bentuk kawalan kerajaan terhadap entiti milik kerajaan sebelum
dan selepas pengkorporatan dan penswastaan.
1.3 mengetahui konsep komersialisasi, korporatisasi dan penswastaan dalam entiti milik
kerajaan.
1.4 mengenal pasti proses dalam pengkorporatan dan penswastaan entiti milik kerajaan
sejajar dengan matlamat Pelan Induk Penswastaan.
1.5 membincangkan isu-isu utama yang dipertimbangkan dalam proses pengkorporatan dan
penswastaan entiti milik kerajaan.
1.6 menganalisis kesan dan pengaruh pengkorporatan dan penswastaan terhadap rakyat,
kerajaan dan negara.
1.7 membincangkan tahap campurtangan politik dalam menentukan masa depan entiti milik
kerajaan di Malaysia sebelum, semasa dan selepas pengkorporatan dan penswastaan.

2.0 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

2.1 mengenal pasti jenis-jenis entiti milik kerajaan berdasarkan kepada sektor-sektor tertentu
dalam pembangunan sosio-ekonomi.
2.2 membincangkan bentuk kawalan kerajaan dalam entiti milik kerajaan sebelum dan
selepas dikorporat dan diswastakan.
2.3 menghuraikan konsep komersialisasi, korporatisasi dan penswastaan.

2
GMGA3023 Pentadbiran Awam Korporat PJJ-UUM

2.4 menjelaskan punca-punca kelemahan pengurusan dalam entiti milik kerajaan yang
menyebabkan kerajaan terpaksa mengkorporatan dan menswastakannya.
2.5 membincangkan proses penswastaan entiti milik kerajaan daripada komersialisasi hingga
ke peringkat penjualan kepentingannya kepada pihak swasta.
2.6 menyenaraikan prinsip-prinsip utama yang perlu dipertimbangkan dalam proses
pengkorporatan dan penswastaan.
2.7 Merumus kepentingan dan pencapaian sebelum dan selepas pengkorporatan dan
penswastaan.

3.0 PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri, di mana pelajar akan dibekalkan dengan modul
khusus sebagai rujukan utama. Di dalam modul tersebut telah dibekalkan dengan soalan latihan dalam
teks dan soalan penilaian kendiri sebagai tambahan kepada nota. Bagi memperolehi pemahaman yang
berkesan, pelajar dinasihatkan supaya membaca buku-buku akademik yang lain juga. Pelajar dinasihatkan
membuat nota ringkas bagi setiap pelajaran dan cuba menjawab soalan-soalan peperiksaan yang
disediakan, serta membuat nota berdasarkan buku-buku rujukan tambahan.

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul yang dibekalkan, empat sesi perjumpaan antara pelajar
dengan tenaga pengajar telah diatur dan jadual perjumpaan telah ditetapkan. Pelajar dinasihatkan
membaca modul dan mata pelajaran yang berkenaan sebelum hadir dalam setiap sesi perjumpaan.

4.0 PENILAIAN KURSUS

Penilaian kursus ini dilakukan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:


a. Tugasan Individu = 30%
Satu (1) tugasan akan diberikan (Sila rujuk Lampiran 1)

b. Kuiz (I dan II) = 10%


c. Peperiksaan Pertengahan Semester = 20 %

d. Peperiksaan Akhir = 40%


Meliputi semua topik seperti dalam isi kandungan kursus di atas.

JUMLAH MARKAH = 100%

Peperiksaan Akhir Semester:


Peperiksaan akhir meliputi semua bab dalam Modul Pembelajaran Kendiri. Peperiksaan Akhir akan
membawa 40% daripada markah keseluruhan. KETIDAKHADIRAN dalam peperiksaan akhir akan
menyebabkan pelajar mendapat GRED GAGAL (F) dan tertakluk kepada keputusan pihak Hal Ehwal
Akademik UUM.

Bentuk dan format peperiksaan akhir adalah soalan berbentuk esei pendek dan esei panjang dalami masa
yang diperuntukan selama 2 jam 30 minit. Pelajar dikehendaki menjawab soalan di dalam kertas jawapan
yang disediakan.

