You are on page 1of 16

FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN


(PPP 6023)

TUGASAN:

APLIKASI TEORI-TEORI PENGURUSAN MODEN DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH : NO.MATRIK

ZARINAH BT SALEM M20091000026

PROGRAM:

PROGRAM EKSEKUTIF (AT24)

SARJANA PENGURUSAN PENDIDIKAN

DISEDIAKAN UNTUK :

DR. CHE MOHD ZULKIFLI B. CHE OMAR

TARIKH SERAHAN:

31 OKTOBER 2009

1
I
S
I

K
A
N
D
U
N
G
A
N ABSTRAK 3
1.0 Pengenalan 3-4
2.0 Teori Sistem (Teori Moden) 5-6
3.0 Pendekatan Analisis Sistem Dalam Organisasi 6
Pendidikan

Rajah 1: Gambaran Sebuah Organisasi Besar

3.1.1 Peringkat Persekutuan 7-9


3.1.2 Peringkat Negeri

Rajah 2 : Gambaran Organisasi Pentadbiran


Pendidikan Negeri

3.1.3 Peringkat Bahagian


3.1.4 Peringkat Daerah
3.1.5 Peringkat Sekolah

Rajah 3 : Struktur Ringkas Organisasi Sekolah 10-11


Rajah 4 : Peranan Sekolah Dalam Organisasi

4.0 Pendekatan Analisis Input-Output Dalam 12-13


Organisasi Sekolah

Rajah 5 : Analisis Input-Output

4.1 Input Sumber Pencapaian


4.2 Sekolah sebagai Jentera Pendidikan

Rajah 6: Elemen-Elemen Yang Berinteraksi Dalam


Sistem Sosial Sekolah 2

5.0 Kesimpulan 14

Rujukan 15
APLIKASI TEORI-TEORI PENGURUSAN MODEN DALAM
ORGANISASI PENDIDIKAN

ABSTRAK
3
Proses pengurusan sangat penting tidak kira sama ada organisasi itu besar ataupun kecil
dan formal atau tidak formal. Bagi mengurus sesebuah organisasi, seseorang pemimpin
perlu tahu dan memahami bagaimana hendak mentadbir organisasi yang diterajuinya.
Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan lancar
untuk menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam konteks pendidikan, pentadbiran
yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat atau komuniti. Jabatan Pelajaran dan
sekolah tidak terkecuali daripada matlamat untuk mewujudkan pentadbiran yang sihat.
Pentadbir sekolah seharusnya mengetahui pendekatan atau teori-teori yang mampu
memajukan organisasinya Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan Analisis
Sistem atau Sains Pengurusan. Pendekatan ini berbentuk matematik. Antaranya membuat
belanjawan, pengurusan aliran wang tunai, penjadualan pengeluaran, pembentukan
strategi barangan, perancangan program, perkembangan personel dan penggunaan
komputer dalam pendidikan. Pendekatan sistem menumpukan kepada penggunaan
pelbagai sumber ke dalam program pendidikan dan menyumbangkan perkhidmatan
melalui interaksi manusia. Pendekatan ini bertujuan membantu pentadbir merancang dan
meramalkan apa yang akan terjadi. Dalam sistem pendidikan kita, bukan sahaja sekolah
merupakan sebuah organisasi yang formal tetapi Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian
Pelajaran, badan-badan tertentu dan pusat-pusat pengajian tinggi juga mempunyai
organisasi yang formal dan tersusun.Contohnya, organisasi sekolah sebagai satu sistem
meliputi pentadbiran Peringkat Persekutuan (Pusat), keseluruhan organisasi
Kementerian Pelajaran diketuai oleh Menteri Pelajaran. Menteri Pelajaran dibantu oleh
Timbalan Menteri Pelajaran dan Setiausaha Politik. Peringkat Negeri diketuai oleh
Pengarah Pelajaran Negeri dan Timbalan Pengarah Pelajaran. Sementara Peringkat
Bahagian diketuai oleh Pegawai Pelajaran Bahagian dan Pejabat Pelajaran Daerah
diketuai oleh seorang Pegawai Pelajaran Daerah. Institusi Sekolah pula diketuai oleh
Pengetua atau Guru Besar. Pendekatan Input-Output, contohnya input pencapaian
ditentukan oleh guru, buku, kewangan, latar belakang murid, asrama dan kemudahan
lain. Peranan sekolah sebagai Jentera Pentadbiran meliputi aspek kepimpinan pengetua,
kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa
seperti aktiviti-aktiviti yang boleh merangsangkan aktiviti pembelajaran. Bagi mencapai
matlamat semua komponen dalam sistem yang mempunyai tugas, fungsi dan matlamat
perlu ada interaksi antara satu sama lain.

