You are on page 1of 14

1.

0 LATAR BELAKANG ORGANISASI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis persekutuan beruniform
di Malaysia di mana pertubuhan itu berpusat dan pasukan polis moden telah dibentuk
selepas Piagam Keadilan di Pulau Pinang diberikan sejak 25 Mac 1807 (Annuar Amri
Abdul Muluf & Noor Nirwandy Mat Noordin, 2014). Pertubuhan ini telah digubal pada
tahun 1871 dan akhirnya berkuatkuasa pada tahun-tahun berikutnya sehingga tahun
1942. Walau bagaimanapun, tiga Negeri-Negeri Selat iaitu ordinan Singapura, Melaka
dan Pulau Pinang telah diletakkan di bawah perintah Polis Negeri Selat yang dipegang di
Singapura.

Sejak Julai 1896, empat pasukan utama telah bergabung sebagai Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu (FMS) dan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Polis pada hari ini oleh
Bukit Aman sebagai ibu pejabat di Bluff Road Hill. Sejarah Polis Diraja Malaysia bermula
sejak pembentukan Malaysia pada 1963 di mana Singapura telah menarik diri apabila
tidak meninggalkan Persekutuan sejak 1965. Pada tahun 1950, pasukan polis meningkat
kepada 161,281 anggota pada kemuncak Darurat apabila Parti Komunis Malaya mahu
mengambil alih negara dan kehilangan 5,554 orang dan membunuh lebih 11,222
pengganas komunis.

Memperkenalkan seragam biru standard untuk semua negeri dengan identiti


kontinjen yang dibezakan mengikut jenis lencana dan butang. Organisasi itu juga
mempunyai bahagian penting yang ditubuhkan di bawah Persekutuan Polis, termasuk
Syarikat Rimba atau Skuad Terbang, Terdiri daripada Orang Asli, Cawangan Khas, Senoi
Praaq, Kor Sukarelawan Polis, Wanita Bantuan dan yang terakhir ialah VAT 69 (Amer
Faawaz Mohamad Yasid, 2017).

1
Selain itu, lima jabatan telah ditubuhkan untuk menambah baik struktur
organisasi termasuk pentadbiran, Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas dan
terakhir kewangan. Walaupun, tema operasi berorientasikan perkhidmatan mereka
telah dilancarkan pada 15 Dis 1952 sebagai "Operasi Bersedia Berkhidmat'' dan dikenali
sejak 24 Julai 1958, sebagai Persekutuan Diraja Polis Malaya. Bagaimanapun, beberapa
evolusi organisasi dan komponen operasi PDRM telah diwujudkan di mana terdapat
33,785 kakitangan di mana 2,586 daripadanya adalah kakitangan awam dan
menggantikan Akta 1952 kepada Akta Polis 1967 sejak tahun 1967.

Di bawah Ketua Polis Negara, kini terdapat tujuh jabatan iaitu Siasatan Jenayah,
Pengurusan, Ketenteraman Awam dan Keselamatan Dalam Negeri, Narkotik, Bahagian
Jenayah Komersial, Cawangan Khas dan Logistik. Komponen operasi utama pasukan
polis termasuk Polis Marin, Pasukan Gerakan am (PGA), Pasukan Gerakan Khas (PGK),
Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Sayap Udara Polis, Jabatan Narkotik dan Polis Trafik.
Selain itu, komponen operasi utama yang lain termasuk Jabatan Siasatan Jenayah yang
mana khasnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Wanita, Cawangan Khas dan
juga Simpanan Sukarelawan Polis.

Motto organisasi ini ialah "Polis dan Masyarakat tidak akan berpisah" yang
mewakili keazaman dan semangat pasukan. Oleh itu, ibu pejabat pertubuhan itu
terletak di Bukit Aman, Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ketua Polis Negara (KPN) sejak
4 Mei 2019 oleh Abdul Hamid Bador. Akta Polis 1967 telah mentadbir perlembagaan,
pekerjaan, kawalan, pembiayaan, pengambilan, tugas, kuasa dan tatatertib pasukan
polis yang banyak dinyatakan.

