You are on page 1of 24

SESI OKTOBER 2022/2023 (JA222)

GMGA 3073
STRATEGIC PUBLIC MANAGEMENT

Di sediakan oleh :

No Matric No Name Cntc No


1 268474 Mohd Shahafiq bin Amid 017-6252591
2 268422 Mohammad Farouk bin Md Yunus 018-7934701
3 268779 Nor Fasya binti Nordin 010- 4349558
4 268854 Aminin binti Mohd Razi 011-11204510

Tugas Kumpulan : AMANITA (PDRM)

Group: AA (Melaka)

Di sediakan untuk : Dr Raihana Asmar bt Mohd Noor

Administrative:

Marks: Remarks:
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 1

1.1 PERLAKSANAAN 1-3

2.0 3-4
PERLAKSANAAN STRATEGIK AMANITA

2.1 CABARAN PERLAKSANAAN 4-5

2.1.1 PENGURUSAN LOGISTIK 5-6

2.1.2 KURANG PENDEDAHAN 6-7

2.1.3 PERUNTUKAN 7-8

3.0 ANALISIS PERSEKITARAN

3.1 ANALISIS PERSEKITARAN LUARAN

3.1.1 POLITIK 9

3.1.2 EKONOMI 9-10

3.1.3 SOSIAL 10

3.1.4 TEKNOLOGI 11

3.2 PELUANG DAN ANCAMAN 12

3.3 ANALISIS PERSEKITARAN DALAMAN 12-13

4.0 FORMULASI STRATEGI 13-14

4.1 Kekuatan (Strengths) 14

4.2 Kelemahan (Weaknesses) 15

4.3 Peluang (Opportunities) 15-16

4.4 Ancaman (Threats) 16-17

5.0 CADANGAN MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN 17-18

6.0 KESIMPULAN 19

RUJUKAN

LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu unit khas yang di kenali

sebagai AMANITA dalam usaha mendapatkan dan memperoleh maklumat mengenai

kegiatan jenayah yang tidak dilapor di kalangan masyarakat seperti terdapat

penyeludupan dadah di kejiranan mereka, kes penderaan kanak-kanan dan

sebagainya. AMANITA merupakan salah satu daya usaha di bawah “National Blue

Ocean Strategy (NBOS)” bertujuan menjadikan golongan suri rumah tangga sebagai

rakan polis melalui “Engage Housewives in Neighbourhood Safety” dalam usaha

mengurangkan kadar jenayah di kawasan kejiranan mereka. Unit ini kebiasannya

akan di wakili oleh seorang pegawai kanan polis wanita berpangkat Inspektor dilantik

sebagai“Peace Lady” dan di bantu oleh anggota wanita di setiap daerah seluruh

negara bagi melaksana dan menyelaraskan penglibatan wanita dan suri rumahtangga

dalam program keselamatan yang di tubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

1.1 PERLAKSANAAN

“Peace Lady” (AMANITA) merupakan inisiatif terbaik dalam memperoleh maklumat

jenayah yang tidak dilapor dan seterusnya akan menghubungkan polis wanita dengan

persatuan penduduk terutama suri rumah. Dengan adanya hubungan erat dan aktif

antara “Peace Lady” (AMANITA) dengan masyarakat terutama wanita dan suri

rumah, ia mampu mengurangkan tahap kebimbangan terhadap jenayah yang makin

merucing pada masa kini dan pada masa yang sama dapat mengubah persepsi

masyarakat terhadap kualiti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Dengan adanya

program ini diharap dapat menukar pandangan dan persepsi, seterusnya dapat

memenangi hati masyarakat terhadap tahap kebimbangan keselamatan mereka dengan

mewujudkan jalinan hubungan yang lebih erat ini. Secara tidak langsung, kaedah

1
yang dilaksanakan ini megambarkan PDRM mengiktiraf peranan wanita

dalampelbagai sektor di negara ini, termasuk suri rumah tangga dalam pembentukan

modal insan. Mengikut sumber dari lawan sesawang rasmi Polis Diraja Malaysia

Seramai 167 pegawai kanan wanita dikenal pasti dan telah dilantik sebagai “Peace

Lady” (AMANITA).

Fungsi “Peace Lady” (AMANITA) secara umumnya menjadi perantara bagi

memperolehi sebarang maklumat khususnya yang berunsur jenayah daripada

golongan suri rumah. Maklumat terkumpul kemudiannya disalurkan kepada jabatan

atau unit berkaitan di balai polis bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan

selanjutnya . “Peace Lady” (AMANITA) juga sedang giat menggerakkan ahlinya

menemui komuniti di setiap kampung dan taman perumahan untuk mendampingi dan

beramah mesra dengan masyarakat khususnya suri rumah. Melalui usaha seperti ini,

komunikasi dua hala boleh berlaku di mana “Peace Lady” (AMANITA) yang

bertanggungjawab menyampaikan dan menjelaskan berkaitan aspek-aspek

keselamatan kepada golongan sasaran.Seterusnya dapat berbalik kepada objektif

AMANITA iaitu menerima maklumat yang disalurkan oleh golongan suri rumah

tersebut. Ini adalah kerana kebanyakan kes jenayah yang terjadi menjadi perbualan

atau topik suri rumah menerusi ''mesyuarat tingkap'', kebanyakkan mereka tidak

melaporkan perkara sedemikian kerana mereka tidak mahu mencampuri dan

mengakibat hubungan sesama jiran menjadi keruh,terutamanya jika sesuatu perkara

itu melibatkan anak atau saudara di kawasan kejiranan/perumahan mereka.