1.0 PENGENALAN

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan


adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat
berjalan dengan lancar untuk menyempurnakan kehidupan manusia. Proses pengurusan
sangat penting tidak kira sama ada organisasi itu besar ataupun kecil dan formal atau
tidak formal. Bagi mengurus sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu tahu dan
memahami bagaimana hendak mentadbir organisasi yang diterajuinya.
4
Dalam konteks pendidikan, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu
masyarakat atau komuniti. Jabatan Pelajaran dan sekolah tidak terkecuali daripada
matlamat untuk mewujudkan pentadbiran yang sihat. Pentadbir sekolah seharusnya
mengetahui pendekatan atau teori-teori yang mampu memajukan organisasinya. Hal ini
demikian kerana sekiranya pentadbir sekolah dapat menguruskan organisasinya dengan
baik dan lancar, ia akan dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan
individu menikmati kehidupan yang lebih selesa serta sempurna. Hal ini selaras dengan
peranan pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya masyarakat
(Mohd. Salleh Lebar, 2000).

Situasi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran kesan daripada globalisasi
telah menuntut satu tranformasi dalam sistem pendidikan Malaysia khasnya dalam aspek
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia waktu ini
adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi
menghadapi persaingan dengan negara lain. Ini menuntut negara Malaysia
membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai
bidang dan berdaya saing. Sejak tahun 2004, sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh
dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab
dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat primer
dan sekunder iaitu di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan
rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah; dan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas pendidikan peringkat tertiari
iaitu pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS). Dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan, KPM telah
menggubal misi pendidikan sebagai fokus yang ingin dicapai dalam mengangkat
martabat Malaysia dalam dunia global (Jamil Ahmad, 2005).
2.0 TEORI SISTEM (TEORI MODEN)

Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan Analisis Sistem atau Sains Pengurusan.
Pendekatan ini mula-mula diperkenalkan di barat pada tahun 1970 disebabkan tiada
pendekatan yang dapat menyelesaikan masalah pengurusan yang kompleks. Pendekatan
5
ini berbentuk matematik. Antaranya membuat belanjawan, pengurusan aliran wang tunai,
penjadualan pengeluaran, pembentukan strategi barangan, perancangan program,
perkembangan personel dan penggunaan komputer dalam pendidikan.
Dalam konteks pendidikan, pendekatan sistem bermaksud pendidikan merupakan
satu sistem kerana ia dibentuk daripada pelbagai subsistem yang mempunyai fungsi
masing-masing. Mengikut Sufean Husein (1996) dalam bukunya Pendidikan Di
Malaysia : sejarah, Sistem dan Falsafah, beliau menyatakan sistem ialah apa saja yang
terbina daripada rangkaian komponen-komponen atau unit-unit dan ia mempunyai
sesuatu tugas, fungsi dan matlamat. Contohnya, ada sekolah, Jabatan Pelajaran, Pejabat
Pelajaran Daerah dan unit-unit kecil dalam jabatan tersebut.
Pendekatan sistem menumpukan kepada penggunaan pelbagai sumber ke dalam
program pendidikan dan menyumbangkan perkhidmatan melalui interaksi manusia.
Pendekatan ini bertujuan membantu pentadbir merancang dan meramalkan apa yang akan
terjadi.
Kriteria-kriteria umum pendekatan ini ialah:
i. Sekolah merupakan satu organisasi dan bersistem. Ada organisasi formal
dan tidak formal.
ii. Setiap organisasi sebagai satu sistem dan bukan berasingan.
iii. Sekolah sebagai satu network atau sistem yang mengandungi sistem kecil.
iv. Segala sumber yang diberikan dalam bentuk wang, manusia, kemudahan
dan proses-proses boleh ditranformasikan kepada hasil atau outcomes atau
output yang ada kaitan dengan matlamat pendidikan
v. Institusi pendidikan sentiasa berinteraksi dengan persekitaran yang
terbuka
vi. Maklum balas merupakan kunci kepada pengawalan sistem
Berdasarkan kriteria-kriteria di atas, sekolah terbina daripada komponen-komponen atau
unit-unit yang disebut subsistem. Ini bermakna, sesuatu sistem boleh terbina, wujud dan
menjalankan tugasnya hasil daripada rangkaian interaksi di antara subsistem-subsistem.