Oleh itu, dalam kemajuan teknologi, kuasa telah dipanggil untuk perubahan
dalam gaya hidup dan urbanisasi yang mencipta semula dirinya untuk bertindak balas
dengan lebih baik kepada persekitaran dan masyarakat Malaysia yang berubah dengan
pantas. Komunikasi yang berkualiti di tempat kerja boleh menghapuskan masalah yang

2
tidak perlu dan menggalakkan prestasi yang lebih baik. Keupayaan untuk berkomunikasi
dengan berkesan di tempat kerja boleh meningkatkan produktiviti keseluruhan, dan
mewujudkan pasukan yang kuat.

Jika pekerja berunding antara satu sama lain dan mempertimbangkan


pandangan orang lain, mereka akan berminat untuk lebih bekerjasama dan mencari
penyelesaian terbaik bersama-sama. Maka dalam tugasan ini, kami akan mengenalpasti
masalah komunikasi yang dialami oleh PDRM dari segi amalan komunkasi yang mereka
amalan. Kami juga akan membincangkan mengenai objektif yang boleh dicapai dengan
adanya program peningkatan amalan komunikasi. Akhir sekali, kami akan memberikan
cadangan yang mana boleh menambahbaik amalan komunikasi dalam kalangan
kakitangan PDRM.

2.0 PERMASALAHAN KOMUNIKASI YANG DIKENALPASTI

Bagi organisasi penting seperti PDRM yang mana menyediakan perkhidmatan


yang amat penting dan diperlukan oleh negara, maka organisasi ini memerlukan ketua
yang mahir dalam komunikasi yang mana secara tepatnya dalam komunikasi
interpersonal di mana kemahiran komunikasi ini akan dapat memberikan suasana yang
memudahkan kakitangan dan tidak menyukarkan mereka untuk melaksanakan arahan
yang diberikan.

Menurut Wilkins, Bernstein dan Bekki (2015), komunikasi interpersonal yang


melibatkan komunikasi antara sehala atau dua hala yang terjadi diantara pihak
pengurusan dan pekerja amat penting kerana ia dapat membina kelakuan yang positif
disampang kelakukan yang negatif dan tidak baik akan dapat dikurangkan. Kakitangan
PDRM mengalami masalah dimana sesetengah kakitangan bahawa sukar untuk
memahami segala arahan dan maklumat yang disampaikan oleh pihak atasan.

3
4
Sukar memahami arahan ini timbul apabila salah seorang daripada pihak
pengurusan mengalami masalah pendengaran dimana proses komunikasi yang berlaku
dalam sesetengah jabatan gagal untuk difahami dan ditafsirkan dengan baik. Hal ini
kerana apa sahaja yang ingin disampaikan oleh kepada pihak pengurusan tidak akan
dapat dicapai dengan maksud yang diinginkan kerana sering di salah tafsirkan. Apabila
kakitangan atau anggota PDRM memberikan cadangan atau aduan juga tidak akan dapat
didengari atau ditafsirkan oleh ketua mereka.

Secara tidak langsung ia akan mengakibatkan wujudnya kecacatan dalam proses


komunikasi. Masalah lain yang wujud dalam PDRM ialah ada satu pihak yang akan
memberikan sokongan terus kepada apa sahaja yang diputuskan oleh pihak atasan
tetapi ada juga sesetengah pihak yang akan sentiasa mencari salah dan kesilapan pihak
atasan dan mempunyai fikiran negatif meskipun keputusan yang diambil oleh pihak
atasan merupakan keputusan yang positif kepada semua pekerja.

Ini menunjukkan yang dalam organisasi PDRM wujudnya sikap suka berpuak-
puak dalam jabatan. Kumpulan individu yang sering mempunyai pandangan yang negatif
kepada pihak atasan akan boleh menimbulkan masalah yang besar kepada kejayaan
organisasi yang mana pemikiran ini dikenali sebagai pessimistic thinking atau dalam
bahasa Melayunya pemikiran pesimis. Menurut Chamzadeh Ghanavati et al (2016),
pemikiran pesimis boleh digambarkan sebagai kecenderungan untuk berfikir secara
negatif.