Masyarakat hari ini harus menghakis mentaliti tidak mahu menjaga tepi kain orang

terutama jiran mereka , sebaliknya mengambil tahu hal di sekeliling mereka terutama

yang melibatkan keselamatan untuk memastikan kawasan kejiranan mereka sentiasa

2
dalam keadaan aman dan baik. Dalam skop ini, kerjasama dan peranan masyarakat

bersama Polis Diraja Malaysia akan dapat mengurangkan kadar jenayah di kawasan

kejiranan masing-masing.

2.0 PERLAKSANAAN STRATEGIK AMANITA

Untuk merealisasikan perlaksanaan strategik “Peace Lady” (AMANITA), unit ini

telah telah di bekalkan skuter berwarna putih oleh Polis Diraja Malaysia dan ia

merupakan kenderaan rasmi yang di gunakan pegawai dan anggota polis wanita

semasa melaksanakan program AMANITA seterusnya dapat melambangkan unit

“Peace Lady” (AMANITA) .Unit ini juga mempunyai pakaian korporat rasmi mereka

yang berwarna ungu.Warna tersebut di ambil dari logo “Peace Lady” (AMANITA)

sendiri yang berwarna ungu.Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa

ramai yang akan memerhati apabila terserempak dengan wanita muda berpakaian

korporat warna ungu yang menunggang skuter putih.Pastinya menjadi tanda tanya

mengenai status pekerjaan wanita yang berpakaian korporat warna ungu menuggang

skuter putih yang dilihat menarik perhatian.Mungkin masih ramai di kalangan

masyarakat yang masih tidak sedar dengan kehadiran AMANITA iaitu pasukan khas

melibatkan pegawai dan anggota polis wanita.Pasukan ini akan melakukan rondaan

seminggu sekali ke kawasan perumahan, kejiranan dan kedai-kedai berhampiran

untuk menyampaikan maklumat supaya bersama-sama memerangi jenayah.

Dengan adanya interaksi secara mesra dengan golongan wanita ini akan memudahkan

pihak polis mendapat maklumat berkaitan jenayah, penyalahgunaan dadah, kesalahan

trafik, kes penderaan, kes keganasan rumah tangga dan sebagainya lagi.Selain itu juga

semasa melaksanakan program AMANITA.Pegawai dan anggota yang teribat juga

3
turut mengedarkan risalah pencegahan jenayah dan penerangan mengenai e-reporting

PDRM yang merupakan inisiatif terkini dari Polis Diraja Malaysia bagi memudahkan

laporan polis dibuat melalui Internet.Kaum wanita juga diberikan penerangan lanjut

mengenai cara untuk melapor kepada polis jika ada maklumat jenayah yang berlaku di

kejiranan mereka.Pasukan AMANITA menasihati dan menyakinkan suri rumah

untuk tidak takut melaporkan kegiatan jenayah yang berlaku di sekeliling

mereka.Sekaligus ini akan membantu pihak polis untuk memperolehi maklumat

jenayah yang selama ini disembunyikan atas dasar menjaga keharmonian dengan jiran

dan sebagainya.

2.1 CABARAN PERLAKSANAAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran dapat di definisikan

sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan

dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji

kemampuan dan ketabahan seseorang itu atau sesuatu organisasi dan lain-lain),

pekerjaan yang pada masa kini penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara umumnya

cabaran adalah membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji

kemampuan serta kekuatan seseorang yang berkait rapat dengan sesebuah organisasi.

Dalam konteks perlaksanaan AMANITA, profesion menjadi polis wanita perlu

menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang pegawai polis dalam

melaksanakan tugasannya bukan sahaja di dalam organisasi namun bersama

masyarakat luar secara amnya.

4
Pengurusan yang baik dan pemimpin yang baik adalah perlu untuk sesebuah

organisasi berjaya. Pemimpin datang dalam pelbagai bentuk, dan setiap orang

mempunyai keupayaan untuk memimpin.Kepimpinan yang lemah boleh melambatkan

pencapaian matlamat sesebuah organisasi, yang boleh membawa kepada keputusan

yang negatif dan menjejaskan imej sesebuah organisasi. Ini juga boleh menyukarkan

organisasi untuk mencapai matlamatnya, dan pada akhirnya, ini bermakna membawa

kerugian pada sesebuah organisasi tersebut.Seperti yang kita tahu sesebuah organisasi

tidak boleh lari daripada menghadapi kesukaran atau cabaran dalam melaksanakan

matlamat organisasai walaupun mempunyai pengurusan dan pemimpin yang

baik.Tekanan dalam skala yang tinggi akan di hadapi oleh sesebuah organisasi

tersebut sekiranya sesebuah organisasi itu merupakan sesebuah organisasi yang di

kenali dan merupakan sesebuah organisasi yang penting di dalam sesebuah negara.

Seperti mana-mana organisasi yang ditubuhkan pada masa kini ,kita pasti boleh

melihat sesebuah organisasi itu akan ada banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi

oleh organisasi tersebut . Pelbagai masalah yang akan timbul , seperti masalah

kewangan , logistik , kritikan oleh masyarakat, tidak begitu di kenali dan sebagainya .