Peringatan: Peperiksaan Akhir adalah berpandukan Modul Pembelajaran Kendiri dan boleh ditambah
dengan sumber bacaan luar untuk mendapat markah yang baik.

3
GMGA3023 Pentadbiran Awam Korporat PJJ-UUM

5.0 RUJUKAN

Modul Pentadbiran Awam Korporat. Unit Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia: Sintok.

Abu Bakar Munir. (1992). Penswastaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Atory Hussain. (1998). Reformasi pentadbiran di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Gomes, E.T. (ed.). (2002). Political business in East Asia. London: Routledge.

Hashim Makaruddin (ed.). (2003). Globalisasi, perkongsian pintar dan kerajaan: ucapan pilihan Dr. Mahathir
Mohamad Perdana Menteri Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ho, K.L & Chin, J. (ed.). (2003). Pentadbiran Mahathir: prestasi dan krisis dalam pemerintahan. Kuala
Lumpur: Times Books International.

ISIS. 1988. Penswastaan di Malaysia: peluang-peluang dan implikasinya. Kuala Lumpur: Institute of
Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia.

Malaysia. (1991). Pelan induk penswastaan. Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan
Perdana Menteri.

Malaysia. (1991). Malaysia kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Malaysia. (1994). Dasar-dasar pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN).

Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi (EPU),
Jabatan Perdana Menteri.

Malaysia. (1999). Perkhidmatan awam Malaysia: menuju alaf baru. Kuala Lumpur: Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Malaysia. (2000). Perkhidmatan awam Malaysia: memperkukuh agenda pembaharuan. Kuala Lumpur: Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Thiemeyer, T. (ed.). 1986. The privatization of public enterprise: a European debate. Annuals of Public and
Cooperative Economy. Vol. 57(2).

Zulkifli Idris. 1995. Privatization in Malaysia: a case study of the impact of privatization on privatized public
agencies. Tesis PhD. University of Southern California.

4
GMGA3023 Pentadbiran Awam Korporat PJJ-UUM

PANDUAN BELAJAR

Kursus GMGA3023 Pentadbiran Awam Korporat banyak berkaitan dengan bidang pentadbiran awam dan
asas-asas pengurusan. Justeru, pelajar dinasihatkan supaya membaca buku-buku berkaitan
pentadbiran awam, pengurusan politik dan ekonomi negara serta sejarah negara. Hanya dengan
membaca banyak aspek tersebut barulah anda dapat memahami sepenuhnya kursus ini. Pelajar juga
digalakkan membaca akhbar-akhbar tempatan terutama yang berkaitan dengan perkembangan
perbadanan awam atau perusahaan awam di negara ini yang telah dan sedang dalam perancangan
dikorporatkan atau diswastakan.

Topik-topik seperti yang disenaraikan dalam isi kandungan kursus tidak semestinya dibincangkan secara
terperinci (panjang lebar). Sebaliknya, pelajar dikehendaki membaca modul dan mengulangkaji serta
membaca bahan rujukan tambahan bagi menambahkan pengetahuan dan persediaan untuk menduduki
peperiksaan akhir. Dalam pada itu, pelajar juga dinasihatkan membuat tugasan dengan teliti dan
berasaskan kaedah penulisan ilmiah bagi membantu mendapatkan gred yang baik. Oleh itu, pelajar
dikehendaki membuat rujukan kepada bahan-bahan lain yang berkaitan seperti yang telah dinyatakan
sebahagiannya dalam Rujukan Tambahan.

Jika mempunyai masalah dan kemusykilan, pelajar dinasihatkan untuk terus menghubungi pensyarah
untuk membuat temujanji dan perbincangan berkaitan dengan kursus dan tugasan yang perlu
diselesaikan. Gunakan masa dan kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin demi masa depan dan
kecemerlangan Program Pengurusan Awam (BPM). Pelajar juga dinasihatkan membuat persediaan awal
sebelum menghadiri perjumpaan dan komitmen pelajar terhadap kursus ini amat penting. Pihak UUM
sentiasa berdoa akan kejayaan anda.