Seseorang yang pesimis mungkin sering mengenal pasti dan menumpukan pada
aspek negatif, atau tidak menguntungkan, sesuatu situasi daripada menumpukan
perhatian pada perkara yang betul. Apa sahaja yang ingin dilaksanakan oleh pihak
atasan tidak akan disukai oleh golongan ini yang mana mereka tidak percaya kepada
kebolehan ketua mereka. Hal ini tidak seharusnya berlaku dalam organisasi yang penting
seperti PDRM ini kerana kakitangan dalam organisasi ini perlu mempercayai pihak

5
atasan dalam segala arahan yang diberikan dan keputusan yang diambil kerana ia
melibatkan nyawa rakyat dan kesejahteraan negara.

Dalam organisasi juga wujudnya jurang diantara pekerja yang baharu dan
pekerja yang lama dimana kedua-dua golongan ini sukar untuk melakukan komunikasi
dengan baik. Pekerja yang lebih senior akan bercakap dengan sesuka hati dan
memberikan arahan dengan kurang baik kepada pekerja yang baharu yang mana
menyebabkan pekerja baharu yang sukar memahami akan melakukan kesalahan ketika
bekerja. Apabila pekerja tersebut melakukan kesalahan, mereka akan dimarahi secara
langsung dengan ketua tanpa ketua menanya terlebih dahulu punca dan sebab
kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Ini akan membuatkan anggota yang baharu menjalankan tugas akan kelihatan
tidak komited terhadap kerja mereka kerana kurangkan pengetahuan dan pengalaman
mereka untuk melakukan kerja. Seharusnya pekerja yang sudah lama bertugas, perlu
mengamalkan komunikasi yang baik dengan mereka yang mana perlu mengajar dan
memberikan arahan yang jelas kepada mereka supaya mereka mengetahui cara yang
betul untuk melaksanakan tugas sebagai anggota polis.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM PENINGKATAN AMALAN KOMUNIKASI


3.1 Bagi menyampaikan informasi yang diperlukan dalam pelbagai bentuk

Maklumat atau informasi yang diperlukan oleh kesemua kakitangan boleh


diterima dalam pelbagai bentuk yang mana dengan adanya program peningkatan
amalan komunkasi maklumat bukan sahaja boleh diterima dalam satu atau dua bentuk
sahaja tetapi dalam pelbagai bentuk. Antara bentuk yang boleh digunakan untuk
menyampaikan maklumat ialah dalam bentuk prosedur, arahan, polisi, keputusan
daripada pihak pengurusan dan banyak lagi.

6
Walaupun banyak bentuk untuk digunakan untuk menyampaikan maklumat
tetapi kakitangan akan membaca, mendengar dan cuba untuk memahami apa sahaja
yang disampaikan dan menunjukkan tindak balas yang sesuai yang mana boleh
menyebabkan komunikasi berlaku dengan berkesan. Hal ini kerana bagi kesemua
organisasi baik kerajaan mahupun swasta, maklumat atau informasi merupakan salah
satu fungsi yang penting bagi sebuah pengurusan dimana maklumat yang tepat akan
boleh menghubungkan kesemua jabatan yang ada bagi organisasi yang besar.

Jika maklumat yang tidak tepat diterima, ia akan mengakibatkan matlamat yang
hendak dicapai oleh organisasi akan mustahil untuk dicapai. Maka, salah satu objektif
utama komunikasi ialah bagi menyatupadukan kefungsian pelbagai jabatan bagi
memudahkan organisais untuk mencapai matlamat mereka. Oleh itu, program
peningkatan amalan komunikasi ini akan boleh membantu dalam menyampaikan
maklumat yang tepat dan melibatkan kesemua jabatan.