AMANITA tidak terkecuali dalam hal ini walaupun AMANITA merupakan unit di

bawah satu organisasi terpenting di Malaysia iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

2.1.1 PENGURUSAN LOGISTIK

Logistik adalah antara komponen penting yang perlu ada di dalam sesebuah

organisasi atau unit kerana logistik memudahkan sesuatu perkhidmatan dapat di

gerakkan dan di laksanakan untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi itu.Ia juga

berupaya meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan organisasi.Pada kebiasaanya

5
permintaan perkhidmatan logistik di dalam sesebuah organisasi atau unit sentiasa ada

untuk sesebuah organisasi itu mencapai sasaran mereka.Kemudahan logistik yang

lengkap dan baik memainkan peranan penting untuk melancarkan perlaksanaan

strategi sesebuah organisasi tersebut.Program AMANITA yang di perkenalkan oleh

PDRM ini memerlukan pengerak AMANITA iaitu pegawai dan anggota polis wanita

melaksanakan program AMANITA seminggu sekali atau sebulan sekali bersama

masyarakat luar terutama bersama para wanita dan suri rumah.Bagi melaksanakan

program AMANITA perkhidmatan logistik amatlah di perlukan terutama dari segi

pengangkutan kerana untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain pihak

logistik perlu menyediakan kenderaan yang cukup kepada pengerak AMANITA

untuk melaksanakan program ini.

Masalah logistik menjadi cabaran kepada unit AMANITA kerana kenderaan yang di

sediakan oleh bahagian logistik PDRM hanyalah kenderaan pancuan dua roda iaitu

motorsikal skuter setiap unit AMANITA di setiap daerah hanya di bekalkan beberapa

buah kenderaan sahaja.Oleh kerana itu ada sesetengah pegawai dan anggota polis

wanita mengambil inisiatif menggunakan kenderaan sendiri untuk menunaikan

tanggunjawab mereka kepada masyarakat iaitu mengadakan program

AMANITA.Pihak logistik perlu peka dengan keadaan ini di mana sekiranya pegawai

dan anggota polis wanita menggunakan kenderaan sendiri, kehadiran mereka sebagai

unit AMANITA tidak akan begitu di kenali oleh masyarakat dan seterusnya matlamat

sebenar AMANITA tidak dapat mencapai piawai yang di kehendaki oleh PDRM.

2.1.2 KURANG PENDEDAHAN

Menurut Sillars (1988), komunikasi bermaksud penghantaran, penerimaan atau pertukaran

maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual.Manakala menurut

S.S Stevens, seorang pakar psikologi mengatakan bahawa komunikasi berlaku apabila

gangguan persekitaran (rangsangan) mempengaruhi seseorang dan orang tersebut berbuat

6
sesuatu terhadapnya. Sekiranya tidak mempunyai rangsangan atau tindak balas,maka tidak

wujudlah proses komunikasi. Secara amnya, komunikasi adalah proses bagaimana seseorang

individu itu menyampaikan maksud melalui komunikasianya dengan individu lain. Menurut

Arslan and Kivrak (2008) menyatakan bahawa faktor kejayaan sesebuah organisasi perlu

dilihat dari segi pengurusan kerana ia merupakan asas kepada sesebuah organisasi. Selain itu,

pengurusan mampu memberikan kesan yang positif serta negatif dan boleh mempengaruhi

dalaman dan luaran sesebuah organisasi.

Semenjak penubuhan unit AMANITA.Polis Diraja Malaysia telah berusaha mempromosikan

unit ini di media sosial Facebook.Inisiatif ini di laksanakan untuk memperkenalkan unit

AMANITA kepada masyarakat luar terutamanya kepada suri rumah dan kaum wanita.Selain

laman sosial Facebook, PDRM juga mengambil inisiatif memperkenalkan unit ini kepada

masyarakat luar melalui akhbar.Namun begitu usaha-usaha yang di laksanakan PDRM untuk

mempromosikan unit AMANITA masih belum mencapai taha yang memberangsangkan

kerana masih ada rakyat Malaysia yang belum mengenali unit AMANITA.Menurut temubual

beberapa anggota polis wanita mereka menyatakan semasa mereka keluar untuk

melaksanakan program AMANITA ini bersama masyarakat luar terutama bersama kaum

wanita masih ada yang tidak tahu kewujudan AMANITA dan merasa takut serta bimbang

untuk bercakap dengan pegawai dan anggota polis wanita ini.Ada di sesetengah masyarakat

luar menganggap unit AMANITA ni adalah ‘scammer’ dan enggan memberikan kerjama

semasa program di laksanakan.Menerusi temubual bersama pegawai dan anggota polis wanita

juga ada yang mengatakan masyarakat luar ini masih tidak tahu bahawa unit AMANITA ini

adalah terdiri daripada golongan pegawai dan anggota polis wanita dari Polis Diraja Malaysia

(PDRM).