3.0 PENDEKATAN ANALISIS SISTEM DALAM ORGANISASI


PENDIDIKAN

6
Setiap organisasi mempunyai sistem yang tersendiri. Sesebuah organisasi yang bersifat
formal ialah yang ada matlamat, pertubuhannya lama, struktur yang tersusun, modal yang
banyak, keahlian yang ramai, kemudahan yang lengkap dan sebagainya.

3.1 Organisasi Pendidikan Sebagai Satu Sistem

Peringkat Organisasi

Eksekutif : Menteri Pelajaran


Ketua Setiausaha/2 Timbalan
Ketua Pengarah/2 Timbalan
Pengarah-Pengarah/Timbalan Bahagian

Pengurusan : Pengarah Negeri/Timbalan


Penyeliaan : Pegawai Pelajaran Daerah dan Nazir
Teknikal : Pengetua/Guru Besar/Timbalan
Pelaksanaan : Guru-guru dan Pengetua

Rajah 1 : Gambaran sebuah organisasi yang besar (Mohd. Salleh Lebar, 2000)

Dalam sistem pendidikan kita, bukan sahaja sekolah merupakan sebuah organisasi
yang formal tetapi Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran, badan-badan
tertentu dan pusat-pusat pengajian tinggi juga mempunyai organisasi yang formal dan
tersusun.

3.1.1 Peringkat Persekutuan (Pusat)

Ketua keseluruhan organisasi Kementerian Pelajaran ialah Menteri Pelajaran. Menteri


Pelajaran sebagai seorang ahli kabinet bertanggungjawab secara terus kepada parlimen
dalam menjalankan tugasnya Tugasnya merangkumi pelbagai isu pendidikan semasa.
Mengikut Akta Pelajaran 1961, Menteri Pelajaran bertanggungjawab memberi
kemudahan dan peluang untuk pelajaran rendah (SK dan SJK) dan menengah. Akta itu
7
juga memberi kuasa dan kewibawaan kepada menteri itu untuk menguruskan seluruh
bidang pelajaran, kecuali pelajaran agama yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan
Hal Ehwal Agama di negeri-negeri berkenaan.

Namun begitu, Menteri Pelajaran mempunyai kuasa mengeluarkan arahan


bersabit dengan semua hal pelajaran seperti pelaksanaan dasar pelajaran, pengurusan
sekolah, disiplin guru dan murid, sukatan pelajaran, kurikulum, buku teks dan
peperiksaan. Timbalan Menteri Pelajaran membantu Menteri Pelajaran menjalankan
tugasnya dalam segala aspek pengurusan pelajaran dan dibantu oleh seorang Setiausaha
Politik dalam perkara-perkara yang berhubung dengan politik dan orang awam.

Dalam hal-hal menjalankan tugas sehari-hari, pentadbiran perancangan dan


pelaksanaan dasar, ketua pentadbirnya ialah Ketua Setiausaha dan dibantu oleh dua orang
Timbalan Ketua Setiausaha. Di samping itu, Ketua Pengarah Pelajaran mengetuai dan
bertanggungjawab penuh dalam bidang ikhtisas dalam perkhidmatan pelajaran dan
dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran yang merupakan sumber
rundingan dan penasihat-penasihat utama kepada Menteri Pelajaran mengenai seluruh
dasar pelajaran dan pelaksanaannya (Mok Soon Sang, 2009).