3.2 Bagi mempengaruhi dan mengambil perhatian kakitangan

Program peningkatan amalan komunikasi adalah salah satu keadah yang dapat
membantu organisasi dalam mengekalkan hubungan diantara majikan dan pekerja agar
sentiasa dalam keadaan yang baik. Perkara ini boleh terjadi disebabkan program ini
secara tidak langsung akan dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan
pekerja yang mana mereka akan sentiasa bersemangat untuk melakukan kerja yang
diberikan. Jika pekerja dalam mengekalkan semangat kerjasama ketika melaksanakan
tugas ini akan dapat menghasilkan hasil kerja yang bukan sahaja diselesaikan dalam
masa yang ditetapkan tetapi juga berkualiti.

7
Hasil kerja yang berkualiti akan dapat membantu organisasi meningkatkan imej
yang mana berjaya membentuk kakitangan yang kreatif dan berintegriti dalam
menjalankan tugas. Motivasi kakitangan juga boleh ditingkatkan oleh majikan dengan
cara mengambil perhatian terhadap keperluan kewangan pekerja dan bukan keperluan
kewangan. Menurut Wai (2016), keperluan kewangan disini jelas menunjukkan dengan
cara menggunakan kewangan secara menyeluruh.

Manakala bukan keperluan kewangan pula syarikat boleh menaikkan motivasi


pekerja dengan menggunakan semangat dan toleransi ketika mengarahkan mereka
menyelesaikan beberapa kerja yang diberikan. Bagi memenuhi keperluan kewangan
amat mudah dimana perlu menggunakan wang tetapi bagi keperluan bukan kewangan,
pihak atasan perlu berkomunkasi dengan kakitangan dalam bentuk formal atau tidak
secara berkala dan berterusan.

3.3 Boleh mengembangkan idea dan inovasi yang dihasilkan oleh kakitangan

Program peningkatan amalan komunikasi boleh menyediakan saluran


komunikasi yang terbuka dimana ia boleh menghasilkan idea yang bukan sahaja kreatif
malahan inovatif yang boleh membawa perubahan ke arah lebih baik. Hal ini kerana
menerusi program ini pekerja akan boleh memahami apa yang penting dan dimahukan
oleh syarikat dan sekaligus mereka akan dapat memberikan sepenuh perhatian bagi
melakukan penambahbaikan serta mengambil peluang bagi menghasilkan sebuah idea
yang inovasi. Idea yang kreatif dan berinovasi akan dapat membantu organisasi
mencipta kejayaan dengan lebih jauh dan baik. Jika pekerja mengetahui bahawa idea
mereka memberikan kesan yang baik kepada organisasi dan diperlukan, maka secara
tidak langsung mereka akan lebih bersemangat untuk mengeluarkan idea yang boleh
membawa kebaikan kepada organisasi.

8
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIK AMALAN KOMUNIKASI

Pihak pengurusan atau ketua yang baik perlu tahu bagaimana untuk
berkomunikasi dengan baik dan meninggalkan kesan yang positif kepada pekerja yang
mana akan dapat menghapuskan salah faham yang timbul. Pekerja memerlukan suasana
kerja yang mana bukan sahaja harmoni tetapi yang membolehkan mereka untuk
memahami segala maklumat yang diberikan untuk memudahkan mereka menjalankan
tugas.

Dengan ini, pihak pengurusan perlu mengambil serius dan memandang berat
mengenai suasana di tempat kerja yang mana hubungan di antara pihak pengurusan
dan pekerja bawahan, pekerja baharu dan pekerja lama serta kesemua kakitangan
diantara jabatan yang lain dengan jabatan yang lain akan terjalin dengan baik. Pihak
pengurusan perlu sentiasa peka dan mengambil peluang yang ada untuk
menyatupadukan hubungan sosial diantara pekerja.

Cadangan yang kami berikan ialah organisasi PDRM perlu mengubah suai
pengurusan menjadi lebih cekap. Pengurusan yang tidak cekap terhasil disebabkan
ketua mempunyai masalah dalam kepimpinan yang mana lemah dan boleh memberikan
kesan yang negatif kepada pekerja. Apabila pihak pengurusan kurang berkomunikasi
dengan pekerja akan mengakibatkan pihak pengurusan tidak mengetahui masalah
dalaman yang sedang dialami oleh pekerja seterusnya mereka tidak akan dapat
mengawal pekerja.