2.1.3 PERUNTUKAN

Menurut Kaslam, Shawal (1996) belanjawan negara merupakan satu aspek yang sangat

penting dalam menentukan pembangunan dan masa depan sesebuah negara, kegagalan untuk

7
merancang dan melaksanakan dasar belanjawan yang berkesan bukan sahaja akan

menyebabkan krisis kewangan, bahkan akan membawa kepada kemerosotan dan kejatuhan

ekonomi dan pembangunan negara. Dasar belanjawan bukan sekadar pernyataan tentang cara

bagaimana hasil atau pendapatan negara diperolehi dan dibelanjakan, bukan itu sahaja, dasar

belanjawan menjelaskan tentang tujuan kerajaan dalam merancang, menjana dan

mengalakkan pertumbuhan pembangunan negara, menyediakan infrastruktur pembangunan,

menyediakan perkhidmatan sosial dan mengagihkan kekayaan negara kepada semua lapisan

masyarakat secara adil dan seksama. Setiap tahun juga, kerajaan akan menyediakan Dasar

Belanjawan Negara sebagai satu asas bagaimana kerajaan akan membelanjakan tabung

kewangan negara yang ada untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.Tidak dapat di

nafikan untuk melaksanakan pelan strategik sesebuah organisasi, kewangan yang stabil

merupakan aspek terpenting untuk sesebuah organisasi itu mencapai matlamat mereka.

Melalui pemerhatian dan temebual bersama pegawai dan anggota polis wanita mengenai

perlaksanaan AMANITA majoriti menyatakan kewangan merupakan salah satu aspek yang

menyebabkan perlaksanaan AMANITA tidak dapat di capai sepenuhnya.Masalah kewangan

dapat di kesan di dalam unit ini apabila peruntukan khas dari PDRM untuk unit ini tidak di

salurkan.Unit AMANITA perlu membuat kertas kerja terlebih dahulu sekiranya unit ini

merancang untuk membuat program yang melibatkan ramai penyertaan dan melibatkan

tetamu kehormat.Kertas kerja memerlukan masa untuk di siapkan dan setelah selesai unit ini

harus menunggu peruntukan untuk di luluskan.Melihat keadaan ini program yang melibatkan

unit AMANITA ini akan mengambil masa yang lama untuk di laksanakan, seterusnya

melambatkan proses untuk memperkenalkan AMANITA kepada masyaraka luar.Sekiranya

terdapat peruntukan yang mencukupi unit ini mampu menganjurkan program bersama

masyrakat luar dengan lebih kerap.Seperti kebiasaanya unit ini hanya akan keluar meronda

dan menyapa masyarakat luar terutama wanita dan berbual tentang masalah atau isu yang

melibatkan jenayah di kejiranan mereka.Namun jika ada peruntukan yang mencukupi unit ini

mampu menganjurkan program-program bersama agensi luar lain seperi AADK, KKM ,NGO

dan sebagainya.Melalui aktiviti di dalam program seperti ini masyarakat luar akan merasa

8
lebih selesa dan dapat mengenali unit ini dengan lebih dekat.Seterusnya membuatakan

terutamanya kaum wanita merasa selesa untuk berkongsi cerita tentang permasalahan yang

mereka hadapai atau berkongsi isu-isu semasa yang melibatkan jenayah di kawasan tempat

tinggal mereka.

3.0 ANALISIS PERSEKITARAN

3.1 ANALISIS PERSEKITARAN LUARAN

3.1.1 POLITIK

Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia merupakan aset terpenting untuk

KDN iaitu Kementerian Dalam Negeri.Oleh itu PDRM akan terus

melaksanakan tugas utama menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat

bagi mengekalkan keselamatan serta kedaulatan negara di bawah

kepimpinanKDN.Menurut Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri

(PSKDN)2021-2025 telah mengenal pasti persekitaran luaran dan global serta

implikasinya terhadap keselamatan dalam negara dan ketenteraman awam

terutamanya cabaran megatrend, .Menerusi pelan strategik ini, unit AMANITA juga

komited memberikan kerjasama yang penuh untuk mecapai Pelan Strategik

tersebut.Kesan positif dan negatif hasil daripada progra unit AMANITA ini juga

memainkan peranan penting kepada politik.Oleh itu segala perancangan yang di

laksanakan perlu mematuhi garisan dan arahan yang telah di tetapkan oleh pucuk

pimpinan.

3.1.2 EKONOMI

Di dalam faktor ekonomi, pengaruh unit AMANITA dapat di kenal pasti melalui

hubungan baik polis wanita bersama masyarakat luar terutama kaum wanita.Antara

contoh terbaru yang boleh kita ambil adalah semasa pandemik covid-19 melanda

seluruh negara, banyak sektor perniagaan terpaksa di berhentikan buat sementara

waktu untuk memastikan pandemik ini dalam keadaan terkawal.Semasa pandemik

9
covid-19 melanda kaum wanita juga tidak terkecuali dari terkena tempias ini.Ada

kaum wanita yang di berhentikan kerja dan terpaksa duduk di rumah sehingga

mengalami tekanan oleh kerana tiada pendapatan untuk membantu suami meneruskan

kelansungan hidup.Semasa situasi ini unit AMANITA sedaya upaya membantu kaum

wanita yang terkesan dengan memberi bantuan iaitu sumbangan dalam bentuk

makanan kepada mereka daripada PDRM agar tekanan hidup mereka dapat di

kurangkan.Sebelum pandemik covid-19 melanda, antara sumbangan AMANITA ke

atas faktor ekonomi negara adalah pihak AMANITA sentiasa mendekati peniaga-

peniaga kecil terutamanya kaum wanita dan mengambil tahu tahap keselamatan dan

keadaan mereka semasa mereka mencari punca pendapatan, dengan adanya inisiatif

seperti ini oleh pihak AMANITA, kaum wanita terutamanya merasa selamat untuk

mencari punca pendapatan tanpa sebarang ancaman jenayah atau sebagainya.