3.1.2 Peringkat Negeri

Peringkat Negeri terdiri daripada Pengarah Pelajaran Negeri dan dua Timbalan Pengarah
Pelajaran. Mereka bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Pelajaran. Sementara
itu, di Sabah dan Sarawak, Pengarah Pelajaran Negeri dan Timbalan Pengarah Pelajaran
Negeri bertanggungjawab kepada Ketua Menteri. Kedudukannya adalah digambarkan
seperti berikut:

Pejabat Pelajaran Negeri

Pejabat Pelajaran Bahagian/ Residensi


8
Pejabat Pelajaran Daerah

Rajah 2 : Gambaran Organisasi Pentadbiran Pelajaran Negeri (Mohd. Salleh


Lebar (2000)

Jabatan Pelajaran Negeri sebagai nadi kepada jentera keseluruhan sekolah di


peringkat negeri, bahkan mempunyai fungsi berikut:
a. melaksanakan dasar pelajaran bagi Kementerian Pelajaran sebagaimana
yang ditetapkan dalam Akta Pelajaran 1961.
b. melaksanakan rancangan pelajaran di negeri berkenaan. Antara
peranannya ialah mengurus, menyelia, menyelaras dan mengawasi semua
perkara yang berkaitan dengan kurikulum, radio dan TV Pendidikan, Skim
Pinjaman Buku Teks, perpustakaan, kegiatan kokurikulum, panduan
kerjaya, rancangan bahasa, pendidikan kesihatan dan pemakanan, Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah, serta perjawatan, kewangan, pembangunan dan
pentadbiran.

Bagi melicinkan perjalanan tugas dengan lebih berkesan, tiap-tiap Jabatan Pelajaran
Negeri telah menubuhkan beberapa unit untuk memikul tanggungjawab yang khusus
(Mok Soon Sang, 2009)

3.1.3 Peringkat Bahagian

Di Sabah, terdapat 6 buah Pejabat Pelajaran Residensi dan di Sarawak, terdapat 7 buah
Pejabat Pelajaran Bahagian. Di setiap Bahagian atau Residensi ada Pejabat Pelajaran
Daerah. Jabatan Pelajaran Bahagian ini diketuai oleh seorang Pegawai Pelajaran
Bahagian.

3.1.4 Peringkat Daerah

9
Semua negeri dalam Malaysia mempunyai Pejabat Pelajaran Daerah kecuali Melaka,
Perlis, dan Wilayah Persekutuan. Ketiga-tiga negeri tersebut tidak begitu luas dan tidak
memerlukan perkhidmatan pejabat ini. Pejabat Pelajaran Daerah diketuai oleh seorang
Pegawai Pelajaran Daerah. Pegawai ini menyalurkan segala keputusan, pesanan dan
arahan yang diterima daripada Jabatan Pelajaran negeri kepada sekolah-sekolah dalam
daerahnya. Setiap organisasi di dalamnya mempunyai ketua atau pemimpin yang
tersendiri. Pemimpin dilantik secara rasmi, mengikut kekananan, kebolehan akademik
dan sebagainya. Setiap bahagian dalam organisasi ini saling berinteraksi antara satu sama
lain.

3.1.5 Peringkat Sekolah

Sekolah seringkali dianggap sebagai institusi yang kecil atau terbawah kedudukannya,
walaupun demikian ia masih dianggap penting. Sekolah juga dianggap sebagai agen
sosialisasi dan agen pembangunan yang sangat berpengaruh dalam sesebuah masyarakat.
Kepimpinan pengetua amat penting untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Struktur organisasi sekolah adalah seperti dalam Rajah 3.