Selamat belajar dan selamat maju jaya.

5
GMGA3023 Pentadbiran Awam Korporat PJJ-UUM

JADUAL SESI PERTEMUAN DAN PEPERIKSAAN

GMGA3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

Pertemuan Modul Masa

1 -Pengenalan kepada kursus


4 jam
-Perbincangan Bab 1 dan 2

2 -Perbincangan Bab 3 , 4 dan 5


4 jam
-Kuiz I (5%)

3 -Perbincangan Bab 6 dan7 4 jam


-Peperiksaan Pertengahan Semester

4 -Perbincangan Bab 8, 9 dan 10


-penyerahan tugasan (30%) 4 jam
-Kuiz II (5%)

5
-Peperiksaan Akhir (40%) 2 jam 30 minit

PENYELARAS:

ENCIK SAADON AWANG


PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN
KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN
ANTARABANGSA
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 SINTOK, KEDAH
Tel: 604-9287937 / 012-4859420
email: saadon@uum.edu.my

LAMPIRAN 1

6
GMGA3023 Pentadbiran Awam Korporat PJJ-UUM

GMGA3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

TUGASAN INDIVIDU

SOALAN:

PILIH MANA-MANA SATU (1) BENTUK ENTITI BADAN KORPORAT AWAM.


BINCANGKAN EMPAT (4) KELEMAHAN YANG WUJUD EKORAN
KAWALAN OLEH KERAJAAN KE ATAS BADAN BERKENAAN, DAN SATU
(1) LANGKAH BAGI MENGATASI SETIAP KELEMAHAN TERSEBUT.

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN:

1. Anda akan diberi soalan tugasan pada pertemuan pertama. Tugasan ini
mengandungi SATU soalan dan anda dikehendakki menjawab soalan tersebut
dengan format yang ditetapkan

2. Tugasan hendaklah bertaip menggunakan kertas ukuran A4,


menggunakan font Times New Roman bersaiz 12”.

3. Tugasan hanya perlu dibinding menggunakan taped binding. Untuk


keseragaman, masukkan maklumat tentang nama pelajar, no. matrik, nama
kursus, tajuk tugasan, dan nama tenaga pengajar di kulit luar hadapan
tugasan yang dibuat.

4. Setiap helai kertas jawapan perlu mempunyai kod dan nama kursus
sebagai header di sebelah kanan dan nombor matrik anda sebagai footer di
sebelah kiri. Ini adalah untuk menjamin keselamatan andainya terdapat
muka surat dari kertas jawapan anda yang tercerai.

7
GMGA3023 Pentadbiran Awam Korporat PJJ-UUM

5. Jawapan anda hendaklah di dalam lingkungan 15-20 muka surat, dalam


selang dua baris (double spacing). Penilaian dilakukan berdasarkan kepada
aspek berikut:

a. Kandungan - 15%
b. Gaya penulisan (bahasa, ayat, ejaan, teknikal dsb.) - 10%
c. Rujukan - 5%

6. Pelajar hendaklah menggunakan sekurang-kurangnya 10 rujukan yang


meliputi kombinasi sumber-sumber rujukan daripada majalah ilmiah, surat
khabar, jurnal ilmiah, buku teks dan carian internet.

7. SETIAP BAHAN YANG DIGUNAKAN PERLU DIFOTOKOPI PADA


BAHAGIAN RUJUKAN YANG LENGKAP DAN DILAMPIRKAN
BERSAMA TUGASAN YANG DISERAH (TIDAK PERLU DIFOTOKOPI
KESELURUHAN NASKAH RUJUKAN YANG DIGUNAKAN)

8. Modul adalah tidak termasuk dalam rujukan tugasan anda. Lampiran


yang disertakan tidak termasuk dalam jumlah muka surat yang ditetapkan.

9. Tugasan mestilah diserahkan kepada pensyarah pada Pertemuan


KETIGA.

You might also like