3.1.3 SOSIAL

Semenjak penubuhan unit AMANITA ini sudah tentu unit ini menerima

pelbagaimaklum balas positif dan negatif dari masyrakat luar.Namun perkara

seperti ini tidak harus menjadi peghalang kepada unit ini untuk terus berbakti

kepada masyrakat.Program sosial seperti ini harus di laksanakan oleh setiap

agensi supaya pendapat dan keluhan masyarkat luar dapat di selami dan boleh

ditambah baik untuk memastikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan

harmoni.Berbalik kepada objektif utama unit AMANITA iaitu memberi kefahaman

dalam mendidik masyarakat terutamanya wanita mengenai keselamatan diri, keluarga

dan harta benda disamping menggalakkan kaum wanita untuk menyalurkan

maklumat jenayah kepada pihak polis.Unit AMANITA yang memerlukan kerjasama

dari pelbagai agensi dalam penyaluran maklumat dan bertanggungjawab

menerangkan kepada golongan wanita terutamanya suri rumah yang merupakan

golongan yang sesuai menjadi penyalur maklumat kepada pihak polis.

10
3.1.4 TEKNOLOGI

Kebanyakkan golongan wanita terutamanya suri rumah yang

kebiasaanyamenghabiskan waktu seharian mereka di rumah adalah merupakan

golongan yang sesuai menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam membantu

memberi maklumat-maklumat aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar kawasan

kejiranan mereka atau kawasan berdekatan.Program dilaksanakan di bawah Strategi

Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ini merupakan inisiatif berkesan iaitu dengan

menjadikan golongan suri rumah sebagai rakan polis dalam usaha

mengurangkan kadar jenayah di setiap daerah di seluruh negara.Program ini

dilaksanakan dengan pegawai kanan polis wanita yang dilantik akan

mengadakan perjumpaan dengan golongan suri rumah di kawasan perumahan

terbabit dan memberi penerangan berkaitan keselamatan diri serta cara khusus bagi

menghadapi situasi kecemasan yang berkaitan jenayah.Kiniuntukmenerima dan

menyalurkan maklumat boleh di buat pada bila-bila masa kerana adanya

teknologi yang canggih.Suri rumah pada masa kini juga tidak ketinggalan mahir

menggunakan teknologi zaman kini dan memanfaatkan dengan cara yang baik.Unit

AMANITA juga tidak melepaskan peluang mengambil peluang teknologi zaman

kini dengan menerangkan kepada suri rumah tangga dan kaum wanita bahawa Polis

Diraja Malaysia juga mempunyai aplikasi yang boleh di akses pada bila-bila

masa seperti aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol).Melalui aplikasi ini suri

rumah boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis pada bila-bila masa dan di

mana sahaja dengan capaian internet.Kemudahan teknologi zaman kini dapat

membantu banyak agensi terutama PDRM dalam mengurangkankadar

jenayah.Namun begitu kemudahan teknologi seharusnya di manfaatkan secara baik

bagi mengelakkan berlakunya fitnah dan perkara-perkara negatif.

11
3.2 PELUANG DAN ANCAMAN

Selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), di bawah kerajaan Malaysia juga terdapat pelbagai

agensi penguatkuasaan yang mempunyai peranan tertentu dalam memastikan Malaysia

sentiasa dalam kedaan aman dan harmoni seperti Jabatan

Kastam,penjara,imigresen,SPRM,Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.Agensi-

agensi juga menawarkan perkhidmatan kepada masyarkat luar contohnya KKM menyediakan

pemeriksaa kesihatan percuma kepada masyarakat.Di sebabkan ini tercetus peluang dan

ancaman kepada unit AMANITA yang berada di bawah Polis Diraja Malaysia.Dari segi

peluang unit AMANITA berpeluang bergabung dengan agensi kerajaan yang lain untuk

melaksanakan program bersama masyarakat luar.Melalui program gabungan bersama agensi

luar ini, masyarakat dapat menilai sendiri kerjasama yang di buat ini adalah untuk

memastikan rakyat Malaysia sentiasa aman dan harmoni.Dari segi ancaman pula, unit

AMANITA mungkin menerima tohmahan dari masyarkat luar yang menganggap program

yang di laksanakan unit ini ibarat jaga ‘tepi kain’ dan merasa tidak selesa seterusnya akan

melemparkan tohmahan kepada unit ini.Tohmahan seperti ini memang tidak akan dapat di

bendung kerana manusia mempunyai sifat mengkritik.Oleh itu unit ini harus bijak menangani

isu tohmahan yang di lemparkan oleh masyarkat luar dan sentiasa berhati-hati dengan segala

tindakan yang di buat agar tidak mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia.