Di sekolah, pengetua atau guru besar adalah orang paling penting dan ia dianggap
sebagai seorang pentadbir dan pengajar. Di antara tugas-tugas yang perlu dijalankan
ialah:
a. mengajar lima jam seminggu (Surat Pekeliling : 22 Jun 1998)
b. menguruskan hal perjawatan
c. mengendalikan pengurusan kewangan
d. menguruskan jadual waktu
e. menguruskan hal peperiksaan
f. menguruskan hal pelbagai aktiviti/persatuan
g. menguruskan kemasukan dan pertukaran murid
h. Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah
i. mengawal disiplin pelajar
j. melaksanakan arahan daripada pihak atasan

10
k. berhubung dengan agensi/pejabat/masyarakat/pertubuhan luar untuk
kepentingan tertentu
l. Ahli PIBG dan ahli Lembaga Pengurus Sekolah.

Struktur organisasi sekolah adalah seperti dalam Rajah 3.

Lembaga Pengurus (Penasihat)

Hubungan
PIBG Pengetua/Guru Besar dan Profesional
Penolong Kanan

Tugas-tugas sosial
Mesyuarat guru-guru
Kerani Perkhidmatan Perkhidmatan Pekerja Guru mata
Sokongan Perpustakaan pelajaran kanan,
guru kelas, guru
bimbingan/kerjaya,
kokurikulum dsb

Rajah 3. Struktur ringkas organisasi sekolah

Sekolah sebagai satu organisasi yang bersistem. Hal ini kerana terdapat beberapa unit
Lembaga Pengawasterus
atau komponen yang bertanggungjawab Muridkepada pengetua. Tugas dan peranan

pengetua atau guru besar dapat digambarkan secara ringkas seperti Rajah 4.

Perancangan

Perhubungan
Penilaian
Peranan
Pengurusan
Sekolah
Pengelolaan
Penyeliaan dan
Pelaksanaan

Penyelarasan

11
Rajah 4 : Peranan pengetua dalam organisasi sekolah

Bagi melicinkan pentadbiran biasanya peranan yang dipegang oleh pengetua akan
dibantu oleh guru-guru tertentu. Hal ini kerana tugas pengetua pada masa kini bukan
sahaja banyak tetapi juga berat. Kemajuan sesebuah sekolah amat bergantung kepada
gaya pentadbiran serta kecekapan kepimpinannya. Oleh demikian, sebagai pemimpin
atau pengetua haruslah memiliki kemahiran dan kecekapan mengurus organisasinya.

4.0 PENDEKATAN ANALISIS INPUT-OUTPUT DALAM ORGANISASI


PENDIDIKAN
Analisis input dan output dalam organisasi pendidikan dapat digambarkan dalam Rajah 5
di bawah.

Input sumber Sekolah sebagai output


pencapaian jentera pendidikan

(kemudahan
sekolah, wang (Kurikulum, guru, strategi
pengajaran, guru besar dan pelajar
taraf sosial murid,
guru dan lain-lain) lain-lain)

Rajah 5 : Analisis Input-Output

4.1 Input Sumber Pencapaian

Input seperti guru, buku, kewangan, latar belakang murid, asrama dan kemudahan lain.
Output seperti pencapaian dan prestasi murid. Faktor input adalah penting dalam
menentukan pencapaian murid seterusnya mencapai matlamat sekolah. Kemudahan
sekolah merujuk kepada bangunan sekolah, perabot, persekitaran sekolah dan bilik darjah
yang kondusif. Persekitaran sekolah yang merangkumi pokok-pokok dan bunga-bungaan
yang ditanam, tempat bermain dan berehat dapat membawa suasana keselesaan dan
ketenangan kepada murid-murid. Suasana yang kondusif ini dapat menyenangkan fikiran

12
murid semasa berehat dan memulihkan kesegaran mereka untuk meneruskan pelajaran
yang berikutnya.

Suasana sosial murid juga mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran dan merealisasikan matlamat sekolah. Murid-murid di dalam kelas
mempunyai latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. Murid yang bersifat pendiam dan
pemalu tidak suka bergaul dengan murid lain. Selain itu, suasana emosi seperti perasaan
murid-murid terhadap pemimpin dan guru mereka. Suasana emosi yang positif seperti
penyayang,, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta adil akan menyebabkan murid-
murid suka berdamping rapat dengan guru, suka bertanya, sedia menerima ajaran dan
nasihat. Hal ini akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.