Anggota akan kurang serta dalam membuat keputusan disebabkan sikap atau
suasana yang tidak kondusif yang wujud dalam pengurusan sebuah organisasi. Hal ini
kerana suasana yang kondusif akan dapat menghasilkan komunikasi yang positif yang
mana mudah untuk sesama anggota berkomunikasi, mudah untuk melaksanakan kerja

9
berpasukan dan wujudnya ketelusan dalam menjalankan tugas. Cadangan yang kedua
ialah organisasi boleh mengaplikasikan cara maklum balas.
Cara ini boleh menutupi keadah komunikasi secara formal yang mana selalu
diaplikasikan dalam organisasi di mana akan dapat membantu pihak pengurusan dan
pekerja mengetahui sesuatu kelemahan yang boleh memberikan pengaruh kepada
organisasi. Disini pihak pengurusan perlu menjalankan tugas dengan bersikap terbuka
dan positif ketika menerima makluma balas daripada anggota bawahan yang lain yang
memberikan maklum balas mengenai cara pengurusan sebuah organisasi.

Oleh itu, cara ini akan membuatkan berlakunya proses memberi dan menerima
diantara dua pihak dan bukannya pekerja sahaja yang perlu menerima. Konsep yang
sama juga terjadi apabila pihak atasan mahu menegur anggota polis yang melakukan
kesalahan dan kesilapan ketika melaksanakan tugas dimana mereka perlu memberikan
maklum balas dan tegur dengan cara yang berhemah dan sopan yang tidak akan
mengeruhkan lagi keadaan. -CONTOH

Pihak atasan perlu sentiasa menerima dengan hati terbuka segala maklum balas
yang diberikan oleh anggota bawahan yang mana mereka tidak boleh menganggap
sebagai suatu ancaman tetapi ia boleh diambil sebagai suatu perubahan yang dapat
mengubah organisasi. Cadangan yang terakhir ialah kesemua anggota tidak kiralah pihak
atasan atau bawahan perlu berkongsi maklumat yang sama antara satu sama lain
disamping perlu memahami maklumat yang dikongsi dengan jelas.

Hal ini kerana jika hanya berkongsi maklumat tetapi tidak memahami juga akan
mendatangkan masalah kepada organisasi pada masa hadapan kelak. Pemahaman yang
baik akan dapat menyebabkan maklumat disampaikan lebih tepat dan mencapai
matlamat maklumat. Menerusi cara ini, pihak atasan dan anggota akan mendapat
kelebihan yang mana koordinasi akan menjadi lebih jelas yang mana boleh
meningkatkan motivasi pekerja dan kejayaan organisasi dalam masa yang sama.

10
11
Isu pemberhentian dan penukaran anggota akan dapat dikurangkan atas alasan
tidak mencapai komunikasi yang baik. Maklumat yang dikongsi juga perlu diperiksa
kesahihannya terlebih dahulu agar tidak menyebarkan maklumat yang palsu yang mana
ini perlu dielakkan oleh anggota PDRM. Hal ini kerana maklumat yang tidak tepat boleh
membawa keburukan bukan sahaja kepada organisasi malahan kepada keselamatan
negara yang mana PDRM merupakan organisasi yang terlibat dalam memastikan
keamanan dan keselamatan negara terjamin.

5.0 KESIMPULAN

Komunikasi adalah penting untuk kejayaan pasukan dan individu di tempat kerja.
Komunikasi yang jelas di tempat kerja boleh membantu organisasi dan individu
mengelakkan salah faham, membina hubungan yang kukuh di kalangan rakan sekerja
dan mewujudkan diri sebagai ahli penting dalam pasukan. Komunikasi dan kumpulan
kerja yang berkesan membawa kepada peningkatan dalam prestasi keseluruhan
syarikat. Ia juga telah mendapati bahawa pekerja yang dinilai sebagai produktiviti kerja
tertinggi telah menerima komunikasi yang paling berkesan daripada pihak atasan
mereka.