3.3 ANALISIS PERSEKITARAN DALAMAN

Lumrah di dalam setiap organisasi atau unit pasti akan timbul masalah dan cabaran

sehingga mendatangkan pelbagai jenis tekanan kepada pihak pengurusan.Salah satu

masalah yang boleh di lihat dalam unit AMANITA untuk melaksanakan program ini

adalah kekurangan pendedahan kepada masyrakat luar mengenai unit ini.JIka di lihat

dengan lebih mendalam lagi, masalah ini perlu di selesaikan dari pihak pengurusan

dan perlu mengenal pasti punca kepada masalah ini.Dalam situasi begini kita sedar

PDRM memberi fokus sepenuh dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di

12
Malaysia, namun PDRM tidak harus lupa unit AMANITA juga salah satu unit yang di

tubuhkan dengan matlamat untuk mengurangkan kadar jenayah.Oleh itu pihak

pengurusan PDRM juga harus menyediakan peruntukan kepada unit ini untuk lebih di

kenali oleh masyarakat luar.Analisis dalaman seperti ini harus di laksanakan agar

masalah atau cabaran kepada unit atau organisasi dapat di selesaikan.

Di petik dari akhbar utusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

berucap seiring dengan tema Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, Polis Diraja

Malaysia (PDRM) amat berbesar hati menjalinkan kerjasama strategik bersama

pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan

badan-badan sukarela dalam apa jua program bermanfaat yang mampu menzahirkan

kesejahteraan masyarakat, seterusnya mengekalkan keharmonian serta keamanan

negara.Selain itu juga, AMANITA adalah merupakan salah satu inisiatif yang terbaik

dalam mendapatkan maklumat jenayah yang tidak dilapor dan akan menghubungkan

polis wanita dengan penduduk terutama suri rumah. PDRM mengiktiraf peranan

wanita dalam pelbagai sektor di negara ini, termasuk suri rumah dan hubungan erat

dan baik antara AMANITA dengan masyarakat mampu mengurangkan tahap

kebimbangan terhadap jenayah yang semakin hari membimbangkan kaum wanita

pada hari ini.Selain itu, Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP

merupakan satu inisiatif baharu dari PDRM dalam mewujudkan kolaborasi dan

kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata

dan telinga (penyalur maklumat) pihak polis.

4.0 FORMULASI STRATEGI

Pembangunan sesebuah organisasi atau unit sukar mencapai sesuatu sekiranya

sesebuah organisasi tersebut tidak merancang strategi mereka dengan baik.Untuk unit

AMANITA ini analisi SWOT telah di kenal pasti untuk merancang perlaksanaan

13
strategik unit ini.Menurut Khir Khalid (2019) bagi kebanyakan organisasi perniagaan

yang terancang, Analisis SWOT atau SWOT Analysis memainkan peranan penting

untuk mengenalpasti tanda aras dalam menambahbaikkan strategi pengurusan,

pemasaran, produk dan perkhidmatan disamping persediaan terhadap sebarang aspek

cabaran dan kemungkinan.Memanfaatkan Analisis SWOT juga sebenarnya tidak

hanya tertumpu pada organisasi tertentu. Justeru pada artikel kali ini, saya terpanggil

berkongsi perspektif bagaimana ia juga boleh membantu individu, para startup dan

usahawan dalam memperkasa strategi pemasaran yang mampan.Berikut adalah

analisis SWOT unit AMANITA.

4.1 Kekuatan (Strengths)

Menurut laman sesawang rasmi PDRM ,Dasar Utama Polis Diraja Malaysia Seksyen

3(3) Akta Polis 1967 menggariskan demi kedaulatan negara dan kesejahteraan

masyarakat dan kewibawaan pasukan, kewajipan asasi anggota Polis Diraja Malaysia

adalah:

 Memelihara Undang-undang dan Ketenteraman

 Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia

 Mencegah dan Mengesan Penjenayah

 Menangkap dan Mendakwa Pesalah-pesalah

 Mengumpul Risikan Keselamatan.

Menerusi dasar-dasar utama ini unit AMANITA mempunyai kelebihan kerana yang

mengerakkan dan melaksanakan unit ini adalah terdiri daripada polis wanita.Oleh itu

sebarang maklumat kegiatan jenayah yang di sampaikan oleh kaum wanita

terutamanya akan terus di ambil perhatian oleh pihak polis untuk membendung dan

mengurangkan kadar jenayah.

14
4.2 Kelemahan (Weaknesses)

Selain kekuatan, kita juga perlu mengenalpasti kelemahan dalam organisasi seperti

faktor pengurusan,logistik yang kurang efisyen, kemudahan teknologi yang terbatas,

atau apa jua kelemahan dalaman yang akan memberi impak negatif kepada prestasi

organisasi tersebut.Isu logistik di dalam unit AMANITA harus di beri perhatian

kerana kekangan ini boleh menjejaskan prestasi unit ini.Kenderaan mtorsikal skuter

merupakan kenderaan rasmi unit AMANITA dan semasa menjalankan program ini

kenderaan ini harus di gunakan untuk menunjukkan kehadiran unit AMANITA agar

lebih ramai masyarakat mengetahui tentang kewujudan unit ini.Melihat daripada

keadaan ini pihak PDRM di sarankan agar menyediakan lebih banyak kenderaan

rasmi kepada unit ini kerana ada di sesetengah anggota polis wanita menggunakan

kenderaan sendiri untuk keluar mengadakan program ini.Jika menggunakan

kenderaan sendiri, orang ramai mungkin tidak akan sedar kehadiran unit ini dan akan

merasa bimbang untuk bercakap dengan anggota polis tersebut kerana bimbang

mereka akan di tipu atau sebagainya.Kelemahan seperti ini harus di tangani supaya

tugas dapat di laksanakan dengan lebih mudah dan lancar

4.3 Peluang (Opportunities)

Menurut (Mohd Radzuan Ibrahim, 1995) Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