4.2 Sekolah Sebagai Jentera Pendidikan

Elemen penting yang menentukan pencapaian ialah aspek kepimpinan pengetua,


kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa
seperti aktiviti-aktiviti yang boleh merangsangkan aktiviti pembelajaran seperti
pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, kuiz, drama dan sebagainya.

Guru yang mempunyai kemahiran mengajar serta kebolehan menggunakan


pelbagai alat bantu mengajar dengan pengurusan masa yang berpatutan merupakan faktor
teknikal yang penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Di samping itu, aktiviti-aktiviti seperti projek dan pertandingan
berunsur akademik di sekolah pula dapat merangsangkan semangat belajar murid kerana
dengan adanya aktiviti-aktiviti ini, murid-murid akan berusaha dengan lebih gigih lagi.

Oleh yang demikian, untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran ke peringkat optimum, semua elemen harus dipertimbangkan. Hal ini
bermakna keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bergantung kepada
cara sekolah mengorganisasikan kemudahan-kemudahan yang terdapat di bilik darjah dan
kawasan sekolah tetapi juga bergantung kepada sifat dan gaya guru mengajar,
13
kepimpinan pengetua atau guru besar serta kecekapan dan kemahirannya dengan
penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah (Mok Soon Sang, 2009).

Ringkasnya, kejayaan sekolah sebagai sistem sosial bergantung kepada


keberkesanan pengurusan elemen-elemen yang terdapat dalam sistem sosial sekolahnya.
Interaksi antara elemen-elemen ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 6.

Struktural Formal:
Organisasi dan
Fizikal

Interaksi : Elemen
Anggota-Anggota: Sekolah Kumpulan Informal:
Guru Besar/Pengetua, Kelab Guru, PIBG, Unit
Kakitangan, Guru dan  Pengurusan Beruniform, Kelab dan
Pelajar  Pengajaran Persatuan Pelajar
 Pembelajaran
 Pemasyarakatan
 Pengawalan

Rajah 6 : Elemen-elemen yang berinteraksi dalam sistem sosial sekolah

Secara umumnya tugas guru besar atau pengetua dalam sistem sosial di atas
adalah seperti berikut:

i. Mengelola, mengurus, membimbing guru-guru sekolah dalam usaha


melaksanakan tugasnya.
ii. Mengelola staf sokongan dan kemudahan-kemudahan sekolah.
iii. Mengawas dan menyelia murid-murid dalam pelajaran, disiplin, kegiatan
kokurikulum seperti sukan, badan beruniform, kelab dan persatuan.

14
iv. Memupuk hubungan yang baik dan berkesan dengan ibu bapa dan orang
ramai melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta menjadi
setiausaha untuk Jemaah Pengurus atau Lembaga Pengelola Sekolah.

5.0 KESIMPULAN

Dengan menggunakan pendekatan sistem, model-model di atas dibentuk untuk


menganalisis masalah dalam pentadbiran pendidikan. Analisis terhadap pelaksanaan
proses pendidikan dianggap sebagai satu sistem yang mampu membantu pentadbir atau
pengurus sekolah ke arah mengatur strategi perancangan dan meramal kemungkinan-
kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang. Hal ini akan dapat melicinkan urusan
pentadbiran ke arah menjadikan organisasi pendidikan di Malaysia setaraf dengan sistem
pendidikan di negara barat serta dapat merealisasikan wawasan Pelan Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 (PIPP) bagi melonjakkan institusi pendidikan ke peringkat yang
lebih tinggi.

RUJUKAN

Jamil Ahmad dan Norlia Goolamally, 2005. Pentadbiran dan Pengurusan Sistem
Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti . UKM : Bangi.

Mohd. Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia.


Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2009). Teks Komprehensif PTK . Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd

15
Sufein Hussin (1996). Pendidikan Di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

16

You might also like