Pekerja berasa diberi kuasa jika mereka dapat menerima komunikasi ke atas.
Jenis komunikasi ini adalah apabila maklumat mengalir ke atas dalam organisasi dan
biasanya terdiri daripada maklum balas. Sekiranya majikan atau pengurus dapat
mendengar pekerja dan bertindak balas, ini membawa kepada peningkatan dalam
kepuasan kerja pekerja. Selain itu, pekerja juga gembira jika terdapat komunikasi ke
bawah yang kuat, iaitu maklumat yang mengalir turun daripada pihak atasan atau
pengurus kepada laporan langsung. Aliran komunikasi sangat penting kepada pekerja.

12
Pekerja perlu berasa selamat bahawa mereka menerima maklumat yang benar
dan terkini daripada pihak atasan. Mereka juga ingin mempunyai kebolehan untuk
berkongsi idea, fikiran dan kebimbangan dalam diri mereka. Oleh itu, program
peningkatan amalan komunikasi akan membolehkan pekerja untuk menyumbangkan
idea dan memberikan idea dan cadangan yang kreatif dan inovasi. Amalan komunikasi
perlu diwujudkan dengan dengan betul supaya anggota organisasi akan berminat dan
suka untuk mempelajari kemahiran komunikasi dengan baik dan lebih berkesan.

Dengan mewujudkan komunikasi yang baik, pihak atasan boleh lebih memahami
bakat dan kemahiran pekerja mereka, kemudian memberi arahan yang jelas kepada
orang yang paling sesuai dengan tugas itu, sekali gus meningkatkan keberkesanan dalam
menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan negara. Hal ini kerana apabila pasukan
gagal berkomunikasi dengan berkesan, hasilnya bukan sahaja memudaratkan organisasi
tetapi juga rakyat Malaysia dan negara. Di sini, hal ini menunjukkan yang komunikasi
yang baik amat penting untuk organisasi agar dapat mencapai objektif yang ditetapkan
sekaligus mencapai kejayaan yang ke arah menjadi organisasi yang baik disamping dapat
mengawal keselamatan negara daripada ancaman musuh daripada dalam dan luar
negara.

(2557 Perkataan)

13
RUJUKAN

Amer Faawaz Mohamad Yasid. (2017). Peranan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja
Malaysia (PDRM) Dalam Menangani Ancaman Komunis, 1968-1989. Sejarah:
Journal of the Department of History, 25(2).

Annuar Amri Abdul Muluf & Noor Nirwandy Mat Noordin. (2014). The use of
propaganda in Malaysiakini online news pertaining to Polis DiRaja Malaysia
(PDRM). Journal of Media and Information Warfare (JMIW), 6, 133-168.

Chamzadeh Ghanavati, M., Aghaei, A., & Golparvar, M. (2016). The effect of positive â
thinking skills on the pessimistic documentary style in primary school
boys. Research in Curriculum Planning, 12(47), 43-50.

Ibrahim, M. Y. (2017). Pengaruh amalan komunikasi terhadap penglibatan belia dalam


kesukarelawanan (The influence of communication practices on youth’s
participation in volunteerisme). Geografia-Malaysian Journal of Society and
Space, 13(4).

Jamali, H. N., & Shaharuddin, H. N. (2019). Analisis persepsi pelajar melayu terhadap
amalan komunikasi bukan lisan dalam kelas pembelajaran bahasa kedua. Jurnal
Melayu, 18(2).

Wai, K. T. (2016). Perancangan kewangan dan aplikasi teori tingkah laku kewangan dan
teori keperluan Maslow: Kajian kes KWSP di Malaysia. Geografia OnlineTM
Malaysian Journal of Society and Space, 12(8), 10-21.

Wilkins, K. G., Bernstein, B. L., & Bekki, J. M. (2015). Measuring communication skills:
The STEM interpersonal communication skills assessment battery. Journal of
Engineering Education, 104(4), 433-453.

14

You might also like