merupakan satu institusi penguatkuasa undang-undang tertinggi negara.Setiap

pegawai dan anggota polis di bekalkan kuasa melalui undang-undang agar dapat

melaksanakan tugas kepada masyarakat dan negara.Menerusi unit AMANITA, polis

wanita yang merupakan peggerak unit ini mempunyai peluang untuk lebih dekat

bersama rakyat malaysia terutamanya kaum wanita yang boleh menjadi mata dan

15
telinga polis bagi bersama-sama membendung kegiatan jenayah yang berlaku di

sekeliling.Untuk memanfaatkan peluang ini setiap pegawai dan anggota polis yang

terlibat harus menjaga etika semasa bertugas agar masyarakat tidak memandang

rendah dengan kredibiliti pegawai dan anggota polis tersebut.Kelebihan berada di

dalam salah satu institusi penguatkuasa undang-undang tertinggi negara haruslah di

manfaatkan sebaiknya supaya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan

negara.

4.4 Ancaman (Threats)

Menurut (Nor Azzah Kamri, 2007) etika memainkan peranan penting khususnya

dalam organisasi,ini kerana etika terkandung nilai, prinsip dan tatacara kelakuan yang

difikirkan baik. Memandangkan kod etika adalah satu kaedah yang baik dalam

mengawal tingkah laku pekerja, maka peranan etika itu sendiri amat penting dalam

menentukan kejayaan sesebuah organisasi.Tohmahan adalah isu yang sering berlaku

dalam kalangan anggota polis dan isu ini merupakan isu hangat yang sering menjadi

perbualan masyrakat.Antara tohmahan yang sering di lemparkan kepada anggota polis

adalah menerima rasuah , melindungi kegiatan jenayah, membocorkan maklumat sulit

dan sebagainya.Ancaman seperti ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada unit

AMANITA untuk menjalankan tugas mereka.Sekiranya isu tohmahan ini tidak dapat

di kawal, masyarakat mungkin tidak yakin dan percaya kepada kebolehan anggota

polis untuk menjalankan tugas mereka membendung jenayah dan penyaluran

maklumat mengeni aktiviti jenayah kepada pihak polis akan menjadi terhad.Kritikan

juga merupakan ancaman kepada pegawai dan anggota polis, namun masyrakat tidak

harus lupa pegawai dan anggota polis juga merupakan manusia biasa yang kadang

kala ada melakukan kesilapan.Mungkin ada juga segelintir masyarakat yang tidak

16
mempercayai kedibiliti unit AMANITA ini menjalankan tugas akibat tohmahan yang

di terima.Ancaman seperti ini harus di kawal agar menjejaskan nama baik PDRM

5.0 CADANGAN MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN

Setiap organisasi haruslah sentiasa mencari cara untuk meningkatkan kualiti

perkhidmatan mereka . Organisasi itu tidak boleh sentiasa berada di takuk yang lama

pada masa akan datang . Pihak atasan haruslah membuat keputusan untuk menambah

baik mutu kualiti organisasi tersebut . Tetapi , pihak atasan juga perlulah bersifat

terbuka untuk menerima cadangan dari sesiapa sahaja di dalam organisasi

tersebut .Sama seperti unit AMANITA , terdapat beberapa cadangan untuk menambah

baik perkhidmatan pelaksana unit ini . Antaranya adalah pihak pengurusan perlulah

menyediakan insentif untuk pegawai dan anggota yang terlibat dalam unit AMANITA

. Ini kerana segelintir anggota yang terlibat dengan unit ini adakalanya perlu

menjalankan tugas hakiki kembali selepas menjalankan program AMANITA dan

menggunakan modal sendiri untuk memastikan program AMANITA dapat di

laksanakan .Sekiranya isu ini berlanjutan ia boleh menyebabkan moral untuk

berkhidmat kepada masyarakat akan terjejas .

Antara cara untuk menaikkan moral mereka adalah dengan menyediakan jadual kerja

yang lebih efisien dimana mereka boleh mendapatkan rehat yang secukupnya . Kualiti

perkhidmatan mereka juga akan lebih baik . Masyarakat juga akan lebih berpuas hati

dengan perkhidmatan yang di berikan oleh unit ini dan secara tidak langsung dapat

membawa unit ini lebih jauh sehingga di kenali oleh setiap lapisan masyarakat.Selain

itu , untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan adalah dengan mengikut peredaran

zaman . Kita sedia maklum bahawa zaman sekarang adalah zaman IT . Hampir semua

orang menggunakan telefon pintar pada zaman sekarang tidak kira umur muda

17
sehingga yang tua . Jadi untuk memantapkan lagi mutu perkhidmatan organisasi .

Organisasi tersebut perlulah memberi fokus yang lebih besar di bahagian IT . Dengan

menyediakan penjawatan khas dalam bidang IT . Jawatan ini lebih wajar ditawarkan

kepada anggota-anggota yang lebih muda kerana mereka lebih mahir dalam bidang ini

. Ini kerana mereka selalunya didedahkan dengan teknologi sejak kecil lagi .

Terdapat pelbagai jenis media sosial pada hari ini yang boleh digunakan . Antaranya

adalah dengan membuat dan memuat naik “content” di sosial media . Masyarakat

pada zaman sekarang lebih tertarik untuk melihat atau menonton video berbanding

membaca . Jadi dengan membuat “content” yang menarik tidak mustahil untuk

menarik minat ramai orang untuk menonton video tersebut . Menerusi media sosial

unit AMANITA boleh memgambil peluang memghasilkan video “content” yang

mengandungi mesej-mesej yang hendak disampaikan oleh unit

AMANITA .Kewujudan unit AMANITA juga boleh dihebahkan melalui sosial

media .Melalui media sosial juga, unit AMANITA boleh mengambil peluang

membuat gabungan dengan “influencer” media sosial untuk merancakkan lagi

promosi dan memperkenalkam unit ini kepada masyarakat . Ini kerana individu

berpengaruh atau lebih mesra di kenali sebagai “influencer” di media sosial

mempunyai peminat mereka yang tersendiri . Tetapi pemilihan “influencer” yang baik

perlu di buat dengan memilih “influencer” populariti dan reputasi yang baik bukannya

“influencer” yang mempunyai pengaruh negatif . Kesilapan memilih “influencer” ini

sedikit sebanyak boleh mencela nama baik organisasi tersebut, terutamanya

AMANITA unit yang di tubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

18
6.0 KESIMPULAN

Zaman kini PDRM dilihat telah menjadi sandaran keselamatan dan keharmonian

kerajaan dan rakyat Malaysia. Walaupun ada pelbagai reaksi dan persepsi tentang

Polis Diraja Malaysia, rakyat Malaysia merasa amat bersyukur dengan kecemerlangan

dan keprihatinan PDRM dalam melunaskan tanggungjawab mereka kepada negara

dan orang awam.Sesuai dengan moto PDRM “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

keprihatinan masyarakat terhadapa PDRM terserlah apabila banyak perkongsian

tentang kemurnian dan kebaiakan hati anggota PDRM menjadi tular sekarang di

media-media sosial dan saban tahun, pasti akan ada sahaja isu berkaitan keprihatinan

Polis Diraja Malaysia diberikan perhatian dan dikongsikan oleh masyarakat

sendiri.Begitu juga dengan unit AMANITA yang mempunyai semangat yang tinggi

untk berkhidmat kepada masyarakat dan mahu memastikan rakyat sentiasa berada di

dalam keadaan selamat dan aman agar Malaysia menjadi sebuah negara yang selamat

di duduki dan kadar jenayah makin berkurang.

19
RUJUKAN‌

Aidil, M., & Bin, R. (2011). AMALAN KERJA BERETIKA DALAM POLIS DIRAJA MALAYSIA: SATU
KAJIAN DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH KULAIJAYA, JOHOR.
http://eprints.usm.my/43412/1/MUHAMMAD%20AIDIL%20RONEH%20ABDULLAH.pdf

AMANITA GIATKAN RONDAAN/LAWATAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2022.


(n.d.). Laman Web MKN. Retrieved January 7, 2023, from
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/02/07/amanita-giatkan-rondaan-lawatan-sempena-
sambutan-tahun-baru-cina-2022/

Contoh Mudah Analisis SWOT • Wacana Zeckry. (2020, May 27). Wacana Zeckry.
http://zeckry.net/2020/05/27/contoh-mudah-analisis-swot/

Dan, P., Program, P., Komuniti, K., Kerajaan, P., Undang-Undang, K., Dan, K., & Antarabangsa, P.
(n.d.). Jurnal Pembangunan Sosial Jilid, 21, 89–104. Retrieved January 7, 2023, from
https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/101798/JPS_VOL21_2018_QURR
ATUL.pdf

Dalam Negeri, K. (2021). Pelan Strategi KDN [Review of Pelan Strategi KDN]. Moha.gov.my.

https://www.moha.gov.my/images/penerbitan/PELAN_STRATEGIK_KDN/BUKU_PELAN_

STRATEGI_KDN_2021-2025_COM.pdf

FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN ORGANISASI KONTRAKTOR FARIDAHANUM BINTI


ABD GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. (n.d.).
https://bic.utm.my/files/2018/09/FARIDAHANUM-GHANI.pdf

Kaslam, S. (1996). Teori belanjawan dari perspektif pembangunan negara di Malaysia / Shawal


Kaslam. Siri Monograf Kajian Pentadbiran Dan Undang-Undang.
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54316/

Liaw, J. O. H., Saleh, R. A. M., & Saleh, J. O. H. L. dan R. A. M. (2022, March 25). Polis dan
Masyarakat Berpisah Tiada, harmonikan Keluarga Malaysia. Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/rencana/2022/03/polis-dan-masyarakat-berpisah-tiada-
harmonikan-keluarga-malaysia/

Masalah Biasa Yang Dihadapi Organisasi Dan Cara Mengatasinya. (2018, August 6).
Www.utusanborneo.com.my. https://www.utusanborneo.com.my/2018/08/06/masalah-biasa-
yang-dihadapi-organisasi-dan-cara-mengatasinya

Pendidikan, K., & Sosial, S. (2019). Kertas Projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi.
http://library.oum.edu.my/repository/1318/1/library-document-1318.pdf
LAMPIRAN

Rajah 1.0 Logo AMANITA

Rajah 2.0 Kenderaan dan pakaian rasmi unit AMANITA

Rajah 3.0 Program AMANITA bersama masyarakat


Rajah 4.0 Program sumbangan kepada yang terjejas semasa pandemik

Rajah 5.0 Unit AMANITA

You might also like